Tuesday, May 24, 2011

~review-cloth diapers~

dah hampir 1 bln++ kot..(aku pun x ingat exactly) aku guna cd utk anak2 aku.
so far so good la.
skrg ni br ada 7 keping cd. plan bln ni nak tambah lagi 2.
skrg ni aku dah pakai brand autumz, coolababy, sunnybaby, happy flute's.
brand2 mcm ni je la yg aku mampu pakai, nak pakai yg imported punya mmg x mampu lagi la..

komen terhadap brand2 di atas ni;

autumnz
-cutting kecik. x brp sesuai utk anak yg berpaha besar seperti anakanda2 aku.ajmal mmg xboleh pakai langsung yg autumnz sbb ketat. nak butang kan pun x boleh.
-material mmg superb. jauh beza dgn brand2 lain yg aku ada tu. insert yg dia bagi 2 keping tu pun, 2-2 tebal.

coolababy
-yg ni pun aku puas hati jugak. material dia boleh tahan la.
-cutting besar sikit, so, kalau pakai kan kat ajmal boleh lg la.
-insert dia ok la..tp xde la setebal autumnz.

sunny baby & happy flute's
-2-2 cd ni aku rs lebih kurang je dr segi material.
-cutting besar mcm coolababy
-insert nipis sikit tp xde la smpai bocor.

bln ni aku plan nak beli qqbaby plak. aku tgk qqbaby boleh tahan jugak material dia. eh btw, kalau sapa2 nak beli cd ni, aku jual rm25. ni utk brand coolababy, sunnybaby, happy flute's, qqbaby & babyland. kalau klang valley, aku boleh hntr kan terus kat korang. tu kalau korang nak jumpa aku la. kalu xnak jumpa aku, boleh pos kan je. kos post later2 plak cite.

aku pernah masuk kedai tinytapir kat ampang park dgn bangsar village. tgk cd2 kat situ..mak oi...smpai rm100++ sekeping pun ada. standard la yg imported punya kan. biasa la, lagi mahal brg tu lagi bagus material dia kan..kan kan...

ajmal pun aku masih pakai kan cd ni utk dia. tp kadang2 dia kencing, kadang2 mmg x kencing langsung. kadang2 kalau kencing tu smpai bocor2. aku x buat kajian lg kenapa bocor. cuma telahan yg aku buat, dia kencing bnyk.(kalau dah bocor, sah2 la dia kencing bnyk ana oi...) aku pakai kan cd ni kat dia biasa dlm kul 12am. tu pun lepas bw dia g toilet. so, dlm 12am-7am tu la dia kencing. erm..kena kaji lg la kenapa cd ni bocor. aku rs mungkin ada hari, ajmal bnyk minum, so, dia bnyk kencing, dan ada hari dia kuang minum, so, kurang la kencing nya.

pastu nak tnya pada mommy2 yg guna cd ni utk anak2 yg sama jantina. maksud nya sama ada anak korang semua perempuan or semua lelaki. cd yg korang guna, korang campur x? makna nya, cd yg guna utk abg/kakak, guna x utk adik? aku ni main campur je. tp bkn semua la aku campur. biasa yg coolababy tu la. ajmal dan aqil sama2 guna. boleh ke x sebenarnnya erk campur2 nih..


ni gmbr pg td. sebelum kuar rumah, sempat aku snap situasi ni. sorry la gmbr x clear pun poyo nak tepek jugak kan. duk rumah atas angin mcm ni la..tmpt sidai kain yg terhad. terpaksa gantung kat grill je.

oleh kerana koleksi cd aku x bnyk lg, aku mmg tiap2 hari basuh. aku pakai kan aqil utk malam je la. siang kat rumah bbsitter, mmg dia pakai dd. so, balik ptg tu, aku rendam je dulu. esok pagi masa mandi or malam sebelum tdo, aku cuci la. rs nya br sekali kot aku masuk kan dlm washing machine utk cuci. kenapa ntah tetiba dtg angin malas nak mencuci time tu. bg aku ok la..nak kata menyusah kan sbb kena basuh hr2 xde la. kalau koleksi cd korang bnyk, x payah la basuh hari.

aku cuci pakai kiddiewash dr cosway. murah je..br rm11.80 utk 1L. ms awal2 pakai cd nih, aku bantai g guna sabun fab. teruk aku kena marah dgn sorang 'sifu' ni bila dia tahu aku pakai fab. hah3x...aku malas benor nya nak g cosway. padahal cosway dekat sekangkang kera je dr rumah. xpe la..halal kan je la ms aku guna fab tu. nnti bila aku free time weekend, aku nak buat stripwashing la.

okla..takat ni je la cite aku, nnti2 aku cite lagi pasal cd nih. saja je la ni utk tulis pengalaman aku guna cd ni. nnti, tua2, xde mende nak buat, boleh la aku bc balik cite ni..:)..

9 comments:

~ As ~ said...

CD azam dl aku dah turunkan pada baby Amira, lepas tu azam tak pakai CD dah, mak aku kata jgn campur, yg aku turunkan pun yg baru, yg lama aku simpan, pastu tambah koleksi baru utk amira. aku suka coola, tahan lasak dan murah.

rATu kEBaYA said...

x pernah guna cd lagi..

azu said...

Azu pakaikan si Aijaz dengan cd lunatot.juz nice for him & its so cute!http://azumie.blogspot.com/

SyidaGorjes said...

akak ada beli stengah dozen dulu utk aqid, tp asik bocor je.
tp skg aqid pkai dd bila tido je.satu hari 1 shj.

Cik Pah said...

cik pah pun tak pernah beli cd nih..tapi suker baca review org pasal ini..

Cik Ina Do do Cheng said...

cik ina tak sempat nak guna, tapi berbaloi kalau kat rumah lebih baik pakai cd kan jimat sikit.

~ana~ said...

as-ko lain gender mmg x patut la campur aku rs. kalau sama gender, mcm mn?ha'ah..coola tu ok la..tp xde printed punya kan..

aishah-xpe..utk next baby mungkin..:)

azu-lunatot mahal..x mampu la i..hah3x..

akak gorjes-akak beli brand apa?hah tu la..sama la situasi kita. pakai kat ajmal bocor. ajmal mmg pakai time tdo malam jugak skrg ni. kdg2 dia kencing kdg2 x kencing. tu rs mcm rugi kalau pkai dd.

cik pah-nnti next baby, boleh la try pakai..:)

kak ina-mmg rs jimat la sikit..:)

nieda said...

baru ada 2cd..mmg ada plan nk pkai cd kt humaira bila skrg ni senang sgt kena ruam

Ermayum said...

i dah pakai gak ok ja - cuma Q memang peha besar dan panjang so macam kecik skit :)