Friday, April 30, 2010

~pap smear~

hari ni aku nak citer pasal pap smear...
kawan2 aku yg dah kawin, korang dah buat pap smear ke belum?

aku setakat ni dah 2 kali...
1st buat after 2 month, deliver kan ajmal..
gynea dah buat app. siap2 suruh dtg buat pap smear n discuss family planning...
so, buat la kan..alhamdulillah x de apa...
2nd time buat lepas bersalin kan aqil..
g jumpa gynea gak but dia kata x payah buat sbb br last year buat...
dia at least 3 thn sekali kita kena buat..
but bila aku g klinik kesihatan (kerajaan) kat area umah aku,
dia suruh buat sbb katanya skrg ni kena buat tiap2 thn selama 3 thn..
so, pasrah aku buat dgn nurse tuh...
result nya ada infection, dia suruh ulang balik...until now xtau apa2 lagi...
diaorg kata kalau diaorg x call makna nya results ok la..
hopefully ok la kan...

beza tau aku rs buat dgn gynea dgn buat dgn nurse...
bkn aku nak mempertikaikan kebolehan diaorg..
tp aku rs dgn gynea, xde la rs sakit...smooth je..kejap je dah siap...
but bila aku buat dgn nurse..adoi....tension!!
erm..malas nak cite kat sini sbb aku rs personal sikit la...
tp tu la kan...dgn gynea, kita bayar....dgn nurse ni free je..tp tu la..

aku geram btul dgn service diaorg time tuh...
tp tu la kan bkn semua org kena mcm aku kena...
mungkin nasib aku la kot kan...

pastu plak kan...ada la kawan2 aku kat ofis ni,
dah umur lewat 30-an 40-an, x pernah buat pap smear ni...
oh my god..terkejut nya aku...
diaorg kata, buat benda ni sakit...
erm..ni la susah kan kalau asyik dgr cakap org je...
tp aku xplain gak la kat diaorg xperience aku, kenapa penting nya pap smear tu...

one of my friend pernah deliver kat salah sebuah hospital pritave yg famous ni kan...
tp kata nya dia xde follow up after 2 month dgn gynea dia balik utk buat pap smear...
aku ingat kan follow up lepas 2 bln bersalin tu, procedure biasa klau kat private kan..
rupa2 nya x..erm..seb baik la hospital aku bersalin ni ok gak kan..
smpai skrg dah kat sethn, dia masih x buat pap smear nih...
kata nya x penting...
erm...xtau la aku nak kata apa kan...masing2 punya pendirian/pandangan masing2 kan...

so, kat sini aku ada copy paste sedikit info berkenaan pap smear ni..
moga ianya bleh di jadikan panduan dan rujukan utk kawan2 semua...
info aku ambik sini...


Apakah itu kanser servik?

Kanser pangkal rahim.
Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
Penyakit di mana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
Ia boleh terbahagi kepada :
-Peringkat awal
-Berlaku di sekitar servik
-Peringkat lewat
-Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
-Merupakan kanser kedua terbanyak di kalangan wanita selepas kanser payudara.
-Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
-Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
-7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
-10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?
Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
-Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
-Mempunyai pasangan seks berbilang
-Mengandung lebih dari 5
-Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
-Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
-Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
-Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?
Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:
-Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
-Perdarahan yang banyak
-Perdarahan yang berpanjangan
-Perdarahan di antara haid
-Sakit
-Kehadiran darah beku
-Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
-Sakit semasa hubungan seksual
-Perdarahan dari vagina selepas putus haid
-Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
-Berbau
-Bercampur darah

Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?
Ya, boleh.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
Serangan kanser biasanya berlaku di kalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah di mana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear

Apakah ujian yang mengesahkannya?
Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy. Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :
-Full blood count
-Liver function test
-Renal profile
Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

Apakah rawatan yang disediakan?
Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
-Pembedahan
-Radioterapi
-Kemoterapi

Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.

Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?
Mencegah lebih baik dari merawat.
-Amalkan cara hidup yang sihat.
-Setia pada pasangan anda.
-Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
-Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.

Apakah itu ujian Pap Smear?
-Merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
-Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
-Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
-Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
-Ia adalah satu prosidur yang mudah di mana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
-Tidak perlu ubat atau bius.
-Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Adakah ujian itu menyakitkan?
-Tidak menyakitkan.
-Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
-Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
-Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
-Tanggalkan seluar dalam.
-Berbaring di atas katil.
-Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
-Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
-Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana laporan akan dibuat.
-Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
-Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
-Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
-Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
-Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
-Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?
-Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
-Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
-Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
-Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
-Di semua klinik dan hospital kerajaan
-Di klinik/hospital swasta
-Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
-Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?
-Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
-Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
-Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
1.Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
2.Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
3.Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).

Apa yang patut dilakukan seterusnya :
-Rawatan susulan
-Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
-Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?
-Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
-Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
-Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
-Kurang menyakitkan.
-Sesetengah orang merasa tidak selesa.
-Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
-Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
-Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
-Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
-Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

8 comments:

A D I A said...

penah buat sekali lepas pantang tahun 2007 (baby takde, meninggal ye :() sesapa yg dah bersalin dan seriau nak buat tu, baik buat je la. takde sakit mana pun, bersalin lagi sakit hehe.

~ana~ said...

owh..ye ke adia...erm..betul la.i rs x sakit mn pun...bersalin lg berganda2 sakit nya...

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

alamak kita yg dah 2 kali bersalin x buat lagi ,.asyik misss jer .. TQ share info psl benda niehhhhhhhh

ana time kt KK tue kena bwk kad merah ker nak buat ni ??? if period hari yg ke 10 tue baru pegi yer ????

Nor Aishah said...

pernah buat sekali thn 2007 anak 1st.. anak yg 2nd ni belum lagi.. dah ada app dgn clinic tapi tak sempat pegi.. asik postpone je...

~ana~ said...

sis d, owh..akak x penah buat kg erk..pegi je la kak..kejap je nak buat tu...

hr tu saya x bw kad merah pun...ada form kat KK tu, diaorg akan isi form tu utk kita..akak, senang cite, xleh buat time period..

~ana~ said...

aisyah, xpe la..nnti kalau free, g je la,,jgn x buat langsung..:)

mama_umar_maryam said...

tq 4 d info ana, zety pon blm buat lagi pdhal my gynae bape kali igtkan,.hehehe..

~ana~ said...

so zt..pas ni buat la app cepat2 dgn gynea erk..buat dgn gynea lg bagus..:)