Tuesday, November 9, 2010

~breastfeeding & impian saya~

pg td menyambung balik kerja2 mengalirkan susu yg dah defrost tu kat aliran air paip. sedih sgt tgk susu2 tu..tp xde la smpai mengalirkan air mata. adala sorg dua yg dtg tgk, tnya how it's happened, apa solution utk selamat kan susu nih...saya kata, mmg dah xde solution lain dah..mmg kena buang dah...ms ni sedih gile2 rs nya....sbb bnyk kan...

ok la...dah la..dah la...

erk..korang kan, kalau ada kes jd mcm aku ni, or ebm anak yg x habis, korang buang mcm mn erk? mcm aku, xde la selalu jd mcm ni...pernah jd tp sempat di selamat kan..ada la 1-2 paket je yg defrost..so, xde la frust kan. hah..kalau jd mcm ni, biasa aku akan alirkan susu tu kat air paip. my mum pesan suruh buat mcm tu..dulu kalau x silap ma pernah bgtau kenapa tp aku lupa plak.
pastu ma jugak pesan ,jgn buang ebm ni merata2, x elok. my cousin, dia bg kucing dia minum susu yg dia pump ni. tp x bg kat anak dia sbb nak bercerai susu. geleng kepala saya dengar ma cerita dulu. xtahu kah dia, yg susu ibu ni amat berharga sekali. kenapa sanggup bg kucing tp x bg kat anak. huh. ma saya kata kalau bg kat kucing, nnti susu kita kering. betul ke x, saya xtau, pada saya tu mitos org2 dulu.

bercakap psl bf ni kan..
saya gembira sgt skrg ni sbb saya dapat bg semangat kat mommies2 kat ofis saya utk bf anak2 mereka. alhamdulillah..syukur sgt..ada yg anak ke-3, br ada semangat nak fully bf anak diaorg. tp saya kecewa gak bila sy dpt tahu, ada yg dah campur. maksud nya campur dgn susu tepung. saya nasihat kan la, kalau bleh kurang kan susu tepung, bg tips kat diaorg, camna nak bnyk kan susu, n lebih kan bg susu ibu berbanding susu tepung. ada jugak br nak dpt anak yg pertama, ada jugak yg br je pregnant. mmg saya galak kan mereka utk fully bf anak mereka. tp saya cakap awal2 la pd mereka, saya x paksa, cuma pk la pro n cons yg saya bgtau kan. alhamdulillah it works!

semlm borak dgn mr azam pasal bf ni. mr azam tnya, **N (nama tmpt saya bekerja) xde bilik mengepam? ofis i pun ada tai(dia keje bank) mmg saya pun ralat la sikit dgn management sini. nama je hospital, tp bilik mengepam pun xde. huh. saya rs mcm nak usul kan kat management suruh buat bilik mengepam. tp tu hnya angan2 saya la..sapa la saya nak usul kan benda ni pada management. ntah2 saya kena kick terus dr sini. saya juga ada impian nak panggil LC dtg sini, buat talk pasal bf ni. hr tu ada usul kan kat management. tp procedure mcm susah. diaorg mcm susah nak accept. tp xpe..saya nak cuba balik.

tinggi kan angan2 saya.
tp xpela...
xtau la jd kenyataan ke x angan2 saya ni..
wallahualam...
dah..sekian.
saya nak g lunch.

maaf la kalau buang ms korang bc entry yg merapu hr ni....

19 comments:

SyidaGorjes said...

kat opis ada peti cadangan tak?bole anta kat situ, letak nama anonymous.

~ana~ said...

bertuah la diaorg nak letak peti cadangan tuh kak..hu3x....

shakila mubarak said...

anta email kat bos2. email tanpa name pengirim.

~ As ~ said...

saya punya bulan 8 gigih nak habiskan ni, bagi azam minum sekali...

Cik Pah said...

cik pah nasib baik.ada bilik kosong kat opis nih.. kami jadikan bilik solat ngan bilik pam.. cik pah pun dah berjaya convince opismate cik pah untuk fully bf gak..anak sulung.. tapi susu dia lebih banyak dari cik pah ..heheheheh..takpe.. akan kuusaha untuk lebih banyak lagi hasil susu..

nieda said...

bagus kita encourage org psl BF ni. sebab kebanyakkannya mmg nk BF anak tapi maybe kurangnya ilmu. Kalau bukan hospital rakan bayi kebanyakkan nurse suh bg susu tepung.

Nieda nasib baik masa preggy dulu pergi kelas asaa penyusuan susu ibu. byk tip yg diperolehi. dan alhamdulillah sampai sekarang humaira still bf. dah setahun setengah pun dia

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

kita tabik spring pada mommies2 yg bf nih .. mcm kita usaha mcm2 tp x berjaya nak bf ..kuat semangat mommies2 bf niah ..kagummm

Lyana said...

try r kak mintak bilik pam tu..lagi2 bukan sorang 2 je yg pam..musti kene ade

Sity Sha said...

kat opis aku lak, bos aku tu non-smoker.so bilik smoker kat level aku ni di convertkan jd bilik bf.Happy mommy2 kat opis ni.

~ana~ said...

kila, mmg xbleh la..susah nak buat gitu...

~ana~ said...

as, bagus la azam nak minum jugak. ajmal skrg ni langsung xmo dah. x sedap kata nya..huh.

~ana~ said...

cik pah, x kisah la kan janji kita dpt ajak org sama2 bf kan anak ni..best kan..good luck cik pah..

~ana~ said...

nieda, yup..i rs mmg org ramai xde ilmu psl bf ni..sbb tu kita kenaa membaca, bertanya pd org yg pakar, pergi kelas..

~ana~ said...

kak d, xpe la..at least akak usaha kan...xpe..usaha lebih lg utk next A..heh3x..

~ana~ said...

lyana, susah la..akak tahu sgt la mngmt kat sini..hu3x..

~ana~ said...

sity, iman tu sama level dgn ko erk..hr tu aku tgk blog iman tu, dia tunjuk gmbr2 geng2 mengepam dia...erm..company ko xpe..establish gitu..huh!..

A D I A said...

i kagum + jeles tul dgn org fully bf ni. i mmg dah tekad dulu nak fully bf, tapi apa kan daya. abis pantang susu pun mula nak kering.
takpe laa kalau rezeki dia setakat tu je.

lagipun hafiyya duk incubator for a week n mmg i takleh direct bf dia time tu. so bila dah keluar dia malas nak direct bf, terpaksa pump kasi botol. org kata kalau selalu pump ni susu cepat kering + i tak direct bf.

wah tetiba nak mempertahankan diri sendri heheh. apa2 pun i salute ibu2 bf ni.

~ana~ said...

thanks adia,

erk..tp mmg betul pun, kalau u pump je, x direct bf, susu bleh cpt kering + mungkin susu u x bnyk sgt sbb tu cpt kering.

xpe la, dah rezeki dia takat tu je, nak buat camana..at leasr dia merasa gak susu u kan...kolestrum tu dia dpt jugak...

next baby la kalau gitu...bleh?hah3x..

aminah said...

saya ada tebaca blog yang guna susu dah expired buat mandi susu =p mungkin boleh diaplikasi lain kali ;)