Monday, April 30, 2012

~e filing~

tinggal bbrp jam je lg masa yg ada utk isi e filing. korang semua dah buat ke? yg mana rasa gaji dia mmg x layak utk buat e filing ni, but kena ingat, once ko dah register, mmg kena isi jugak. cth, mcm aku ni la....maklum la gaji kecik je...tp sbb dah register dgn lhdn, so, nak x nak mmg kena isi la jugak e filing tu. ala x susah pun..kejap je...zap zap zap..terus siap...

and as usual la, tiap2 tahun, mmg aku dgn mr azam akan sitting down sama2 utk buat benda ni. aku mmg xde apa la sgt kan..dah kata x layak, x smpai 5 minit terus siap...:)

yg part mr azam la..sbb dia dah la bnyk kena PCB tu, harus la buat dgn berhati2 agar bnyk sikit dpt claim kan...:)...tp malang nya, yg part pembelian buku2 tu, aku terlupa kat mn aku simpan semua resit2 tu...satu kerugian di situ...and kalau korang nak tau, mcm2 benda sbnar nya boleh deduct utk tax ni. beli buku, bil2 rawatan hospital, beli peralatan sukan, langganan internet, zakat,beli komputer and mcm2 lagi la...and make sure la bil2 tu semua atas nama korang atau ahli keluarga korang la.tp yg x best sikit sbb dia ada limit. cth utk langganan internet jalur lebar tu, mcm skrg ni yg kitaorg guna, rm70/month. kalau darab 12(yearly) dah rm800++ dah....so, mcm rugi la jugak kan..tp xpe la..apa2 pun bersyukur la..at least boleh la jugak deduct kan...

so, x payah la takut nak declare tu ye..mcm2 benda korang boleh guna utk deduct.

so, lepas isi semua2 tu, nnti tgk la ada brp rm yg kita dah terlebih bayar..so, lepas ni tunggu je la diaorg bank in kan lebihan tu kat akaun kita. sbb tu kita kena letak no akaun bank, supaya senang diaorg boleh bank in terus. ada org dpt check. tp mr azam mmg dah bertahun2 lhdn mmg masuk kan terus kat akaun maybank dia. mmg x pernah dpt check. lepas duit dah bank in tu, nnti, kita akan dpt surat menyatakan duit dah di masukkan ke akaun kita. x lama pun. biasa lepas 2 minggu kita buat e filing tu, terus la dpt duit refund tu.

so, kawan2 tinggal bbrp jam je lagi, cepat2 la isi e filing tu, mana tau kot2 nnti dpt refund ke, boleh la belanja i...:)



Friday, April 27, 2012

~jubah~

yesterday, went to carrefour to stock up brg2 dapur. xde la beli brg beriya2 just beli yg betul2 nak guna je since dah jarang masak skrg ni kan. sbb nak cepat, pergi alone without kids or mr azam...

and of course la bila dah alone ni, sempat la nak cuci mata bagai kan..padahal dah janji nak pergi sekejap je..tp sempattt jugak mencuci mata...tetiba lau kat booth2 jual pakaian tu, terpandang la jubah...lawa sangat..(bagi aku laaaa...)

jubah tu lebih kurang dgn jubah kat bawah ni. tp yg tu bg lawa la...gmbr bawah ni dr google images....


terfikir nak pakai jubah utk raya nnti...tp....

aku punya pendapat, kalau pakai jubah, attitude kena la sopan2, menampakkan ciri2 muslimah sikit sbb bagi aku jubah tu nampak sgt2 la muslimah...tp aku rs dgn attitude aku ni, rs mcm x layak lg nak pakai jubah even hati meronta2 nak pakai...(terfikir jugak, adakah tuhan bg hint kat aku suruh berubah bila hati meronta2 nak pakai jubah ni??)

balik tu bgtau mr azam...dia of course la suka kalau aku pakai jubah ni. lgpun pada pendapat dia, jubah tu satu fesyen...abg xnak belikan utk i ke jubah tu?????

aku tgk ramai gak kawan2 aku jadi kan jubah ni as fesyen...mmg x di nafikan jubah ni lawa kan..nak nak zaman skrg ni bila tgk jubah siap dgn sulam yg lawa2, manik yg bling bling...

ish..terliur la...:)

Thursday, April 26, 2012

~sekarang ini......~

alhamdulillah, lama x tgk akaun nuffnang meriah macam ni...thanks nuffnang..boleh la sikit2 buat tampung duit poket kan...skrg ni xde nya nak fikir utk shopping bagai...pejam mata je dulu utk setahun dua ni...lepas ni insyaallah, kalau murah rezeki, boleh la nak ada wishlist bagai kan...



apa2 pun, thanks nuffnang....:)

Wednesday, April 25, 2012

~ana ikan bakar petai-bangi~

hah..aku dah bukak kedai ikan bakar..jgn xtau...hah3x...

alhamdulillah, akhir nya smpai gak kat sini...sebelum ni asyik dok tgk akak dgn abg je pergi, pastu hr tu tgk zety plak pergi..tup2 baru ni mr azam ajak pergi..wow weeeee...best nya....


tayang gmbr ni je la...siakap bakar petai....

sedap...menu lain2 yg kami ambik, tomyam seafood, kailan ikan masin, telur dadar, pastu ambik jugak sotong celup tepung....

mmg sedap la..cuma yg x best, bila part nak pilih ikan/sotong/udang dll tu, besar2 sgt..tu yg x ambik bnyk2 ikan takut x habis. kalau iut hati, aku nak ambik pari lg seketul...

but end up mmg licin...semua makanan licin dan sedap...ajmal cakap,"semua sedap...air milo dia pun sedap"
hoh..air milo je padahal pun...

lokasi; plus highway, exit bangi, 1st roundabout ambik pukul 9, terus je...sebelah kanan tu korang akan nmpak kedai dia. kena u turn la utk pergi ke kedai tu....

Tuesday, April 24, 2012

~aqil raziq~

sejak cuti ni, bila nak keluar, aqil mesti nak mengekor je...tnya dia, nak g rumah bbsitter ke x, terus cakap xmo...hari jumaat tu, ke IJN, pulang kan harta2 IJN yg masih ada dgn aku...alhamdulillah settle semua...penat jugak dr pg sampai ke ptg duk sana..sesambil tu borak2 dgn kengkawan lama..alahai...rindu nya kat diaorg semua......



sampai tertidur dlm kereta dek kepenatan. ye la..biasa dia nap pukul 10, ni langsung x, pastu smpai la ke pukul 3, br la balik..masuk kereta, terus tido....


semalam plak, teman kan mama ke jalan tar, seronok l a dia sbb mama ajak naik train....sian kat ajmal, x ikut sbb pergi school. tp xpe, nnti kita naik lagi sekali dgn ajmal erk.....


alhamdulillah, aqil sekarang makin banyak cakap. even x clear...tp dah boleh bina ayat panjang2....bersyukur sgt...makin x terlayan dgn dia, ada je perkara yg dia nak cakap, nak bgtau...tp aqil masih lg on pampers. kalau duduk dgn mama, mmg x pakai kan pun..ok je..tp dgn bbsitter, mmg pakai la..aqil ni kenkadang lepas kencing br cakap naka kencing, tp kalau nak buang air besar, reti plak cakap on time...xpela..slow2 ok...


Monday, April 23, 2012

~ajmal irfan & his uniform~


dah lama gmbr2 ni ada kat dlm draft..asyik bertangguh je nak post...gmbr2 ajmal dgn uniform dia..patut nya ada sekali kopiah..tp kopiah dia mmg tinggal kat school. lgpun dia kureng sikit nak pakai kopiah...

mcm2 aksi...dia la yg suruh mama ambik gmbr ni...mama pun layan kan je la....





baru2 ni dapat buku report utk 3 bln pertama dia kat school...so far ok la...tp cikgu cakap dia ni bnyk main. tp even banyak main pun, belajar dia tetap ok. makna nya belajar dan bermain adalah sama seimbang...risau jugak sbnar nya sbb dia ni bnyk main sangat. nak nak bila dah jumpa geng dia...tp cikgu kata, xyah risau sbb dia br umur 4 tahun. biasa nya umur 4 tahun ni mmg fasa bermain lebih dari belajar...

sejak pergi sekolah ni, mulut dia makin becok. dah mcm org2 besar dah gaya pemikiran dia dah reti request macam2..rasa mcm br je lahir kan dia...dah besar dah anak mama....

Saturday, April 21, 2012

~random~

Cuti semester bermula..ingat nak rehat kan diri sambil panas kan baliik skill memasak..bakar kek dan biskut..tp bila teringat presentation yg berturut2 bila bukak sem nnti adoi...rs mcm cuak la...zety,prosedur org luar nak masuk library ukm mcm mn erk...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 18, 2012

~my breastfeeding journey-masih-tidak-lagi-berakhir~

aqil raziq dah 2 thn setengah dah...masih lagi breastfeed tp dah campur la...tp campur pun, dia x bnyk minum FM. dia masih kata susu mama lagi sedap. susu pun dah x banyak actually. xpe la..x kisah sangat sbb dah complete kan menyusukan sepenuh nya dgn breastfeed kan dia selama 2 tahun. i'm proud of it. even ramai mommies kat luar sana mampu lakukan nya,malah lagi lebih dr tu smpai anak umur 3-4 thn, tp bila kita sendiri berjaya lakukan nya, rs sangat2 proud la.

alhamdulillah, bersyukur.


kenkdg rs mcm xde susu je. tp dia x kisah. asal kan mulut dia melekat kat b****t mama, itu pun sudah cukup. kadang2 dia picit b****t tu bagi keluar susu. kesian plak rasa nya. tp nak buat mcm mn....FM mmg kurang la dia minum. sehari dlm 6oz je dia minum. sekali bancuh. mkn pun mkn la jugak tp x banyak sgt la. biasa2 je. mungkin kena cari makanan yg betul2 kena dgn selera dia...bila tgh mcm ni mmg x smpai hati langsung nak weaning..hati masih x kuat la....





kenkdg rasa rindu nak ada susu banyak mcm dulu2, rasa mcm nak bagi dan bagi lagi aqil minum susu mama. tp masa beredar kan, aqil dah besar dah, mama kena realize yg susu dah semakin berkurang and satu hari nnti akan stop terus.xpe la..

serius, rasa breastfeeding ni adalah satu moment yang terindah dalam hidup ni. rasa mcm arggghhhh...i love to breastfeed my baby.....soooooo muuuuuccccchhhhhhh...:)..

sometimes aku rs aku ni mcm terlalu obsess dgn breastfeeding ni sedang kan pada hakikat nya aku x suka sgt utk obsess terhadap sesuatu perkara. sbb aku rs bila kita dah terlampau obsess ni, kita asyik mcm nak kata perkara tu je la yg terbaik, semua yg baik2 je kita nmpak. iye..mmg x di nafikan breastfeeding tu mmg bagus but kita xnak la kdg2 statement kita tu akan buat mommies2 yg x breastfeed anak dia terasa kan. kenkdg kita xtahu masalah org.....but percaya lah...semua ibu mampu menyusukan anak mereka. insyaallah.

and kenkdg rasa bersyukur even aku ni not la pakar dalam breastfeeding ni tp kadang2 rasa bangga bila org tgk kita breastfeed anak kita and org lain jadi semangat utk breastfeed anak diaorg juga. bukan la nak berbangga tp ada la bbrp org kawan & saudara mara yg dah kawin atau pun x kawin lagi jd semangat nak breastfeed anak diaorg bila tgk aku breastfeed kan anak2 aku.

pada aku, utk berjaya dalam breastfeed anak bagi ibu2 yang bekerjaya bukan la satu perkara yang mudah. kita perlu banyak belajar, banyak bertanya. ego kena rendah kan sikit, bertanya pada pakar2, pada kawan2 yg dah ada pengalaman atau pun pada yang sama2 tgh breastfeed kan anak. tp jgn la tanya pada tmpt yg salah plak. kalau salah tmpt, faham2 je la jawapan nya...dan yang penting, semangat kena kuat, sokongan suami kena padu. awal2 kena psiko suami utk sokong kita breastfeed  anak kita. betul x intan?heh3x....

and..bercakap pasal breastfeeding ni, korang mesti kenal irin putri azmi kan. dia pun meyusukan anak dia youuuu.....and now, dia dah documentary kan kisah breastfeeding ni. x sabar plak aku nak tgk...heh3x...good job irin..congrats...:)..more info, click here...




Tuesday, April 17, 2012

~perjumpaan sempena 11 tahun~

xtvt hari sabtu tu jugak. lepas balik dr 1utama, rehat2 jap, lepas maghrib terus keluar.

kengkawan mr azam la ni, kwn2 ms study dulu, konon2 la nak buat reunion sempena 11 tahun persahabatan diaorg. kiranya ni geng2 rumah sewa dia la..klau dgn kengkwn mr azam ms study ni aku x kekok sgt sbb mostly, wife2 diaorg aku dah kenal dan kerap jumpa. so, mmg kalau jumpa, xde la kekok sgt. compare dgn ofismate mr azam mmg aku segan sbb x biasa jumpa kot...diaorg kan keje shift, kalau g kenduri ke, jarang2 dpt jumpa org yg sama...

perjumpaan di buat kat santai cafe. senang sikit sbb ramai dah tau tmpt ni. last reunion(berbuka puasa) tu pun buat kat sini kan, so, xde masalah sgt la....
ramai gak la yg dtg malam tu, yg sanggup datang dari klang, dari rawang. demi sahabat kan....:) bagus diaorg nih....

gmbr aku x ambik bnyk sgt..sbb sibuk berborak. ni ada sikit2 la pastu ada gak ambik dr fb mr azam...:)


ni masa baru smpai...ajmal dgn aqil x jumpa geng lagi.....

seronok la tgk fish bagai, smpai kaki termasuk kat dlm air tu..hu3x...

ajmal merenung apa ntah tuh....

mainan mmg x lepas...

3 terawal....:)

dah jumpa geng sorang....


awal2 tu smpai, husband n wife masing2 duk dekat2..last bila dah ramai smpai, berpecah, perempuan sebelah, lelaki sebelah....senang nak berborak...:)

borak dan borak...

bila dah jadi bapak org ni, pandai2 la kan..tgh dukung anak pun on je utk borak......


yg tudung purple tu..bkn main lagi ye berborak....sambil dukung anak pun jalan je...:)


dah alang2 berkumpul ramai2 ni, one of their gang pun buat announcement. announcement nak kawin la..hah3x..then, siap edar kad sekali. tahniah mario, insyaallah smpai la kitaorg kat both side nnti...:), now tinggal sorg je la lg yg x kawin dlm gang diaorg ni. heh3x..


and last, gmbr ramai2.....

best sgt rasanya kali ni sbb ramai yg dtg....ewah ewah mcm aku je yg reunion nya...hah3x...tp mmg best la berborak pasal anak2, lepak smpai 1130, tu pun kalau ikut kan nak sambung lagi tp sbb anak2 pun dah buat perangai nak tdo, so, masing2 pun mengundur diri la....lepas ni kalau nak buat, better buat siang, nak berborak lama2 pun x kisah sbb masa panjang kan....kalau malam ni, terhad la sikit dgn anak2, plak tu sian gak pada yg datang dari jauh tu....(eh..ni reunion sapa nih, mandai2 buat komen..hah3x..)

insyaallah jumpa lagi bulan 6 ni....

Monday, April 16, 2012

~sabtu kami~

sabtu baru2 ni kami keluar berjalan2...lama sungguh dah rasa nya x bawa kids pergi shopping mall. rasa nya last pergi, utk berjalan2 ke shopping mall, bln 11 thn lepas kot. lepas tu ada la jugak pergi tp kejap2 je...sibuk dgn pindah rumah, mr azam kerja, anak2 x sihat, tu la antara faktor2 kami x keluar....

kebetulan off day mr azam jatuh pada sabtu dan ahad baru2 ni dan dia dah siap tulis awal2 kat schdule yg dia xnak relief semata2 utk spend time dgn family. thanks abg!

 so, ke 1utama la kita, memenuhi permintaan si anak, pastu cari seluar trek utk ajmal. alhamdulillah, ajmal dan aqil happy sangat2..suka tgk diaorg happy.


pantang nampak, harus la mama dan papa kena powwww....


papa tgh melayan ajmal test seluar, aqil sibuk nak minum...


masuk jusco, tgk semua signage dah bertukar. dah xde dah JUSCO, semua dah bertukar jadi AEON.then, mama ambik kesempatan nak tukar jcard.

ada 4 pilihan. tp kat jusco 1utama, ada 3 choices je..now ada promotion, renew utk 3 thn, bayar utk 2 tahun je. makna nya bayar rm24 utk 3 tahun. kalau renew setahun, mmg rm12 di kenakan.

 jalan2 lagi, then rush balik sbb papa ada reunion malam tu....

apa2 pun sangat2 best la bila dpt spent masa dgn family ni kan. skrg ni masa bersama keluarga sangat2 berharga la. xpe la anak2 mama, sabar sikit yea..setahun setengah ni je..lepas ni, insyaallah semua nya akan kembali seperti dulu....

Saturday, April 14, 2012

~pening~

patut nya time weekend ni aku xnak fikir2 masalah belajar..cukup la monday to friday je fikir kan hal2 study ni...tp malang nya, terfikir2 jugak..

dengan paper falsafah yg tgh tunggu turn nak present, dgn paper research methodology nya yg masih x start2 utk buat proposal pastu di tambah pulak dgn mini research yg aku dgn budak2 group terlupa nak cari instrument sedangkan kami patut email kat prof by yesterday....

pedagogi plak ada 3 task..1 task kena present by grouping. tgh mencari idea mcm mn nak present. sbb lecturer xnak tgk point tp nak tgk cara kita bercakap kat depan...waaa...matik la...

teknologi pendidikan pun satu hal...nak kena buat skrip, nak kena kritik jurnal..bla bla bla...

nasib baik la paper psikologi dah lepas present and report pun dah hantar...

waa...sesungguh nya aku sgt stress bila teringat..sorry..merapu membebel plak di ptg2 sabtu ni....

Thursday, April 12, 2012

~bla bla bla~

Aku dlm kelas ni.tgh ngantuk sbb pagi td minum ubat batuk.hari ni puasa,mmg xleh nak menguyah pun x bleh..hu3x...abis kelas ni confirm aku g tdo...nasib baik jugak aku duk depan,kwn2 tgh present,so klau nak lelap mata tu sekejap bleh la..heh3x...korang yg tgh kerja,x ngantuk ke????...:)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 11, 2012

~puaskah - waliband~

dgr lirik lagu ni xde la kaitan dgn diri pun..tp sbb mendayu2 je rs mcm best plak lagu ni. 1st dgr kat blog ina, sambil baca post2 jiwang dia tu, aku rs sayu.....:)
bila tgk lirik sedikit sebanyak buat aku teringat kat ofiss lama. sorg kawan ni, xtau la kenapa, x habis2 sana sini dia buat cerita pasal aku. ntah la...and luckily plak yg mendengar cerita tu mesti datang kat aku balik bgtau si kawan tu cite bla2 buruk pasal aku....serba serbi pasal aku, kisah lama2 aku semua dia ungkit. xtau la apa motif dia buat macam tu...sedangkan kami ni kawan. kawan ok.......fuh...sedih bila ada kawan yg sanggup buat kita mcm ni...tp apa2 pun aku rileks je...xde la nak g serang dia or tnya dia balik kenapa dia buat mcm tu. aku cuma doa agar tuhan buka hati dia bagi jalan untuk berubah...hairan aku bila dia dok sana sini bercerita pasal aku, bila jumpa, muka dia selamba je...mcm xde apa2, x rs bersalah langsung....skrg ni aku harap dia dah berubah la.....






owh...bercerita pasal lagu2 indonesia ni kan..kenapa yea, indonesian boleh keluarkan lagu2 yg sgt berkualiti aku rs...penuh dgn mesej2...even bukan semua pun....tp banyak la aku rasa..bukan la nak bangga kan negara lain kan tp aku rasa tu la hakikat nya...bukan la nak kata malaysia xde keluarkan lagu2 yg x berkualiti...tp aku rasa kurang...x sebanyak indonesia....eh...ke aku je yg perasan....tp pada hakikat nya malaysia mmg keluarkan lagu2 yg berkualiti cumaa aku je yg kurang dgr erk???

happy holiday u all...:)

Tuesday, April 10, 2012

~homeschooling; pegang gunting~

dah lama x buat xtvt homeschooling dgn kids kan...
bkn la xde langsung, ada jugak tp sbb x sempat nak ambik gmbr...
and kenkdg ajar benda yg simple2 je....
so, baru2 ni ajar la diaorg pegang gunting. hari tu ada beli gunting utk budak2 guna...aqil la yg excited bila tgk gunting tu..terus tunjuk kertas n cakap nak gunting kertas...
so, moh la kita belajar pegang gunting....










masing2 excited gunting kertas..smpai ternganga2 mulut....

ajmal tunjuk cara pegang gunting yg betul lepas di ajar oleh mama...asyik duk merungut kat mama kenapa x jadi gunting kertas. ye la...dah pegang gunting pun salah, mcm mn la nak gunting kertas dgn betul...

hah ni pun sama...dia ni lg la....aku xtau apa yg dia buat kat gunting dia, tetiba dia tunjuk gunting tu dah patah 2....patah ko....aku agak dia geram kot sbb x dpt2 nak gunting kertas, then dia tarik gunting tu....hu3x...apa lagi...lepas tu berebut la gunting abg...nasib baik ada lg satu gunting yg mama jumpa kat mn ntah...tp masing xnak sbb gunting tu color hitam..x lawa kata nya..hah3x..

ajmal skrg ni tgh 'menggila' dgn colouring books ultraman dia...hari tu ada belikan dia 5 biji buku colouring, celik mata je, colouring books dgn pencil color la yg dia cari dulu....n now dah pandai color..x comot2 la....

alhamdulillah..gembira dgn improvement anak even mungkin anak orang lain yg sebaya diaorg ni dah advance tp xpela..masing2 lain kan..even adik beradik yg keluar dr perut yg sama pun x sama development diaorg ni kan dgn anak org lain...apa2 pun BERSYUKUR LAH! belajar la untuk bersyukur dgn apa yg kita ada....ALHAMDULILLAH.....

Monday, April 9, 2012

~sakit~

skrg ni musim sakit kan....eh..ke aku je yg perasan....
minggu lepas, ajmal dgn aqil demam...saturday malam tu (lepas celebrate birthday dia),
terus la panas badan nya....
just bagi mkn ubat demam dan lap badan dgn air asam jawa...
mmg berkesan..but on off on off la....
klau tgh mlm, mmg panas sgt2...aqil pun sama...jangkit agak nya...
but alhamdulillah, demam nya 2 hari je..tu pun on off on off...
mungkin faktor cuaca kot..panas sgt skrg ni kan..
ajmal plak kurang minum air masak ni....
kalau aqil ye la..sikit2 mintak air masak. even bangun terjaga tengah malam pun mintak air masak!
then, scoot emulsion pun dah lama x mkn...
mama nya asyik lupa nak beli...
but last week jugak, i managed to buy it.
kena konsisten minum tiap2 pagi.....
rasa nya scoot emulsion ni mmg bagus la...

and me too...
dah brp minggu erk...batuk dgn asthma x hilang2 lg...
pantang salah makan sikit, oily, ais, kekacang etc.
mula la kena asthma....
kadang2 rasa x tahan panas sgt, minum la ais..tp lepas tu faham2 sendiri la...
mmg xleh nak buat apa la...asyik batuk je...nak bernafas pun susah....
penat la jugak rasa nya..tp what to do...
sakit ni kan salah satu ujian dari allah swt....
dan sakit juga penghapusu dosa2 kecil....
maka, bersabar lah!

mr azam pun asyik la duk perit tekak..dah brp minggu dah...
mkn hacks pastu apa ntah lagi gula2 utk sakit tekak tu..
tp masih gak x sembuh....
sabar je la.....

family2 terdekat, lecturer pun ada jugak aku tgk tgk batuk2 ni...
tu sbb aku kata musim...

tp apa2pun bersabar lah...
semua ni dugaan dr allah swt utk umat nya....

Thursday, April 5, 2012

~sepupu~

sepupu ajmal dan aqil...jarang2 jumpa even duk dekat je...tp bila dah jumpa, mmg riuh....ketua, of course la kakak, yg lain tukang ikut dan tukang dengar je....seronok tgk gelagat diaorg..duduk bawah pokok, berlari2 ke sana sini, erm......


sweet je.....apa la yg diaorg dok borak tu....





tekun je semua dgr cite...






seronok yea berlari ke sana sini....

insyaallah, end of this year, bertambah lagi seorang cousin baru diaorg...lagi meriah la rumah kat kg nnti kalau semua balik....:)


ni plak satu2 nya cousin from papa's side..girl plak tu..lg la tumpu perhatian lebih kat dia......


aqil ni kalau bab bergmbr dgn girl, mmg posing lebih2...:)

Tuesday, April 3, 2012

~majlis sambutan hari jadi ajmal irfan bin noor azam hanif~

alhamdulillah, akhir nya berjaya juga buat majlis sambutan hari jadi untuk anakanda ajmal irfan.

kalau ikutkan, kami xnak buat pun birthday party ni, tp dia asyik la beriya2 nak buat birthday party kat rumah. apa2 je cadangan kitaorg utk tidak buat birthday party ni langsung x di layan.last2 kami menyerah, buat je la simple2 je...maka, guests mmg x ramai la..setakat ahli keluarga, dan kawan2 terdekat birthday boy dan juga parents nya...

dah la mintak buat birthday party kat rumah, pastu mintak kek ultraman(nak patung ultraman di pacak pada kek), pastu, kawan2 dan saudara mara(kids) je boleh dtg, parents x dibenar kan.parents just drop their kids, and parents boleh balik rumah lepas tu.pastu nak menu itu ini.kawan2 dr school dia hanya 2 org sahaja di jemput, cikgu2 not invited...

adoi la..mcm2 permintaan dia...hampir mematah kan semangat kami untuk buat majlis ni. tp xpela..buat je la ikut takat kemampuan kami. maaf ajmal, mama dan papa tidak dapat penuhi semua permintaan kamu.

dengan keadaan skrg ni, sgt sukar utk merancang apabila semua nya tidak berada di depan mata. but alhamdulillah,thanks to mr azam sbb bersusah payah, kemas rumah,mop lantai, cari perhiasan2 semua.

mmg majlis ni simple sangat2 la. baju potong kek pun x sempat beli, guests pun x ramai, dan bila ada guests yg x dpt dtg, lg la x ramai...goodies bag pun xde...ye la...preparations tu aku dan mr azam buat dlm masa seminggu je...so, boleh bayang la mcm mn simple nya majlis kami.....but, alhamdulillah, semua nya berjalan dgn lancar, food pun ngam2 je habis.

thanks to ma yg sanggup dtg dr trg, thanks to akak sbb sudi tlg masak kan spagheti, n thanks to semua tetamu yg sudi hadir kat teratak 'comel' kami.....maaf la kalau terdapat kekurangan di sepanjang majlis kami....

and thanks jugak atas hadiah2 dan cash money utk ajmal. semoga allah murah kan rezeki anda semua....


papa dah keluar kan hadiah utk dia, dan dan tu dia bukak...excited bila bangun tido, tgk rumah dan'berbeza'...



kat luar rumah, kemas2 dan cuci lantai semua biar kids seronok main sambil makan...


menu pun simple2 je la, kek coklat(me),chiffon pandan(tesco), agar2 pandan(MIL), nugget & sosej goreng sendiri,spagheti(akak), bihun singapore(me), tiada dlm gmbr, keropok ma bw dr trg..:)




family members dan tuan rumah..:)


kek. jenuh kami mencari ultraman kecik utk letak kat kek. last minit x jumpa. ishhh..time xnak bersepah2 je..last2 kami jumpa smurfs. beli je la. janji birthday boy suka. alhamdulillah, dia suka. kek-coklat indulgence from SR.


potong kek. serius, masa nyanyi 'allah selamat kan kamu...' rasa mcm nak menitik air mata ni. control je sbb depan org ramai. x sangka dah besar dah anak kami. rs mcm br semalam lahir kan dia.




ni la yg ajmal nak sebenar nya, main2 bersama kawan2....puas hati tgk dia happy sungguh2 hari tu even mama penat sbb aqil buat perangai asyik nak berdukung je since dia x cukup tido.







bila kawan2 dah balik...sorang2 je la....



and thanks to my friends yg sudi dtg, even ada yg sesat, but akhir nya smpai jugak kan...owh..ada yg x sempat nak ambik gmbr..cik puan ct, ko sgt gojes hr tu, tp x sempat nak bergmbr, kak eda pun, cepat sgt nak balik, x sempat bergmbr dan borak2 lagi...


my 'adik comel' ...:)


first time jumpa kawan blogger. adia, sgt2 terharu bila adia sudi dtg ke 'teratak comel' kami even sesat sikit. dah lama teringin nak jumpa adia, tp x pernah berkesempatan. selama ni bertwittttt je dgn dia...alhamdulillah, finally jumpa jugak kami.

maaf pada sapa2 yg x dijemput tu, insyaallah ada rezeki lebih, boleh la buat mkn2 lagi, ajak kawan2 dtg lagi....seronok sbnar nya bila kita buat mkn2, ajak kwn2 dtg, borak2 dgn kawan2....tp tu la..kadang2 kekangan masa tu sedikit terbatas...