Friday, April 30, 2010

~pap smear~

hari ni aku nak citer pasal pap smear...
kawan2 aku yg dah kawin, korang dah buat pap smear ke belum?

aku setakat ni dah 2 kali...
1st buat after 2 month, deliver kan ajmal..
gynea dah buat app. siap2 suruh dtg buat pap smear n discuss family planning...
so, buat la kan..alhamdulillah x de apa...
2nd time buat lepas bersalin kan aqil..
g jumpa gynea gak but dia kata x payah buat sbb br last year buat...
dia at least 3 thn sekali kita kena buat..
but bila aku g klinik kesihatan (kerajaan) kat area umah aku,
dia suruh buat sbb katanya skrg ni kena buat tiap2 thn selama 3 thn..
so, pasrah aku buat dgn nurse tuh...
result nya ada infection, dia suruh ulang balik...until now xtau apa2 lagi...
diaorg kata kalau diaorg x call makna nya results ok la..
hopefully ok la kan...

beza tau aku rs buat dgn gynea dgn buat dgn nurse...
bkn aku nak mempertikaikan kebolehan diaorg..
tp aku rs dgn gynea, xde la rs sakit...smooth je..kejap je dah siap...
but bila aku buat dgn nurse..adoi....tension!!
erm..malas nak cite kat sini sbb aku rs personal sikit la...
tp tu la kan...dgn gynea, kita bayar....dgn nurse ni free je..tp tu la..

aku geram btul dgn service diaorg time tuh...
tp tu la kan bkn semua org kena mcm aku kena...
mungkin nasib aku la kot kan...

pastu plak kan...ada la kawan2 aku kat ofis ni,
dah umur lewat 30-an 40-an, x pernah buat pap smear ni...
oh my god..terkejut nya aku...
diaorg kata, buat benda ni sakit...
erm..ni la susah kan kalau asyik dgr cakap org je...
tp aku xplain gak la kat diaorg xperience aku, kenapa penting nya pap smear tu...

one of my friend pernah deliver kat salah sebuah hospital pritave yg famous ni kan...
tp kata nya dia xde follow up after 2 month dgn gynea dia balik utk buat pap smear...
aku ingat kan follow up lepas 2 bln bersalin tu, procedure biasa klau kat private kan..
rupa2 nya x..erm..seb baik la hospital aku bersalin ni ok gak kan..
smpai skrg dah kat sethn, dia masih x buat pap smear nih...
kata nya x penting...
erm...xtau la aku nak kata apa kan...masing2 punya pendirian/pandangan masing2 kan...

so, kat sini aku ada copy paste sedikit info berkenaan pap smear ni..
moga ianya bleh di jadikan panduan dan rujukan utk kawan2 semua...
info aku ambik sini...


Apakah itu kanser servik?

Kanser pangkal rahim.
Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
Penyakit di mana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
Ia boleh terbahagi kepada :
-Peringkat awal
-Berlaku di sekitar servik
-Peringkat lewat
-Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
-Merupakan kanser kedua terbanyak di kalangan wanita selepas kanser payudara.
-Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
-Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
-7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
-10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?
Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
-Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
-Mempunyai pasangan seks berbilang
-Mengandung lebih dari 5
-Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
-Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
-Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
-Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?
Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:
-Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
-Perdarahan yang banyak
-Perdarahan yang berpanjangan
-Perdarahan di antara haid
-Sakit
-Kehadiran darah beku
-Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
-Sakit semasa hubungan seksual
-Perdarahan dari vagina selepas putus haid
-Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
-Berbau
-Bercampur darah

Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?
Ya, boleh.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
Serangan kanser biasanya berlaku di kalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah di mana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear

Apakah ujian yang mengesahkannya?
Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy. Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :
-Full blood count
-Liver function test
-Renal profile
Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

Apakah rawatan yang disediakan?
Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
-Pembedahan
-Radioterapi
-Kemoterapi

Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.

Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?
Mencegah lebih baik dari merawat.
-Amalkan cara hidup yang sihat.
-Setia pada pasangan anda.
-Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
-Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.

Apakah itu ujian Pap Smear?
-Merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
-Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
-Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
-Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
-Ia adalah satu prosidur yang mudah di mana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
-Tidak perlu ubat atau bius.
-Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Adakah ujian itu menyakitkan?
-Tidak menyakitkan.
-Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
-Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
-Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
-Tanggalkan seluar dalam.
-Berbaring di atas katil.
-Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
-Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
-Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana laporan akan dibuat.
-Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
-Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
-Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
-Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
-Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
-Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?
-Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
-Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
-Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
-Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
-Di semua klinik dan hospital kerajaan
-Di klinik/hospital swasta
-Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
-Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?
-Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
-Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
-Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
1.Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
2.Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
3.Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).

Apa yang patut dilakukan seterusnya :
-Rawatan susulan
-Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
-Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?
-Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
-Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
-Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
-Kurang menyakitkan.
-Sesetengah orang merasa tidak selesa.
-Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
-Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
-Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
-Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
-Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Thursday, April 29, 2010

~korang tlg jawab soalan saya bleh x?~

saya ni nak tanya la...
kenapa ye..kalau saya comment kat blog2 kawan2 saya..
saya dapati lepas saya review, comment tu x kuar...

saya faham la kan..
ada blogger yg setting utk diaorg approve kan dulu comment tu kan..
and ada jugak yg lepas kita comment, comment tu akan terus appear...

erk..xkan la saya comment biasa2 je, blogger tu xnak approve kot...

erm..xtau nak cakap apa..
ada sapa2 bleh tlg bg pandangan/jawapan x?

~........~

hr ni nak update blog sebenar nya...
draft dah siap...
taaaaaaaaaaaaaapppppiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
fon plak tertinggal..
gmbr yg nak letak kat blog ni, ada dlm fon tu...
hu3x...x best la hidup xde fon...
mcm la ramai sgt org call ko hr2..huh3x

xde la..hr ni kebetulan nak jumpa my brother..
dia nak dtg ofis ni...
biasanya bila dia smpai dia akan call la..
tp ni dia kena call no ofis la...
x suka la..kang nnti aku nak kena g toilet ka, despatchsambil mengumpat ka..
susah la kan...
kalau ada hp, bleh bw ke mana2 je...
erm...x syok la gini kan...

2-3 hr ni aku rs aku careless sgt...

2 hr lepas, g kuar mkn, bos belanja mkn kat al-rawsha, aku bleh tertinggal fon kat situ...
seb baik cashier tu jumpa and dia tlg simpan kan...

mlm td balik dr umah in law, aku tertinggal purse dlm kereta..
seb baik la purse x banyak duit
pg td aku tgk purse tu aku letak kat tmpt kaki sebelah driver..
kalau org ngintai, mmg terang2 nmpak purse aku tu...
hu3x...

kena hati2 la pas ni...hu3x...

Wednesday, April 28, 2010

~cerita panas yg korang nak tahu...~

ok..sini aku dedah kan la cerita panas tu...
korang bloeh masuk sini...

aku xnak komen lebih2...
actually aku dah follow blog yg kena hentam ni sejak aku start blogging..
tahun 2008..ms tu enrty dia aku rs setiap 3 jam kalau x silap...
mmg banyak gile entry dia dlm sehari...
tp makin lama kan....bila dah bc...erm..sendiri mau ingat la...


tp aku pun letak dia dlm blog list aku...
sbb saja suka2..letak je..masuk nya ikut suka la..kadang2 seminggu sekali..
kadang2 sebln sekali..
aku dah lama perasan dia ni dah makin riak sbnar nya...
tp xnak la cakap lebih..
aku ni dah la org baru kat arena blogging ni...
sapa la aku nak kutuk diva kan...
tp kalau yg betul2 blogger baru yg x bc cite2 dia yg lepas, mmg xtau dia ni camna...
dgn geng2 dia tuh...adoi la....

adoi..cam sessi meluah perasaan la plak kan..
tp xpe la kan..blog aku....

so, pada sapa2 nak tahu cite tu, klik je kat link aku bg kat atas tu....

apa2 pun benda ni semua bg pengajaran la buat aku sendiri....
sama2 la kita sedar, kita hidup ni cam roda, kejap kat atas jepa ada kat bawah...
renung2 kan la....

~hot story~

cerita hot aku dpt semlm...buat aku terfikir...

erm..mcm2 kan gaya manusia ni...

nmpak baik tp dlm hati xde sapa pun tahu....

susah kita nak percaya org dgn hanya melihat rupa paras je kan...

apa2pun aku terkejut...dia sgt berani....

dan aku?sokong gak la sikit2 sbb aku nmpak kan...

erk...korang nak tau ke cerite hot?
google la sendiri...cerita hot mengenai dunia berblogging ni....

malas la nak komen lebih2 kan...
sapa la aku nii....

Monday, April 26, 2010

~jalan oh jalan~

hr ni tension giler rs time balik keje td...
kul ofis 530, ikut mahameru, smpai umah babysitter 745...
gile kan...xtau apa yg buat jalan jammed teruk mcm tu sekali...
biasa paling lewat pun sejam je...
biasa kalau ikut mahameru nih, kat jalan istana tu la br start jammed nya...
ni br je smpai exit jalan duta tuh, dah start jammed...>
aku dah la ngantuk...
seb baik sebelum kuar ofis, ada beli secwn kopi..
tu je la pengubat ngantuk td....

eh..lupa..ada lg satu...mr azam...dia call gak aku...

nak borak2 xnak bg ngantuk sgt..thanks dear....:)
mcm2 ragam org aku tgk td..
ada dr fast lane, nak tukar lane terus nak g susur keluar ke pusat bandaraya...
padahal ms tu dia dah nak terlepas dah susur keluar tuh...
tp sbb xmo harung jammed, nak try jln lain, sanggup tukar lane 90' lg tuh...
aku ingat nak wat gitu gak tp x berani la...
aku setakat tukar2 lane je la...
kalu lane kanan laju duk lane kanan..
begitulah sebalik nya....hu3x..tension i....

tension la kalau hari2 mcm ni kan...
aku bila kena gini td terus fed up...
rs mcm.."alahai nyesal nya x ikut jln tun razak" td..
aku bkn apa...sejak diaorg buat longkang kat jln sungai besi tu,
aku dah mmg jarang guna jln tun razak...jammed teruk kat jln sungai besi sbb sempit org buat longkang.....tp kalu ikut kan jalan tun razak lg dekat...cuma jammed tu la x tahan nya....
that's why aku guna mahameru skrg ni...>

mahameru jauh sikit but smooth sgt until jalan istana or masuk kl seremban highway...ms tu br nak jammed..ok la kan sbb tu dah nak smpai umah dah....

meter speed tu x smpai 30 pun aku bw..gile x gile...
pas exit cheras, masuk besraya br la bleh speed smpai 80...
ms lalu besraya tu, aku nmpak kl seremban highway clear gile...
nyampah aku..selalu camtu...paling tension dgr kat radio...
"traficc lancar di kl seremban highway selepas susur keluar D*** P*******...."
tension..kenapa sblm umah aku jammed, lepas je umah aku tuh dah clear...
sgt x faham....padahal jln sama je....

ada gAk kawan2 aku yg duk area umah aku ni ramai guna SMART tunnel...
idak la saya nak bayar rm2 semata2 nak clear..bila dah kuar dr SMART tunnel tuh, kena harung jammed gak..tension gak...huh2x...

tension2, aku ambik gmbr..sj je suka2...
tgk la..dari cerah smpai ke lampu jln tu terpasang, aku masih lg di jln raya...
maaf la kalau kereta sapa2 masuk blog aku ni ye...di harap halal kan la ye..dah terambik gmbr nye...nasib la kan...sapa suruh duk dpn aku...hah3x...jahat tul la....

ni cerah lg..ni br je lepas pwtc...



dah nak gelap dah...



dah gelap...hu3x...

Friday, April 23, 2010

~ayam bakar black pepper bermayonis~

kan saya dah kata, kalau saya masak sedap2, saya akan publish kat blog...
baru2 ni saya jumpa satu resepi baru....sedap..2 mlm lepas saya buat...
x rugi mencuba sbb mmg sedap...
lain sikit la dr resepi biasa ayam bakar saya tuh....

Resipi Ayam Bakar Black Pepper Bermayonis

1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

cara;-
Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkana.
( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu-saya perap seminggu..hah3x..)


hasil nya;


owh nak cite satu citer sedih..
oven kesayangan saya rosak..xtau camna bleh rosak..lampu x nyala..heater x panas...
kesudah nya saya bakar ayam dgn oven saya yg comel tuh...
awal2 tuh takut gak sbb oven comel tu kecik je..takut kang nnti x masak ayam tu..
tp mr azam kata bleh je..saya pun guna la..
alhamdulillah masak ayam tu...cuma kena balik2 kan pastu kena pusing timer tu 2x sebab timer tu max dia 15min je...


oven comel saya..:)


oven yg telah rosak..hu3x..sedih...

agak2 kalau hntr kedai utk repair, mahal x erk..kwn ofis saya kata, kalau heater yg rosak, baik beli yg br je..tp saya sayang la oven ni...bleh buat ayam pusing tau....ingat lagi dulu..merata2 saya keluaar masuk kedai semata2 nak cr oven yg bleh buat ayam pusing...hu3x..sedih2....

Thursday, April 22, 2010

~kenapa~

kenapa perlu ada perbandingan antara satu sama lain...
bkn ke diaorg tu sama je...?
kenapa perlu membeza2 kan mereka?
tidak terfikirkan anda bahawa itu satu ketidak adilan?

penat la gini....

mood;sedih

sekadar luahan di mlm hari...

~sos susah nak sebut~

ni entry khas utk seorg kakak yg jd silent reader saya...
dia nak tgk camna rupa sos worcestershire ni....
semangat ym dgn saya, tanya camna rupa sos susah nak sebut ni..
saya blh letak gmbr botol dia je...





gmbr sos tu xyah la ye...lebih kurang cam kicap je...
kalau kat giant, g je cr kat bhgn mayonise, sos bbq tu...
insyaallah ada...
tgk kakak...saya buat entry khas utk kakak...
kakak kena belanja saya mkn ye..

so, kakak, pas ni bleh la masak steak ye...:)

Wednesday, April 21, 2010

~jatuh sampai berdarah~

it happened to ajmal last night..
dlm kul 1015.....
dia duk tahan mata dia n tgk tv...
susu dah habis 2 botol, then, cheese 2 keping dah habis mkn...
ms duk mkn cheese tu, dia duduk kat kerusi ikea dia tu..terjatuh gak tp sbb i buat lawak, dia x jd nangis....
habis kepingan cheese yg ke-2, dia mintak lg....
tp i ajak dia supper...minum milo panas dgn jacob's cream cracker...
nak di jadi kan cerita, air milo tu tumpah kena kaki dia..
i pun angkat la dia kat sink dapur, nak basuh kaki dia...
pas tu diri kan dia, i berpaling nak ambik kain nak lap air milo tumpah, dia dah jln dulu..
kaki tu licin..apalagi..terjelepuk jatuh tersembam...
kuat gile nangis...ingat kan just sakit dada je..
but bila i angkat tgk muka dia, alamak, bibir dia berdarah..
cuak gile sbb takut gigi patah ke..i dukung dia...baringkan dia..ambik ais terus tuam...
bibir bawah dia pecah dan berdarah la..
terus call mr azam sbb sgt takut time nih..(mr azam keje mlm)
lama gak la tuam dgn ais tu..then bila darah dah stop,
dia mintak susu..bg dia susu, dlm 10 min pas tu terus dia tdo...





adoi la...sian lak kat dia..risau sgt..
tp alhamdulillah mlm td dia tdo ok je...
xde meragam...pg ni pun ok je...
but bila tanya sakit ke x, dia kata sakit...


ni gmbr pg td..

(maaf la kualiti gmbr kureng..duk kelam kabut, x sempat nak tukar ke night mode..ala..lagipun, ni pakai kamera fon je..fon murahan gini la..:)
kalau korang xnmpak 2 gmbr kat atas tu, korang anggap la korang tgk screen color hitam..:)

Tuesday, April 20, 2010

bonus link

korang biasa isi minyak kat mn?
aku dan mr azam biasa isi kat shell or bhp..
tp banyak kat shell la...

dah kalau isi kat shell tu, kami guna la bonus link card...
ada gak kenkdg lupa nak guna...
hr tu ms blog walking, ada nmpak blogger redeem point...
aku pun cergas la call bonus link kan nak check point..
dia kata point aku ada xpired end of april ni...
ala..point pun xde la banyak sgt...
n yg nak xpired pun xde la banyak gak pun...
tp baik la redeem kan..dr bazir gitu je...

n kebetulan plak card mr azam rosak,
so alang2 aku suruh diaorg hntr kad br utk mr azam...
bonus link ni guna nama aku as primary, mr azam, suplementary
senang sikit kan..satu kereta ada satu kad...

so, berbalik pd cite nak redeem td, aku just redeem on the spot kat stesen minyak je...
call stesen minyak yg kita nak g tu, tanya la brg yg kita nak tu ada ke x..
kalau ada, bleh la kan..kalau xde, korang bleh g stesen minyak shell yg lain la...
lgpun point x bnyk n redeem brg biasa2 je tu yg g stesen minyak je tu
tp kalau korang nak redeem brg2 besar, korang kena isi form kat website diaorg...

balik dr event gatsby tu, aku singgah stesen minyak shell kat umah aku,
n dia akan mintak ic kita..
nak redeem xleh pakai suplementary card tau..kena pakai primary kad...

so, ni la barang yg aku redeem..2000point...eh..2000 or 2200 point..x ingat la plak...
okla kan..x guna pun lg..xtau bila nak guna...


thermos baru..:)


close up sikit..:)

cantik kan...putih biru...saya suka....
suka la dpt brg2 free gini....

Monday, April 19, 2010

Gatsby Deodorant Street Fair

so, seperti yg korang sedia maklum, sabtu br ni aku ada joint event dgn gatsby kan...

The LARGEST Bloggers' Gathering with GATSBY
Deodorant Street Fair


so, sabtu pg ni cergas la aku siap kan aqil (hntr umah bbsitter) ,
ajmal ikut papa nya...
patut nya mr azam joint jugak but ada hal family plak...
so, aku pun ajak la pn ct..seb baikk pn ct nak ikut...

ni 1st time joint event dgn nuffnang
kalau ikut kan sebelum ni ada gak teringin nak joint event2 dr nuffnang ni
tp oleh kerana masa yg tidak sesuai, maka x jd la...
sgt teruja sbnar nya...
al maklum la..1st time joint event yg besar mcm ni kan...
smpai kat berjaya times square dlm kul 950am, reg. start kul 10am..
so, dlm 10min tu, aku jln2 la dulu...
oleh kerana aku bkn blogger yg glamour, so mmg x de jumpa sapa2 la kan...
yg aku tahu, kwn blogger yg dtg, sis erryn je..tu pun ms aku smpai, dia x smpai lg..
ada gak jumpa 2-3 org muka yg familiar...aku pun x sure mn aku tgk diaorg..
tp xde la nak tegur nya...
aku cuma tegur cik hel je..tu pun ms cik hel g jumpa sis erryn n ms tu aku ada dgn sis erryn..
owh..cik hel sgt peramah...



after reg, kena g tukar bj plak.kena pakai bj yg diaorg bg...
seb baik aku dah mmg pakai bj merah, so, bila match dgn tudung, ok la kan...
pas reg semua, kena g berkumpul utk ambik gmbr..
nak masuk dlm Malaysia Book of Records...



door gift-beg, kipas, notepad dan baju..


dah tukar baju...:)


tuan tanah gila glamour...





pastu, g balik kat event ni..
pn ct ajak main game2 yg ada kat situ...
best gak rupa nya..mcm2 kitaorg main...
bowling kelapa, ballon dark, baling tin, color ball, crazy parking,
game kat komputer dan banyak la lg..
yg pasti best gile...
kul 2, pn ct nak kena gerak balik..dia ada hal...
so, point yg dia dpt ms tu dlm 20 point, dia bg kat aku..ms ni aku br dpt 16 point..
aku pun jln la sorg2 g main itu main ini...asyik duk ulang main benda yg sama je...
aku suka main bowling kelapa sbb sekali baling je confirm strike...so, bleh dpt 4 point..
kalau 2 kali baling n strike gak, dpt 2 point je...




main crazy parking...tp x dpt point pun...


basketball...dpt gak point kat sini..
xtau la brp kali aku main kat sini...


baling tin-ni banyak kali gak aku ulang sbb senang je..
tin tu ringan, pakai bola tenis..




ni ketuk kacang..susah gile nak ketuk sbb kacang tu jatuh laju..
x sempat..rs aku main ni dlm 4-5 kali kot..tp sekali je dpt point...


ni aku main banyak kali sbb senang..
aku dpt taktik nya...so, sekali lempar tali tu terus lekat...
aku rs sini aku main smpai 7-8 kali kot...


ni aku main dgn pn ct, smpai time off pun kami x dpt..
hampes je..susah siut...


ni pun aku x main..pn ct ambik gmbr je..

banyak lg game lain sbnar nya yg kami main...
dan ada gak lg game lain yg kami x main...
game kat komputer tu pun banyak kali aku repeat..
gmbr main bowling kelapa x ambik pun....

kul 230, ada cabutan bertuah..best je tgk org dpt iPhone, GPS, Netbook...
aku main lagi game tu sbb nak tunggu kul 3 ptg...
kul 3 br bleh redeem point tu..
dlm duk syok main, x sedar dah kul 320, cpt2 la aku g q...
ms tu aku kira point aku dah 100...waa...x caya rs..dahsyat gak aku ni..even xde partner, tp bleh collect smpai 100 point...
bangga pd diri sendiri



point yg dpt di kumpul kan...


brg2 yg aku redeem...oloh wei..gelap plaks...

tp kan..yg pasti mmg best la street fair ni..
sgt2 enjoy even aku x ramai kawan2 dr kalangan blogger..
pasni, kalau nuffnang nak buat lg, jgn lupa ajak saya jugak yea..:)

erm..xde mende dah nak cite kot...
gmbr2 ni campur dr kamera aku, kamera fon aku dan kamera fon mahal pn ct....
kamera aku tuh abis bateri..salah aku gak, x check bateri dulu...
seb baik ada fon mahal pn ct..hu3x...

Friday, April 16, 2010

~korang dah ready utk Gatsby Deodorant Street Fair??~




korang dah ready nak g sana?
jumpa nnti ye kawan2...
nnti tegur2 la saya ye..saya ni ala2 pemalu sikit...
nak muntah aku tulis ayat ni..uwek..
xde...saya betul kan balik ayat ye...
saya ni pemalu utk bertegur sapa buat kali pertama...
bila dah lama2, saya akan bertindak menjd seorg yg x reti berhenti berckp...
hu3x....

adia, harap2 kita bleh jumpa...:)
mamatisya, jgn lupa tegur ana ye...
dan pada sapa2 la yg silent reader blog saya ni, nnti tegur2 la ye...
gaya mcm ramai je silent reader....perasan x abis la......

Thursday, April 15, 2010

~grilled fish~



menu utk hr isnin br ni..

grilled fish...
guna ikan dowry je...
selama ni biasa buat fish n chips je...
so, kali ni nak grilled la plak...
balik keje ptg tu, singgah giant utk beli ikan dowry...
balik tu terus marinated...

bhn2 utk marinated;
black pepper
garlic
garam sikit
oregano/mixed herbs(aku bedal je letak oregani, mixed herbs, pastu apa ntah lg...guna apa yg ada je..)
olive oil

perap dlm 1 jam pastu grilled la...
buat coleslaw then dah la...
ajmal beriya la nak mkn fish ms aku duk grilled tu...
bila time mkn..mkn coleslaw je..hu3x....

semedang je aku ni kan..kalau masak western2 tu mula la nak kuar kat blog nya...
cuba masak nasi berlauk, x pernah pun kuar blog...
eh bkn apa..aku ni kalau masak nasi berlauk, lauk nya simple2 je...
takat ayam masak merah, kari ikan, kari ayam, singgang ikan, sup ayam, sambal ikan bilis..
xkan tu pun nak masuk blog gak kan....

eh tp kan...mlm semlm aku masak sambal kentang, tempe dan ikan bilis...
pas masak, aku simpan, rs nak mkn, ambik je la..hu3x...
mr azam pelik tgk aku kul 9 mlm duk ketang ketung kat dapur..hu3x...
tempe tu bbsitter ajmal bg...
bg nya dua paket..tempe daun pisang..pergh...
pulak tu bersih je nmpak tempe dia...
so, xnak la dibazirkan mcm tu je..org dah bg,
maka nya harus la aku masak kan....
erm...bila aku nak mkn nasi lauk sambal ni erk....

Wednesday, April 14, 2010

~jom cuci kereta~

hr tu kan, kami nak balik cheras...
nak kena hntr brg kat umah pil..
mr azam bw kereta dia dan lalu ikut jalan depan(laluan tol)
kata nya mahu cuci kereta....

rupa2 nya dia nak cuci kereta kat bhp taman connought tu...
cuci kereta yg mcm drive thru tu..rm3 aje...
murah kan..tp cuci luar je la..bhgn dalam xde la..
sblm tu dia isi minyak dulu..
ms isi minyak tu ternmpak la banner bgtau, kalau purchase rm20 n above,
dpt less rm1 utk cuci kereta...
mr azam isi minyak full tank, n mmg rm20 above,
so, dpt la less rm1...
maka nya hr tu, cuci kereta rm2 je...
kejap je diaorg cuci..
pakai machine tu..pastu ada yg pusing2 tu...
ajmal muka cuak gile ms benda yg pusing2 tu cuci kereta kami...
gelak besar aku dgn mr azam tgk mukaa dia..
x sempat nak snap muka dia tu....
adoi la...kelako la...

tp puas hati la sbb bayar murah je kan
tp u xleh nak expext la dia cuci kereta u tu bersinh sungguh2...
cuci pun x smpai 1/2 jam...
tp ok la kan setakat nak hilang kan kotoran lepas kereta kena hujan ke...

Tuesday, April 13, 2010

~jom baca buku~




baru2 ni FIL saya pinjam kan kami buku ni...
x habis lg baca..
tp setakat yg saya bc ni, sy rs sangat menarik buku ni..
mcm2 ilmu yg bleh kita dpt....
bleh di jadikan panduan dlm mendidik anak2...
dan juga menambah kan ilmu pengetahuan kepada diri kita sendiri....

aku suka membaca sebenar nya..
kalau novel tu teramat la suka..
tp x suka membeli..ha3x..camna tu..asyik nak pinjam je...
tp pinjam pun abis baca, aku pulangkan la balik...
tp bila dah kawin dan ada anak ni, dah x mcm dulu lg..
nak membc pun kena cr ms yg betul2 lapang...
br bleh menghayati....br senang faham...
eh tp kan sejak kawin dan ada anak ni jugak,
aku jd mcm suka lak beli magazine....magazine pa n ma....
pantang tgk kat kedai, kalau isu yg diaorg paparkan tu, aku xde lg koleksi,
aku terus je beli..x pk panjang lg..hu3x..
tp bagus majalah tu..banyak info..

Monday, April 12, 2010

~cik P sudah datang...~

setelah hampir 1 thn lebih, cik P tidak muncul dlm hidup saya,
akhir nya, pada minggu lepas, cik P telah muncul....
makna nya..saya telah kembali subur....
hah3x....

maka nya kan..bila saya pump susu, ala2 segan nak keluar..
pump kul 1030 tu dpt dlm 7-8 oz je...
ptg tu pun dpt dlm 8-9oz je...
tp xpe la...saya redha...
lepas ni saya kena keja kuat lg utk pastikan stok susu maintain....
ala..lgpun cik P ni dtg sebln sekali je kan,
so, xde la setiap hari stok saya akan jadi gitu...

ada org kata, susu yg keluar time cik P dtg ni, x brp sedap erk?
ye ke?saya pun xtau..dulu nak tanya ajmal tp dia x reti cakap...:)
tp apa2 pun, saya x percaya la sbb saya tgk sama aqil hisap mcm biasa je...
ajmal dulu pun.....ms cik P dtg, dia hisap mcm biasa je...

ntah la..kadang2 banyak sgt mitos dlm bf ni kan...
yg x tahan tu..org yg x fully bf, bleh plak cakap lebiih2 dr org yg bf kan anak dia...
seolah2 dia yg banyak ilmu mengenai bf ni nak banding kan dgn kita yg fully bf ni...
entah la..mcm2 kan....
tp saya hanya mampu tersenyum...:)
kang cakap banyak2 kata aku melawan pulak....adui la...susah kan...
eh..tetiba plak jd cam luahan perasaan...td tajuk lain...
xpela..layan je la...:)

Thursday, April 8, 2010

~ajmal & aqil~

dah lama rs nya gmbr ajmal bersama aqil x masuk blog ni...
so, khas utk tatapan tok ma, tok ki, auntie2 dan uncle yg berada jauh di mata tp sentiasa dekat di hati...hu3x...





































ajmal irfan;
dah banyak perkataan dia bleh sebut..
cakap pun alhamdulillah x pelat....
sgt syg kat adik dia
sibuk nak g school..pantang nmpak school bus..suruh berenti kan dia kat situ, nak naik bus g school..

aqil raziq;
dah reti nak senyum..selama ni asyik kelat je muka..hu3x
mulut x kuar bising sgt..ada emas kot dln mulut aqil..:)
seminggu ni, bila meniarap, asyik nak naik kan bontot dan dada..mcm nak merangkak...
kul 530 pg dah bgn....ajak org main dgn dia..hu3x...

tu je la sedikit sebanyak perkembangan hero saya tu..