Tuesday, November 30, 2010

~yang terakhir~

sabtu br ni, ms g konvokesyen adik aku, tetiba dpt call dr pos malaysia. diaorg nak hntr brg kat rumah tp xde org kat rumah. so, aku just suruh posman tu tinggal kan slip utk self pick up.

aku pun x pasti brg apa. sbb lately ada la sikit2 redeem brg. tp rs nya mcm beg milo kot. kan hr tu aku ada redeem 3. 2 beg, 1 bola. so, beg lg satu x smpai lg. tp utk yg sebelum ni aku pakai alamat office. erm...

so, semalam, pergi la ambik parcel tu kat taman shamelin. kat situ adalah pusat pengumpulan utk pos ekspress. tmp dia masuk ke dalam sikit. kat kawasan kilang2..nasib baik sorg ofismate aku pernah pergi sini, so, tnya je la kat dia. nasib baik x sesat..:)...kat kl ni rs nya ada 3@ 4 je pusat pengumpulan pos ekspress ni kot. kat taman shamelin, brickfields, taman melawati. tu tmpt yg aku tau je la..kalau ada lagi kat tmpt lain, xtau la.

tgk2 dpt beg milo lagi satu. erm..aku rs aku tersilap buat alamat rumah ni. biasa kalau ada redeem apa2 buat alamat ofis je..kdg2 je la buat alamat rumah. so, dah abis la kira nya..alhamdulillah, redeem 3, semua dpt.



actually aku ingat dah x dpt utk yg last ni sbb last month ada org dr milo call bgtau yg aku tersilap isi form. utk redeem bola, kena 50 point, utk redeem beg, 20 point. so aku ada 20 point tp tersilap tick utk redeem bola, 50 point. so org milo call bgtau aku tersilap and tnya aku nak beg mana. aku suruh je dia bg yg mn2..dah sebulan, aku ingat x dpt la kan..alhamdulillah dpt jugak.

x cantik sangat la...chiq, kalau nak, ambik la...:)

dpt beg free pun nak kecoh2 kan..hu3x...

Monday, November 29, 2010

~konvokesyen-family trg-weekend~

xtau nak letak tajuk apa. jadi la kan tajuk tu. weekend yg lepas, korang ke mana? aku xtvt agak padat. penat tp happy. hari sabtu, one of my younger sister konvo kat uia. so, ma dgn ayah dan juga chiq dan anis dtg kl. diaorg smpai hari jumaat. so, stay kat rumah abg sbb dr sana dekat utk ke uia kan.

kak konvo sabtu pagi, so, hari sabtu tu, lepas breakfast kat chan sow lin, kami terus gerak ke uia. konvo ni kecil2 lan je. utk kulliyyah law sahaja. kak ambik DSLP. pas konvo tu, g makan kat restaurant ulek mayang, then terus ke rumah abg. ma masak laksa trg...sedap...:)...duk rumah abg smpai maghrib pastu diaorg gerak ke rumah aku plak. ayah nak tdo rumah aku plak.


kitaorg kat luar...


as usual 'bibik' anis sedia memberi kan khidmat..:)


ajmal & tok ki...manja betul dgn tok ki..sikit2 mintak tok ki dukung smpai lenguh2 tok ki dia...


kakak tgk sapa tuh....


ni anak papa...tgk papa, bkn main lagi senyum lebar....


kakak dgn mok kak...ajmal x nak bergmbr dgn mok kak mcm ni sbb dia x biasa tgk mok kak pakai gini..heh3x...


bibik anis melayan anak2 kat dlm auditorium...


ni kak bergmbr dgn budak2 batch dia...



on the way back dr rumah abg, singgah kat ayam golek pantai dalam. eh eh...dah naik harga plak..aku rs bln lepas beli rm18 lagi. ni dah naik rm19. tp dlm duk naik tu, org yg dtg beli x putus2. ayah pun kata sedap. abg plak beli sup meletup. so, mlm tu mkn la ayam golek sama sup meletup. ayah x abis2 kata ayam golek tu sedap..heh3x...

hari ahad, pagi2 aku dah bgn, grill steak yg aku dah perap 2 malam lepas, buat doh utk buat pizza. chiq request nak mkn steak dgn pizza. buat dlm keadaan kelam kabut sbb nak bersiap utk keluar lg. dlm kul 10 keluar, g jln tar, shoping2 sikit je sbb ajmal buat perangai, pastu terus hntr dia org kat tol gombak sbb diaorg xtau jln nak ke tol gombak. on the way back, nasib baik ajmal x buat perangai, n aqil pun terus tdo je. takut jugak ajmal buat perangai g sbb aku je dgn diaorg. mr azam keje. tp ajmal mengamuk tu sbb dahaga. aku tinggal kan botol air dia dgn susu dia dlm kereta. sengal. nak cr air pun x sempat sbb dia dah mengamuk, merajuk, langsung xmo air dah.

balik rumah, kemas rumah, buat laundry.hujan la plak..habis baju x kering..ptg tu ntah salah mkn apa, kena sinus. sakit gile. smpai ke dahi sakit nya. mr azam balik keje, dia yg tlg jaga anak2. aku dah selamat dah..heh3x...

owh..panjang cite kan..tp gmbr yg ada gmbr ms konvo je..heh3x..jadi la kan...

erm..ada sapa2 g baby, children & expo kat midvalley x? best x?

Friday, November 26, 2010

~semalam~

hi..salam jumaat..jap je dah jumaat kan..esok lusa cuti...best2...

hah...cite pasal talk semalam. best sgt sbb diaorg perkenal kan jenis2 carrier ni. ring sling, pouch, mei tai, soft structured carrier (SSC), wrap dll lagi.pastu diaorg bg kita try sendiri.

semalam yg datang ialah, ialah jajagary & sapa erk lg sorang tu, x ingaat nama dia. diaorg dari Malaysian Babywearers. actually yg buat ni one of consultant kat sini, Dr Roshilla Hashim.

diaorg tunjuk cara2 pakai yg betul. tgk diaorg tunjuk kan cara pakai WRAP tu..tgk mcm comfort gile baby duk dalam tu. dia just selit2 then, siap. mei tai pun mcm tu.

gmbr x bnyk sgt ambik sbb asyik duk berborak je. diaorg ni sgt friendly. ajar camna nak guna, pastu bg kita test pakai sendiri, bgtau kat mn salah kalau kita terlasah pakai.

actually aku tgk, kat sini x ramai lg yg tau pasal babywearing ni. so, bagus jugak ada talk semalam sbb diaorg tahu.

lepas ni dr roshilla suruh aku plan utk buat talk pasal CD and breastfeeding plak. hu3x...best2..x sabar. suka bila ada org support ni.


jaja tgh tunjuk cr pakai apa ntah..x ingat la...pakai WRAP kalu x silap.


jaja jadikan anak dia, mia as model...mia ni comel sgt..sebiji mcm mia sarah cite adamaya tu..


ni mei tai...


dr roshilla plak tunjuk....


bkn main lagi excited ye ko ni darling..hah3x..


me & ring sling...


try pakai mei tai plak...

apa2 pun aku rs aku vote utk ring sling la..sbb aku selesa. tp mungkin la lepas ni nak cari mei tai ke, Soft Structure Carrier (SSC) ke...sbb aqil dah besar pastu dia xmo duduk dalam stroller. so, kalau keluar, dia nak tdo, sedikit kesusahan di situ...pakai ring sling ok gak tp rs mcm nak try yg lain plak..heh3x..cakap je la ko nak shopping ana oi..

lepas sessi cuba mencuba tu, borak2 dgn jaja. pastu cakap plak pasal cloth diaper (CD).....pengalaman dia guna CD utk mia...dia skrg in proses utk potty train mia. tp mia br umur 1 thn setengah kalau x silap. kitaorg bertukar2 pendapat camna nak jaya kan potty train kat anak2..hah3x..bangga jap bila jaja excited dgr, ajmal irfan, 2thn 8 bln dah berjaya dalam potty training dia. yup..ajmal mmg diaperless skrg ni. dah hampir 6 bln kot...pakai time tdo je. so, kak nor haslina nordin, sila jaya kan misi anda utk potty train adam. :)..kalau akak rajin, insyaallah berjaya dgn cepat..hah3x....

seronok sebenar nya bila kaum2 ibu ni berjumpa, bertukar pendapat..hopefully lepas ni ada lg sessi2 mcm ni....


sue, lepas ni kalau sue nak join kitaorg bleh je...nnti ana war2 kan yea..:)...

Thursday, November 25, 2010

~talk on babywearing~




petang semalam aku dapat email ni..
ho ho ho..aku gumbira..
aku rs ni 1st time company nih buat talk berkaitan parenting nih..
x sabar nak tunggu walau pada hakikat nya aku terpaksa korbankan waktu lunch aku..
yela..aku mn pernah skip lunch kan...
xpe la..aku sanggup order mcd ke pizza ke..
asal aku bleh g talk ni...
x sabar you...
nnti aku update ya..:)

Wednesday, November 24, 2010

~microsoft office 2010~



hr ni dan esok aku ada training..
thn ni, ni la br aku g training..seb baik training ni IT dept. yg buat, so payah keluar dr ofis ni..

training pasal First Look on Microsoft Office 2010
company nih br pakai microsoft office 2010 ni...
so, kena la belajar sedikit sebanyak kan.
nnti xtau apa2 susah jugak...
dah la keje2 seharian pun bnyk melibat kan microsoft office ni
senang je sebenar nya...senang kalau ko rajin godek2 la...

takut jugak sbnar nya..thn ni xde pergi mn2 course pun lg..
setiap kali, ada email pasal course kat mn2, mula2 hati melonjak je nak pergi..
bila part nak isi form terus jadi malas..kesudahan nya mmg x pergi...
ni sbb in house, so, senang la kan..xyah nak isi form bagai..

takut tu sbb nnti bila nak isi appraisal, bhgn training aku 0..
rugi tu kan..x pasal2..benda yg senang utk dpt markah, senang2 je jd 0...

bercakap pasal appraisal...camna la appraisal aku thn ni...takut aku..
harap2 la bos x bg markah rendah...hu3x...

ok, nak jalan2 ke rumah kawan2...
heh3x..course aku tu 1/2 day je..1/2 day hari ni dan 1/2 day esok...
cukup la kan..at least markah aku x 0..heh3x..

Tuesday, November 23, 2010

~stress~



aku sgt la stress skrg ni...

kerja aku penyumbang peratusan terbesar dalam stress aku..
semalam balik keje takut nak drive...
takut aku hilang kawalan, langgar bontot kereta org lagi....

rs mcm nak shopping utk hilang kan stress..
tambahan plak aku ada satu wishlist..
tp masih berfikir2 nak grab ke x...
x pun, tghri ni rs2 nak panjang kan langkah g klcc ke..the mall ke..grab je la apa2 pun asal kan dpt kurang kan stress aku nih..

heh3x...shopping tu kan terapi...kan...kan...

Monday, November 22, 2010

~aidiladha 2010~

blog di buka semula untuk bacaan umum.

:)

raya haji tahun ni kami balik ke trg...ambik cuti khamis jumaat. alang2 kan..dah lama x balik kg..last balik ms puasa hr tuh..gini la gaya nya bila dah kawin kan...komitmen lebih, kena set time betul2 bila nak balik.

kami bertolak pagi raya. atas sebab2 yg x dpt di elakkan, smpai lewat sikit..kat kul 11 br smpai. tp xpe la kan dr x smpai langsung..nangis aku. maka bila dah balik kg, bermula la acara makan dan makan dan makan....heaven ok..xtau la berat aku naik bnyk mn nih.

ptg raya tu kami adik beradik buat birthday party kecil2 an untuk aku, aqil, abang dan adini. tempah 2 biji kek kat secret recipe, buat mihun goreng, goreng keropok, nugget, sosej, kek lapis akak beli dr kl, pastu apa ntah lg...tgk gmbr la nnti yea..

dah nama pun kecil2 an je..so yg dtg anak2 jiran merangkap anak2 buah jugak. malam tu fengsan! penat siut.


kek pecan butterscotch(xtau betul ke x aku eja) & choc chip walnut dr SR.
ada cite pasal kek..nnti aku cite later. 1st time aku mkn kek pecan tu..sedap siut...


mknan yg ada...


tgk ajmal tukang sibuk...




raya ke-2, pakcik aku buat korban. plus kenduri masuk rumah baru. half day kot duk kat sana. jumpa blogger, puan as. dia ni wife cousin aku. so, tiap kali raya haji, mereka balik ke trg. last year x sempat jumpa. thn ni br jumpa. uish..pn as sgt comel ok...kulit dia cantik sungguh. berkat minum soya ibu mertua kot..balik tu, aku buat apa erk...aku lupa ar ptg raya ke 2 aku buat apa. ok xpe. layan gmbr.


dpt gak bergmbr satu family even bj x matching...


dgn adik dan anak dan anak saudara


dgn adik jugak...kembar dgn yg td...


bersama puan as


dah nama nya blogger, harus ada gmbr bnyk sikit..:)

raya ke 3 sepupu aku buat korban dan aqiqah utk anak dia. makan lg..dan of course la daging lembu je menjadi menu utama. pagi tu pegi tolong2 sikit sbb diaorg buat kenduri kan. pastu balik rumah jap sbb kawan aku dtg. ptg lepas semayang jumaat tu aku g sana balik utk mkn2...ala..rumah dia sekankang kera je dr rumah aku. ptg tu buat aku buat satay, adik aku buat puding koktel. wah...semangkuk besar puding tu habis kami mkn..asyik duk ulang dan ulang mkn..xtau la brp mangkuk aku mkn...malam as usual...lepas acara membakar satay, aku fengsan. gmbr raya ke 3 yilek.....

raya ke 4 pagi2 lagi aku dgn mr azam angkut anak2 g mkn nasi dagang kat chendering. gigih ok dgn x mandi lg tuh..tipu ok. heaven. manusia sgt ramai. seb baik servis cepat. aku try nasi lemak dia jugak. owh..best nya..teringat nasi lemak yg aku mkn ms zaman2 sekolah dulu...sedap....on d way balik mr azam saja guna gps. bleh plak gps x dtect jalan2 dalam maksud nya jalan2 negeri yg menghubungkan kuala berang ke chendering tu.kesudah nya balik ikut kuala trg. alang2 tuh singgah desa murni jap rembat kain dan tudung murahan. suka aku sbb x smpai rm20 je utk selai tudung dan sepasang kain. balik tu, duk lepak2 je. ajmal & aqil dah bosan xtau nak buat apa sbb adini dan adam dah balik kl. ajmal siap mintak mokcik dia dail no kakak anis dia nak suruh dtg ajak main. heh3x..malam tu, ma panggil tukang urut dtg. best nya dia urut. rs ringan sikit badan nih.sebelum ni penuh dgn angin je. pstu kemas2 barang sbb esok pagi nak bertolak balik ke kl.


kedai nasi dagang yg kepala ikan tongkol rm45 seketul..


starter..


ajmal kata, sedap mkn keropok lekor....:)


nasi dagang..'abg, nasi dagang dia sedap la..rempah dia guna lain sikit dr yg rempah nasi dagang yg biasa kita mkn...'


nasi lemak...


tempat harus singgah kalau balik trg..murah siut..tudung2 dan baju2 kat sini...

raya ke 5 dah balik kl. penat ok. tp xpe..laundry x bnyk sgt sbb kat kg tiap2 hari adik kesayangan aku basuh baju. celik mata je mmg mesin basuh tu beroperasi. so, tiada istilah baju kotor yg selambak untuk di bw balik. suka aku. hu3x..

balik kali ni best ok. sbb dpt makan je...even x mkn keropok lekor hari2 tp puas la. cuma yg x best sikit sbb adini dan adam x sihat. kesian tgk diaorg. mcm biasa la balik trg aku suka sbb 'bibik' aka my cousin ada melayan ajmal dan aqil. so, ajmal dan aqil bnyk main dgn diaorg je la. xde la melepek dgn aku je. even mandi pun diaorg mandi kan. hah3x...aku cuma tukang buat susu, susu kan aqil, hah3x..kejam sungguh kan. xpe..i like it.


bibik's...

ok.panjang cite aku kan..xpe. bc smpai puas jgn ada tertinggal satu perkataan pun. hah3x.

Saturday, November 20, 2010

~blog akan di tutup~

patut nya aku announce sebelum cuti raya haji tu lagi..

dgn ini aku announce kan nak tutup blog ini SEMENTARA...

tuan blog tgh joli katak sakan kat kg sempena menyambut raya haji..

gaya macam aku korband 14 ekor lembu je

tpp sbb balik trg kan..harus la xtvt penuh. penuh sepenuh2 nya...

makan dan makan dan makan....

c u later ya...

Tuesday, November 16, 2010

~dapat hadiah~

pg td tgh edit entry yg patut aku publish hr ni, tetiba muncul budak despatch depan aku bg surat. alhamdulillah apa yg aku tunggu dah dpt. aku duk tunggu brg yg aku order hr jumaat hr tu. nak guna esok. alhamdulillah sempat smpai ke tgn aku. takut jugak x sempat smpai..sbb esok cuti kan..tp bila tgk brg tu..erm..kecewa la...sedih..x seperti yg aku harap kan...tp xpe la..nak buat camna...dah dpt brg dah kan...harap2 bila guna nnti, nmpak cantik dan bleh muat la...nnti aku cite2 kemudian apa kebenda nya ye....

pastu dpt lg satu sampul pos ekspress. dr akak gorjes. hadiah dia bg sbb aku teka mn dia nak g bercuti. aku main2 je teka sbnar nya..x sangka plak betul dan x sangka plak dia nak bg hadiah. apa2 pun terima kasih banyak2 akak gorjes. saya suka sangat tau..cantik. ni 1st time aku dpt hadiah dr blogger. aku ni x pernah masuk contest apa2 kat blog kengkawan ni..pemalu kekdah nya. hr tu je ada masuk yg utk eiffel tower tu. tu pun sbb afne tag. kalu x, xde makna nya...pemalu kata kan..sapa2 nak muntah sila..sila..



eh lupa bgtau, akak gorjes bg aku fridge magnet dr universal studio singapore.

aku mmg tgh mengumpul fridge magnet skrg ni. suka la bila dpt ni..bertambah lagi koleksi fridge magnet aku.

ok, ucapan terima kasih banyak2 akak gorjes..lain kali buat lg ye teka2 gini...suka saya...:)

ok, selamat hari raya aidil adha...pada yg pulang ke kamgpun, hati2 di jalan raya.

aku ni, bos cuti semalam dgn hr ni...sibuk je nak cuti mcm dia je nak raya..padahal raya dia br je lepas. harap2 hr ni management announce "early out". bleh la aku balik kemas2 rumah sikit.

Monday, November 15, 2010

~comment~

skrg ni rs ralat sgt sbb jd mcm malas nak reply komen2 yg kengkawan tinggalkan kat entry2 blog ni..ntah la..rs mcm malas..tp lepas tu mesti rs x smpai hati tau...kesian rs bila tgk diaorg komen tp x berbalas. at least kita kena la appreciate jugak kan like pergi jenguk dan tinggal komen kat blog diaorg...tu jenis aku..

ada jugak yg blog aku masuk, kita leave komen tp diaorg x reply pun. pada aku kan..benda2 ni bergantung kita owner blog tu sendiri kan. ada yg jenis pemalu, xnak reply komen tp masih appreciate blogger2 tu kan..x kisah la kan..

aku suka kalau masuk blog kengkawan pastu tinggal kan komen. bg nmpak meriah sikit blog diaorg yg dah mmg meriah tu..tp kenkadang rs mcm bersalah bila aku rs nak jugak tinggal komen tp xtau nak tinggal komen apa yg related dgn entry..tu kenkdg aku rs ntah apa2 komen yg aku leave blog kengkawan. huh.

erk..xde idea nak menulis sbb kekenyangan..br belasah sekeping tosei dan sekeping capati. kenyang sgt nih..

Saturday, November 13, 2010

~time for merapu~

yeeehaaaa....hari sabtu sudah tiba...
heaven ok bila tiba hari sabtu...tp kalau hari ahad x suka sbb esok dah nak keje..eh..apahal plak main suka x suka ni kan...suka suki je...heh3x...

semalam aku mc..cerry berry..ntah apa kebendaa aku mkn smpai bleh jd gitu..awal2 pg tu dah rs perut lain mcm..so, pergi toilet. ms tu pk la, nak g keje ke x. sbb aku takut nnti aku sakit perut dlm kereta kan, nak buat camna. dah la semalam hujan kan, mesti la jln jammed..pk pk..baik tdo je...tp bila pk ada keje nak kena buat, aku tahan je..on d way g keje brp kali ntah sakit perut memulas2...smpai kat ofis, mkn2, buat keje semua, pukul 10 aku bgtau bos, aku nak g ambik mc. x tahan. terus balik tdo. ptg br g klinik.seb baik sempat siap kan semua keje sbb monday dgn tuesday ni bos aku cuti. rabu plak public holiday kan.

bleh plak on d way balik tu, tupperware bekas air aku terbukak. ada air milo. tumpah la maka nya. kena kat tempat letak kaki tu. aish..tension aku nnti berbau. balik2 tu terus hntr kereta kat car wash anil yg selalu basuh kereta aku tu. tinggal je kereta situ, aku suruh dia org hntr aku balik. smpai rumah,mr azam terkejut tgk aku. hu3x....

pas semayang jumaat, aku ajak mr azam g klinik. g ambik kereta dulu. kena rm5 je..muaahhh...anil sokmo bg murah kat kami. ni kira basuh dgn vacuum tuh..pastu kan terus g klinik. bleh plak klinik tu buka pukul 3, kitaorg smpai 2:30.g mkn dulu. bleh plak ms tu aku perasan purse aku xde. mesti tertinggal dlm kereta aku td. sbb kitaorg bw kereta mr azam. patah balik g cr purse br g klinik. mr azam bengang sbb buang masa. huh.

eh anak2 aku dah bgn. so, aku cut kat sini je.

korang apa plan hr ni? aku ingat nak kuar breakfast ni tp hero tua x bgn lg...hu3x..

Thursday, November 11, 2010

~kenangan dulu-dulu~

minggu ni rs mcm nak menulis je...idea tu ada je dtg..:)

br ni kan, hari apa ntah, anak2 dak tdo, dalam pukul 1130pm gitu, aku dgn mr azam baring2 sambil borak2..

pasal perancangan masa depan...bnyk benda perlu di buat..kena start dr skrg. hopefully apa yg kami rancang kan tercapai mengikut target. insya allah.

pastu tetiba cakap pasal zaman2 bercinta dulu..

camna kitaorg kenal pastu jumpa, cakap pasal bil telefon mr azam yg melambung gila2 sbb asyik call & sms aku..:)...and aku masih ingat lg no tu tp dia x ingat pun..(:...(no tu dah x pakai skrg sbb lepas bertunang, kami ambik no. hp yg dekat2, so no. lama buang)

kat mn tmpt yg 1st kitaorg jumpa, aku pakai baju apa, seluar apa, color apa..n mr azam plak pakai bj dan seluar mn..dan lg sekali dia mmg x ingat...(pn ct, ko ingat x time 1st time aku nak g dating dgn mr azam nih)..:)...terbayang2 lg gmbr yg kitaorg ambik ms dating tuh..:)..kelakar la rs nya...sweet pun ada...

bnyk perkara yg kitaorg tempuh sepanjang bercinta. pahit manis semua ada.

x percaya rs nya...dah kat 11 tahun dah kami mengenali satu sama lain, bercinta, bertunang dan berkahwin skrg dah 2 anak dah...

huh..tetiba rs nak tepek gmbr 1st time dating tu kat sini...tp bila pk balik...x sanggup la..hah3x...

ok korang, maaf kan aku atas entry yg merapu ni..:)

Wednesday, November 10, 2010

~sakit~

pukul 430am td, aqil terjaga dr tdo..menangis2..rasa badan dia, panas sungguh..susu kan dia, dia xleh nak hisap sbb batuk..actually dah 3 hari, ajmal dan aqil batuk. jangkit dr aku la tuh. tp x sempat lg nak bw g klinik..(teruk sungguh aku ni kan) ..

so, pg td gilir2 dgn mr azam jg aqil...even kenkdg dia nangis2 xmo duduk dgn mr azam. letak air asam jawa sikit kat badan dan kepala dia, alhamdulillah kurang sikit panas dia. dlm pukul 7am, ms kitaorg bersiap2 tu, dia nmpak mcm dah sihat dah, berjalan ke sana ke mari. kul 730am, keluar rumah terus ke klinik alam damai. 1st2 ingat kan nak hntr ajmal ke rumah bbsitter dulu but bila fikir2, bw je la terus utk check up sbb dia pun batuk kan. smpai2 kat klinik sharp2 pukul 8. and kitaorg patient yg 1st.

ajmal irfan
doc umpan dgn vit. utk check dia. seb baik dia ok je. doc kata wheezing..doc tnya nak neb ke x..aku terus iya kan je sbb doc kata teruk kan plus aku tgk mmg teruk batuk nya..mlm td batuk2 smpai muntah. poor him...so, papa dia pegang dia utk neb. melalak x ingat2..ni 1st time sebenar nya dia ambik neb ni. abis je neb tu, doc bg lg sebiji vit pastu ok je..tp ms doc check, x pandang pun muka doc. heh3x...mcm x puas hati je sbb kena neb tuh..tp bila doc bg vit nak plak..heh3x...tp kan, doc bgtau, lagi bagus budak2 ni menangis time neb ni sbb mulut diaorg terbukak luas, so, ubat senang masuk.


aqil raziq
demam masih ada tp paru2 dia ok sikit dr ajmal. so, doc just bg ubat je, x payah la ambik neb. tu. berat aqil dah 10kg dah. erm..rs nya makin susut sbb melasak sgt.

doctor kata, diaorg ni batuk jangkit dr aku. mg aku masih lg batuk skrg ni. kenkdg rs nak terputus urat perut dan rs nak terbukak jahitan czer (ms bersalin kan ajmal dulu)...aku plak x ambik ubat apa2, so mmg lmbt la nak sembuh kan.hu3x...

pas jumpa doctor, breakfast kat restorang BRJ(mamak) kat sebelah klinik tu. ajmal minum segelas besar milo panas. x share dgn sapa2 pun. huh3x...mkn capati sikit. okla tu. risau gak kot2 dia xmo mkn sbb batuk kan. but alhamdulillah la selera mkn dia masih ada.

jap lg nak call bbsitter nak tnya camna keadaan diaorg. hopefully la x lama sakit ni menyinggah kat diaorg. dah lama diaorg x sakit. aku pun dah lupa bila last ajmal demam. aqil last demam dia bln 7 hr tu (tu pun aku tgk record kat pc doc kat klinik td)

Tuesday, November 9, 2010

~breastfeeding & impian saya~

pg td menyambung balik kerja2 mengalirkan susu yg dah defrost tu kat aliran air paip. sedih sgt tgk susu2 tu..tp xde la smpai mengalirkan air mata. adala sorg dua yg dtg tgk, tnya how it's happened, apa solution utk selamat kan susu nih...saya kata, mmg dah xde solution lain dah..mmg kena buang dah...ms ni sedih gile2 rs nya....sbb bnyk kan...

ok la...dah la..dah la...

erk..korang kan, kalau ada kes jd mcm aku ni, or ebm anak yg x habis, korang buang mcm mn erk? mcm aku, xde la selalu jd mcm ni...pernah jd tp sempat di selamat kan..ada la 1-2 paket je yg defrost..so, xde la frust kan. hah..kalau jd mcm ni, biasa aku akan alirkan susu tu kat air paip. my mum pesan suruh buat mcm tu..dulu kalau x silap ma pernah bgtau kenapa tp aku lupa plak.
pastu ma jugak pesan ,jgn buang ebm ni merata2, x elok. my cousin, dia bg kucing dia minum susu yg dia pump ni. tp x bg kat anak dia sbb nak bercerai susu. geleng kepala saya dengar ma cerita dulu. xtahu kah dia, yg susu ibu ni amat berharga sekali. kenapa sanggup bg kucing tp x bg kat anak. huh. ma saya kata kalau bg kat kucing, nnti susu kita kering. betul ke x, saya xtau, pada saya tu mitos org2 dulu.

bercakap psl bf ni kan..
saya gembira sgt skrg ni sbb saya dapat bg semangat kat mommies2 kat ofis saya utk bf anak2 mereka. alhamdulillah..syukur sgt..ada yg anak ke-3, br ada semangat nak fully bf anak diaorg. tp saya kecewa gak bila sy dpt tahu, ada yg dah campur. maksud nya campur dgn susu tepung. saya nasihat kan la, kalau bleh kurang kan susu tepung, bg tips kat diaorg, camna nak bnyk kan susu, n lebih kan bg susu ibu berbanding susu tepung. ada jugak br nak dpt anak yg pertama, ada jugak yg br je pregnant. mmg saya galak kan mereka utk fully bf anak mereka. tp saya cakap awal2 la pd mereka, saya x paksa, cuma pk la pro n cons yg saya bgtau kan. alhamdulillah it works!

semlm borak dgn mr azam pasal bf ni. mr azam tnya, **N (nama tmpt saya bekerja) xde bilik mengepam? ofis i pun ada tai(dia keje bank) mmg saya pun ralat la sikit dgn management sini. nama je hospital, tp bilik mengepam pun xde. huh. saya rs mcm nak usul kan kat management suruh buat bilik mengepam. tp tu hnya angan2 saya la..sapa la saya nak usul kan benda ni pada management. ntah2 saya kena kick terus dr sini. saya juga ada impian nak panggil LC dtg sini, buat talk pasal bf ni. hr tu ada usul kan kat management. tp procedure mcm susah. diaorg mcm susah nak accept. tp xpe..saya nak cuba balik.

tinggi kan angan2 saya.
tp xpela...
xtau la jd kenyataan ke x angan2 saya ni..
wallahualam...
dah..sekian.
saya nak g lunch.

maaf la kalau buang ms korang bc entry yg merapu hr ni....

Monday, November 8, 2010

~kerana kelalaian manusia~

on saturday morning, i received a phone call from one of my ofismate...cakap pun sopan santun je dgn aku, 1st pelik jugak dgr suara nya...then lepas cakap2, dia bgtau...susu yg aku tumpang kan kat freezer dept. dia cair sbb ada hamba allah x tutup pintu peti ais rapat. ms tu cool lg. tnya dia, bnyk x, dia kata bnyk jugak. suruh dia defrost kan mn yg dah cair. katanya, peristiwa berlaku pd hari khamis sbb hari jumaat xde org dtg keje. and ms dia call tu hr sabtu dah...dia mmg biasa dtg hr sabtu buat ot. then, lepas letak fon, mr azam tnya kenapa. pastu, cerita la kat mr azam. mr azam tnya bnyk ke. aku kata x bnyk. aku estimate dlm 8-9 plastik je yg cair sbb dia kata bnyk. aku x risau sgt sbb aku x letak bnyk sgt kat dept. tu. susu aku bnyk dah letak dlm deep freezer kat rumah mil.

so, sabtu ahad mmg lupa terus hal ni. until this morning, lepas pump sessi pagi, aku pun pergi la dept. tu nak tgk susu tu. ms on the way ke sana (sebelah dept aku je pun) aku dah pujuk hati suruh kuat. jgn stress tgk susu2 yg cair tuh. anggap je la xde rezeki. mungkin tuhan nak bg peringatan kat aku atas apa yg aku lakukan. minggu lepas, aku ada tlg 3-4 org officemate yg tnya camna nak manage ebm ni, kat mn nak simpan, which pump yg best. sesambil bercerita tu, diaorg nak tgk stok ebm aku, so, aku pun tunjuk la stok yg aku simpan kat freezer ofis aku. mungkin kan aku terlalu menunjuk? sbb kwn2 aku kata, hasil diaorg x mcm aku. erm..pasrah...aku terima dan redha je semua ni.....

masuk2 je dept. tu, kwn aku yg tepon aku tuh, mc plak, pastu ada member sorg ni si B dtg, dia bgtau (sbb masa hr sabtu tu dia ni ada jugak) bnyk yg dah cair sikit2 tp dia x defrost pun, si B ni kata, hampir kesemua cair cuma bnyk dan x bnyk je cair nya yg x bnyk cair tu diaorg keep lg kat freezer tu. aku dgr je cam tu, terus ambik je semua kat freezer tu, terus letak dlm sink. sbb aku takut nnti anak aku sakit perut, sapa susah....ms tgh duk kuar kan semua2 tu, ada sorg lg akak(si I) ni dtg, dia kata dia last bukak freezer tu hr rabu, ambik susu dia, sbb dia pum mengepam tp x konsisten kejap pump kejap x pump. so, dia kata mungkin dia x tutup rapat pintu tu kot. xpe la kak, saya pasrah, redha je dgn apa yg terjadi. yg dah cair tu, saya buka satu persatu, alir kan di air paip. yg mn x defrost lg, saya tinggal je dulu dlm sinki tu, nnti nak alir kan di air paip lg.. saya mmg x salah kan sapa2 pun, xnak point kan kat sapa2 pun termasuk la si I. saya terima semua ujian dr Tuhan.


yg ni belum defrost lg.


yg ni dah defrost. tunggu nak alir kan di air.


muka pasrah!

total plastik 29 bungkus average dlm 6oz/bungkus.

saya redha dan pasrah!

Sunday, November 7, 2010

~morning market; what time u prefer to go?~

jam dah pukul 1230am, mata x ngantuk lg..td tertidur plak ms tgk citer "aku bukan andalusia" tu..seb baik terjg balik, layan cite smpai habis, masuk dapur kejap, kemas apa yg patut, terus masuk tdo. tp mata terkebil2 x bleh nak tdo..xtau nak buat apa. tetiba teringat nak cr jam yg hilang tu...ala yg ada aku citer kat entry ni.., ptg td berborak dgn my sis psl jam tu, dia suggest suruh cari kat situ la sini la..and satu tmpt yg dia suggest is, my old handbag. last month, aku tukar handbag, so, dia suruh cr kat old handbag tu. geledah punya geledah, (dlm gelap) jumpa la..alhamdulillah...syukur sgt2......terus aku on laptop, tulis pasal ni..heh3x...

alhamdullilah hr ni saya sudah kembali sembuh dr demam...cuma batuk2 sikit je..kira ok la kan..

eh berbalik pada topik, bkn main lg topik, speaking2 gitu...alkisah nya pagi td..kitaorg keluar breakfast...keluar pun agak lambat sbnar nya, on the way back, mr azam tnya, nak g beli udang ke? ajmal dah brp hari asyik nak mkn udang je...skrg ni dia tgh asyik nak mkn udang dan ikan je..tiap kali nak mkn mesti tnya ada udang or fish x... so, lepas mr azam tnya, i said, kalau u rajin, kita g kedai pak aji (bndr tun razak) kalau malas, singgah je kedai uncle kat rumah tu. then mr azam pun, berhenti kan la saya kat pasar pagi kat bndr tun razak. mula nya xnak pergi sbb time tu dah pukul 11 dah. tgk org pun dah kemas2 nak balik dah but mr azam suruh jugak pergi tgk. luckily, saya berjaya beli brg2 yg di kehendaki kecuali ayam sbb dah habis. dan brg2 yg saya dpt tu, hampir kesemua nya dpt dgn harga yg murah. masuk je kereta, mr azam tnya, ada x brg2 yg saya nak. saya pun bgtau la, ada dan semuanya dpt harga murah. he said, sbb tu dia suka pergi pasar lewat sbb org mesti bagi murah. huh2x...


pic. from google

saya sbnar nya suka pergi pasar pd awal pagi sbb kalau pergi tghri, ada brg yg dah habis, cth td mcm ayam la. mr azam plak sebalik nya..suka pergi tghri sbb bleh dpt murah. kalau korang camna? sbnar nya utk brg2 dapur rumah kami ni, saya prefer utk beli kat pasar drpd beli kat hypermarket. xtau kenapa. mungkin dah terbiasa kot. ayam tu biasa kami beli kat kedai pak aji or pasar pagi or pasar malam.

erm..okla...mata dah ngantuk..nak tdo..nite....

Friday, November 5, 2010

~sakit ~

since yesterday dah rs x sedap bdn..hati berkata, xkan cuti2 nak sakit kot..x best la kan..balik keje semalam mmg x larat dah...anak2 dan dinner, semua mr azam uruskan...(beli je pon..:)...) nak tunggu mr azam masak xtau la bila..hari ni duk rumah je la..org lain di hari cuti, berjimba ke sana ke mari..jealous plak bila bc blog kengkawan, ada yg g berjalan2 sempena cuti. hoh.

tp xpela...pk +ve je. dah lama x sakit kan. mungkin selama ni bnyk dosa aku buat tanpa aku sedar, aku lalai, maka, Allah turun kan penyakit ni utk bagi aku sedar. as usual la, kalau sakit mn bleh mkn ubat kan, so duk rehat je la...demam on off tp batuk berkahak tu x tahan smpai jd semput. rs mcm nak g ambik neb je...tp siang td mcm ok. ni rs mcm x ok balik...erm....kepala pun pening. once dah baring, nak bgn balik tu susah la..take time sbb sakit berdenyut2. aqil plak buat perangai ptg td xmo tdo, hah ambik..x smpai kul 9 mlm pun lg, dua2 dah selamat..alhamdulillah...bleh rehat sikit.

patut nya cuti ni aku dah plan nak ubah suai rumah. nak kemas bilik no 2 & no 3 tp bila x sihat ni mintak maaf la..x daya aku nak buat. kena tunggu bila dah sihat la..hopefully next week bleh la..dah x tahan tgk bilik no 2 & no 3 tuh...rs mcm nak cat our master bedroom pun ada tp ms terhad sungguh skrg ni plus masih berfikir2 nak cat color apa. mr azam nak decorate our master bedroom..:)

erm..apa aku melalut ni. td cakap pasal sakit pastu pasal rumah plak. kepala tengah x betul mcm ni la jadi nya. ok la kengkawan, bye bye...happy holiday...best kan kalau tiap2 minggu cuti 3 hari mcm ni..:)

Thursday, November 4, 2010

~subak restaurant~

hari isnin malam, kami ke rest subak plak. terletak kat sungai penchala. ni pergi makan sempena meraikan birthday utk me, aqil, my brother and his daughter. yg tukang belanja is my sister. thanks a lot weh..lain kali belanja lagi. :)

gmbr x ambik bnyk sgt sbb bateri dah tinggal nyawa2 ikan. hah3x..dah ms pergi bukit tinggi tu, guna habis2an, so tinggal nyawa2 ikan la. diaorg x tgk pun gmbr2 kat bukit tinggi tuh.






air choc apa ntah..mr azam punya.


air.aku punya ada laici tu. kurang sedap sbb ada gas. kembung si aqil mlm tu minum air gas. dah la gas dia kuat. bandung tu abg punya, teh o limau, akak punya, air biru ada biji selasih tu tukang belanja punya.


popiah dan gado2..sedap gile 2-2 ni...


rib beef apa ntah. tukang belanja punya. sedap. rm55


salmon apa ntah. x ingat nama nya. rm60(kalau x silap). abg punya. erk..lupa plak review dia sedap ke x.


roasted chicken. rm36(kalau x silap).my SIL punya. x rs pun tp nmpak mcm sedap sbb dia mkn dgn adini smpai x cukup. hah3x.


tomyam udang galah.rm25(kalau x silap).mr azam punya.sedap.


ni aku punya. apa ntah nama dia. ikan apa ntah. tp atas tu ada kerabu mangga. sedap. harga mmg betul2 lupa.


Antara permandangan kat situ.


yg di raikan smbil pegang anak masing yakni juga menyambut bday.juga tukang belanja tu sebelah kiri sekali. yg seluar biru tu tukang sibuk. si seluar biru tuh bkn main lg..sebelum keluar siap request dgn aku nak pakai cantik2 sbb nak jumpa kakak. eh xde makna nya...ko pakai cantik2 pastu nnti jumpa kakak, main kejar sana sini...pakai je bj biasa2..:)..mlm tu dia balik tdo sambil genggam batu. kata nya batu yg dia main dgn kakak td.huh3x..

owh..saya mmg suggest kan sapa2 yg nak celebrate special day ke, bleh la dtg sini.

layanan mmg puas hati. berbaloi dgn apa yg korang byr. ms malam tu, ketua chef tu siap dtg borak2 lg dgn kitaorg. pastu dpt complimentry gado2 lagi.thank you chef..:). bab harga tu sorry la, aku x ingat sgt..ada yg aku letak harga kat atas tu maybe terlebih rm5-6 dr harga asal. kalau korang nak tau, pergi sendiri..:)

kalau nak tahu lebih, klik sini

ok, selamat bercuti semua..
happy deepavali bos..:)