Thursday, March 31, 2011

~on that day.....~

hari ahad, 27 mac 2011 birthday ajmal irfan yg ke-3.

mmg x buat birthday party pun. just small celebration je utk kami 4 org..birthday boy request nak kek ben 10.
dulu ms first birthday dia, dah buat kek ben 10 tp sbb ms tu dia kecik lg, x pandai sgt lg, so x nmpak excited nya.
kali ni tempah kek kat king's je. pastu me beli gmbr edible image kat bake with yen tu. tampal je kat kek.
senang..habis cerita. tu pun buat dia excited gile dah...
tnya dia nak mkn kat mana, dia kata nak mkn kfc.
so, bw la g mkn kfc, sambil celebrate kat situ sekali.
lepas tu kami terus bergerak ke next destinasi yg mr azam nak bw kami sempena birthday ajmal irfan....tu nnti later2 me cerita..

kek..


dah besar dah anak mama dah besar..:)

senyum je...:)

excited nyanyi lagu birthday utk diri dia sendiri, pastu beriya tiup lilin....

potong kek..tp dia mkn yg ada gmbr ben 10 je....


yeay..dah habis makan...

doa mama, semoga ajmal irfan menjadi anak yg soleh, mendengar cakap mama dan papa.

perkembangan dia skrg ni haish...mcm anak2 org lain jugak la kot...

talkactive, suka lakonkan imaginasi sendiri, suka membayang kan apa yg akan terjadi kalau kita bagi satu cth keadaan kat dia, siap dgn dialog2 dia sambung cerita....selalu kena buli dgn adik dia, suka makan tau fu fa...suka makan makanan laut, nmpak seminggu 2 ni dah mcm makin kurus sikit la dia..mungkin kurang susu..perasan dia dah jarang mintak susu...xtau la kenapa..mkn pun makin kurang dah sikit kuantiti dia....tp xpe la..as long as dia sihat, x kisah la kan.....

Wednesday, March 30, 2011

~sudah dapat~

actually hr ni baru masuk kerja, 2 hari cuti (nnti i cerita pasal cuti)..

ni nak cite pasal hr tu ada join ad hoc contest kat blog sis ermayum..
me dan salah sorg lg reader dpt teka dgn betul...
punya la dr minggu lepas asyik duk ber email dgn sis ermayum ni,
sbb dia pos hadiah guna pos biasa je...
me x kisah sebenar nya, dah kalau x smpai, anggap je la xde rezeki kan...
tp kesian jugak sbb rs sis ermayum mcm takut x smpai...
td kebetulan lalu kat mail box dept. check la surat kan...
tgk2 alhamdulillah...
sampai jugak akhir nya....
tgk total voucher tu buat me terkedu...
ya allah kak, bnyk ni....
excited la sbb x pernah main teka2 dpt hadiah mcm ni besar amount nya....
terima kasih banyak2 la sis....
ala...gmbr xleh nak upload plak...
ofis ni dah block segala mala gmbr2... sbb tu ada gmbr yg me xleh nak view....huh..

p/s; i rs blog i ni ada masalah, setting semua jd tunggang langgang.. x cantik...dah edit pun mcm x jd mende pun...kenapa erk...

~smart tunnel~

smart tunnel yang x berapa nak smart... benci..hari ni keluar rumah lewat, letih sungguh la.... tgk2 besraya jammed, kl-seremban highway jammed... dah pening xtau nak ikut jalan mana.. mula la buat imaginasi sendiri, 'kan best kalau kereta ni boleh terbang' erm..bila dah lewat tu, mcm2 la fikir kan.. so, fikir2 nak lalu smart tunnel la... belum pun palang terangkat lepas bayar rm2, i dah tekan minyak dgn harapan boleh speed sampai 80km/hrs.. tp musnah sbb x masuk pun lagi tunnel, kereta dah bersusun... jammed.... kereta bergerak dgn kelajuan yg x sampai 20km/hrs pun.. adoi la...geram sungguh rasanya... rsnya ada la dlm 15minit kot duduk dlm tunnel.. i ni dah cuak, mula fikir mcm2... 'mcm mn kalau tunnel ni tetiba runtuh, mn nak lari' (heh3x...pastu terus la nmpak signage pintu keluar) lega sekejap..pastu fikir lagi 'camna kalau accident, mesti jammed teruk sbb 2 lane je kan' tup tup....mmg ada pun..tp kereta rosak la... dah la rosak kat lane yg i duduk...mmg hazab... patut la tgk lane kiri laju je...rupa2 nya lane kanan kereta rosak... takut nak duduk lane kiri sbb x pasti brp jauh lagi nak keluar tunnel kan.. sbb nnti dia akan berpecah 2, sebelah kiri menghala ke jalan sultan ismail sebelah kanan menghala ke jalan tun razak... kang tetiba duk lane kiri, nak tukar lane kanan susah..lagi leceh.... keluar2 ke jalan tun razak, seb baik clear je....x brp jammed la... erm..jalan kat kl ni kadang x leh nak cakap kan... even lalu smart tunnel, ingat kan clear, tp jammed jugak... kat jln sungai besi-jln tun razak tu, kdg2 ok je...kdg2 mmg x gerak... nih..depan ofis i ni, biasa clear je..tp td, kereta bnyk plak... hu3x....nasib la kan..... erk..hr ni nak update cite psl celebration birthday ajmal.. dah buat enty bagai tp x letak caption. ingat nak letak caption kat ofis, sekali gmb xleh view... erm...so, terjadi la entry ni, dan entry pasal birthday ajmal tu mungkin la esok kot... ok u all..selamat bekerja...:)

Tuesday, March 29, 2011

~birthday party @ kiz sports & gym~

owh..jgn salah faham, ni bkn birthday party ajmal. sabtu lepas, kami dpt invitation drpd mr azam's cousin. dia buat bithday party utk anak dia kat kiz sports & gym kat bangsar village. mmg best la sbb org kiz sports tu ada kan games utk kanak2, pastu ada maskot. tetapi malang nya, kedua2 anak saya sgt jakun... bkn jakun la sbnar nya, tp segan. sbb kawan2 ukhail tu kebanyak kan nya classmates dia. so, ukhail more to main dgn kwn2 dia la...ukhail plak sekolah kat international school, so, ada jugak la kawan2 dia yg bangsa asing, mungkin ajmal tgk mcm pelik kot....lgpun ajmal ni kalau awal2 jumpa, dia mcm susah sikit la nak kawan.. cousin2 mr azam yg lain plak xleh dtg, so, ajmal mmg xde kawan la... ajmal dan aqil lebih excited nak main kat luar (area playland) drpd nak join games yg diaorg sedia kan utk party tu...so, mmg x join sgt la party ni, time maskot tu dtg, ajmal nangis sbb takut, so, mr azam bw dia g main kat playland, mkn pun xnak sbb asyik nak g main je... party habis pukul 3ptg, tp duk layan ajmal dan aqil main, smpai 430 duk situ. byrn mmg x dikena kan la kalau kita duk lebih drpd waktu birthday party tu. so, kira nya mmg boleh duk main situ smpai la kiz sports tu tutup... sorry la, entry hr ni lintang pukang..dah 2 jam stgh i edit masih x jd jugak..xtau kenapa...layan je la entry lintang pukang ni yea...

Monday, March 28, 2011

~mama nak dia pun nak...~

mama pakai sunglasses, dia pun sibuk pun nak pakai jugak....


abaikan muka ia yg comot tuh...muka i mmg sentiasa comot pun kan...:)


peace....:)



ok u all...happy monday..:)
hari ni update pendek je sbb mood utk berblogging dah lari ke mn ntah...

Sunday, March 27, 2011

~ajmal is 3~

hari ni tanggal 27 mac, genap la anakanda ajmal irfan berumur 3 tahun..
cepat je masa berlalu......rs mcm br je lagi perut kena belah utk keluar kan dia...heh3x...

xnak tulis panjang2 sbb sedikit bz nih...
thn ni xde buat birthday party mcm thn2 lepas, sbb mr azam dah plan sesuatu utk dia..
utk dia dan kami sekeluarga....:)
thanks mr azam.....



to ajmal irfan bin noor azam hanif,
selamat hari jadi yang ke 3 sayang....
mama, papa doa kan semoga ajmal menjadi anak yg soleh,
dgr cakap mama dan papa,
mama, papa dan baby aqil sayang sangat2 kat ajmal...
jgn nakal2 ok..:)

Friday, March 25, 2011

~renungan~

renungan;

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan habarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.
Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran.
Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini.
Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.
Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah.
Yang tak beriman,bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa.
Kepala kita di kopak dua,dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.
Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc.

Hadis Nabi mengenai wanita.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang Wanita Solehah
Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah-mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. InsyaAllah.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat-empat jenis ini bererti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya". Ath-Thabrani.
"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik-baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". Ibnu-majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik". Ibnu - Majah.

Thursday, March 24, 2011

~jari nya berdarah...~

malam td, tgh duk masak kat dapur, ajmal dtg tnya mn sharpener..
dia nak sharp kan pencil color dan pencil ben 10 dia...
2-3 minggu ni, dia tgh menggila nak mewarna dan menulis...
maka layan kan je la...

so, i bgtau kat dia, mn sharpener tu, suruh papa dia ambik sbb papa dia tau kat mn lokasi nya, and pesan kat dia suruh papa dia buat, jgn buat sendiri...bahaya kan...tajam...

pd ms yg sama plak aqil pun masuk bilik...join papa and ajmal...
then dgr mr azam panggil..terus la i ke bilik kan sbb rs mcm something happened...
rupa2 nya mr azam tunjuk, aqil main cermin mata dia, sebelah tangkai (eh org panggil tangkai erk) tu xbleh nak bukak...ntah mcm mn si aqil buat...
duk kitaorg berdua menggodek cermin mata tu, dgr la plak ajmal menangis...

mr azam tgk, tangan dia berdarah sbb dia cuba nak sharp kan sendiri pencil tu..
xtau mcm mn dia buat, kuku jari telunjuk dia terkopek...
berdarah agak bnyk la....terus mr azam letak jari dia kat air paip, nak stop bleeding tuh...
me plak g ambik ubat, kapas, & pelekat utk balut.

ajmal ni dah la manja sikit, so, bila sikit mcm tu, dia menangis hanya tuhan yg tahu..hu3x..
suruh dia duduk, mr azam ambik ice cube, letak jari kat ice cube plak...
bila dah stop bleeding tu, letak minyak gamat, kapas, then balut.
menangis smpai berpeluh2, aqil jd tukang sibuk nak letak ubat la...nak main plaster la...
nak sgt menyibuk, i suruh dia lap muka abg dia yg dah berpeluh tu....
caring la tu konon..hah2x...

tp actually seriau jugak tgk darah tu semalam. n bila mr azam bgtau kuku dia terkopek, lg la berderau rs..sbb tgk darah tu mcm bnyk sgt...
tp kita kena cool la kan. xkan nak tunjuk muka cuak dpn anak jugak kan...:)

alhamdulillah bgn tdo pg td, dia kata dah ok..dah x sakit...
then, i potong kuku dia yg terkepit tu..harap2 lepas ni ok la...
hu3x..pengajaran sungguh la rs nya...
lepas ni mmg xleh terlepas pandang diaorg nih...
nnti ada je apa2 yg diaorg buat...huh..

rendam tgn kat ice..
gmbr blur plak..x nmpak kuku dia yg tersopek tu..
minyak gamat, kapas, pelekat..
pencil ben 10 masih dlm genggaman sambil menangis meratapi jari yg berdarah..

muka lepas nangis....
tukang sibuk a.k.a tukang lap muka abg...:)

Wednesday, March 23, 2011

~mari memasak~

owh hari ni segmen mari memasak yea...

br cuba resepi yg di ambil dr blog juelee..
mmg x sia2 ambik dan cuba sbb mr azam kata sedap. ada kelainan.
yea la..selama ni asyik masak benda yg sama je kan...

nama resepi kalau x silap, beef steak trg style.
tp i yg org trg ni, xtau plak ada resepi ni.
mungkin kawan juelee tu duk kat bndr kuala trg kot,
i ni kan duk kg..mn tau resepi western2 nih...
gulai ayam kampung i tau la....tau makan...:)

tp i nama kan resepi ni bebola daging steak.

ok, ni bhn2 nya ;-(bhn2 ni ada yg i tokok tambah sikit)
maaf ye juelee..:)

seperti biasa, resepi xde sukatan yg tepat, main agak2 je la ye..

daging blend-i pakai ramli sajo..senang...sbb mmg ada stok dlm freezer.
tepung gandum
telur sebiji
buah tomato-potong dadu then goreng
buah tomato blend/tomato puree/sos tomato
sos cili-i x letak pun
kicap masin-1 sudu besar
kicap manis-1 sudu besar
potato-goreng dahulu. i potong2 kecik mcm buat fries, then goreng.
lada hitam-dlm 3 sudu besar-di kisar
halia sikit-*
bawang putih 1 ulas*
bawang besar-mayang
mix vege

bhn yg bertanda * di kisar/di tumbuk

cara2:-

buat meatball dulu
-daging ramli campur dgn tepung gandum (i letak garam secubit)-tepung gandum jgn bnyk sgt kang nnti rs tepung plak meatball korang.
-bulat2 kan, celup dlm telur, then goreng

kuah;-
-tumis bwg besar, bwg putih, halia
-masuk kan tomato paste, lada hitam.
-masuk kan air, kicap masin, kicap manis, garam sikit.
-masuk kan tepung gandum skit (utk pekat kan kuah)
-masuk kan tomato goreng, potato goreng dan mix vege.
-masuk kan meatball.
-dah siap...

mkn dgn garlic brad...wah...sehingga menjilat jari...:)




jom makan....:)

Tuesday, March 22, 2011

~breakfast @ mcd~

sorry, i rs mcm x sedap hati, so nak edit entry ni..
so, i edit la tajuk dan cerita sikit..
sapa2 yg dah bc, xpe la...

hari ni me breakfast kat mcd lg...:)
kali ni kongsi dgn sorg kwn nih,
ambik 2 hot coffea yg memerlukan saya membayar rm6.25 beserta dgn tax,
maka, dpt la 2 set big breakfast tu..
so, bahagi 2, rm3 brp posen je kan..murah la tu i rs.
sbb kalau beli nasi lemak dgn air pun biasa dah rm3.50 kan..


breakfast saya hari ini..:)

erm..nak citer sikit, i rs i xbleh minum la coffea mcd ni..
kalau minum, mesti rs pening2 sikit....
hr tu ms beli familr big breakfast tu, minum coffea smpai 2 cup,
smpai kat kg, rs pening2 sikit...
ms hr sabtu br ni, xde la rs sgt sbb 1 cup coffea share dgn mr azam...
yg hr ni, dah minum habis td, pastu pergi fotostat document sikit..
tetiba terus rs mcm pening2 nak tumbang..seb baik sempat berpaut pd mesin fotostat..
huh..scary hokeh....ingat kan td ada gempa ke apa ke...
tp tgk kawan2 kat situ ok je..hoh....
bahaya la gini kan....

okla u all, pd sapa2 yg x redeem lg kupon pergi cepat2 sebelum 31 march nih...

________________________________

maaf la pd sapa2 yg x sempat bc entry yg ts (sebelum i edit ni)..
sbb rs x sedap hati je...tu yg edit tu....
sekian.

Monday, March 21, 2011

~kupon free-breakfast at mcd~

hah...camana la i boleh xtau mc'd tgh offer free brekfast skrg nih.
hoh..sgt ketinggalan hokeh...
hari sabtu, awal plak terjg...pukul 530 pg, pastu, dok pk, ada faedah jugak kalau pergi redeem breakfast kan...xyah buat breakfast..:)

tp sebelum tu, call dulu, sbb mr azam kata, dia tnya mc'd kat ofis dia, diaorg x terima photocopy mc'd..tp my friends kata boleh kalau yg ambik kat fb..
nak kepastian, call la mc'd, diaorrg kata, printed boleh photocopy x boleh...

me tnya, mcm mn u all beza kan printed n photocopy sbb dua2 black n white.

dia kata boleh tau..apa2 je la, janji bila i pergi, boleh dpt free...kang kalau x dpt, sj je...

time nak keluar, ajmal plak terjg, so, bw ajmal, mr azam jg aqil kat rumah,
smpai2 kat sana, semua yg dok beratur, dok makan ialah chinese..
me je malay..hah3x...lantak, janji free....

eh tp nak redeem ni, kena beli minimun rm5. ambik je la apa2 pun.
so, i ambik set yg hotcakes. wallah la wei..dah jatuh cinta dgn hotcakes mc'd..
ms balik kg minggu lepas, singgah mc'd beli family breakfast tu, mkn hotcakes dia..owh....sedap nya....


tgh beratur..1 kaunter je bukak..lepas ambik gmbr ni, terus bukak semua kaunter..:)


ramai gak yg dine-in....


budak br bgn tdo, siap bw mainan lg..:)


dah sampai rumah, jom makan...:)


ambik set hot cakes, hash browns dah habis, ganti dgn fries...

set yg percuma ni xde air tau, sbb tu i ambik set hot cakes tu.
mr azam cakap, org mc'd bgtau dia, biasa org beli 2 coffea, mmg dah lebih rm5, so, dpt la 2 set breakfast free nih....
rs berbaloi2 sgt..:)
hot cakes tu dpt mkn sikit je sbb ajmal mkn banyak....hu3x...xpe2 minggu depan ada lagi..:)

sapa2 yg nak kupon free tu, klik sini..tp ingat, kena print xleh fotostat..
delivery x boleh yea..tp drive thru boleh...

ok, jom ramai2 serbu mc'd. ada ms sikit lg ni...smpai kul 11am.

Saturday, March 19, 2011

~motherhood expo~

semalam pergi waktu lunch. kan ke hari jumaat waktu rehat, 1215-230, so, harus la di guna kan sebaik2 nya...:)

pergi dgn 2 org kawan saya....
sanggup tu dr ofis ke midvalley...jalan clear je tp smpai2 kat midvalley,
jammed plak time nak masuk parking. full parking kat zon A tp masuk jugak.
berpusing2 mencr parking.....kesudah nya lepas hampir 1/2 jam mencari parking, jumpa la..
betul2 depan entrance..syukur alhamdulillah...xpayah jalan jauh2....

masuk2 rupa2 nya 1 hall ada pameran mapex. patut la full parking. org semua agak nya sibuk nak mencari rumah jugak. since kerajaan dah announce bantuan utk rumah pertama tu kan, harus la ramai org pergi serbu.

masuk2 jalan2 survey2....dan of course la bnyk booth tgh promote botol bpa free kan. yg pureen pun ada, cantik...cartoon2 lg...belas2 ringgit je kalau x silap...

okla...lalu kat booth avent, kalau korang leave namecard, ada dpt free gift. nasib baik namecard ada sekeping dlm purse nih..dpt la jugak free gift..tunggu je la nnti kot2 nnti diaorg call utk lucky draw plak..:)...








botol kaca...


botol kaca, yg hijau tu getah cover, so, kalau anak baling kat lantai, xde la pecah2..rm35 klau x silap.


mainan pun bnyak....


ni product apa ntah..lupa la...


ni kat booth avent


lepas drop card, dpt la ni...jd la kan....:)

so, weekend ni boleh la pergi kan...expo ni sampai esok je...di nasihat kan kalau nak pergi, pergi awal2 pagi sbb org mesti ramai nak g mapex tu jugak kan...

ok u all....selamat berhujung minggu....:)

Friday, March 18, 2011

~pemeriksaan tulang bersama anlene~

hi u all..salam friday...

rasa nya dah dekat 2 minggu kot ada booth anlene kat ofis ni...
dia org bukak booth utk buat pemeriksaan tulang secara percuma..
hah...dgr percuma kan, harus cergas pergi...:)

pemeriksaan ini utk menilai kualiti dan kekuatan tulang kita.
ia dpt membantu menaksirkan risiko kita terhadap keretakan akibat Osteoporosis.

tp biasa nya time lunch je la br lalu kat situ...
saja2 nak pergi, susah sikit...
bila time lunch, org pun ramai sikit la kan...

tp sbb nak buat jugak, gigih je la beratur kejap...
tp mmg kejap je pun buat test ni....


booth anlene


kena register dulu, just isi nama bla bla bla....


pakcik depan me tgh check, yg lelaki anlene tu tukang test, yg perempuan sebelah dia akan bgtau bacaan result...


my turn...my kaki yg gemok pendek...:)


bacaan -0.8 masih dalam bacaan risiko rendah.

kalau bacaan -1 ke bawah tu ber risiko sikit la...

kat kertas result tu, dia ada jugak bg petua utk kesihatan tulang, antara nya;

-minum susu berkalsium tinggi, 2 gelas sehari. (kat kertas suruh minum anlene, of course la kan sbb diaorg pun nak [romote produk diaorg)

-amal kan senaman menanggung berat seperti berlari, jogging, berjalan dan aerobik.

-had kan minuman beralkohol dan berkafeina

-sentiasa lakukan pemeriksaan tulang.

i nih, minum susu tiap2 hari. tp full cream la..sbb tu la gemok kan...tp rs nya pengambilan susu tu x cukup lg..mmg kena minum lg...erm..bila mn la nak minum lg..tu pun minum time breakfast je...kat rumah, nak minum air masak pun x sempat kdg2..hu3x...

lg satu dia bgtau, kalau nak bancuh susu, better guna air suam. sbb kalau guna air panas, nnti protein2 yg terdpt dlm susu tu akan hilang. (rs nya benda ni ramai org tau sbb dok bancuh susu anak jugak kan)...


ok korang, selamat berhujung minggu...:)

Thursday, March 17, 2011

~botol BPA free~

sekarang nih dok kecoh2 pasal botol susu yang BPA tu kan...
yang hairan nya, kenapa gov. kita ambik masa sampai setahun utk mengharam kan benda ni..yea, faham la, mungkin peniaga2 ambik masa utk habis kan stok2 botol susu BPA ni kan..
tp dah kalau dah di umum kan, ada lg ke org yg nak beli botol susu BPA tuh?
atau kerajaan ambik masa setahun utk beli perkakasan utk buat botol susu BPA free ni
anda sendiri tanya, anda sendiri jawab..:)

masa keluar kat buletin utama hari tu, me tgh duk borak2 dgn ma (ada kat kg lg ms ni), ayah tgh tgk berita la, ajmal plak br je habis hisap susu, duk sebelah ayah..

ayah terus panggil me;

ayah; eh na, botol susu BPA di haram kan, ni botol susu ajmal ni jenis mcm mn?
me; ooo...botol susu ajmal ni mmg BPA free pun...

pastu ma plak menyampuk,

'BPA free ni mahal botol dia, tgk la botol dia lain sikit, x mcm botol susu biasa'

hah3x....lawak plak rasa...

bleh plak ma kata mcm tu..

ntah la..x tau sebenar nya botol BPA free ni mahal..sbb dah terbiasa dr ajmal dulu, pakai avent, pastu dr dr brown, pastu tomme tippee dan skrg ni yang terbaru MAM.mmg la sekali beli botol tu, kos nya dlm rm25++ utk 1 botol. mahal erk? ntah..xtau sbb x pernah beli botol susu biasa. bkn la nak berlagak xnak pakai botol susu biasa. tp dulu ms pregnant kan ajmal, i pernah dapat email pasal sistem kos identifikasi plastik ni, so, kena la berjg2 sikit...tp part botol susu je la..botol air yang kitaorg kenkdg guna jugak yg biasa...cuma yg part anak2 mmg berjaga2 la sikit....ms bersalin kan ajmal dan aqil dulu, dapat bnyk gak la hadiah botol susu ni. rs2 nya ada la dlm 20 botol kot..tp tu semua brand pureen, anak ku, yg xde brand pun ada. tp mmg x guna pun. ajmal mmg pantang nmpak sbb ada gmbr cartoon2. dia mmg excited nak guna botol cartoon2 ni. tambahan plak, dia selalu tgk adini punya botol mmg bermcm corak, colorful, cartoon2...tp mama dia nih mmg x bg. so, botol2 tu semua mmg simpan.




PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Nombor 7
Nombor 7 dan PC
Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.

Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


article dr sini; http://moh.gov.my/v/pandu_Poli

sepatut nya kalau nak haram kan penggunaan BPA ni, jgn la tgk pd botol susu shj. brg2 plastik yg lain, kalau boleh, haram kan je la terus. ambik tindakan serta merta. x payah nak tangguh2. dah tau benda ni ada kesan jangka panjang kan, buat apa nak tangguh2 lg? ye x?

sorry la..penulisan kali ni bkn la bermaksud nak membangkang apa yg gov. buat, tp sekadar memberi pendapat. sekian.

Wednesday, March 16, 2011

~4 hari 3 malam~

4 hari 3 malam di kampung....best nya...hilang sikit rs rindu kat kg..
rindu nak mkn keropok lekor, nasi dagang, budu dll...
bkn xbleh mkn semua tu kat kl..tp feel tu lain....
feel makan kat kg rs lebih nikmat...:)

tgh nak resize gmbr...sbb kebanyak kan gmbr semua nya pakai dslr..
org br beli dslr kata kan...harus la test kan..:)
serius mmg xtau camna nak resize gmbr2 tu semua..mmg sgt la jakun...

so, hari ni menulis cerita tanpa gmbr je la...

balik kali ni best la sbb abg pun balik..

so, alang2 berkumpul semua kan, sabtu malam tu open table la..

kat pekan je pun...malas nak g jauh2 lgpun hujan je sepanjang hari, maka mood utk berjalan2 adalah sgt kurang...

makan kat 'warisan pahlawan restaurant' ..
mmg murah gile rs nya...
kami ambik 5 ekor ikan(siakap+kerapu), tomyam, kerabu mangga, kailan ikan masin,
pastu apa ntah lagi, total rm290 je...murah kan...ni 16 org mkn....
taste xde la sgt tp sbb murah dan org belanja, harus la senyap2 je..
:)

hari ahad pun duk rumah je, ptg tu abg mie ajak g air terjun sekayu.
ni 1st time pergi selepas kawin...
so, mmg dah lama gile2 la x g sini....
ajmal dan aqil excited main air...
ma kata, kalau g kat dlm taman pertanian sekayu tu, lg best sbb ada slide, kolam utk budak2 mandi manda...haish....camna ni, tmpt sendiri pun bleh xtau..:)
harus kena pergi lg bw ajmal dan aqil nih...

isnin plak, mmg plan nak keluar g mkn nasi dagang kat marang. dah sampai sini, mcm biasa la..2-2 tempat tu kami test, sama ada kedai mak ngah nasi dagang or kedai nasi dagang kepala ikan tongkol rm45 tu...biasa rs mcm nasi dagang mak ngah sedap tp kali ni, rs mcm kedai nasi dagang kepala ikan tongkol rm45 plak sedap...erm..tp apa2 pun puasss.....:)

lepas tu bergerak plak ke kg bukit tok beng kat seberang takir. misi membeli keropok lekor. keropok lekor kat sini sedap dr keropok lekor kat kg losong. canggih gitu skrg ni kedai keropok lekor ni, siap pakai sistem no giliran lg. ambik no, pastu bila di panggil br order nak brp puluh hengget keropok lekor nya...hari ahad, abg dah pergi, dia tunggu 2 jam utk smpai turn dia...so, ms smpai tu, dpt no 1070. no tgh jalan 1027. dah rs mesti mr azam tarik muka...ye la, org laki kan mn suka tunggu lama2 ni..my ayah pun gitu...x suka tunggu lama2...hu3x..ms no giliran 1030-1040, i perasan, yg betul2 pergi kat kaunter tu ada 2 org je kot...bila smpai no 1041-1050 ok lg la..servis agak laju jugak....bila smpai 1051-1060, mr azam perasan yg ada sorg brader ni, dtg dgn wife, anak2 dan parent, terus ke kaunter,(kebetulan ms tu, ada no di sebut) order keropok. yg kakak kat kaunter plak mmg x mintak kertas no tu, so, brader tu senang lenang sungguh, order pastu balik..xyah tunggu lama2....bnyak cikadak kan..senang mcm tu...lepas je turn brader tu, dia annouce no tu, me terus je ke kaunter, order...terus selesai..bengong kan..kalau tau mcm ni, dr no 1030 td, i dah pergi kat kaunter tu...adoi la..nak pakai sistem no sgt...tp x efisyen...i tgk brader yg dtg sebelum i pun x di panggil lg ms i nak balik tu..kesian..nak buat mcm mn...xleh salah kan customer rs nya, salah kan tuan kedai la yg x efisyen....tu x kira lg yg dtg ikut dapur pastu terus order....buat malu org trg je me rs, ye la..bayang kan kalau org dr luar tgk korang buat mcm ni, x efisyen...malu la....terus la teringat kat abg yg duk tunggu 2 jam ms hari ahad tu...kesian kat abg...hah3x....

dah habis beli keropok, g mkn ikan, udang, sotong celup tepung plak...waaaaa......best nya...fresh gile....rs manis2 ikan tu...huish..nikmat....bleh plak ms mkn, aqil muntak kat kedai org tu, i plak duk kalut, x pergi mintak maaf pun kat kakak tu..bila tgk kakak tu duk lap muntah tu br la terhegeh2 g mintak maaf..hah3x..nasib baik kakak tu ok je...ingat kan kena marah dah...ye la..tgk muka dia garang gile....mr azam said, don't judge book by it's cover....baik la bebeh...:)

erm...lepas mentekedarah, terus balik..mmg x pergi pun town kt sbb penat ya amat...hari isnin tu cuaca panas sikit....nak singgah desa murni pun larat dah..so, mmg xde la membeli kain bj kurung dan tudung...:)...xpe la..next time la...

hari selasa, balik kl.....:)..so tu la kisah 4 hari 3 malam di kg....erm...puas hati sbb tgk ma dgn ayah ceria muka dpt main dgn cucu2..ye la..bkn selalu jumpa pun...nak balik pun bkn senang kan, mr azam nak dpt cuti bkn main lg susah....

erk..bila la nak balik lg nih....dah rindu balik kg lagik....:)

Tuesday, March 15, 2011

~1901~

ingat x lagi kat entry nih...

maka, jumaat lepas, teringin la nak g redeem..
suruh mr azam pergi ambik, so nnti, i ambik dia terus kat klcc..
ptg jumaat tu jammed x hengat2 kan...
dr tghri lg....

agak nya org berpusu2 g matta fair kot...
tu yg jammed teruk sgt tu....tp dr ofis nak g klcc pun dah setgh jam, apa kes kan?
dr ofis nak ke klcc tu, laluan yg opposite nak ke pwtc...
mungkin cuti sekolah dah start, org duk berebut balik awal kot...

maka nya, jumaat malam, kami mkn 3 ketul hotdog 1901 sahaja...
pukul 9, i dah lapar balik....
biasa la..tank besar..hah3x...
tp pd pandangan i, ok la 3 ketul hotdog ni dpt beli dgn rm10.
hotdog semata2 dgn sos sikit...sayur mmg xde..
tp puas hati sbb hotdog dia sedap dan besar sikit la...
bkn mcm hotdog yg biasa2 kita beli kat pasar raya tuh....



ok korang, nak stop sini...
nak makang nasik lauk ikang singgang dgn budu jap..:)
makang nasik lauk budu lagi sedap dr 1901 hotdog i rasa...:)

p/s; autopublish...