Tuesday, May 31, 2011

~bil elektrik~

hr ni smpai awal kat ofis, so up kan cite ni la dulu...
cite pasal bil elektrik gara2 aku dgr kat hot fm pg td, bil elektrik naik brp sen ntah start esok...
tp yg bil bawah rm77/month mmg x memberi kesan sgt la...

bil elektrik rumah korang brp rm?
rumah aku, aku rs bln ni paling tinggi rm25.05.
x pernah pun cecah rm25..mungkin musim panas kot skrg ni, kipas asyik on je...
kadang2 bil rumah aku rm16, rm17..so, mmg x payah byr la kan...
tp yg sakit hati bila bil rm21, selalu sgt bil rumah aku mcm tu...
kerana rm1, aku kena byr rm20...hah3x..gile berkira kan...
tp tu la..tension je bila tgk bil mcm tu..nak xnak kena byr jugak kan...

rumah kat kg, purata bil, rm30-rm50 sebulan. tu kalau x silap aku la..dah lama aku x tgk bila elektrik rumah kat kg...tinggi jugak la aku rs padahal yg duduk nya ma dgn ayah aku je. kalau siang tu, ada la cousin aku tp malam, diaorg dah balik rumah diaorg.

rumah in law aku, bil elektrik, rm100++ sebulan. padahal yg duduk nya, 3 org je...tp kat rumah diaorg ada air cond, water heater, DF. rumah aku xde mende2 alah mcm tu..sbb tu bil aku murah..:)

rumah korang mcm mn?

Monday, May 30, 2011

~random~

salam hari isnin u all...

1. aku terasa hati dgn somebody! terasa hati sgt2..tp xpe..aku doa kan allah balas balik kat dia atas apa yg dia lakukan kat aku ni. allah tu maha mengetahui apa yg tersirat di hati kamu.

2. aku terhilang kan salah satu patung ultraman ajmal. ralat sgt. dah la yg original punya. yg x ori xnak pulak hilang..adoi la....sedih betul aku bila bgn tdo je dia tnya mn ultraman dia lg satu...ajmal punya style, kalau nak tgk tv or tido, dia akan susun patung ultraman tu sebelah dia..baring sama dgn dia, tido dgn dia, mandi dgn dia....hu3x..bila satu xde, terasa la..(:

3. walaupun hari ni br hr isnin, tp aku dpt rs kan minggu ni mungkin akan jd minggu bz utk aku. nak kena tempah coklat, ambik coklat, beli bunga, training, assessment, saudara aku 2 org masuk hospital (nak kena g tgk), beli brg hntrn, final touch utk hntrn tuh...erm..sempat ke aku buat erk..ya allah ya tuhan ku, engkau permudah kan la segala urusan ku...amin....

xde mood sgt nak bercerita sbb mood masih dlm keadaan tersentuh/terasa hati...huk3x..

Friday, May 27, 2011

~ayam golek pantai dalam~

sapa pernah mkn?
sedap kan?
aku mkn ayam golek ni dr zaman bercinta cintun dgn mr azam
sampai la ke saat ni....
mmg dah lama la.
aku xtau la sapa yg perkenal kan kedai ni kat kitaorg...
dah lupa la..
masa awal2 kami mkn dulu, harga ayam golek ni cuma rm11 je.
smpai la skrg ni dah naik jadi rm19.
kira2 dlm tempoh 7thn gak la....
ayam dia mmg sedap..kalau family aku dtg dr trg,
kadang2 mesti aku beli kan ayam ni..ayah suka sgt ayam ni...
pn as, nnti kalau ko dtg rumah aku, aku bw ko mkn ayam golek ni....













gmbr 1 & 2 tu aku br je ambik, gmbr3 & 4 tu dah lama punya ni. dulu mmg dia letak dlm kotak. masa tu harga ayam x naik smpai rm19 lg. masa tu harga ayam rm 17 kalau x silap. lepas je naik rm19, terus xde kotak balik. kira nya sekejap je la dia org guna kotak ni. kalau x, diiorg letak je dlm kertas bungkus makanan.

lokasi dia; aku kabo jugak la even ramai org dah tahu.

kalau dr arah kerinchi, vista angkasa tu, korang terus je smpai la jumpa traffis light simpang 3 kat pantai dalam. ambik kiri terus lagi. sebelah kiri korang akan nmpak bnyk gerai2 mkn..korang tgk je la mn yg ada jual ayam golek, hah..situ la tmpt nya.


kalau dr npe dr arah bangsar, exit pantai dalam. nnti jumpa traffic light kat simpang 4. ambik kanan. kedai ni sebelah kanan korang.

cuba la korang..
mmg sedap la pada tekak aku dan keluarga2 aku...
happy weekend u all...:)

btw, aku dgr, kat bangi pun ada ayam golek sedap. nak tnya pada yg pernah mkn ayam golek tu dgn ayam golek pantai dalam ni, mn lebih sedap? akak dah try ayam golek bangi kak?

nota kaki; bangsar/kerinchi/pantai dalam dah pesat membangun skrg ni kan. kalau dtg sini, mesti ingat kenangan zaman dolu kala. pn ct, hr tu aku lalu kolej kediaman lama ko yg kat blkg mutiara bangsar tu. dah jadi unikl skrg ni kan. hu3x..teringat zaman2 dulu ms duk situ..:)

Thursday, May 26, 2011

~bertuah kah aku???~

jawapan nya mmg la bertuah..

masih ingat kan dgn entry ni..:)..
sbb dah frust x dpt galaxy tab, maka mmg x berharap la nama akan naik lagi utk lucky draw.
actually, masa dinner tu, ada 15-20 cabutan yg di buat. tu kira nya utk hadiah yg grand2 je la.

utk hadiah yg kecik2 ada lagi.
tp kecik2 pun hadiah dia, lcd tv, shopping voucher dan bynk lagi.
ada 300++ lagi hadiah. maka 2 hari lepas, committee ada kan balik sessi cabutan utk hadiah2 yg ada tu.

and x disangka2 nama aku naik..aku adalah salah seorg drpd yg bertuah tu.
and semalam plak, g cabut hadiah apa yg korang akan dpt.
diaorg buat sistem, bila nama kita naik, kita sendiri kena pergi cabut utk hadiah apa yg bakal kita terima.

mmg x berharap apa la..apa yg aku dpt, aku terima je..hadiah besar ke..kecik ke..redha je la..
aku kena ingat sekurang2 nya aku bertuah jugak...syukur la kan..rezeki...
lepas cabut...hadiah nya...ni yg aku dpt..

table lamp ikea.

aku redha je la.
buntang mata tgk org dok angkut lcd tv..
apa2 pun semua ni adalah rezeki dr allah.
kita harus bersyukur kan..
alhamdulillah...

Wednesday, May 25, 2011

~medela service center II~

since dah ramai sgt duk email dan tinggal komen tnya pasal medela service center ni,
meh aku cite sikit apa yg aku tahu yea.

medela service center kat malaysia ni ada 3 je.
1 kat penang, 2 kat kl.

tp yg kat penang, aku x sure sgt kat mn tmpt dia. aku google x jumpa plak. ni aku tgk kat medela sc ms aku pergi hr tu la.

kalau kat warranty kad dia, dia tulis ada 2 je which is, 2-2 tu kat kl, bangsar & ampang.
ni aku bagi alamat utk ke-2-2 tmpt tu yea;

ampang
lot B2-M Jalan Selaman 1
Dataran Palma Off Jalan Ampang
68000 Ampang, Selangor
tel; 03-42701128
person in charge-hidayah

lokasi dia kat hotel de palma.
kalau korang dr jalan ampang,terus naik flyover tu, turun depan ampang point, masuk kiri. terus jumpa t-junction, u-turn balik, korang nmpak shop lot sebelah kiri korang tu, terus masuk parking situ. bila masuk parking, korang ada 2 choice sama ada g terus or ke kiri (kat al rajhi bank). korang terus je masuk kiri sebelah kiri korang nmpak la medela sc tu. penerangan aku ni mungkin la nmpak complicated sikit tp senang je. ayat terus aku tu bkn bermaksud jauh sgt. dekat je. sekangkang kera je..:)

bangsar
A-18-3 Menara UOA Bangsar no 5
Jalan Bangsar Utama 1
59000 Kuala Lumpur
tel; 03-22846388
person in charge-nurul

ni plak kat dataran maybank.
kalau dataran maybank sebelah kiri korang, korang terus je. lepas stsn lrt bangsar tu, ada satu simpang masuk kiri. masuk simpang tu, bangunan UOA tu sebelah kiri korang. ada signage bgtau nak masuk parking ikut celah mn. ikut je la signage tu. masuk tu, korang kena g register dulu kat guard, bgtau nak g level 18. kena tinggal contact no. bg ic no semua ambik pas visitor, br boleh naik.

kalau korang nak service, ambik masa 20min-1/2 jam je. so, korang tunggu je la kejap. kalau ada part kena ganti, dia bgtau la apa yg kena ganti. kalau kita setuju utk ganti, br dia ganti. motor dia under 1 year warranty. tu utk semua jenia medela elektrik pump kecuali mini-e. kalau part mcm tubing, valve head, valve membrane, breastshields, adapter tu mmg consider sbg part yea.

ok dah la..aku rs cukup la aku kongsi kan ni. aku cite ni based apa yg aku tahu je. dan maaf la kalau aku ada tersalah bg info. kalau salah, tlg betul kan yea..
moga ia nya dpt membantu korang2 semua..:)

Tuesday, May 24, 2011

~review-cloth diapers~

dah hampir 1 bln++ kot..(aku pun x ingat exactly) aku guna cd utk anak2 aku.
so far so good la.
skrg ni br ada 7 keping cd. plan bln ni nak tambah lagi 2.
skrg ni aku dah pakai brand autumz, coolababy, sunnybaby, happy flute's.
brand2 mcm ni je la yg aku mampu pakai, nak pakai yg imported punya mmg x mampu lagi la..

komen terhadap brand2 di atas ni;

autumnz
-cutting kecik. x brp sesuai utk anak yg berpaha besar seperti anakanda2 aku.ajmal mmg xboleh pakai langsung yg autumnz sbb ketat. nak butang kan pun x boleh.
-material mmg superb. jauh beza dgn brand2 lain yg aku ada tu. insert yg dia bagi 2 keping tu pun, 2-2 tebal.

coolababy
-yg ni pun aku puas hati jugak. material dia boleh tahan la.
-cutting besar sikit, so, kalau pakai kan kat ajmal boleh lg la.
-insert dia ok la..tp xde la setebal autumnz.

sunny baby & happy flute's
-2-2 cd ni aku rs lebih kurang je dr segi material.
-cutting besar mcm coolababy
-insert nipis sikit tp xde la smpai bocor.

bln ni aku plan nak beli qqbaby plak. aku tgk qqbaby boleh tahan jugak material dia. eh btw, kalau sapa2 nak beli cd ni, aku jual rm25. ni utk brand coolababy, sunnybaby, happy flute's, qqbaby & babyland. kalau klang valley, aku boleh hntr kan terus kat korang. tu kalau korang nak jumpa aku la. kalu xnak jumpa aku, boleh pos kan je. kos post later2 plak cite.

aku pernah masuk kedai tinytapir kat ampang park dgn bangsar village. tgk cd2 kat situ..mak oi...smpai rm100++ sekeping pun ada. standard la yg imported punya kan. biasa la, lagi mahal brg tu lagi bagus material dia kan..kan kan...

ajmal pun aku masih pakai kan cd ni utk dia. tp kadang2 dia kencing, kadang2 mmg x kencing langsung. kadang2 kalau kencing tu smpai bocor2. aku x buat kajian lg kenapa bocor. cuma telahan yg aku buat, dia kencing bnyk.(kalau dah bocor, sah2 la dia kencing bnyk ana oi...) aku pakai kan cd ni kat dia biasa dlm kul 12am. tu pun lepas bw dia g toilet. so, dlm 12am-7am tu la dia kencing. erm..kena kaji lg la kenapa cd ni bocor. aku rs mungkin ada hari, ajmal bnyk minum, so, dia bnyk kencing, dan ada hari dia kuang minum, so, kurang la kencing nya.

pastu nak tnya pada mommy2 yg guna cd ni utk anak2 yg sama jantina. maksud nya sama ada anak korang semua perempuan or semua lelaki. cd yg korang guna, korang campur x? makna nya, cd yg guna utk abg/kakak, guna x utk adik? aku ni main campur je. tp bkn semua la aku campur. biasa yg coolababy tu la. ajmal dan aqil sama2 guna. boleh ke x sebenarnnya erk campur2 nih..


ni gmbr pg td. sebelum kuar rumah, sempat aku snap situasi ni. sorry la gmbr x clear pun poyo nak tepek jugak kan. duk rumah atas angin mcm ni la..tmpt sidai kain yg terhad. terpaksa gantung kat grill je.

oleh kerana koleksi cd aku x bnyk lg, aku mmg tiap2 hari basuh. aku pakai kan aqil utk malam je la. siang kat rumah bbsitter, mmg dia pakai dd. so, balik ptg tu, aku rendam je dulu. esok pagi masa mandi or malam sebelum tdo, aku cuci la. rs nya br sekali kot aku masuk kan dlm washing machine utk cuci. kenapa ntah tetiba dtg angin malas nak mencuci time tu. bg aku ok la..nak kata menyusah kan sbb kena basuh hr2 xde la. kalau koleksi cd korang bnyk, x payah la basuh hari.

aku cuci pakai kiddiewash dr cosway. murah je..br rm11.80 utk 1L. ms awal2 pakai cd nih, aku bantai g guna sabun fab. teruk aku kena marah dgn sorang 'sifu' ni bila dia tahu aku pakai fab. hah3x...aku malas benor nya nak g cosway. padahal cosway dekat sekangkang kera je dr rumah. xpe la..halal kan je la ms aku guna fab tu. nnti bila aku free time weekend, aku nak buat stripwashing la.

okla..takat ni je la cite aku, nnti2 aku cite lagi pasal cd nih. saja je la ni utk tulis pengalaman aku guna cd ni. nnti, tua2, xde mende nak buat, boleh la aku bc balik cite ni..:)..

Monday, May 23, 2011

~medela service center~

last week, kat entry ni, aku ada kabo nak bw swing aku g service kan. sbb aku rs suction dia dah x kuat. medela service senter ni ada 3 je kat malaysia ni. 1 kat penang, 2 kat kl (bangsar & ampang).

1st2 ingat nak g ampang tp bila fikir, kalau time balik keje, baik g bangsar. dekat pun dekat dgn rumah kan. so, aku telefon la dulu. ada sorg chinese lady angkat. aku tnya kat mn tmpt ni, dia kta sebelah dataran maybank. aku ni dah lama x buat 'lawatan tapak' ke bangsar, so mmg blur sikit. bila aku tnya, parking senang x, dia kata dia xtau, sbb kalau naik lrt lg senang. turun2 je dr stesen lrt tu, terus la jumpa menara UOA tu. erm...so, tawakal je la balik keje, aku terus ke bangsar. dia tutup pukul 6, so, mmg laju2 la bw. 10 min b4 6pm aku smpai. rupa2 nya ni bangunan baru, dulu masa zaman2 muda dulu, time duk area situ, bangunan ni x wujud lg. parking mmg ada la sbb dlm bangunan kan. cuma leceh bila nak naik ke ofis diaorg tingkat 18 tu sbb kena tinggal phone no, ambik no ic bagai kan.rugi 5 minit aku kat situ. smpai2 staff kat counter bgtau, budak yg repair tu cuti. adoi la..tp dia boleh tlg tgk kan la. aku bgtau suction pump aku x kuat. then, dia test. ada satu alat yg dia guna utk test pump. kalau reading dia cecah 250, mmg ok la. tgk2 mmg pump aku cecah 250. mmg xde problem pun. aku bgtau la, ada satu part ni susah nak bukak, kdg2 time tgh mengepump, dia tetiba off sendiri. tp staff tu xleh nak tlg sbb dia mmg xtau sgt. dia suruh dtg esok.

esok nya tghri, aku g ke ampang punya. sini senang sikit la nak cr sbb dia shop lot sebelah hotel de palma ampang. staff tu baik sgt. aku bgtau pump aku tetiba off tu kan, dia terus tukar dgn pump baru. maksud nya motor tu la. dia kata, patut nya mmg dia xkan ter off sendiri. aku tnya la, mungkin sbb tubing dia yg keras dan bergulung tu kan. dia kata mmg x. tubing tu kalau lg keras lg bagus. dia bgtau cr nak cuci tubing, pastu dia bukak part yg aku kata susah nak bukak tu, explain kat aku camna nak fix kan balik. dia kata benda tu patut nya x ketat. just masuk kan mcm tu je. dia kata suction pump aku bagus, tp sbb dah ter off tu, so, mmg kena tukar. mmg xyah caj sbb under warranty lg. soka aku...dia test pump br tu kot2 ada problem kan.

medela service center kat ampang

kat dalam nya ada jual brgn2 bayi




part ni la aku kata yg susah nak bukak tu. yg kuning tu. tp hidayah tu dah ajar mcm mn nak pasang dan cabut cr betul. cr nak keluar kan valve tu...

mmg puas hati la sgt service diaorg ni. lepas aku tukar motor tu, mmg xde la pump aku ter off sendiri. alhamdulillah. nasib baik aku pergi, kalau x, smpai kesudah aku xtau pump aku tu bermasalah lg kan...

pendek cite, aku mmg puas hati la dgn swing ni. lepas ni, moga2 di murah kan rezeki nak sambar freestyle la plak. dah jatuh cinta la dgn medela ni. :)

Friday, May 20, 2011

~penang~

lepas dinner tu, balik rumah terus. smpai rumah kat pukul 1230am. terus packing baju sbb pukul 5am tu nak bertolak balik penang...fuh..penat xyah nak cite la...mmg x tdo langsung. dlm kereta je la tdo nya...

sbb dah lama x balik penang kan, maka balik la jugak kali ni.ambik cuti isnin tu, terus sambung ke selasa. ok la kan.. xtvt of course la makan2...eh yg utama nya ialah melawat saudara mara. ye la, balik penang pun jarang2 kan, so, bila balik ni, khatam la gi melawat auntie2 dan uncle2 semua. penat gile. tp seronok jugak sbb ada xtvt mkn2..kalau x mkn kat rumah auntie2 dan uncle2, mkn kat luar la. pasembor padang kota, nasi kandar kg melayu, merlin, roti canai jalan argyll, serabai taman tun sardon, seafood, laksa, u named it..semua aku belasah..
org kata penang ni syurga mknan kan. ye atau tidak, aku no komen tp yg pasti tiap kali balik penang mmg xtvt mkn je yg aku tau...

balik kali ni jugak, mr azam ajak pergi tgk rumah kat sungai petani. tu rumah PIL aku. diaorg beli masa awal2 balik malaysia dulu. diaorg ingat nak duk situ tp kesudah nya x duduk pun. sekali sekala je dtg...dah siap fully furnished, dah renovate bagai semua, mmg cantik la jadi nya tp x duduk. last2 PIL cadang nak jual. dah ada buyer pun...insyaallah x lama lagi settle la semua tu. mr azam ajak g tgk sbb lepas ni mmg dah x de dah dtg sini kan. aku rs mr azam sedih sbnarnya sbb dia suka rumah tu...

okla..xmo celoteh panjang2 sbb malas. aku nak masuk tdo..kain menimbun kiri kanan depan belakang aku ni tp malas sungguh nak melipat nya. ada sapa2 yg tgh buat part time lipat kain x?meh lipat kain kat rumah aku ni. selai baju aku byr seposen, boleh?hah3x.....

aku nak buat satu entry pasal tmpt2 mkn yg best kat penang ni. utk rujukan aku di masa akan dtg...dan utk rujukan korang2 jugak. mn tau kot2 nnti tercampak kat penang or plan nak g bercuti kat penang, boleh la tgk kan...:)..tp later2 la..aku dah x larat dah ni. esok (hari ni, jumaat) aku ada course..xtau sempat ke x bw. bye bye korang.....

Thursday, May 19, 2011

~annual dinner 2011~

annual dinner 2011 dah selamat berlangsung hr tu, 13 may kat hotel crown plaza. thn ni tema gemilang 50' jalan ampas.

masa dpt tau tema tu, aku dah fikir nak pakai baju apa...tp last2 malas nak fikir panjang, aku pakai je baju nikah dulu. lagipun bj tu br pakai sekali je lepas nikah tu. ms g kenduri kawin kawan mr azam.

nasib baik hr kejadian, mr azam balik awal. maka dpt la dia jaga anak2, kalau x, xde nya aku boleh pergi. thn ni dinner xbleh bw spouse plak..biasa nya mmg boleh bw je...alasan committee, xde tmpt sbb staff pun dah 2000++. +- dgn staff on duty dan staff yg xmo pergi, mmg masih x cukup. maka pergi la sorang2...

utk lucky draw thn ni xde la hadiah gempak mcm satria neo mcm 3 thn lepas. cuma motor evo apa ntah yg paling gempak. tp hadiah2 lain mmg cukup best, tv lcd, led, plasma brp inch semua ada,xde la semua inch, inch yg beso2 je la.. blackberry, tiket percutian g indon, langkawi, singapore. gelang emas, rantai emas, dan bnyk lagi la..yg paling aku tunggu samsung galaxy tab. tp kecundang. frust aku sbb budak yg dpt tu duk sebelah meja aku je, dah la pakai bj lebih kurang aku, pastu no luck nya beza satu angka je dgn aku...mmg xde rezeki la...(:...

alkisah baju kan, baju aku ni aku terlupa, dulu masa pakai ms g wedding kawan mr azam tu, aku pregnant kan ajmal 3 bln rs nya..pastu aku tetas la yg bhgn dalam tu bg besar sikit. tup tup masa nak pakai br ni br aku perasan yg bj tu besar..nasib baik la sempat g cr pin utk kecik kan bj. tu pun masih besar aku rs tp sbb x sempat nak bersiap, belasah je la....

ok, cakap bnyk x guna, layan gmbr plak yea..



pengacara jemputan, sharifah shahira, kiri kanan dia tu, staff.


penyanyi jemputan, azlan & the typewriter. 1st time aku tgk dia, boleh tahan jugak yea dia nih..:)


duduk kat meja 88 konon no cantik, ada luck la utk lucky table..tgk2 meja 87 yg luck..frust lg sbb ms kitaorg duduk tu, meja 87 tu kosong lg..(:

meja kami..











bersama kakak2 secretary


jumpa jugak dgn makhluk comey 2 org nih..:)



bnyk lg gmbr tp malas dah nak upload..kang muntah plak tgk gmbr aku bnyk..:)



mmg best la dinner kali ni. terima kasih pada semua sponsor2. (eh gaya buat ucapan plak)..to all committee, good job. next time boleh buat lagi..:)...aku tau, ada staff *** bc blog aku ni kan...:)

Wednesday, May 18, 2011

~random lagi~

hr ni masuk kerja setelah 4 hari bercuti. actually hr isnin tu ambik cuti, sambung terus cuti semalam...pergi jalan2...later2 aku cite...

aku rs hr ni kepala aku sesak sikit duk berfikir...mcm2 benda yg aku tgh fikir, plan nak buat, xtau la mcm mn..harap2 semua nya berjalan dgn lancar..

btw, hari ni aku ada organize pasal CLOTH DIAPER TALK. dah lama nak buat talk ni..kebetulan plak, one of consultant kat sini bg fully support suruh buat talk ni tp sbb dia bz sgt, mmg xde masa, so, dia suruh la kau plak organize. nasib baik la ada kawan yg sudi membantu. dah email2 semua pada kawan2, consultant ni plak duk email kat top management...adus...aku dah menggelabah ni..sbb nya aku plan nak cakap biasa2 je...xnak la buat formal sgt kan. harap2 nnti, xde top management yg dtg, kalau x sure haru biru aku nih...jgn ko keras kejung menggeletar smpai x keluar suara udah la ana oi.....

doa kan aku berjaya yea..:)

erm...aku nak g hntr swing aku g servis nih...lately aku rs suction dia kureng...pump ambik ms lama..tension haku...aku guna avent manual aku lagi cepat...tp masalah nya, bila masa la aku nak g kedai tu...hr ni jadual penuh, ada assessment utk course jumaat ni lg....nak tunggu esok, lmbt la plak aku dpt pump aku balik...erk...

ada lagi satu dua perkara yg aku nak cite/share dgn korang..nak mintak pendapat kawan2 semua..tp dah cukup time la..aku nak kemas botol susu anak2 plak..time aku menulis ni, pukul 615am, lewat sikit buat entry hr ni.biasa pukul 6am, aku dah siap dah...

hr ni aku x pasti lagi sessi bw aku ada ke x...harap2 sempat la aku ber bw...semoga tuhan mempermudah kan segala urusan harian ku..amin...

Monday, May 16, 2011

~random~

hi korang...mesti ramai yg cuti hr ni kan...

eh eh sebelum tu nak wish, selamat hari guru pada seluruh guru2 di malaysia terutama nya guru2 yg pernah mencurah kan ilmu mengajar aku...

eh eh lupa..hari ni birthday my cousin, nur ain...xde plak gmbr dia..happy birthday ain..:)

btw, hari jumaat baru2 ni blogspot xleh masuk kan. boleh baca je, komen pun xboleh, autopublish pun x keluar...haru kejap rs sbb xleh nak bw..:)

yg pakai domain plak aku tgk kejap kejap duk update...best la org ada domain kan..:)

erk...xnak cakap bnyk la sbb nak bw ni..bnyk blog haru di khatam. and aku plak, ada benda nak buat ni..:) jumpa lagi u all..

selamat bercuti semua..:)

bg teaser sikit, aku masa dinner baru2 ni..sorry la gmbr blur sikit.tunggu gmbr dr camera kengkawan.

Thursday, May 12, 2011

~training lagi~

ingat x lagi entry ni...
pastu bos aku boleh plak tetiba xnak bg aku pergi plak
tension gile aku ms tu..hangin je
dia kata pergi yg in house je la
kebetulan ms tu, ada in house training utk ms office 2010 kat sini.
aku ni aku rs tiap2 thn aku pergi training ms office 2010 ni.
kitaorg kat sini aku rs mmg dah lama dah guna ms office 2010 ni.
kalau x silap aku, 2 bln sebelum diaorg launch, ms dah bg license kat ofis ni utk guna ms office nih..
aku dah 2x la pergi training ni..tp training x formal la...x dpt cert pun...

course kali ni, ada 3 sessi. 1 sessi=2 hari. diaorg buat jumaat dan sabtu.
maka nya ada 3x la aku kena dtg ofis hr sabtu
bab ni la aku lemah
sbb aku malas..hari sabtu hari utk aku g pasar, buat kerja2 rumah...main2 dgn anak.
huh..aku x suka..
tp nak x nak kena pergi. kalu x, bila lagi nak pergi.
kang nnti ada hal lain plak...susah...hu3x...

erk...bosan nya aku....
erk..apa aku bebel kan ni....
erm.....maaf la korang...mood x stabil hr ni....

Wednesday, May 11, 2011

~warehouse sale & bake with yen~

aku dah tulis habis dah entry ni..siap dgn autopublish lg..
tgk2 xde keluar..rupany2 mmg xde dlm list posts..ntah kenapa..
terpaksa buat kerja 2x...

hari jumaat tu kan, ada buat entry ni...
lepas tu, fikir punya fikir,
pergi dua2...rehat 2 jam stgh, guna la sebaik2 nya...:)

1st pergi perfume warehouse sale kat corus hotel, jalan ampang.
dah last day dah...
ada kebaikan jugak pergi hari last ni...
sbb diaorg mmg nak clear kan stok, so diaorg akan turun kan lagi harga la..
kwn aku pergi hari ke-2, givenchy apa ntah, dia jual rm148. hari aku pergi tu, rm100 je dia bg.
yg x best nya bila perfume yg best2 dah habis...
tp xpe la...



aku x ambik bnyk pun. cukup la utk kegunaan sendiri je sementara nak tunggu sale ni thn depan plak. diaorg ni buat tiap2 thn kat sini. 2 thn lepas pun aku ada pergi jugak..pastu kak pun ada kirim, so, beli kan utk dia jugak la..


pas habis byr, g ke bake with yen plak..
cadang nya nak membakar muffin pada hujung minggu dan buat chocolate..
tp harapan musnah bila dah demam...cuma sempat buat coklat je sbb jumaat malam tu dah buat.
kak dtg tlg buat sekali. tester (mr azam, ajmal, kak) kata sedap cuma manis sikit. mr azam kata mcm coklat cadbury apa ntah..hu3x..terus sama kan dgn cadbury tu...kembang hidung.
kak suruh buat sendiri utk hantaran nnti tp rs mcm x confident plak. kak kata, masih ada ms dan masih boleh terus belajar lg. erm..tgk la mcm mn...taakut nnti coklat ke mn, aku ke mn ntah...hah3x..mr azam plak bg cdngan suruh jual kak plak dan dan tu dok sokong. ish..rs nya x confident la nak jual kalau dah pergi kelas bagai, boleh la..ni belajar pun sendiri2 je..erm...




comot gile kan..ala yg penting sedap bila masuk mulut keluarga aku kan...ni aku buat oreo chocolate...pasni boleh buat warna2 plak la..:)

ok u all..bye..

Tuesday, May 10, 2011

~happy birthday to my beloved sista~



happy birthday to both of u..

love u so much...

thanks for everything...


ni la hanya dua org adik perempuan yg aku ada..kembar

sorang kak sorang chiq

dulu masa kecik aku asyik gaduh dgn diaorg..terutama dgn kak..

tp bila dah besar ni, sgt rapat terutama dgn kak sbb kak duk kat kl...

chiq dia masih setia nak duk kat kg...

senang nak tgk2 kan ma dgn ayah...

alhamdulillah rezeki dia ada kat sana...


moga kalian berdua di panjang kan umur

di murah kan rezeki

di rahmati allah sokmo

bahagia selalu


amin...

p/s;chiq, sorry k.na ambik gmbr kat blog chiq.

eh, ayah msg mende plak utk birthday kali ni?..:)

~me'nate steak house~

cite lama pada hari sabtu bila ntah...lepas uruskan sedikit perkara di luar rumah, mr azam ajak g mkn.actually dah lama dia nak mkn sini. 2-3 org officemate dia kata sedap. mmg sedap pun..cuma mahal sikit la..tp puas hati la dgn apa yg ko mkn tu...

masa kami smpai tu mmg xde org pun, so layanan special sikit la kan...mr azam tnya apa perbezaan daging2 yg diaorg jual..so, ni si waiter tgh dok explain kat mr azam..
















kitaorg decide utk pilih 2 jenis daging iaitu wagyu dan angus. yang wagyu ni kitaorg suruh hiris kepasa 2 bhgn. so, dpt la 2 plate mcm kat atas nih..cara masak, ko boleh pilih, well done, medium well, medium, medium rare or blue rare. utk wagyu, waiter tu kata biasa masak medium ke medium well..aku pun x ingat la..tp kata waiter tu lg, wagyu ni sama ada ko masak medium or medium well je sedap. kalau well done kureng sikit la.

komen aku; mkn wagyu ni..best gile..aku rs ni la lamb yg paling sedap pernah aku mkn..lembut...juicy..sedap sgt2 la..rs mcm sayang nak telan sbb nak je sentiasa ada dlm mulut..hah3x...


ni plak utk angus, kitaorg suruh hiris 2 jugak tp x boleh sbb kitaorg ambik yg kecik je. so, x kisah la kan. yg ni kitaorg surum masak well done.

komen aku; yg ni pun sedap...rs la lain sikit dr wagyu tu tp still sedap la pada mulut aku. sos blackpepper dia mmg sedap sgt2..owner dia siap bgtau cara2 nak buat blackpepper sos tu. coleslaw dia pun sedap tau..

bapa kepada owner tu yg buat kan sosej utk aqil dan ajmal. diaorg geram kat aqil dan ajmal. sbb xde org je..so, asyik la dok mengagah aqil dan ajmal. mmg sedap. pastu mr azam tnya la diaorg ada jual x yg dah siap. mmg ada pun, so, mr azam ambik la satu pack nak try. rm10-10 ketul.


ada less utk wagyu. yg kami hari tu lepas less dpt dlm rm70++.

ni air yg ada kat rest. ni erk. air dia free. kira nya mungkin dia dah masuk kan dlm harga mknan jugak kot. free refill..aku asyik la duk ulang alik g ambik air. eh nak refil ada syarat gak. korang kena habis kan air tu dulu br boleh refill kalau x, diaorg akan caj rm4 satu gelas.

ok, ni lokasi dia plak;

kalau dr mrr2 dr arah gombak, korang exit utk ke flamingo. flamingo sebelah kanan kan. korang masuk simpang sebelah kiri yg ada stesen minyak petronas tu. terus lagi sampai jumpa international school sebelah kiri. pastu nmpak shoplot kat SPCA tu. hah kat situ la. tp shoplot tu mcm terlindung sikit sbb kat depan tu ada gerai2...tp lg tu x smpai kaat SPCA mmg korang x terlepas lg la sbb rest ni betul2 sebelah SPCA tu. ok clear?

Monday, May 9, 2011

~rindu blog & weekend~

rindu kat blog sendiri...hampir 2 hr x jenguk blog pun x rindu semacam..heh3x...
hari sabtu dan ahad br ni sibuk+sakit.
so, mmg xde ms nak menjengah blog.

sabtu, seawal 10pagi dah keluar rumah.
misi ke jalan tuanku abdul rahman utk mencari hantaran.
keluar awal sbb mr azam keje kul 11, so, tumpang dia sekali.
balik nnti boleh la bw anak2 naik lrt je..
g jln tar dgn kak dan bw hero2 2 org tu.
mmg mencabar sungguh la. mr azam suruh je tinggal kat rumah bbsitter.
sbb nak pergi kejap je kan.
tp sbb aku x smpai hati keluar jalan2 tanpa anak2, maka bw la jugak.
dgn panas terik nya..kesian sungguh rs kat anak2..mr azam asyik call pukul brp nak balik sbb panas, kesian kat anak2...
benda yg boleh jadi cepat, jadi lmbt sbb anak2...
patut nya pikir nak buat design mcm mn, pilih, terus byr, boleh terus balik kan.
tp ni mencabar sbb ajmal dan aqil buat kedai tu mcm kedai diaorg...
penyudah nya, pukul 330ptg br balik, penat x yah cakap la...
nak naik lrt pun rs mcm malas, nasib baik mr azam kebetulan rehat time tu,
dia offer utk hntr balik..alhamdulillah...

balik tu, terus bersemangat buat hantaran. kejap je terus siap..
la la la la...hati berbunga riang sbb x yah fikir apa2 lg..
pukul 6 aku demam. hah3x..dah la demam teruk smpai menggigil2..
kesian kat kak, sbb dia nak balik rumah dia,
tgk aku demam terus x jadi balik sbb x smpai hati nak tinggal aku dgn anak2
mr azam dah la balik lambat lg...

hari ahad, hari ibu kan, aku demam lagi. kali ni ok sikit. on off on off...
anak2 lapa sbb aku x larat nak masak. langsung x fikir nak bg cocoa crunch ke, quaker oat ke..penyudah nya ajmal asyik la mintak susu. dah la dia xnak kak yg buat, nak aku jugak. asyik kena marah je dia dgn aku. ptg tu, FIL dtg melawat, hntr makanan, bila diaorg dpt tahu aku demam. thanks mama & papa..

malam td, ms duk lepak2, ada iklan kat tv yg iklan apa ntah dia cakap 'terima kasih ibu' tu..ajmal pun cakap la;

ajmal; terima kasih papa
mr azam; papa je? mama?
ajmal; xnak terima kasih kat mama sbb mama marah mal...

ho ho ho..tersentuh hati ni...
patut la ptg tu pun dia ada cakap dgn mok kak dia, dia kata mama asyik marah dia..
hu3x...sian nya dia...
sebelum dia tido, aku borak2 dgn dia, mintak maaf dgn dia sbb aku asyik marah dia..
nasib baik dia faham tp xtau la dalam hati dia mcm mn...sedih rs nya..
lepas ni xmo dah la marah2 kat anak2 kalau aku tgh sakit ke, lapar ke..
aku ni jenis, kalau lapar, x larat, penat, mudah sgt nak marah org..hu3x..


mama sayang mal tau..:)

Friday, May 6, 2011

~random lagi~

hr ni internet kat pc aku buat hal
xtau kenapa.x boleh nak connect.
pg td aku x sempat buat entry sbb penat gile babas..
apa yg aku buat semalam, aku pun xtau smpai penat sungguh2...
so, awal2 la aku nak mintak maaf kat korang semua sbb xleh nak bw hr ni...

yg aku heran kenapa pc lain kat ofis ni, boleh je connect...
agak nya mmg hr ni di takdir kan utk aku buat keje sepanjang hari
walaupun kerja x brp nak ada, tp buat2 la ada kerja yea...

bnyk benda aku nak buat ni..
aku masih fikir2, tghri ni nak g warehouse sale perfume or nak g bake with yen.
plan asal nak g bake with yen tp semalam plak tgk ada warehouse sale ni..
mcm malas nak pergi tp bila teringat perfume aku yg dah tinggal nyawa2 ikan, rs mcm nak kena pergi. tp esok nak nak buat muffin utk keluarga tercinta. ada bahan x cukup...erm..mcm mn yea....

aku jugak nak g pos brg..dah brp minggu dah aku janji nak pos barang pd kawan2 tp asyik tertangguh je. konon mcm bz...tp ni xpe..kalau x sempat hr ni esok post office bukak kan. esok boleh lg.

okla korang, selamat bercuti, nnti malam aku bw yea..

Thursday, May 5, 2011

~resepi; agar2 chocolate~

aku ni malas sgt nak update blog hr ni..xtau kenapa. dr mlm td ngantuk sungguh2...set alarm pukul 430am konon nak bgn bersahur tup tup pukul 5 br bgn..lepas mkn2 semua, erm....br perasan x boleh puasa rupa nya..huh3x..eh eh ni dah menyimpang dr tajuk kan...taip je la apa2 pun janji blog aku ada cerita kenangan aku kan....

resepi ni dah lama aku ambik tp mkn masa jugak la nak membuat nya..
biasa la aku ni kan...poyo..ms dpt resepi, bkn main lg excited nak buat..
tp bila balik rumah..hazab..terus malas..

ms ke ikea hr tu kan ada beli acuan murahan ni kan..pastu br2 ni, kak tnya, dah buat ke agar2 utk anak nya..hah3x..mmg xde nya buat lg. hr isnin tu, gigh la jugak buat nya..

acuan rm5

hasil nya...

x cukup acuan tu, letak dlm acuan ni plak...

sekejap je pun nak buat nya..nak tunggu dia keras pun x ambik ms yg lama...ingat kan yg ikan tu nak bg ajmal bw g rumah bbsitter esok nya, mkn dgn kwn2..tp xde maknya...dan dan tu nampak, dan dan tu nak mkn..nasib baik ms aku buat tu dia tdo...

ok, ni resepi dia, aku ambik kat sini ;-


  • 1/2 cawan serbuk koko

  • 1 cawan gula

  • 1/2 cawan susu tepung

  • 1/2 sudu teh garam

  • 4 1/4 cawan air

  • 4 sudu besar tepung jagung

  • 1/2 sudu teh esen vanilla

  • 3 sudu besar butter

  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)


    • cara2;-

    • campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.

    • Masukkan butter, kacau hingga pekat.

    • Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.


    • ada org panggil puding ada org panggil agar2..apa beza erk..aku pun main sedap mulut je...tgk gak la..kalau benda tu sesuai di panggil puding, panggil la puding, dan begitu la sebalik nya..apa beza erk?mungkin kakak hijau boleh jawab?

      rasa dia mmg rs coklat je...erm..sedap...eh angkat bakul sendiri plak...
      okla u all...xde mood dah nak tulis panjang2...try je la resepi ni..senang je...

      Wednesday, May 4, 2011

      ~chocolate lava cake-dominos~

      minggu lepas hr apa ntah..nak redeem voucher 'sorry, we're late' dominos pizza tu. sbb dah nak expired kan, maka gigih la jugak nak redeem. kalau x rugi la kan.

      so, gigih la aku order. mr azam kata, ada pizza baru, 'prawn sensation' . maka harus try la kan. so, ambik regular pizza 2, dpt free 1. ni aku rs bkn nak mkn ni..nak melantak nih kan

      pastu add-on jugak chocolate lava cake. nmpak mcm sedap je.

      order pukul 710 minit malam, smpai nya pukul 830. aku dah mmg hangin dah. perut lapar, anak2 pun dah buat perangai sbb x mkn2 lg..aku lg la berapi kan...pukul 800 call dominos tp diaorg kata nnti akan call balik dlm ms 10 minit. tgk2 840 br dia call balik tnya pizza dah dpt ke belum. bnyak la ko punya 10 minit kan.

      ms dpt tu, mmg aku terus2 la tanya kan. dia kata hujan. mmg la ms aku order tu hujan, tp dlm kul 730 lebih tu hujan dah berenti. dia kata tmpt dia hujan lebat. lantak..malas aku nak dgr. sejuk sikit hati bila dia bg voucher late tu lg.

      ni la 1st time aku dpt servis mcm ni. kalau x, dominos mmg cemerlang la servis dia. mmg cukup2 puas hati.. tp xpela..aku faham time tu hujan, maka boleh la di maaf kan..jom mkn pizza..












      chocolate lava dia mmg sedap. bg aku la..tp mr azam kata x sedap. tu la lain org lain citarasa kan.

      aku tgk skrg ni rest2 makanan segera ni bnyk buat promosi kan, kfc, mcd, manhantan(eh betul ke aku eja nih), delifrance, KR, pizza hut..mcm bersaing plak satu sama lain kan..tp biasa la statergy pemasaran kan.


      eh dah dah..nak buat keje sikit la...ni aku update dr ofis la sbb mlm td x sempat nak buat entry. pastu plak sibuk...ms ni la vendor dtg nak tu la ni la...ok ok dah..

      Tuesday, May 3, 2011

      ~random~

      cuti panjang 3 hari, mesti korang seronok pergi bercuti kan?
      balik kg, g bercuti ke tempat2 peranginan...xtvt keluarga...

      aku nih cadang nya nak balik kg hr tu..nak bw 2 hero tu naik bus or flight. ingat kan nak ajak adik aku tp dia g btn plak, balik hari sabtu. so, cancel la plan nya.kalau ikut kan ok je aku rs bw diaorg berdua naik bus. tp takut aku x terkawal nnti...marah plak penumpang2 lain. kang nnti diaorg nangis la, buat perangai la..x dpt di bayang kan aku. dah la lama dlm bus tu. kalau ada adik aku, at least dia boleh tlg jaga sorg..so, ok lagi la kan...

      mr azam mmg keje..sabtu tu je dia cuti..tp sabtu tu pun kami keluar, ada hal yg perlu di urus kan..penat gile. tension aku hr tu..maka, mmg duk rumah je la aku dgn anak2 ms cuti tu. melayan kerenah ajmal yg suruh masak tu la masak ni la..

      hr ahad tu teman kan kwn aku g shopping. aku rs aku ni x payah nak buat exercise bagai la. xtvt kejar mengejar hero berdua ni dah cukup bg aku. berpeluh ok kejar dia org berdua ni. buat aksi berguling atas lantai. bkn sebab tunjuk perasaan sbb x dpt apa2 tp dah jadi mcm satu keseronokan bg mereka, lari2 pastu guling2, duduk atas lantai..tension aku, aku lantai tu suci bersih xde la aku kisah...







      aqil mmg x makan saman...cakap la apa pun..aku xtau la cakap sapa dia nak dgr. skrg ni dia dah pandai pakai baju dan seluar sendiri. lepas mandi mengamuk xnak pakai pampers, nak pakai seluar terus. geram aku. kalau tahu nak kencing terus g toilet xpe jugak. hr apa ntah, aku kurung dia kat balkoni dlm 2 minit gitu sbb xmo pakai bj. dah puas pujuk dah. malam tu tdo, asyik mengigau panggil aku..hah3x..kejam ke..xpe la..tu cara aku ok. tu 1st time aku buat. & tu la benda paling teruk aku buat kat dia. sedih jugak aku rs sbb tu 2 minit je kalau x, mau smpai setgh jam..ingat kan lepas tu fobia la, nak dgr cakap aku, xde makna nya..


      terima kasih kat en suami sbb beli kan aku kasut nih. murah je pun tp harus la di hargai kan. dah 3 thn aku x pakai kasit bertumit kat ofis. sekali bila pakai, kecoh seantara alam....:)..handbag charles & keith..akhir nya tercapai jugak nak beli. eh br pakai handbag charles & keith pun dan kecoh kan..tu x pakai lv, coach lg tu..kalau pakai handbag tu, agak nya sticky entry terus gamak nya kan...


      ok korang, selamat bekerja..minggu ni keje 4 hr sajork..:)