Wednesday, May 30, 2012

~merapusssss~

hoh...lupa nak upload gmbr awal2, so, entry tanpa gambar tp penuh dgn kata2 yang banyak merapu...now kat library tgh menyiapkan assingment..7 lagi assingment perlu disiapkan sebelum tibanya final exam. lg 3 minggu, final exam...takut mak nokssss...dah la aku ni lembapsssss sikit bab2 menghafal ni. nasib baik la untuk master ni, ada jugak paper yg x payah ambik final exam..hah..kalau mcm tu aku suka sbb xyah nak menghafal..tp assingment mmg banyak la..xpe..xpe..aku sanggup buat assingment dr menghafal..huhuhu....

aku puasa hari ni...eh..perlu cakap ke..azam nak puasa direct isnin-khamis, tp ada je dugaan...mcm last week jugak, hari rabu,aku x puasa gara2 x tahan tengok teh tarik...alahai...teh tarik je pun...lepas minum teh tarik, mkn lunch sikit pastu berlapar smpai ke malam....rugi..kan bagus kalau puasa...ish...xleh nak kontrol nafsu makan...isnin baru ni sbb kepenatan yang melampau, mr azam x bg aku puasa, maka, sebagai seorang isteri mithali, aku pun menurut perintah...berdosa tau ingkar cakap suami..ahakssssss......hopefully next week boleh la isnin-khamis...hopefully..insyaallah....aku sbnar nya suka jugak kalau puasa ni sbb aku boleh mengawal sedikit perilaku aku. ye la, aku ni bukan nya baik sangat pun dengan mulut yang boleh tahan jugak memaki org kan, so, dgn berpuasa, aku dpt la control sikit yang x elok tu...tp kenkdg lepas buka puasa, back to bad attitude...mcm mn tu?hah3x....

tp tu la..aku fikir, aku ni nak kena berubah...kena banyak muhasabah diri...dah tua dah..insaf2 la ana oi...sbb tu aku rs aku kena kerap berpuasa, bila kerap puasa, so, makin kurang la aku buat benda2 x elok...ye x...apa2 pun, ni semua dtg dari hati. hati pun kena bersih jugak..kalau perangai elok, budi bahasa tinggi  tp hati hitam x guna jugak kan.....eh tp ada ke org mcm tu erk? perangai elok, hati hitam??

owh..merapus melebih2 dah ni, ok la..nak sambung buat assingment...bye bye...:)


Tuesday, May 29, 2012

~pandai sepah pandai kemas~

baru2 ni, time mama tgh mandi, dgr mcm ajmal dan aqil seronok dok bergelak ketawa kat luar..diaorg tgh main apa la agak nya erk...
tup tup...keluar bilik air, tgk2 diaorg sepah kan gabus tu..duk kutil2 pastu sepah kan...

waaa....terus la mama menjerit bagai kan halilintar...hah3x...gabus tu asyik la terlupa nak buang. x sangka plak jd mainan diaorg. dah pesan dah, jgn main gabus tu...huhuhu....so, pandai2 la erk anak2...









ok good...semua menjalan kan tugas masing....ni yg buat mama sayang ni..hah3x...kena ajar sikit kan...sendiri sepah kan sendiri kena kemas. mcm mainan jugak, lepas main, simpan balik....



Monday, May 28, 2012

~makan sorang2~

korang pernah x mkn or minum kat luar sorang2,
hehehhe....ada org jenis x kisah kan, boleh je mkn sorang2...
tp aku ni jenis pemalu la sangat nya....
jarang2 sgt la aku mkn sorang2 kat luar...kalau desperate sgt, br la...
tp kalau boleh skrg ni nak biasa kan diri la mkn sorang2 ni...
ala..bkn mati pun kan kalau mkn sorang2, cuma x best bila xde kawan nak borak sambil makan.
mungkin kalau ada bahan bacaan, sambil makan sambil membaca,
boleh la kot...
tp bkn ke kajian mengatakan, x elok mkn sambil membaca kan...
nnti kita jd cepat lapar sbb kita x betul2 menghayati makanan kita..
hah gitu....sama jugak kekdah nya kalu mkn sambil borak kan....

apa2 je la kan....

setakat mkn mcm ni, mkn sorang2, xde mende la sgt kan.

tp kalau lunch kat tmpt org ramai, mmg x brp nak berani la..heh3x...sebelum kuar keta, dah tekad, nak dine-in. smpai2 je terus order utk bungkus..hah3x....xpe2..next time cuba lg...nasi beriani mat shah, opposite putra hospital, bp. sedap jugakssss...beriani kambing rm6 sajo...

apa2 pun, terpulang la pd diiri sendiri kan, kalau malu, lapar, sendiri punya perut sendiri merana..kan kan kan....:)



Friday, May 25, 2012

~............................~

hidup kita ni mesti x lari dari ujian kan...
ujian daripada allah swt untuk melihat sama ada kuat atau tidak umat nya ini utk mengharungi segala ujian itu...

kadang2 kita menyesali dgn apa yg berlaku,
pas tu mula la keluar perkataan...KALAU LAH....KALAU LAH...KALAU LAH.....
mmg la kan, kalau boleh semua nak kalau lah...
kadang2 terfikir kan kita, yang kita tidak kuat untuk menerima apa yang berlaku ni...

mmg la rasa sedih sgt bila diperlakukan begini....
tp apa2pun, hidup kena sentiasa positif...
perjuangan masih panjang....
masih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan
anggap je la semua itu sebagai satu dugaan kecil...
tiada sapa tahu, apa lagi dugaan2 yang bakal mendatang...
mungkin ada hikmah di sebalik semua ini..

ceria kan hati..
muhasabah diri...
sentiasa ingat pada allah swt...
kerana allah swt sentiasa ada bersama kita...

selamat berhujung minggu ya..:)

Thursday, May 24, 2012

~ultraman vs anak2~

bbrp minggu lepas, kawan mama dtg rumah, pastu bw hadiah untuk ajmal dan aqil. bw ultraman. sorang dapat 5 ekor.
excited masing2 dpt ultraman bnyk...sana sini di usung nya ultraman tu...
aqil xde la excited sgt sbb dia suka upin ipin lagi sbnar nya...
ajmal la...excited sungguh la......ambik gmbr sana sini...
mcm2 gaya....dia main dgn ultraman sorang2, layan ultraman...

susun ultraman atas meja.....


pastu bergambar dgn ultraman plak...


masing2 berebut nak ambik gmbr ultraman. sorang pegang hp, ambik gmbr dgn kamera hp. sorang pegang digital kamera...

gmbr ni, ajmal capture sendiri....

huhuhu..merata2 ultraman ni kat rumah tu....tp apa2 pun thanks la to kawan mama, sbb hadiah kan patung ultraman ni...ajmal dan aqil suka sangat....:)

Wednesday, May 23, 2012

~masak dan jalan2 cari makan~

ok, jom jamu mata dgn gmbr mknan sikit...dah lama xde entry bergambar kat blog ni kan(melain kan gmbr nuffnang tu),
ni cite bile erk..minggu lepas kot...sekali sekala memasak, best jugak kan....sbb malas nak masak nasi, maka terjadilah,

ayam panggang lemon blackpepper...konon nak buat lemon rosemary..pastu buat la gravy blackpepper, tgk2 gravy tu bnyk plak, so, aku pun siram la sikit atas ayam tu...x nmpak mn ayam kan..sbb org kedai potong kecik2 terus ayam aku. x sempat nak kabo potong berapa, bila aku ambik, tgk2 terus potong kecik. huh..tp apa2 pun selamat masuk perut..alhamdulillah....

ni plak, sbb teringin sgt nak mkn mac n cheese.so, buat la sendiri...senang je resipi dia, butter cairkan pastu letak tepung gandum sikit, pastu letak fresh milk sikit, then grated cheese...oh pastu aku letak juga salt and black pepper..tp sikit je la kang nnti bnyk2 pedas n masin plak. then, letak la macaroni yg dah siap rebus tu...gaul kan..lebih kurang mcm tu la resepi dia kot. aku pun dah x ingat. tp simple je la resipi dia. rasa dia, mmg ala2 KR la...:)

then, ada org tu teringin nak makan nasi kandar fareed line clear. dah lama sungguh tgk kedai ni masuk JJCM tp x sampai2 jugak. finally sampai jugak kami. pergi nya hari ahad. cari punya cari, tgk2 xde...thanks intan sbb sudi tlg bg direction. ingat nak mkn yg tepi jalan tu, mesti best sikit kan, angin sepoi2 bahasa. tp cari2 x jumpa. mmg dah betul ikut direction, and intan kata, maybe tutup on sunday. then nak cari rest. dia sbb sebelum tu ada jugak baca yg diaorg ni dah bukak rest. tp x jumpa2 jugak. last2 on the way balik ke kl tu, kat area shop lot baru tu, nmpak la rest dia. mmg location betul2 corner lot, so, dari bukit rahman putra tu kalau nak balik ke kl, mmg nmpak la....kami ikut plus, rasa nya macam kalau ikut exit sungai buloh (hospital) lagi dekat kot sbb masa pergi tu kami exit sungai buloh(kuala selangor) tp bila balik ikut signboard, kuar kat sungai buloh (hospital). tp x kisah la kan ikut mana, asal sampai je...

aku ambik nasi kandar(warna kuning) pastu mr azam ambik nasi beriyani.

nasi kandar yg warna kuning. kelainan sikit la...biasa mkn nasi putih biasa je. tp nasi putih biasa pun ada. korang boleh pilih 3 jenis nasi, sama ada nasi putih, nasi kandar(kuning) or nasi beriyani.
komen, boleh la..sedap. cuma oily sgt kuah2 dia tu..mr azam said, campuran kuah kat nasi kandar yaseen lagi sedap kot. tp xtau la jugak kan sbb yg campurkan kuah kami masa ni, perempuan indonesia. mungkin kalau orang dia sendiri yg campur kuah, lagi sedap kot. apa2 pun, alhamdulillah kenyang......

Tuesday, May 22, 2012

~status sudah bertukar~

ingat x lg entry last week...
thanks kawan2, lepas dok godek2 baru la nmpak kat mana tmpt nak tulis komen nya...
alhamdulillah, mlm td check akaun nuffnang, status dah bertukar jadi GLITTERATI...
syukur alhamdulillah la kan...

senyum lebar2, thanks nuffnang...:)

~kisah & kelebihan bulan rejab~

sumber from JAIS

"ADA APA DENGAN BULAN REJAB"Print
Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:

1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam, sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

MAKNA / HURAIAN KALIMAH   "  REJAB  "

Rahmat :
Diantara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan ditambahkan amalan-amalan seperti berpuasa pada siangnya dan mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat disamping fardhunya yang tertentu dan banyak berzikir, bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, beristighfar, mohon keampunan dan taubat dosa-dosanya yang lalu dan pada malamnya berjaga malam atau bangun tengah malam sembahyang sunat tahjud, sembahyang sunat tasbih, berzikir, beristighfar, bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, berdoa dan sebagainya. Pad bulan rejab inilah dilipat gandakan pahalanya, dilipat ganda keampunan dosa-dosanya dengan mudah mendapat keampunan dan taubat dari allah, diangkat darjat keimanan oleh allah didunia, dan diangkat darjat yang tinggi didalam syurga di akhirat. Sungguh beruntung sekali bagi hamba-hambaNya yang menggunakan kesempatan bulan rejab ini berlumba-lumba memperbanyakan amalan ibadat dalam hidupnya sungguh satu rahmat Allah yang terbesar yang dianugerahkan kepada hambaNya denagn mendapat keredhaanNya yang besar dan rugilah orang-orang yang ketinggalan rahmat yang melepaskan kita daripada azab neraka dan mendapatkan kita ke dalam syurga.

Judu (Pemurah) : 
Begitu sekali pemurahNya dan baikNya allha kepada hambaNya yang beriman dan beralam soleh kepadaNya dengan balasan pahalaNya yang begitu banyak sekali, dan diangkat darjatnya yang tinggi didalam syurgadengan mudahnya diberi keampunan dan taubat yang begitu bangyaknya pula. Sesungguhnya pemurahNya dan baikNya allah terhadap hambaNya pada bulan yang mulia ini.

Berkebajikan : 
Sungguh bulan Rejab ini adalah bulan kebajikan dan kebaikan Allah kepada hambaNya. Bulan yang diperintah banuak berbuat amal kebajikan padanya, bulan yang digalakkan berbuat amal ibadat, sembahyang fardhu dan sembahyang-sembahyang sunat, bulan diperbanyakkan beristighfar memohon keampunan dan taubat ke hadrat allah, berzikir, bertasbih, berselawat, berdoa bersedekah, dan segala rupa kebaikkan dan kebajikan yang diperintah Allah dan rasulNya. Bulan Allah membuka pintu kebajikan dengan luas (banyaknya amal-amal kebajikan, dan banyak serta besar palu anugerah balasannya yang tidak terhingga). Banyak pemberian allah dan banyak pula hambaNya lumba-lumba memenuhi amalnya - banyak Allah memberi kebajikan dan banyak pula banyak pula hambaNya berbuat kebajikan. Bertambah dekat hambaNya dengan Tuhannya dan bertambah dekat pula Tuhannya dengan hambaNya. Betapa besar keredhaan allah terhadap hambaNya dan betapa besar pula keredhaan hambaNya terhadap Allah.

BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2, 36 dan 37)

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidil Haram (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram,  Zulkaedah dan  Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya "Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama "Nabi bersabda" Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah SAW" Kenapa kamu seksa diri kamu? Lalu sabdaNya" Berpuasalah pada bulan sabar yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan "Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu "Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi." Tambahlah lagi "Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda "Berpuasalah dalam bulan suci (haram ) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak 3 kali sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"
(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)


PERISTIWA PENTING BULAN REJAB
 1. Hijrah Pertama Dalam Islam
    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
    Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.
 2. Israk dan Mikraj
     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
    Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

Peristiwa Yang Berlaku Sebelum dan  Semasa Perjalanan Israk Rasulullah S.A.W
1.                  Didatangi malaikat Jibril.
2.                  Hati Rasulullah disuci.
3.                  Menunggang Buraq.
4.                  Bertembung dengan  jin Afrit.
5.                  Berjumpa kaum berhuma dan mengetam pada hari yang sama ( satu kebajikan dibalas dengan 700 kali ganda atau lebih banyak lagi ).
6.                  Tercium bau harum. ( Bau Masitah yakni penyikat rambut anak Firaun yang berani mempertahankan aqidahnya )
7.                  Kaum yang memecahkan kepala ( Umat yang memberatkan kepala mereka untuk menunaikan atau beribadat kepada Allah )
8.                  Kaum yang memakan  zakum ( batu dan bara api Neraka jahanam). Balasan untuk mereka yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
9.                  Kaum yang memakan daging mentah. Isteri atau suami yang mempunyai suami atau isteri yang halal tetapi mereka mendatangi lelaki atau perempuan ( pelacur) untuk melakukan zina
10.              Duri di jalan. Perumpamaan kaum yang duduk di tepi-tepi jalan (lepak0 dan mengintai-gintai otrang yang lalu di jalan tersebut bertujuan menganggu dan sebagainya.
11.              Berenang dalam lautan darah sambil dilontarkan batu ke mulutnya.  Perumpamaan umat yang memakan riba.
12.              Menghimpun bebrapa berkas kayu yang dia tidak terdaya memikulnya tetapi semakin ditambah pula kayu teersebut. Perumpamaan seorang yang memegang amanah tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya tetapi masih juga dia hendak menerima amanah lain.
13.              Kaum yang menggunting lidah dan bibir mereka. Inilah diumpamakan seseorang manusia yang mengajar dan mereka tidak membuat apa yang mereka ajarkan.
14.              Kaum yang menggaru muka dengan kuku tembaga.  Perumpamaan mereka makan daging saudaranya dengan mengumpat serta menjatuhkan maruah orang lain.
15.              Lembu keluar dari lubang sempit kemudian cuba masuk semula tapi tidak berjaya. Perumpamaan seseorang yang memperkatakan perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah, kemudia dia meyesali atas perbuatannya itu tetapi dia tidak mampu untuk menyesalinya.
16.              Rasulullah ditegur oleh pihak kanan ( Yahudi) dan kiri (Nasrani). Rasulullah tidak menjawab teguran tersebut. Sekiranya beliau menjawab nescaya ramailah umatnya yang akan menjadi pengikut Yahudi dan Nasrani.
17.              Rasulullah diseru oleh perempuan yang memakai perhiasan yang cantik. Rasulullah tiada menjawab seruan itu.  Jika ia menjawab maka ramailah umatnya yang lebih mementingkan dunia dari Akhirat.
18.              Rasulullah diseru perempuan berhias serta seorang tua. Kiasan / perumpamaan umur dunia
19.              Rasulullah imam segala para nabi serta mursalin semasa solat di Baitul Maqdis
20.              Rasulullah terasa dahaga. Jibrail membawa 3 jenis minuman iaitu susu, arak dan madu. Rasulullah memilih susu.  Maka Jibril membenarkan pilihan Rasulullah S.A.W. sambil berkata, " Sesungguhnya engkau telah memilih asal kejadian dan jika engkau meminum arak, nescaya umat engkau akan ramai yang sesat dan tiada yang beriman melainkan jumlah yang sedikit.
21.              Rasulullah di datangi bidadari dari Syurga.

Peristiwa Yang Berlaku Semasa Perjalanan Mikraj Rasulullah S.A.W
1.                  Rasulullah menaiki langit pertama- berjumpa dengan nabi Adam A.S
2.                  Rasulullah menaiki langit yang kedua - bertemu nabi Isa dan nabi Yahya.
3.                  Rasulullah menaiki langit yang ketiga - bertemu nabi Yusuf.
4.                  Rasulullah menaiki langit yang keempat -  bertemu nabi Idris.
5.                  Rasulullah menaiki langit yang kelima - bertemu nabi Harun.
6.                  Rasulullah menaiki langit yang keenam - bertemu nabi Musa.
7.                  Rasulullah menaiki langit yang ketujuh - bertemu nabi Ibrahim.
8.                  Bertemu kaum yang mandi di sungai.
9.                  Memasuki Baitul Makmur.
10.              Pokok dan sungai di syurga.
11.              Melihat rupa Jibril yang sebenar.
12.              Memasuki syurga. Terdapat 8 jenis Syurga  ( Jannatul Firdaus, Jannatul Adnan, Jannatul Khuld, Jannatun Naim, Jannatul Makwa, Jannatul Makwa, Jannatus Salam, Jannatul Jalal, Janatul Maqamu Wal Qarar.)
13.              Kelebihan orang memberi hutang. Pintu Syurga tertulis: "SEDEKAH ITU ADALAH 10 KALI GANDA DAN MEMBERI HUTANG ITU 18 KALI GANDA."
14.              Melihat Telaga Al-Kausar.
15.              Diperlihatkan kepada Rasulullah keadaan  Neraka. Terdapat 7 jenis neraka iaitu (Neraka Jahanam, Neraka Lazha, Neraka Khutamah, Neraka Saeir, Neraka Saqar, Neraka Jahim, Neraka Hawiyah.)
16.              Berpisah dengan Jibril untuk ke Sidratul Muntaha.
17.              Perjalanan untuk bertemu Allah diperdengarkan suara malaikat menyerupai suara Abu Bakar.
18.              Menemui Allah Rabbul Jalil.
19.              Berdailog dengan nabi Musa.
20.              Berulang-alik antara nabi Musa dengan Allah.
21.              Allah memfardukan lima waktu solat.
22.              Turun semula ke bumi.
23.              Meninggalkan Baitul Maqdis.


 3. Peperangan Tabuk
    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.
4. Pembebasan Baitul Maqdis
    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
 5. Lahirnya Imam Syafie RH
    Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.

Hadith- Hadith berkaitan Bulan Rejab
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadith-hadith Sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah. 
Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.

Antara Hadis yang menjelaskan kelebihan Bulan Rejab
 1.                  Sabda Nabi S.A.W: hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2.                  Sabda Nabi S.A.W: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3.                  Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul -Qadarnya.
4.                  Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi ( Firdaus) . Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5.                  Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka  ( panjangnya setahun perjalanan).
6.                  Malam awal Rejab mustajab doanya ( adalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi).
7.                  Puasa empat hari pada bulan Rejab diafi'atkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal di hari Qiamat.
8.                  Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab keluar daripada kubur bercahaya mukanya.
9.                  Puasa tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.
10.              Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka lapan pintu syurga.
11.              Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu menyeru:                            tidak ditolak dia masuk ke syurga.
12.              Puasa sepuluh hari pada bulan Rejab Allah jadikan bagi hamparan perhentian di titi sirotolmustaqim pada tiap-tiap batu.
13.              Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam Syurga, dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
14.              Puasa sembilan belas hari pada bulan Rejab dibina baginya sebuah mahligai di hadapan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
15.              Puasa dua puluh hari pada bulanRejab diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
16.              Berkata Saidina Ali:
  •       Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
  •       Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
  •        Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
17.              Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala qalam.
18.              puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga.
19.              puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat diatas titi Sirotolmustaqim di hari kiamat.
20.              puasa sahari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya
              Berseru dari langit :
              Gembiralah  kamu   dengan   kemuliaan  yang  besar :   dan                              diminumkan   dia  ketika  hendak  mati.  Mati  dengan   puasa,                               masuk kubur dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan                          masuk syurga dengan puasa (Al-Hadis), lepas dari azab  kubur                               (Al-Hadis) - (berpuasa  pada  siang  hari  dan  beribadat  pada               malamnya).
21.              Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), dimapunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa bulan Rejab wajib baginya :
  •       Diampunkan dosanya yang lalu.
  •       Dipeliharakan umurnya yang tinggal.
  •       Terlepas dari dahaga di hari qiamat.
22.              Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
23.              Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
24.              Siapa bersedekah pada bulan Rejab seperti  sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
25.              Tiap hari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan rejab seperti ibadat seribu haji dan umrah. Dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali, kerana keistimewaan bulun Rejab, bulan Allah.
26.              Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allh daripada api neraka, kerana kenuliaan bulan Rejab.
27.              Allah jadikan dibelakang bukit Jabar Qaf bumi yang putih yang penuh dengan malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada umat Muhammad. Allah menjawab : Telah aku ampunkan mereka!
28.              Barang siapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
29.              Sesiapa berpuasa pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya : " Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tiada aku tolakan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah ArasyKu, engkau kekasihKu dari segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara engkau". ( Dari Kitab RaudhatulIfkar).
30.              Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa 1000 tahun. Kerana kebesaran hari Israk Mikraj.
31.              Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kepicikan oang mukmin pada bulan rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar didalam Syurga Firdaus.
32.              Siap berbuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga) seperti dia berpuasa 3000 tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasad, 70 hajatnya didalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di mizan, 70 hajat ketika berlalu di titi Siratol mustaqim.
33.              Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan)         kerana keagungan, kebesaran dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan kebajikanNya terhadap hamba-hambaNya yang beriman dab beramal soleh pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan sengan (bulan Allah).

Rejab bulan menabur benih
Syaaban bulan menyiram tanaman
Ramadhan bulan menuai
Rejab menyucikan badannya
Syaaban menyucikan hatinya.
Ramadhan menyucikan rohnya
Rejab bulan maghfirah ( keampunan)
Syaaban bulan Syafaat.
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
Rejab bulan taubat
Syaaban bulan Muhibbah
Ramadhan dilimpahi amalan seperti hujan mencurah banyakknya.
Rejab diganda 70 pahala
Syaaban diganda 700 pahala
Ramadhan diganda 1000 pahala atau lebih

Friday, May 18, 2012

~bla bla bla~

salam pagi jumaat...yehaaaaa...dah hari jumaat,
kejap je waktu berlalu kan....
bila duk hitung2 >< sebulan je lagi aku bljar, lepas tu,
final exam.... begitu cepat masa berlalu...
dalam duk nangis2, stress belajar, stress dgn keadaan sekeliling,
tup tup dah nak habis 1 sem kan...
moga allah s.w.t. permudah kan semua nya....

actually minggu ni sgt la suam2 kuku dlm meng update blog kan...
cite yg sedih2 je....cite x menarik...
antara faktor nya, sbb sibuk dgn belajar, pastu broadband dah achieve 5gb utk this month...
so, kena tunggu cut of date br la boleh kembali seperti asal.
broadband aku mmg limit 5gb je sebulan, agak nya sbb bln ni bnyk sgt download kot...
nak upload gmbr pun aku rs mmg akan ambik masa la..
so, kesimpulan nya, baik x payah upload gmbr  kan....

mlm td, terus jadi ceria kejap bila tgk blog zety, heh3x...
aku menang..yehaaaa... terus rasa nak peluk zety skrg gak..
actually zety ada buat GA kat blog dia, suruh komen pasal entry dia...
saja je la komen..x sangka plak terpilih..
hah3x..teruja la beb bila dah menang.. dah lama x menang kan...
eleh..mcm la ko selalu menang kan...
apa2pun, thanks zety, love u so much..hah3x.....
alhamdulillah...rezeki kan...



Thursday, May 17, 2012

~di kala keadaan stress~

not to say stress la sbb try sedaya upaya utk buat2 mcm biasa...
tp tu la kan, kita ni sebagai hamba Nya kadang2 x boleh nak lari dari dok fikir mcm2...

and aku plak, jenis pemikir. fikir itu fikir ini..plan itu plan ini...
sometimes make me headache bila x dpt buat as we expect..
but ms tu mmg kena istghifar banyak2, ingat allah swt...
sesungguh nya, kita ni hanya lah merancang, tuhan la yang menentu kan segala2 bnya..
siapa la kita ni kan untuk melawan qada' dan qadar...

time2 mcm ni, di kala dok fikir mcm2 ni,
terus la syaitan dtg menggoda....
mula la terfikir, yang negatif2 sahaja....
tp, mmg lepas tu kena beringat balik la..

mcm2 yang tgh berlegar di kepala otak...
mcm2 yang di fikir kan
mcm2 yang nak di rancang kan
baik pasal belajar, anak2, masa depan, life....
ish....

kadang2 terfikir,
kenapa harus aku lalui semua ini...
tp ingat la...tuhan ingin menguji hamba nya yang lemah ni...
dia nak tgk sejauh mana aku yg jenis x sabar ni sabar dalam menghadapi semua ni....

thanks to mr azam kerana menjadi pendengar yang setia...
i love u so much...:)

thanks to kawan2 yang mengambil berat pasal diri ini....

rindu pada sorang kawan...i need ur shoulder...:)

Wednesday, May 16, 2012

~nuffnang oh nuffnang~

help help...
aku tahu ada blogger yang pernah mengalami masalah macam ni kan..
ptg semalam, masuk website nuffnang, tetiba tgk akaun nuffnang dah bertukar status.
jadi non exclusive...
huhuhu
patut la rs mcm lembap je income tu bertambah...
sejak bila ntah, aku x perasan pun...

apa nak kena buat erk...
semalam aku tnya zety, email nuffnang.
zety suruh cari je tp aku godek2 x jumpa pun....
nak buat mcm mn erk...

ada sapa2 bleh tlg x?
jasa anda semua amatla di hargai....
terima kasih.....





owh, btw, sebelum mengundur diri,
nak ucap semalat hari guru pada semua guru2, lecturer2 di malaysia,
terutama pada cikgu2 yg pernah mengajar aku, dari tadika smpai la skrg ni....
jasa guru2 semua amat la saya hargai...



Tuesday, May 15, 2012

~semalam....~

kisah semalam,

1st presentation sgt2 frustrated....
xpela..mmg aku x belajar dr pengalaman rakan2 kelas,
teruk jugak kena tegur dgn lecturer semalam...
tp xpe la..belajar daripada pengalaman kan....
x buat salah, mana kita tahu kita salah kan..
xpe..terima je dgn redha.

ptg semalam plak, patut nya presentation utk proposal...
tup2  4 org je present...and aku mmg x sempat langsung nak present...
risau jugak takut tajuk kena reject sbb lecturer mcm x puas hati je...
apa2 pun berserah je la...semoga allah permudah kan semua nya...
lapang kan perjalanan hidup ni...

heh3x..sorry la lately asyik duk bercerita pasal belajar plak...
bkn apa, stress sbnar nya, blog ni kan tmpt meluah kan perasaan...heh3x...
nak upload gmbr tp internet dah over limit....
asyik la duk upload spss smpai dah over limit...
hah3x...

rasa sekali sekala nak buat blog lain,
KISAH SUKA DUKA PERJALANAN SEORANG PELAJAR MASTER
hah3x..sgt poyo kan...hah3x....
masalah nya, satu blog pun x sempat nak tulis, ni kan nak buat blog lain...
hampes la sangat kan..



Monday, May 14, 2012

~berdebar-debar~

hi korang, happy monday..:)
monday blues kah?hah3x..aku pun....tp blues bkn sbb apa...sbb berdebar2

owh..masih belum terlewat rasanya nak wish happy mother's day to all mother's out there...
kitaorg x celebrate apa2 pun semalam since aku pun bz dgn menyiap kan proposal.
xpe la...perlu ke sambut erk?bagi aku, hari2 pun hari ibu kan....:)


hari ni nak kena present.
pagi ni, nak kena berlakon, bersajak bagai....
sangat berdebar sbb group aku is the last group...
and lecturer mmg dah dr awal lagi asyik cakap,
sepatut nya, group last ni buat yang terbaik, belajar dari pengalaman2 lepas group lain...
sangat2 berdebar takut x dapat memenuhi expectation dia....

dan ptg ni plak, presentation proposal.
even not full proposal, just sikit2 je...tp cuak jugak.
lecturer ni sgt2 strict....
tp kan, strict2 dia pun, aku and the gang sangat kagum dgn dia...
rasa x sabar nak masuk kelas dia sbb nak tunggu apa yg dia akan cite..
dia selalu bercerita daripada pengalaman dia...
cerita2 dia, bagaimana dia berjaya smpai ke tahap sekarang ni...
tu part tu, x masuk lagi part2 pemakaian dia...
dari atas smpai ke bawah, baju dia,aksesori dia...
even dia pakai simple2 je tp mak ai....
ye la...bila dah jadi idola kita tu, mcm2 la yg menarik kita nmpak kan...
dan untuk presentation ptg ni, dia akan pilih secara rawak, siapa yg dia nak present dulu.
dan aku dpt rasa je macam aku antara yang terpilih utk present pd hari ni..hu3x..
berdebar sgt berdebar.....
hopefully semua nya dipermudahkan....
amin.......

dan pada korang, sambung buat kerja masing2.....
selamat bekerja....:)


Friday, May 11, 2012

~bla bla bla~

hi all,
nak membebel di ptg hari, di kala perut lapar dan di kala mencari idea utk perbentangan proposal nanti.

dah hampir 2 bln pegang jawatan sebagai seorang PELAJAR, isteri, ibu, anak dan menantu. walaupun pelbagai masalah melanda, skrg ni buat pejam mata tutup telinga tetapi kadangkala bila masalah demi masalah dtg, rasa mcm arghhhhh...mula la terfikir mende yg bukan2....cepat2 istghifar, ingat tuhan.

kadang2 tuhan nak uji kita. nak tahu kita kuat atau tidak untuk menghadapi semua ini. kita tabah atau tidak. harus la muhasabah diri cepat.

se teruk2 kita, ada lagi org lagi teruk dari kita, daif mana pun keadaan kita, ada lg org lg daif dari kita.
percayalah, ada hikmah di sebalik semua ini. berdoa dan berdoa la agar tuhan mempermudah kan segala urusan kita.

moga sinar kebahagiaan menanti kita...moga pengorbanan ini, terbalas jua akhir nya...

kadang2 cuba untuk tidak stress dgn masalah2 ini. ringan2 kan kepala otak. tp.....ntahla.....

sedih
sayu
hiba

semua ada.
moga yang keruh dpt di jernih kan kembali

selamat berhujung minggu
terima kasih kerana sudi bc entry 'sampah' ni..


dari aku yg tgh kehilangan idea utk menulis kerangka teori...




Thursday, May 10, 2012

~keserabutan~

ho ho ho...serabut serabut serabut.....
minggu depan ada 3 presentation. dah la utk paper yg agak boleh tahan tough nya...

nasib baik la untuk paper falsafah aku dan ahli group dah siap. actually, kumpulan aku adalah last group yg akan present. and lecturer plak expect so high. dia kata, patut nya last group buat yg terbaik compare to others group. alahai...x suka x suka x suka la....risau sbnar nya sbb x dpt memenuhi jangkaan dia...hopefully semuanya dipermudah kan isnin nanti.....

dan tetiba plak ptg semalam, lecturer kata, next week adalah presentation utk proposal. sepatut nya presentation proposal adalah pada minggu ke 14, tp lecturer awal kan sbb dia nak tgk kat mn dah kitaorg dah smpai....and kalau tajuk tu dia reject, at least ada masa lg utk cari tajuk lain. what we expect is, just present, about the topic. that's all....but lain plak jadi nya, dia bgtau apa yg dia nak. 10 slide je. tp 10 slide dia mak ai...mcm2 la.....aku dah cuak...idea utk buat tajuk melambak2 dtg, tp bila nak masuk bab permasalahan kajian, kajian literasi, mam**s....terus idea xde...hu3x....

hari jumaat plak presentation jugak. dpt tajuk senang tp masalah nya cara kreatif nak present tu. lecturer bkn semata2 nak present ikut slide ppt...ni kena berlakon la, bersajak, menyanyi la...adoi..pening pening...

ok lah..okla...bnyk membebel plak hari ni...heh3x..sbb tgh pening sbnar nya..ok nak g kelas...bai...

Wednesday, May 9, 2012

~subway; halal ke tak?~

sapa suka mkn subway?heh3x...kami sekeluarga pun x dikecualikan, sgt suka mkn subway ni..mmg la pricey, but worth it la bagi aku.healthy pun healthy kan...

bln january baru2 ni aku terperasan, dlm rancangan 999 kalau x silap, yg jakim serbu subway mines. dan di dapati premis tu menggunakan sijil halal yang tidak sah.tp sbb masih yakin dgn subway, kami mkn jugak lagi...hah3x..

bln mac hari tu, mr azam terbc kat mn ntah, dia kata subway tidak halal sbb one of their menu tu menggunakan sumber yang tidak halal. menu chicken teriyaki kalau x silap. % sumber yg x halal tu di letakkan dlm menu tu sgt la sikit, but still la kan...

dan baru2 ni, masa lalu kat subway tbs, nmpak banner ni...



korang nmpak x, logo halal di tutup. mungkin sbb masih dalam proses penyiasatan oleh jakim kot. dan bila aku tgk facebook subaway malaysia, hanya subway klcc je yg halal.


pada aku, isu halal kat malaysia ni masih lemah. dgn ramly product la and mcm2 lagi la. pada aku, kalau rasa was was, x payah mkn. kita kena yakin je la benda tu halal. susah jugak kalau difikir kan sbb benda ni akan jadi darah daging kita kan.

so, tepuk dada, tnya hati..:)

Tuesday, May 8, 2012

~masak2 dan makan2~

last saturday, teringin plak rasa nak 'mem' bake KEK PISANG AFNE yang menjadi pujaan blogger2 ex pcm tu. actually aku dah lama sgt ambik resepi ni. dr zaman dia letak kat pcm lg tp x pernah pun buat.....tp hr tu (bln puasa last year kot), afne hntr kek pisang panas2 masa nak dekat waktu berbuka, and bila berbuka tu terus ngap..mak aiiii...sedap nya..terus rasa nak buat jugak. tp x terbuat2 jugak. tgk last week aty dah buat kek ni, so, aku pun harus la cuba kan bila dah ramai org kata sedap....:)..(afne, tupperware bekas kek pisang tu ana x hntr lg, nnti ana hntr kat PY..heh3x..)

and finally, KEK PISANG AFNE...aku mmg panggil kek pisang afne je..even kat buku resepi aku pun, aku tulis kek pisang afne..heh3x....sbb dia pelopor kek pisang ni kan....btw, afne, thanks for the resepi...we like it....ajmal dan aqil makan banyak sangat..

letak slice pisang je kat atas sbb kalau aku letak chocolate rice, confirm ajmal dgn aqil duk kutip chocolate rice tu je....


ni plak buat lasagna. bekas pyrex xde, so, guna tin bakar kek je la...sebelum ni ada yg rendah sikit tp dah rosak, beli yg baru, yg tinggi je ada...terus rasa x lawa..xpe la, janji sedap kan. last week kan ada masak baked macaroni, tp cheese tu just slice kan besar2, then zety try suruh grate lebih halus. so, bila try grate lebih halus, mmg hasil nmpak lawa la...:)..

and ni plak, oreo cheese cake...buat ahad malam tu...saja buat nak bagi kwn2 rasa... and repeat jugak kek pisang. so, petang semalam, alhamdulillah, dapat jamu classmates, and lecturer also dgn my oreo cheese cake dan kek pisang. alhamdulillah, setakat ni xde orang sakit perut and lecturer sangat suka....

x sempat nak buat choc ganache, just letak je bluberry jem kat atas tu...

muka2 riang yg x sabar nak potong kek...

muka riang dpt mkn kek....:)

alhamdulillah....gembira dapat jamu kengkawan semua..

Monday, May 7, 2012

~Monavie~




tolong kawan utk jual product ni......



Impikan tahap kesihatan setiap hari ditahap optimum? anda mesti mengamalkan makanan seimbang.Dalam pemakanan seimbang mesti makan sekurang-kurangnya 5 jenis buah setiap hari.Adakah hari ni anda mkn 5 jenis buah sehari?xde.4jenis ade x?pun xde.Sebab itulah anda mesti mengamalkan Monavie setiap hari...:)...

Adakah anda mengalami masalah atau gejala penyakit seperti berikut..
Kencing Manis Darah Tinggi *Kolestrol Tinggi *Sakit Jantung *Kanser Gastrik *Sakit Belakang *Masalah Urat Saraf *Sakit Sendi *Penyakit Kulit* Letih Lesu* Strok/ Lumpuh *Resdung *Asthma *Buasir* Buah Pinggang *Jangkitan Faraj *Sembelit *Otot Kejang *Awet Muda*

Jika ada, Jus Monavie lah jawapannya. Anda pasti berpuashati dengannya. InsyaAllah...berkat usaha n doa n keberkatan dr Allah swt.. Di samping daya penyembuhannya yang luar biasa, Monavie juga meningkatkan ketegangan kulit serta melicinkan permukaan kulit muka kita. Yang pastinya, kita akan sentiasa kelihatan muda dan ceria. sesungguhnya mencegah lebih baik dari mengubati...insyaAllah .....

Tp, kalau xde sebarang penyakit kat atas pun, jus monavie ni pun boleh di minum as a supplement. Di datang kan khas dalam 3 color, Purple, Hijau dan Merah, yang mana setiap botol mempunyai fungsi yang berbeza.

Harga:- Purple=rm135
            Hijau & Merah=rm145

harga masih boleh dirunding. jangan bimbang, kawan ana ni mmg pengedar monavie yang sah. maka tidak perlu ada keraguan pada product ini.

contact me;- bakawali0797@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, May 3, 2012

~masak2-makan2~

cuti2 hari tu berkesempatan la sikit masak2 kan...tnya kids, apa yg diaorg nak mkn..as a mother, cuba la utk penuhi permintaan diaorg kan....

yang ni ikut tekak aku. teringin sgt nak mkn udang masak lemak nenas ni...ni gara2 tgk blog maya dan kak zarin la..terus terliur...:)..aqil suka hirup kuah...bnyk kali bertambah mkn nasi..alhamdulillah..... kuah mcm tercair sikit..tp xpela..harus diperbaiki lg utk akan dtg...:)


bahan2;-

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
4 biji cili merah
3 biji cili padi (optional)
sedikit belacan
2 biji buah keras
sedikit hirisan nipis lengkuas

200 ml santan
200 ml air
1/2 biji nenas – potong potong
15 ekor udang – cuci dan toskan
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit – hiris nipis
2 batang serai - diketuk
garam dan gula secukup rasa

cara2;-

tunbuk atau blend kering bawang merah, bawang putih, kunyit, buah keras, cili padi, cili merah dan belacan
then masukkan ke dalam periuk beserta dengan nenas dan serai
panaskan periuk dan biar nenas dan bahan tumbuk tadi sekejap di atas dapur
then masukkan santan, air, asam gelugor dan daun kunyit
kacau sekejap sekejap dan biarkan hingga mendidih
then masukkan udang, garam dan gula secukup rasa
biar hingga udang masak.

ni breakfast aku buat bila dah xtau nak masak apa. senang pun senang. buat on saturday, sunday monday ajmal mintak lagi..mmg fav. papa, ajmal dan aqil....pancake.


ni buat monday, ajmal nak bw bekal g school...dia suruh letak jem then gulung. apa2 je la nak oi...janji kamu kenyang...


ni plak, scones. tetiba teringin nak mkn. kebetulan ada kawan nak dtg, bg dia rs. dia mmg x pernah mkn lagi. even xde buttermilk, tp guna fresh milk dgn cuka je tp rs tetap sama....:)...sedap..puas hati mkn scones hasil air tangan sendiri...:)


muffin coklat tu plak, anakanda ajmal dan aqil request. buat la utk diaorg....resepi scones, kat sini.



ni 1st time beli cheese mcm ni. biasa beli mozarella cheese. ni kena grated sendiri.


beli pun sbb nak buat macaroni bakar. ambik resepi kat mn ntah. tp x sesedap lasagna. lasagna lg sedap la....


end up, agak mengecewakan sbb dia x melted. ke mmg mcm ni kalau beli cheese block erk...


ni plak buat spiral gorang sempena ada tetamu dtg berkunjung kat rumah. tp kurang sedap sbb x concentrate masak. asyik lemayan phone call dr kawan yg mencari jalan utk dtg rumah..alhamdulillah, finally, smpai jugak...


dan yg akhir sekali ni plak, buat jem nenas. kebetulan ada nenas lebih dr buat masak lemak udang tu. beli lg sebiji nenas, parut, then masak. moga2 plan nak jual biskut raya tahun ni menjadi la...:)


plan nak buat bannoffee pie, rainbow cake dan mcm2 lagi terus hilang ntah ke mana....fikir nak masak utk anak2 je...
ok kawan2, tu je tKt ni...kemengantukan....120am already.....

Wednesday, May 2, 2012

~wordless wednesday-me~

dah abis half semester, cepat je masa berlalu..dlm duk nangis2, dlm duk rs bermacam2 gelodak, fikir itu ini but now alhamdulillah, dah habis setgh sem....hopefully di beri kekuatan utk menerus kan lagi semester2 akan datang...

next half sem ni lg mencabar rs sbb makin bnyk presentation, makin bnyk report nak kena buat, kena fokus lebih pada proposal.

muka yg makin tembam...owh tidak...since study ni, makan makin banyak, asyik lapar je..biasa la otak bekerja keras kan, so, perut cepat lapar...:)

ok, stop membebel..dah kata hari kurang kata2 kan...

happy wednesday u alllllll...:)