Tuesday, April 30, 2013

~cinta jangan pergi~

sapa tgk cite ni...
kat tv9, setiap sabtu dan ahad pukul 830-930 malam....
aku dgn mr azam mmg tiap2 minggu dok tunggu cite ni je...
hahahaha....


 

pelakon utama; tiz zaqyah dgn remy ishak...

sinopsis;

Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris.

Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri. Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji. Kalil akan membuktikan cintanya bukan hanya untuk semusim dan cintanya hanya untuk Lea. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil.

skrg ni dah berlalu 8 episod...
korang boleh jugak tgk cite ni kat TONTON..

semalam, pagi2 lagi mr azam call aku...
ingat kan kenapa, rupa2 nya dia terserempak denga HUDD (josiah hogan) yang berlakon gak dlm cite ni...
wah...kemain lagi...pagi2 lagi dah jumpa artis...huh....


No comments: