Thursday, October 18, 2012

~resepi : macaroni bakar~

resepi ni dah lama kwn kat fb mintak...
aku paste sini terus sbb senang nak refer bila nak buat khaaaannnnnnnnnnnnnnnn.....

im, sorry, ana ambik masa xtau dah brp lama berhutang nak bg resepi ni kat im...

ok..ni bahan2 nya...

500gm pasta (kira nya sepaket pasta jenis pendek, x kira la penne ke, shell ke, macaroni ke-tp biasa aku mmg guna macaroni la..paling2 tidak pun shell)
300 gm daging cincang (boleh je tukar ke ayam cincang)
3 ulas bawang putih-dicincang halus
1 biji bawang besar-dicincang halis
1 tin sedang tomato puri
1/2 tin cendawan butang-dihiris nipis
1 biji capsicum-dipotong dadu
1 kiub stok ayam @ lembu-ikut jenis daging yang di gunakan...
1 batang carrot-dipotong dadu
1 batang celery-dipotong dadu
1 sk oregano (klau dpt yg fresh lg bagus, klau x yg dried pun dah ok)
keju parut (yg ni x kisah la, korang nak beli yg dah mmg di parut or beli seketul then parut sendiri)
minyak/mentega
garam dan gula

bahan2 utk sos putih:-

untuk buat sos putih, korang refer SINI je....
sama je bahan2 dia

ok, jom kita masuk pada cara2 nak buat plak...

1. masak air lebih kurang 2 liter, bila dah mendidih, masukkan pasta korang. rebus sampai masak
. berapa minit nak masak tu, tgk kat belakang paket pasta tu, sbb setiap pasta, beza tempoh merebus nya..
then masuk kan minyak sikit agar x melekat2 pasta korang nnti...

2.panas kan minyak/mentega (biasa aku guna mentega, sedap sikittttt la), masuk kan bawang besar dan bawang putih yg telah di potong dadu tadi...goreng sampai naik bau. pastu masuk kan daging cincang...goreng sampai agak2 daging tu masak.

3. masukkan carrot, cendawan, capsicum dan celery. kacau hingga sebati

4. masukkan pula tomato puri. kalau kering sangat, masukkan sedikit air. kalau aku, suka berair sikit, so,xde la biar kering sangat.

5. masukkan kuib ayam/lembu. hancurkan dulu la sebelum masuk kan tu, kalau x susah plak kiub tu nak melt. then, masukkan oregano. biar mendidih dan naik bau.

6. masukkan garam dan gula secukup rasa. garam tu xyah banyak sbb kiub td tu dah masin.

7. buat sos putih. ikut je cara mcm buat sos putih utk lasagna tu

8. seterusnya, kita melapis plak ye...kalau yg ada mangkuk pyrex tu, di persilakan la guna. mcm aku yg xde ni, guna je loyang biasa tu...mulakan lapisan dgn pasta, pastu inti daging, then sos putih. ulang je step ni smpai habis korang. make sure yg paling atas nnti adalah lapisan sos putih ye...pastu tabut mozarella cheese.

9. bakor dia smpai cheese cair. agak2 la smpai jadi kekuningan sikit, kira dah masak la tu. actually xyah lama2 la sbb semua bhn2 tu dah masak kan...bakar tu utk cair kan cheese tu je...

hah...senang kan...macam buat lasagna jugak....aku jarang buat macaroni ni bakar ni. lg prefer buat lasagna...ntah la..sukaaaaaa sgt dgn lasagna...:)

sbb jarang buat, so, xdok la gmbr nya....korang baca je la resepi tu sambil bayang sendiri mcm mn jadi nya nnti..:)

ok..selamat mencuba ye..:)



1 comment:

watyz said...

gambo xde ke??? hehehehe