Thursday, March 17, 2011

~botol BPA free~

sekarang nih dok kecoh2 pasal botol susu yang BPA tu kan...
yang hairan nya, kenapa gov. kita ambik masa sampai setahun utk mengharam kan benda ni..yea, faham la, mungkin peniaga2 ambik masa utk habis kan stok2 botol susu BPA ni kan..
tp dah kalau dah di umum kan, ada lg ke org yg nak beli botol susu BPA tuh?
atau kerajaan ambik masa setahun utk beli perkakasan utk buat botol susu BPA free ni
anda sendiri tanya, anda sendiri jawab..:)

masa keluar kat buletin utama hari tu, me tgh duk borak2 dgn ma (ada kat kg lg ms ni), ayah tgh tgk berita la, ajmal plak br je habis hisap susu, duk sebelah ayah..

ayah terus panggil me;

ayah; eh na, botol susu BPA di haram kan, ni botol susu ajmal ni jenis mcm mn?
me; ooo...botol susu ajmal ni mmg BPA free pun...

pastu ma plak menyampuk,

'BPA free ni mahal botol dia, tgk la botol dia lain sikit, x mcm botol susu biasa'

hah3x....lawak plak rasa...

bleh plak ma kata mcm tu..

ntah la..x tau sebenar nya botol BPA free ni mahal..sbb dah terbiasa dr ajmal dulu, pakai avent, pastu dr dr brown, pastu tomme tippee dan skrg ni yang terbaru MAM.mmg la sekali beli botol tu, kos nya dlm rm25++ utk 1 botol. mahal erk? ntah..xtau sbb x pernah beli botol susu biasa. bkn la nak berlagak xnak pakai botol susu biasa. tp dulu ms pregnant kan ajmal, i pernah dapat email pasal sistem kos identifikasi plastik ni, so, kena la berjg2 sikit...tp part botol susu je la..botol air yang kitaorg kenkdg guna jugak yg biasa...cuma yg part anak2 mmg berjaga2 la sikit....ms bersalin kan ajmal dan aqil dulu, dapat bnyk gak la hadiah botol susu ni. rs2 nya ada la dlm 20 botol kot..tp tu semua brand pureen, anak ku, yg xde brand pun ada. tp mmg x guna pun. ajmal mmg pantang nmpak sbb ada gmbr cartoon2. dia mmg excited nak guna botol cartoon2 ni. tambahan plak, dia selalu tgk adini punya botol mmg bermcm corak, colorful, cartoon2...tp mama dia nih mmg x bg. so, botol2 tu semua mmg simpan.




PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Nombor 7
Nombor 7 dan PC
Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.

Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


article dr sini; http://moh.gov.my/v/pandu_Poli

sepatut nya kalau nak haram kan penggunaan BPA ni, jgn la tgk pd botol susu shj. brg2 plastik yg lain, kalau boleh, haram kan je la terus. ambik tindakan serta merta. x payah nak tangguh2. dah tau benda ni ada kesan jangka panjang kan, buat apa nak tangguh2 lg? ye x?

sorry la..penulisan kali ni bkn la bermaksud nak membangkang apa yg gov. buat, tp sekadar memberi pendapat. sekian.

9 comments:

A D I A said...

secara rasional, kerarajaan takleh simply haramkan begitu sahaja tanpa research yg betul. sbb tu dia kata lepas setahun baru nak haramkan. and plus, to be fair to manufacturer, dia kena kasi notis la. maybe kilang2 ni dah produce in bulk dah. rugi la.

tapi kita yg dah tau ni, sendri mau ingat la kan.

SyidaGorjes said...

kita sama la ana,dari dulu guna yg tiada BPA walaupun blom sampai tahap yg honey tinted ke apa namanya tu.tp even utk penggunaan harian mcm bekas2 lain tu pun akak selalu tgk bwh bekas tu dulu.bukan sahaja kesihatan anak yg kita kene jaga, tapi kesihatan kita juga, kan?

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

good info ... harus dijadikan panduan semua kan ;-)

|| sue-imanja || said...

betul pendapat pn adia tu

Cik Pah said...

tulah..tahun depan baru di haramkan.. tapi nasib baik..dua dua ank cik pah mmg pakai avent. tak pernah tukar lagi.. mmg bpa free botol tuh semua

Ermayum said...

iye tulah yang kelakarnya heheh
anyway ada orang yang susah tak kisah kot guna botol apa la yg lebih murah
kita dulu minum botol bpa kan hehhe

dear i dah pos nanti sampai tell me k :)

itangmanih said...

haah,botol dini byk kartun2..botol murahan jer..

Cik Ina minat Do do Cheng said...

gomen suka bikin propa.ko jangan lah keluarkan notis benda tak boleh guna.beritahulah pengusaha kilang botol tu dulu, dorang dah kasi habis jual produk, barulah ko kasi heboh.

kan menyusahkan orang namanya, barang jual lagi, tapi kecoh kata tak boleh pakai. boleh pulak tunggu tahun 2012.

mama_umar_maryam said...

mmg klu ikutkan yg org dulu2 tu xkesah pon ttg botol susu kan,so skg dh tau amikla precaution,yg dulu2 tu anggap jelah x gune poly yg bahye sgt,klu x sure dah teruk kesannye kt kite kan ;)
mmg sejak anak 1st dah tau ttg free bpa nih , samelah kite =)