Monday, April 8, 2013

~pregnancy check-up-22 weeks~

ni info perkembangan fetus pada minggu ke 22...info dari sini ;



Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik. 

Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul. 

Anda mungkin telah bertambah berat badan antara 12 hingga 15 paun / 5.4 dan 6.8 kilogram. Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu. Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu dan anda mungkin menyedari yang lelehan vagina anda berlebihan (tapi tidak berdarah). Kedua ini adalah perkara normal dalam kehamilan. 

Adakah suami anda merasakan dia diketepikan? Tunjukkan dia bahagian kami yang didedikasikan khas untuk bapa baru. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

http://www.babycenter.com.my/a1044279/perkembangan-fetus---hamil-22-minggu#ixzz2Pp33XsFu


ok, now pasal aku plak....

last thursday, g buat check-up...
mmg nak kena buat check-up pun untuk minggu ni...
so, alang2 ada masa, moh la terus kita...
untuk pregnant kali ni mmg dah x buat check-up kat gov.,
eh ada la buat..tp sekali je..masa 1st time bukak buku merah tu...
utk 2nd time tu mmg dah x buat kat klinik gov. lagi due to latihan mengajar masa bulan 2 hari tu...
patut nya ada sekali dlm bulan 2 tu kena g check-up, tp sbb mmg xleh nak keluar kan,
so, nurse kat gov. klinik tu suruh terus buat check-up kat klinik private je..

then, terus la g check-up dgn dr mazlah...
check-up kali ni;

weeks; 22
berat mummy; 55.15 (rasa nya mengandung kali ni mmg x cecah 60kg la smpai melahirkan, dulu2 time ajmal dan aqil merasa la jugak berat 60kg ++)
berat baby; 564gm
tekanan darah; 110/70

yang lain2 semua ok...

next check-up kena dtg awal pagi minum air gula....
waaa.....nak nangis rasa nya...
kalau boleh xnak pun minum...tp mcm mn nak skip kan....
next check-up juga dr mazlah akan buat reference letter ke tmpt yg nak bersalin.
huhuhu...rasa nya still stick pada ukmsc kot utk kali ni...
tp mmg dr poket sendiri la rm yg bakal keluar tu...
dulu masa ajmal dan aqil, xpela...company aku cover even x banyak pun...
company mr azam mmg x cover la plak utk maternity ni...
xpela..insyaallah rezeki baby kan....
nak pegi HUKM bawah tu, mr azam mmg x bg la....
tp mana la tahu kan kot2 kali ni dia berubah angin,
bagi aku bersalin kat HUKM, then dpt plak prof zaleha...
waaa...berangan la ko ana...hahaha......

then, tiba masa utk scan...
biasa la kan, kalau g check-up kat private ni, mmg tiap2 kali check-up diaorg akan scan...
so, scan kali ni menunjukkan baby berada dlm keadaan ok, sihat walafiat...
kepala pun dah ke bawah...tp prof zaleha pernah remind aku,
even time 5-6 bulan ni kepala baby dah ke bawah,
jgn over confident dia akan stick mcm tu, sbb dia still ada space utk move...
so, baby, sila duduk diam2 kat situ yea...:)
gender? jeng jeng jeng.......
hahahaha...mmg x nampak la.....
kali ni terlindung oleh tali pusat plak...
kemain lagi dr mazlah godek2 nak bg nmpak jugak, tp nan ado....
aku dgn mr azam pasrah je la....hahahaha...
dr mazlah confident cakap 70% ialah baby  _______
tp mr azam like usual la, mana nak confident sgt..
tu kan kerja tuhan kata nya, kang nnti confident sgt, then, scan tu salah,
frust pulak...so, xyah nak kecoh2 pasal gender kata nya.... :)
apa2 pun, berdoa dan terus berdoa je la....

so, tu je la kot yg dpt di update ttg check-up kali ni...
gmbr mak buyung yg latest xde la....
eh ada...ada...tp mak malu la....
hahahaha......


No comments: