Friday, August 28, 2009

~bake with yen~


oleh kerana pose dah start sudah tentu x lama lg nak raya kan...maka nya, saya pun harus memulakan misi membuat biskut raya....dah jd kemestian rasanya tiap kali raya mesti buat biskut raya..dr zaman kecik dulu hanya tlg ma dan makcik tp bila dah naik sek men, ma mmg tugas kan kepasa saya sepenuh nya utk buat biskut raya ni...sejak kawin ni dah kurang sikit jenis2 biskut raya yg di buat..dulu sblm kawin ada lah 5-6 jenis saya buat, since kawin ni 3-4 jenis je...

ada org tanya, skrg ni kan zaman serba canggih..kenapa x order je...ntahla..rs cam xde feel raya kalau time raya, x buat biskut..nak beli rs cam x berbaloi..tekak org x sama dgn tekak kita..tu yg susah tu...part bakar biskut raya tu yg best bila bau dia..pergh...br rs nak raya....:)


eh..td tajuk lain kan...so, back to the topic...oleh kerana hr ni lunch lama sikit, saya telah berpakat dgn kawan saya utk pergi ke bake with yen kat chow kit tu...erm..penuh la umat manusia duk memilih brg2 utk membuat biskut/kek sempena raya nnti...maka nya, stok pun x banyak yg ada..almond yg slice, yg jenis panjang, 4 segi kecik tu pun semua dah habis...tinggal almond serbuk je...cadang nya minggu ni nak buat almond london dulu..erm.....tepung pun banyak yg tinggal di hujung2 rak sahaja..tgk staff diaorg bertungkus lumus memenuh kan stok..tp tu la..still ada yg x cukup...thn lepas sebelum pose saya dah serbu kedai ni, so, stok pun banyak la lg..thn ni lmbt sikit serbu nya...maka jd la cam ni..hu3x...


erm...korang camna lak?biskut raya buat sendiri or beli?

Thursday, August 27, 2009

~...............~

punya la blur di bln pose ni...lgsg xtau nak update apa kat blog...
duk mencr idea lgsg x dtg....
asyik duk jengah 'umah' org je....
best je tgk 'umah' org hr2 berupdate....
update psl menu berbuka puasa sudah tentu la...
tp aku cam xde mood nak update psl menu buka pose ni...
xtaula kenapa....
nak kata aku x masak, aku masak..
nak kata aku x mkn, aku mkn...
erm..ntah la.....

minggu ni rs cam suram je hidup aku...ntah la..aku pun xtau kenapa....

lg suram blog aku ni bila aku x update dan xde gmbr....
hu3x...camna nak jd blogger tegar nih....

Tuesday, August 25, 2009

~mood di bulan puasa~

mood aku di bln puasa sgt la suam-suam kuku...
sgt malas nak buat keje..
sgt malas nak update blog..
padahal bkn bln pose pun, aku malas gak nak update blog+nak buat keje kan..:)..

alhamdulillah di hari ke-4 berpuasa, aku masih lg bertahan..
di harap kan dapat la berpuasa penuh thn ni...
alhamdulillah baby kat dalam langsung x meragam, x berkick boxing bagai...
agak nya dia tau mama nya letih kot..:)...

erm..xtau nak tulis apa lg...
nak cite pasal menu2 aku di bln puasa, aku sgt la blur2...
hari2 dok pk, apa aku nak masak utk hr ni...huh...
sekian cerita utk hari ni...:)

Friday, August 21, 2009

~accident...~

semlm balik keje, aku ikut jalan kuching, terus ke jln loke yew...

biasa aku ikut jln tun razak..senang je..straight je terus..

tp sbb semlm kak nak balik dgn aku, maka nya aku kena ikut situ utk ambik dia...

sblm smpai ofis dia tu, tgh rileks2 aku bw tetiba bunyi gedegang kat blkg...

motor lggr montot keta aku...yg aku perasan, dia follow keta aku rapat..pastu blkg dia ada motor gak..motor blkg dia langgar dia, dia langgar montot keta aku...

tension gile aku...

aku malas nak berenti benor nya..

tp sbb uncle blkg aku suruh berenti, aku pun berenti la...

ms tu aku dah ke depan sikit..motor yg langgar aku tu berenti la gak..tp dia jauh la blkg aku(kat tmpt kejadian)...

aku kuar, tgk keta aku, call mr azam, mr azam tanya adaa kemek ke x...

aku tgk cam xde je..pastu dia suruh balik cpt....

ms aku tgh cakap dgn mr azam tu, motor tu pun lalu kat aku...dia jeling sinis je kat aku...

sengal....

dah langgar keta aku, pastu bleh buat bodoh je...

mmg la xde apa2..setakat calar je..tp at least angkat la tgn ke..say sorry ke...

ni x..lg jeling ada la...

padahal aku mmg terang2 x salah...

dia yg follow aku rapat sgt..

balik tu, aku tgk cam x banyak sgt calar tp sbb bercampur dgn lumpur (maybe dr tayar motor dia)....tp hr ni aku tgk cam banyak lak calar tuh...menurut kata mr azam, kalau polish, mungkin x semua akan hilang, sbb ada part yg cat nya tertanggal....adoi la...

hu3x....tension aku.....

kepada org yg langgar aku tu..aku x halal ko langgar keta aku...sedih tau...

~salam ramadhan al mubarak~


"Di kesempatan yg ada ini, saya ingin mengambil kesempatan ini, memohon maaf lahiriah dan batiniah atas semua kesalahan yang pernah saya lakukan samaada secara sengaja ataupun tidak sepanjang saya berblogging ini agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan hati yang ikhlas dan bersih.., semoga amal ibadah kita di bulan suci Ramadhan nanti diterima dan diberkati oleh Allah SWT serta diberi keampunan atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini.. InsyaAllah..."



Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan


Oleh
Ust. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.


Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)


4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa . Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.


5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


9) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)


10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


11) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala hampir berbuka berdasarkan hadith. Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika hampir berbuka doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Thursday, August 20, 2009

~gen 2 cps camp pro~

heh heh heh..entry agak panas..br kuar dr oven..:)..tgk tajuk mesti ingat ai beli keta baru kan...xde la...adik ai tu..dia br beli keta baru...ish..adik beli keta baru, kakak nya pulak sibuk enterprem kat blog dia..hu3x..xde la..sbb nak tunjuk kat "org2 di sana" yg dah x sabar nak tgk keta ni..:)...maka nya, ai la berperanan nak enterprem kan keta ni..he3x..

actually since dia keje, dia mmg plan nak beli keta tp nya...amat lah choosy...choosy and fussy..oh..amat sesuai padanan itu...hah3x...dah brp bln dah aku dgn mr azam dan jugak ajmal asyik duk teman kan dia kuar masuk showroom keta..survey2 keta...last2 keta ni la yg jd pilihan dia....

maka nya tghri td, suruh la salesman tu hntr kat ofis aku..mr azam kan cuti hr ni, so, dia la bw balik keta tu..mr azam berperanan utk check condition keta..ye la..ai mn la tau psl2 keta ni...empunya lak bz kat court lg...dia lg la xtau apa2 psl keta ni...:)

oleh kerana no plat di tempah oleh abg yg baik ati gak, so, kena la tunggu no plat tu kuar dulu br keta bleh kuar..tu yg jd lmbt sikit tu...hu3x...

so, 'org2 yg berkenaan' layan dulu gmbr ni ye..insyaallah minggu depan, muncul la keta ni depan mata anda...:)


erm..spec keta ai xtau sgt..yg ai tau..full spec, enjin camp pro cps, tu je...keh keh keh....sekian laporan utk hari ini..:)

Wednesday, August 19, 2009

~dinner at D'tasik..~

hah..cite psl mkn lak ye...entry last kot pasal mkn b4 pose...ni cite nya last week..mr azam nak try makan kat D'Tasik Seafood Restaurant ni..kan ke hr tu, ms sambut annivesary tu, kami ada mkn kat residence uniten tu kan, pastu staff situ bgtau, diaorg ada satu lg kedai mkn seafood kat tasik uniten..

maka nya, last week kami pun menjejak kan kaki ke situ...


restoran ni kat tepi tasik, so, bila mkn, nmpak tasik la...ok la..suasana tenang..damai je...



ok..bab makanan lak...kami order tomyam campur, kailan ikan masin, sotong celup tepung, telur dadar...makanan nya bleh la tahan...sedap...paling marvellous sotong celup tepung nya...sgt sedap ok....portion sgt besar even order utk sorg mkn...siap tapau bw balik lg..:)..







minuman lak, mr azam order BMW(banana, manggo, watermelon) juice..aku order honeydew juice...



diaorg siap sedia piring dgn gelas n spoon utk ajmal..heh heh heh..ajmal dpt dessert free...

total makan hr tu ; rm51...eh..rm51 ke rm53..lupa ar...tp puas hati la..bln pose ni diaorg tutup.kalu nak dtg mkn, pergi kat residence hotel tu je..situ kalu bln pose bukak la..actually d'tasik ni cam anak kepada residence hotel tu la..cuma sini seafood..


ok..tu je cite kali ni..sekian...:)

Tuesday, August 18, 2009

~monthly check up~

semlm ai ada check up..kat tmpt biasa la..klinik kesihatan ibu dan anak salak selatan...
smpai kul 8 pg..dpt turn no 3...ho ho ho..xcited dpt turn awal...tp lmbt gak siap nya..kul 10 br settle semua sbb kena jumpa dentist and kena cucuk kancing gigi tuh...eh..ye ke kancing gigi..ye kot...kalu dulu, 1st pregnancy kena cucuk sekali je but for 2nd and next next nya..kena sekali je.
hu hu hu..nurse kata dlm ms 2-3 hr lengan rs kebas..tp ms dia kata tu x heran sgt sbb dulu ms pregnant kan ajmal, kena cucuk gak tp lgsg x rs apa2...even time tu 2x...tp yg ni..mak oi..sakit gile..lenguh tangan ni...tp xpela..2-3 hr je kan..insyaallah...

~alhamdulillah kepala baby dah pusing ke bawah..(ni dah tau dah sbb one day b4 pas balik kursus tu ai g klinik utk scan..just nak tau baby dah pusing ke belum)...
tp nurse kata don't over confident sbb ruang still ada utk dia berpusing balik...
erm..doa je la moga2 baby terus kekal pada kedudukan skrg ni...
kalu ikut kan, time ajmal dulu, 7bln dia dah pusing and terus kekal smpai ke bersalin...so, hopefully la yg 2nd ni pun ikut cam abg dia gak....and ms scan hr tu pun, doc kata xde apa2 masalah...air ketuban semua ok..uri pun kat atas..berat baby dlm 1kg++..insyaallah la kuar nya pun ala2 berat ajmal gak..:)

~usia kandungan 28wks 2day...

~berat 51.4kg naik 1.2kg..

~hb-10.6..ni yg x syok ni...dah beria ai mkn ubat bln ni..xde skip2 nya tp x naik gak..nurse kata maybe pemakanan ai x betul and ai kurang rehat..erm..betul la tu kot...lately ai makin xde selera mkn...pastu mmg kurang rehat..(ye la..mlm2 buta ai bantai mop lantai umah lg..seb baik mr azam xde..kalu x teruk ai kena...)

erm..yg lain2 lupa lak...ye la..ingat yg penting2 udah la..kad merah tu ada dlm keta..idak la ai nak ingat semua2 kan...

erm..tu je la kot setakat ni...:)

Monday, August 17, 2009

~holiday inn glenmarie...~

owh..udah brp hari nampak nya blog ku tidak ber update..camna nak jd blogger tegar nih..hu3x...

erm..citer banyak tp nak update malas...sudah nya aku update la citer br..citer2 lama..erm..berkubur la cam tu je..he3x...

actually ni cite semlm..16/8...aku kena g course kat holiday inn glenmarie..awal2 nya x mo g..tp bila nama dah naik, nak x nak terpaksa la berpisah sementara dgn anak teruna di hari minggu..mr azam keje kul 2 ptg, maka nya pg tu b4 dia g keje, dia kena la hntr anak teruna kami ke rumah my MIL..mintak tlg mama jaga kan utk separuh hari..so, nnti ptg, aku balik, aku la plak ambik ajmal....

erm..course nya xde la apa sgt..more to makan2..erm..1st time aku smpai area glenmarie ni..sgt takut sesat sbb mmg x pernah smpai sini..tgk map google pun aku blur lg..last2 tawakal je..ikut je gmbrn yg my boss dgn mr azam bg...ofis sediakan transportation but aku malas la..drive sendiri ok skit..at least bleh kenal jalan kan...

course start kul 9 pg..kul 810 aku kuar umah..sempat lg g isi minyak..hampes la plak..pump tu xnak terima ct card aku..try 2-3 kali error gak..try mr azam punya pun sama gak..aku dah fed up dah..dah la xde cash..seb baik atm ok, g ambik duit dulu br ok..br tau rupa2 nya ct card mesin offline..siut je....last2 kul 835 br aku gerak dr stsn minyak shell desa petaling..

mmg gile rs aku pecut kereta kat federal hway tu..seb baik kereta pun x banyak, exit je kat airport subang tu, aku terus call boss aku, boss aku bg direction sikit..aku pun cr sendiri..kul 9, aku dah smpai holiday inn glenmarie..pergh..dahsyat gile aku rs...dlm 25 min je aku drive....

malas nak cite psl course..cite psl tmpt tu je la kan...tmpt cantik..food boleh tahan sedap..so, layan gmbr gedik saya bersama kawan2 ye...:)












sila jgn muntah tgk gmbr gedik sy itu..malas nak buat caption..so..tgk dan faham sendiri la ye..:)

Wednesday, August 12, 2009

~H1N1-info dan cerita..~

erm...ada 2-3 cite lg yg patut nya nak publish but aku dulukan cite psl H1N1 ni memandang kan semakin hari semakin bertambah kes kematian...

kalau tgk, kes xde la banyak sgt dr hari ke hari nak compare dgn country lain but kes kematian sgt tinggi...ingatkan dah reda..tp makin meningkat lak...

korang semua berhati2 la ye...kalau boleh elak kan g keluar ke tmpt2 awam...dan kalau keluar tuh, pakai la mask tu ye...heh heh heh..pandai je nasihat..aku nih kenkdg x pakai pun..ikut mood...kalau rs nak pakai, pakai..kalu rs xmo, x pakai la..hu3x...tu yg mr azam kata, sama je...mr azam tu lg la..hari2 naik lrt..dah berbuih mulut aku suruh dia pakai mask tp dia buat xtau je..ego je org laki ni...risau aku...

erm..citer psl h1n1 ni kan, td ada sorg supplier aku dtg, dia cite camna dia and his family kena kuarantin about 2 weeks sbb kes h1n1 ni..1st yg kena, anak dia..kena kat school...then dia lak yg rs demam...pastu terus dia and family dia kena kuarantin...lgsg x kuar umah dlm ms 2 weeks tu..stress kata nya...sbb dia dah biasa kuar umah g keje..bila dah kena kuarantin duk umah ni, stress la..berkurung je..dia bgtau gak, kalau stok makanan diaorg habis, dia akan mintak tlg adik dia beli kan brg2 then..letak je depan umah....pas adik dia blah, dia g la ambik brg2 tu...mmg betul2 kuarantin x kuar umah...dia bgtau gak..rs cam teruk sgt..lemah badan..sakit sendi2 semua..sengal otot..awal2 tu dia ingat kan dia kena denggi but bila g hosp, buat blood test, bkn denggi...mmg h1n1...

pastu, nak bgtau, kalau korang pakai mask tu, makesure paling lama korang pakai mask tu,2-3 jam..pastu tukar la...jgn la smpai pakai 1 mask utk sehari suntuk..x guna jugak sbb bakteria+kuman2 senang merebak sbb kita bernafas, bercakap, udara x keluar habis..so, ala2 lembap la kan kat mask tu makanya, bakteria+kuman2 senang la dtg...faham x aku cite ni...

dgr2 cite nya, mask sgt mahal di jual di pasaran skrg ni..luckily+alhamdulillah, keje kat sini, senang nak dpt mask..mintak je, terus dpt...so, xde la kena g farmasi nak cr mask ni..akak aku cite, dia beli mask 5 keping=rm7..mak oi...serius aku cakap..mahal gile...sbb setahu aku..sekotak(50keping) tu br brp ringgit...mmg cekik darah...yg aku geram..aku ada la bw balik kat umah mask ni, nak suruh mr azam dgn kaq pakai...tp diaorg malas nak pakai, sudah nya..ajmal buat main..ish..kalau jual pun dah dpt duit kan..hah hah hah....

erm..cakap pasal vaksin lak kan..aku pun x brp sure sgt pasal vaksin2 yg ada org ambik skrg ni yg utk prevent h1n1 ni...aku ni bkn nya tau banyak sgt pun info psl h1n1 ni..sekadar berjg2 je..

pastu, ada gak dpt email, diaorg kata, banyak kan makan epal hijau dan dan minum fresh orange..yg aku tau, epal hijau mmg elok to prevent dr sebarang penyakit..tp tu la..epal hijau ni masam..x semua org suka mkn kan...

sgt2 risau ni, dah la org mengandung n budak2 bwh umur 5 thn, antara yg berisiko tinggi utk kena...mmg kena berhati2 betul la skrg ni..xleh main2...tp tu la..aku ni cakap je kenkdg nak berjg2 tp buat nya liat gak...masih gak nak kuar g public area..hu3x....keje lak kat sini, lg la risiko tinggi...mmg ada kes la kat sini tp seb baik la aku x berhadapan dgn patient..cuma berhadapan dgn supplier2 kuar masuk sini, bahaya gak kan...kita mn tau dia h1n1 ke x kan..

so, aku rs tu je la aku nak share kali ni...korang semua, berhati2 la ye...sama2 la kita menjg kebersihan diri dan keluarga..elakkan kuar kat public area, kalau hal2 yg x penting tu, xyah la kuar...baik duk umah je....ceh..pandai je nasihat org kan...:)

Monday, August 10, 2009

~...~

tetiba ptg ni ada kerajinan sikit nak update blog..rs sunyi lak ptg ni sbb majority staff kat old wing pergi new wing...udah katanya pak najib yg dtg..maka nya..haruslah sambutan besar2 an di adakan....


uish..tutup cite psl ofis..x suke ai cite psl ofis i ni....


ok..cite psl weekend br ni la ye....

hr jumaat br ni dpt msg dr adik aku kat kg..makcik aku yg sakit stroke tu meninggal..time tu aku br je nak kuar lunch...terus bgtau abg aku..duk bincang2, kitaorg nak balik la ptg tu..mr azam xleh ikut sbb dia keje mlm tu..akak ipar aku dgn dini pun x ikut..makanya aku pulang bersama2 abg aku, adik aku dan ajmal je...bw keta aku memandangkan keta abg aku nak kena service....


maka nya, ptg jumaat itu, pulang la kami ke kg...tp x sempat nak tgk makcik aku buat kali terakhir memandangkan keadaan makcik aku yg mmg dah uzur, maka nya diaog "simpan" ptg tu jugak..tp xpela..at least aku pulang..smpai kul 930 mlm, lewaat smpai sbb hujan dan ribut ms kat highway dan juga ms kat cheneh tu..bahaya nak drive laju2 di mlm2 buta...smpai2 je terus aku g umah makcik aku..sebak sgt bila tgk satu2nya anak dia ni...tp pasrah la..actually makcik aku ni dah lama x sedar kan diri..stroke dah smpai 3rd stage...kitaorg semua mmg dah bersedia dgn sebrg kemungkinan...ma mmg terasa sgt..ye la..kakak dia..hr2 dia g umah makcik aku ni utk tlg sepupu aku ni mandikan arwah..tp tu la..tuhan lg syg kan dia...

mlm tu gak, lepas kenduri, dpt lak berita cousin aku xcident dgn husband dia...erm..dgr cite cam teruk gak la...ralat sbb x sempat nak g melawat dia(x sempat+letih)..dah la dia ni antara kakak sepupu yg paling rapat dgn aku..aku dah anggap dia ni mcm kakak aku...tp xpe la long..aku doakan moga ko cpt2 sembuh...

alkisahnya ajmal, kul 530am dia dah bgn gara2 dia terdgr bunyi ayam berkokok...adoi la..penat gilos..dah la mlm sblm tu kul 1 br dia tdo..satu rumah dia g jelajah..main tu la main ni la..smpai penutup broadband adik aku hilang gara2 dia main..xtau ke mn dia campak...asal kuar umah je gian nak kejar ayam...kalu duk dlm umah sibuk nak berdiri tepi tingkap nak tgk ayam...adoi..layan je la...

oleh kerana kat kg masih lg musim buah, maka nya, makan buah je la...dan maka nya juga bonet kereta aku yg comey tu penuh dgn buah2 an je bila nak balik kl...seb baik kami mmg x bw banyak beg..pisang, rambutan, duku penuh kat bonet tuh..


itu la cite aku di weekend br2 ni....:)..erm..xtau nak letak gmbr apa..letak gmbr ni je la...gmbr bonet keta mini aku di penuhi dgn buah2 an..hu3x...



ini la gmbrn bonet mini car aku semlm...gmbr x full....ni je gmbr sempat di snap..:)

~penyakit M...~

penyakit MALAS sudah mula melanda diri saya...

maka nya saya...

malas nak update blog..(even banyak mende nak cite)
malas nak menjahit..(project tudung)...
malas nak masak..(xde la malas sgt..masih 50-50..)
malas nak buat keje2 ofis....(tp kena buat jugak)...
dan senang cite, apa2 je perbuatan, pergerakan, yg melibat kan diri saya..
saya amat MALAS...

hu3x...sgt x suka dgn keaadaan sebegini MALAS....

Wednesday, August 5, 2009

~makan@ san francisco pizza~

hr sabtu br ni mr azam janji nak bw aku g ikea...dah lama x g ikea..sejak ikea buat sale ni, x pernah pun jejak kaki ke sana...makanya, pas je mr azam abis keje, siap2 kami pun kuar..dah tau org buat rusuhan tp ingat kan xde jejas la kan kat jalan2 dan tmpt yg kami ingin tuju nih...

sekali tuh..lepas je desa water park tu, masuk federal, jammed giler...erm..mr azam terus cancel..dlm hati kecewa gak..tp xpe la...drpd buang ms kat jln..mr azam pun ajak la g jln2 ke mines..alang2 dah kuar kan..sblm tuh g bilik pameran macy yg x berapa jauh dr mines tu..sj jalan2..

erm..smpai mines pun, xtau nak buat apa..sbb kedai bukan nya banyak sgt pun..ingat nak bw ajmal naik boat tuh..tp ms tu dah nak dekat maghrib, mesti x nmpak apa sgt kan..so, cancel gak la...

jalan dan jalan lg....pastu perut pun lapar, pk punya pk nak makan kat mn..2-3 kali duk pusing pk nak makan apa...last2 kami makan ni....


awal2 nya cam cuak gak nak mkn sini sbb xde tanda halal...tp bila tanya manager restoran tu, dia bg jaminan mmg halal...diaorg tgh tungguh kelulusan dr JAKIM utk dpt kan pengesahan halal ni....

nama pun pizza kan, so menu nya more to pizza la...kami just order regular pizza di mana topping nya kami pilih sendiri...bleh pilih 3 topping..kalau nak tambah lg topping nya, kena tambah rm2.50 for each topping...kalau utk pizza biasa pun ada...kiranya ni kami ambik yg "make your own choice" la....

mr azam pilih chicken salami, beef pepperoni, & mozarella cheese...sgt sedap sbb cheese nya yg sgt banyak itu....puas hati mkn...roti pizza dia pun lain sikit..x mcm pizza hut nye roti...utk air, mr azam ambik ais lemon tea, aku ambik lime juice...total rm33.70...murah la kan...






muka tgh dok pk..."erm..brp la duit aku melayang nih"

"fuh..lega..x mahal sgt.."..tgk muka ajmal..kelako kan..

Monday, August 3, 2009

~tgh gila.....~

skrg ni aku tgh gila nak menjahit....
adoi la..minggu lepas gila memasak...
minggu ni gila nak belajar menjahit lak...

actually memasak dan menjahit ni mmg 2 perkara yg aku suka buat...
hr tu ada ura2 nak belajar menjahit..tp bila dah ada anak ni..
x sampai hati nak tinggalkan dia di hujung minggu utk g blajo menjahit...
so, niat terkubur cam tu je.....
adaa gak ingat nak blajo menjahit online...
tp ada ke erk....
nak blajo dgn mak aku..tp rs cam x masuk je dgn apa yg dia ajo..aduh..alasan sungguh..
br2 ni tgh ber blog hopping, ada terjumpa satu blog ni...
dia ajar cr2 nak buat tudung awning tu...
aduh..aku sgt teruja....
hr jumaat tu sambil berjalan2 ke sogo, smbil aku g cr brg utk menjahit...
penuh tekad dan keazaman sungguh....

maka, semlm, bermula la langkah pertama aku..
tp masuk 1st step, nak gunting kain tu pun dah mencabar buat aku...
sapa lg..x lain x bukan, ajmal la jd pengacau aku...
aku gunting kain kat hall..br je nak gunting, dia g pijak kain aku...
aku masuk bilik nyorok2, dia tau aku dlm bilik..meraung suruh bukak pintu bilik...
nak gak tgk aku ada dpn mata dia..padahal sblm tu elok je main dlm bilik mainan dia tu...
adoi la....

erm..dah siap gunting, cadangnya nak sembat tangan je..memandangkan aku xde mesin jahit..
tp br je start aku rs cam berthn je nak siap sembat ni....
abis tu..kalau dah rs cam tu, camna nak buat pakai utk raya nih???hu3x..
kesudahan nya, aku suruh kwn aku yg ada mesin jahit tu tlg jahit kan....
abis cite..skrg ni tunggu je la dia bw kain aku tuh..:)

aku berharap sgt jd la tudung aku ni...
bleh la aku jahit kan tudung utk kawan aku nye majlis kawin nnti...
terima kasih la pd owner blog yg sudi tunjukkan cr2 buat tudung tu...
sgt x kedekut ilmu...dan terima kasih gak sbb sudi melayan kerenah aku dok tanya itu ini...
sanggup tu tebal muka ym dgn dia even x kenal utk tanya itu ini..

so, begitula harapan saya..
moga impian saya menjd kenyataan...
nnti bila dah siap, br bleh tunjuk kat sini ye..:-)

maka nya, entry kali ni lgsg tiada gmbr....:-)