Wednesday, November 14, 2012

~maal hijrah~

sempena hari ni akhir tahun hijrah dan esok awal tahun hijrah, sama2 lah kita membaca doa ini..moga mendapat seribu rahmat daripada Nya...



semoga pengakhiran kita baik dan permulaan kita bermula dengan baik..
insyaallah...


selamat bercuti pada kengkawan yang sambung cuti terus jumaat ni..
berhati2 di mana jua anda berada...

4 comments:

Kesuma Angsana said...

gd one tq share ye !

intz said...

Salam na,

Ni aku attached email, dari ustaz hadi. tadi masa kuliah zohor pun ustaz adli tu pun cakap bnda yg sama. aku sharekan ye.

MENJADI kelaziman bagi sebahagian besar umat Islam di Malaysia, apabila berakhir bulan Zulhijjah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali, dan dikatakan fadhilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.
Begitu besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Maka tidak hairanlah ramai yang mempercayainya dengan harapan memperolehi kelebihan itu; sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan diaminkan oleh jemaah. Begitu juga di surau-surau dan masjid-masjid tidak ketinggalan menganjurkan majlis—mallis khas bacaan doa ini.
Persoalannya: Adakah doa-doa khas awal tahun yang dibaca, atau majlis-majlis bacaan khusus sempena awal tahun itu berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w?
Jawapan: Tidak pernah Rasulullah s.a.w. mengajar lafaz khusus doa bagi awal tahun baru hijrah atau akhir tahun. Apa tidaknya, penentuan tahun hijrah sebagai perkiraan kalender kita itupun ditetapkan oleh Amirul Mukminin ‘Umar Ibn al-Khattab, bagi memudahkan urusan pentadbiran kaum muslimin. Namun secara umum seseorang boleh berdoa dengan apa-apa lafaz dan untuk apa-apa hajat sekalipun, selagi mana ia tidak menyanggahi syarak, termasuklah hajat agar tahun yang dimasuki tersebut dilimpahkan kebaikan. Adapun majlis-majlis khusus untuk doa atau zikir khas bagi tahun baru tidak pernah diajar Nabi s.a.w, juga para sahabah baginda. Bahkan Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab yang memulakan perkiraan tahun Islam dengan tahun berlakunya hijrah Nabi s.a.w. itupun tidak pernah mengadakan majlis ibadah khusus yang seperti itu. Tidaklah kita ini lebih tahu mengenai hal ehwal ibadah melebihi Nabi s.a.w. Sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Rasulullah s.a.w.
Beberapa amalan yang boleh menghapuskan dosa-dosa lepas:
1. Puasa pada Yaumul ‘Asyuro, yaitu tanggal 10 Muharram, sepertimana sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud: “Aku berharap kepada Allah, dengan puasa Asyura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya.” (HR Bukhari dan Muslim).
2. Puasa Arafah pada 9 Zulhijjah. Hukumnya sunnah mu’akkadah (sunnah yang sangat dianjurkan) bagi mereka yang tidakmenunaikan ibadah haji. Rasulullah s.a.w.bersabda:
“Puasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah menjadi penghapus (dosa) setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.”
(HR. Muslim).
Dalam hadis lain, “Tidak ada hari-hari yang amal soleh didalamnya lebih Allah cintai kecuali pada hari ini, yaitu: 10 hari bulan Zulhijjah, mereka berkata: Apakah jihad fisabilillah tidak lebih utama dari itu?, beliau bersabda: Tidak juga jihad, kecuali seseorang yang keluar
berjihad dengan jiwa dan hartanya dan tidak ada yang kembali satupun.” (Riwayat Bukhari).
Apa yang baik adalah dari Allah dan apa yang salah adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Wallahua’lam

Afne said...

thanks for sharing dear :)

Farrah Hasna said...

salam maal hijrah!