Saturday, April 30, 2011
~april 2011~
Friday, April 29, 2011
~ibu susuan~
dia tnya aku, nak jadi ibu susuan x..sbb ada sorg ibu ni, dia nak susu kan anak dia. tp susu mmg x de langsung. eh bkn xde..ada tp sikit je. aku dgr rs mcm kesian plak.
actually ni bkn 1st time org mintak aku jd ibu susuan utk anak diaorg. this is 2nd time. hr tu ada budak ofis ni. tp aku rs mcm berat hati. pastu x jd la...pastu dtg plak org tnya lagi ni...
aku mcm...ermmm..bkn la xmo sbnar nya...tp bila fikir takut ni ter lost contact ke, and ada la bbrp perkara lg yg aku dok fikir..aku jd mcm..ish...
benda ni melibat kan darah daging, kang nnti ada yg xtau hubungan yg sebenar, apa2 jadi, kita jugak yg nak kena tanggung kan.
tp bila aku dgr pasal mak budak ni yg mmg kurang susu dia, rs mcm kesian nya...punya la dia xmo bg susu formula. sanggup dia cr ibu susuan...
puan haza tu kata ni adalah perkara normal bg ibu2 yg betul faham khasiat susu ibu tu..dia mmg langsung x bg formula milk kat anak dia.
pd aku, x kisah la ko xnak bg formula milk tu tp jgn anak ko x membesar, x cukup khasiat dah la. ni ada yg aku tgk...punya la xnak bg anak minum formula milk, susu dia dah x cukup..sanggup biar anak kelaparan. anak menangis kelaparan tu pun di biar kan je. doctor kata anak x cukup khasiat, kulit jadi kusam tp tetap berdegil xmo bg formula milk. bg aku kalau dah smpai ke tahap mcm ni, mendera anak nama nya kan....
erm..aku dah lupa dah apa aku nak taip td....
ada sapa2 yg tgh mencr anak susuan x?
~supplement untuk kita~
aku ni kan...terasa sgt bila umur dah tukar pd 3 series ni (even x smpai lg pun pd tarikh nya)..antara yg aku rs;
-rambut kusam, x bermaya
-cepat letih, penat
-kulit makin menggerutu
-muka nmpak pucat
tu yg aku nmpak la..yg org2 sekeliling aku nmpak, aku xtau la. sbb aku x pernah tnya...
awal2 tu aku rs mcm xde apa2..tp bila fikir balik, eh agak nya sbb umur dah meningkat, tu yg jd mcm ni. pastu kak remy plak bertanya, aku ada ambik supplement apa2 x...terus la aku jd mcm bertambah rajin nak meng google..
yg aku jumpa, ramai org duk mkn/pakai;
-shaklee
-cocoacollagen
-evening primrose (EPO)
aku nih, bila bc feedback pasal shaklee, rs 'eh bagus nya shaklee nih..' bila bc feedback pasal cocoacollagen dan EPO, aku rs mcm tu gak...
maka nya, aku masih berfikir2 la nak telan yg mn satu. kwn aku sorg ni distributor utk cocoa collagen lg. so, mmg boleh dpt harga murah la. siap bg tester lg kat aku. tp aku rs takat minum tester 4-5 paket apa baran kan..bkn nya nmpak terus keberkesanan nnya..dia bg aku bnyk la jugak tester tu tp smpai ke saat ni aku x minum lg. hah3x...bkn apa..aku ni kenkdg hangat2 tahi ayam je...
ada la bbrp org kwn aku yg ambik cocoacollagen (bkn yg distributor td) ni bgtau, ok la bila dia minum ni. tumit kaki xde la pecah2, pastu 'ketat' sikit rs(yg ni aku xmo xplain lebih, sendiri faham yea), badan rs segar.
cocoacollagen yg kwn aku bg tu..eh..gmbr ni apasal jd mcm ni..bengong..
tu antara feedback yg kwn aku bgtau la..
erm..masih berfikir2 lg ni sbnar nya...bkn apa..aku takut hangat2 tahi ayam je aku ni....
korang ada mkn apa2 x supplement?
eh, btw, sapa2 nak beli cocoacollagen tu boleh la beli dgn aku. kwn aku kata dia jual murah. aku xtau la betul ke x. sbb aku xtau kalau kat luar benda ni jual brp rm. sapa2 yg nak tau harga, email aku kat ;
bakawali0797@yahoo.com
Thursday, April 28, 2011
~hutang~
aku pun ada hutang jugak..dgn bank2 la..
aku x nafi kan dgn org persendirian, aku pun ada berhutang jugak. rm100 dgn adik aku. smpai skrg x bayar sbb hr tu time aku nak byr, dia suruh simpan dulu. so, simpan la..nnti dia kata time dia nak guna, dia mintak la..ok..x kisah la..
yang aku kisah bila org berhutang dgn kita, dah mkn tahun dah tp buat bodoh je. mmg xde inisiatif langsung nak bayar.
awal2 nya aku niat nak tlg je. dia nak beli brg guna credit card aku. lgpun ms tu dia br grad, duit x brp nak ada. dia janji nak byr balik lepas dpt keje. ok la..fine la...aku pun tlg la..amount bkn ratus2..ribu2 ok...guna credit card x kisah la nak swipe brp pun kan.
smpai skrg ni, ampas kelapa pun aku xde terima dr dia. bkn la nak ngungkit tp sekadar nak dia sedar yg dia pernah berjanji nak by balik. janji harus di tepati ok.
yg aku x tahan, dia siap dok buat kecoh2 kat kwn2 kami yg lain, duk kata aku berhutang dgn sorg lg kawan kami dan aku x byr2. mmg aku ada pinjam duit dgn sorg kawan ni tp masalah nya aku dah byr habis pun hutang tu. cuma dia je yg xtahu. dan kwn aku ni pun malas nak bgtau kat dia. biar kan dia terjun dgn labu2 nya.
nak kata dia x mampu, aku tgk hidup dia senang lenang skrg ni. ntah la manusia ni kan, mcm2 peel perangai aku tgk..
bila dah jd mcm ni kan, br aku tau perangai sorang2..yg mn sebenar nya hati budi nya baik, suci bersih...ada hikmah di sebalik semua ni...
aku sentiasa berdoa lepas sembahyang, moga tuhan buka kan pintu hati dia utk dia byr hutang aku balik...moga dia masih ingat yang aku swipe utk dia tu adalah hutang dan bukan nya sedekah amal jariah yg aku buat..
pastu sambung cite lagi, aku jugak ada buat bisnes kecil kecilan kat ofis ni. oleh kerana brg yg aku jual tu agak mahal, ada la staf2 dr golongan biasa2 ni tnya, boleh x ambil secara hutang. aku pun iya kan je la..ye la..kesian kan, brg idaman hati, nak pakai tp duit xde. aku siap beli kan brg tu dulu pastu nnti ko byr la bulan2. gila risiko kan...kang tetiba staff tu berenti, mmg mampus aku. ada yg jenis ok, ok la byr kan...ada sekali tu, aku mmg x kenal staff ni, dia tepon tnya nak brg bla bla bla...nak hutang.
ok fine, aku bg la..dia janji nak byr rm50 sebulan. tp bln pertama je dia byr..lepas2 tu dia buat xtau..dah la x call. aku pun risik2 dgn kwn2 dia. rupa2 nya dia ni jenis liat nak byr hutang. tp alhamdulillah 2bln lepas tu, dia byr balik. lepas tu, tiap kali dia tnya pasal katalog baru. aku kata je xde. bak kata org, belajar dr pengalaman ok...betul x...pastu ada jugak yg jenis byr tp lewa2...jenis aku, aku xkan mintak..sendiri mau ingat la kan...tp bln ni aku dah bertegas sikit, hari gaji je, aku tepon diaorg, mintak...muka harus tebal sikit ok...
eh br teringat la kak shida, brooch soleh rm35 x byr lg. nnti soleh dtg, byr terus la kat dia....
manusia ni kan..mcm2 perangai...
ok bye...
~no more....~
tp xpe la..mn2 pun aku pump aku x kisah..janji aku dpt beri yg terbaik utk anak aku.
alhamdulillah walaupun dah bertukar tempat tp hasil nya masih di tahap yg memberansang kan...
cuma tu la..terkejar2 sikit la kan sbb kena tinggal kan tempat..tp xpe la..janji semua nya selamat...
Wednesday, April 27, 2011
~pagi yang kalut~
pagi td ms start enjin kereta, ada bunyi semcm..kuat gile..dah la mr azam x turun hntr kitaorg, so, aku pun call dia suruh dia turun, tgk apa la yg bunyi tu. cuak la jugak kan. kang tetiba keta meletup ke...nauzubillah..sementara nak tunggu mr azam sampai, bunyi tu pun dah hilang. geram aku...selalu mcm ni. kenapa dia bunyi time aku dgn anak2 je ada. hr tu pernah kena gak mcm ni..situasi sm gak, aku dgn anak2 je. ajmal pun dah cuak, asyik duk tnya bunyi apa tu..smpai kat rumah bbsitter, dia bunyi balik..owh..hangin dowh....ajmal lg la..dia keluar kereta, pandang kereta sambil jerit, 'kereta mama, kenapa bunyi kuat2 ni..jgn la bunyi kuat2 mcm ni'....hu3x...anak ku oh anak ku..mcm la kereta tu faham...
lepas hntr anak2, terus ke perodua. perodua plak bukak lambat. mmg masuk lmbt la aku hr ni. budak perodua check, dia kata water pump aku rosak. cost nak tukar rm250. call mr azam x dpt. aku gamble je g kerja dulu. on d way, mr azam call, aku bgtau apa problem, dia suruh aku tgk temp. temp. keta mmg ok...cuma temp. aku je yg x ok bila dpt tau nak kena byr rm250. huh. mr azam suruh aku isi air kat dlm radiator. smpai ofis, aku mintak tlg budak ofis tgk2 kan. tp xleh isi air lg sbb enjin panas lagi kan..tgk punya tgk...diaorg kata, kipas bearing(betul ke aku eja nih) aku basah kena air. tgk2 bila aku curah air, mmg bunyi pun. huh..bikin cuak ok. nasib baik x tukar terus td, kalau x, x pasal2 rm250 melayang.
bila bgtau mr azam, dia masih x puas hati. takut jugak water pump rosak. dia suruh aku check balik ptg ni. harap2 betul la kwn2 aku. nnti x sia2 la rm250 melayang.
aku perasan, bunyi ni ada bila waktu enjin sejuk je. sbb time start keta pagi2 je dia bunyi. time yg hari anil cuci keta aku. (anil cuci keta aku 3 kali seminggu). kdg2 dia cuci malam, kadang2 dia cuci pagi. so, aku firasat aku mengatakan, agak nya time anil cuci pagi, tu yg ada bunyi tu. tp mr azam kata, anil cuci kat luar, mcm mn smpai boleh kena kat kipas kat dlm...waaa...statement dia ni bikin aku hangin je..mmg la betul tp tlg la..mr azam takut ada bocor tp kecik je..sbb tu dia suruh aku check lg ptg ni...
hu3x...harap2 la xde apa..mmg harap2 xde la nak kena layang kan duit rm250 tu....
bila jd mcm ni aku rs nak naik basikal je la..hah3x...
Tuesday, April 26, 2011
~al rawsha kg pandan~
malas nak taip bnyk2, layan gmbr la...
ajmal dan aqil beriya2 nak masuk main kat sini. aku dgn mr azam bg masuk sekejap je..tu pun kitaorg tgk2 kan sbb aku tgk budak2 yg main mainan2 tu ganas2 sgt...hu3x...
dessert area-ada baklava pastu apa ntah lg 3-4 jenis dessert. x ambik pun sbb dulu pernah mkn, manis sgt..x in dgn tekak aku.
servis dia aku rs lousy sikit la..tp xpe la..boleh di terima sbb malam minggu, ramai org kan...mintak sos lebih, smpai ke sudah x smpai, mintak extra cool water 1 jug smpai nak kena panggil 3-4 org waiter, tu pun x smpai2, last panggil dia punya supervisor, br la dapat...
tp tu mungkin hanya kena pada aku, pada korang mungkin x kena kan..ikut nasib la...
ok u all..bye...
Monday, April 25, 2011
~sabtu ahad~
Friday, April 22, 2011
~jumaat ini...~
yg aku beli tu, kalau x silap rm26.80 or rm23.80..aku x ingat la..
resit dia dah buang sbb x boleh claim dgn income tax kan....:)aku x ingat la harga tepat2 tp range dia rm20-rm30 la...
owh hr ni, aku ada mkn2 kat ofis.pagi ni dgn budak2 dept. nih...
dept. aku ni kecik je..staff 7 org termasuk bos.
sorg staff cuti. so, ingat kan xnak buat la sbb mcm x best la x cukup korum..
tp suara2 lain suruh buat jugak, maka, buat la...
beli je pun makanan nya..mkn ramai2 kat ofis, borak2 sambil mkn...heaven..:)
even semua nya lelaki, tp aku suka...diaorg ni otak gila2....
so, mknan semua beli je sbb masing2 malas nak bw dr rumah...beli roti canai kuah kari kaki ayam, pastu kuih muih sikit...
cukup la tu kan..brp org je nak mkn..
bos pun x mkn sgt sbb hr jumaat mknan yg dia ambik terbatas sikit...:)
tghri plak aku ada buat pot luck dgn kwn2...
x ramai gak yg join..takat 4 org je...masing2 bw lauk sikit2 sorg....
mkn ramai2 ni best kan....
kalau kak ina ada lg best nih...hu3x...rindu la kat kak ina....
roti canai kari kaki ayam, depan unikl, dbkl, sme bank kat jalan sultan ismail...
mantop.....
kaki ayam tu ada org x mkn kan...kwn aku ni pun x mkn...
aku pun x mkn, tp sejak abg aku ajar mkn kerabu kaki ayam kat segambut...
smpai skrg aku mkn..korg mkn x kaki ayam nih?
Thursday, April 21, 2011
~losyen palmers~
ntah tetiba dtg angin nak pakai losyen sbb rs tangan dan jari jemari
hr tu nmpak ada sorg officemate pakai losyen palmers nih.
kebetulan lepas tu ada g guadian kat klcc. survey la losyen dia.
ada promosi, beli botol besar pastu dpt botol kecik 50ml jugak.
kebetulan jugak ada pomoter dia kat situ. dia bgtau sekali mcm mn nak pakai losyen dgn cr berkesan. dia bgtau yg mn sesuai utk kulit aku (sbb dia ada 3 jenis)
kena sapu2 dulu kat tangan sebelum ko apply kan kat mn2 bahagian.
seelok2 nya pakai lepas mandi.
awal2 hr tu semangat la...asal lepas mandi je pakai...
tp skrg ni pakai jugak lepas mandi cuma kadang2 terlupa sbb nak cepat...
tp dah dekat 3minggu pakai,
hasil nya ada la perubahan sikit...
rs tangan ni dah lembut
eh eh td kata xnak update panjang2...
tgk..dah panjang jugak entry ni....
mmg dasar kan..kalau dah mulut tu pot poet pot pet...mmg x reti nak menulis pendek2...
okla..okla....dah..bye...
Wednesday, April 20, 2011
~baju tido dan waktu tido~
ni akak ipar aku belikan utk dia. ada la 3 pasang yg cartoon2 mcm ni..
kain dia lembut, sejuk...ni kalau x silap akak beli kat plaza damas. jauh la plak nak ke plaza damas tuh....
ajmal ada jugak 2-3 helai yg corak kotak2, aku beli kat psr malam. tp kain dia erm...kureng sikit la..boleh la utk di pakai tp x brp berkenan la...dulu kat jusco ada jual, ada la aku beli selai 2, kain dia ok la jugak...tp skrg ni dah xde plak kat jusco tu...
hu3x..yg akak bg tu rs nya harga dia dlm rm20++ kan kak?mcm agak mahal la bg bj tdo kan..tp dah alang2 beli, biar puas hati kan. yg kat pasar malam tu rm10-15 kalau x silap. yg kat jusco tu rm15.90.
aku ni jenis kalau nak beli bj tdo anak2, nak cr yg jenis butang depan. kalau time kecik, just cr bj yg butang depan mcm aqil pakai tu. lengan pendek mmg harus. anak2 aku ni senang berpeluh, maka, tiada istilah bj tdo lengan panjang. kalau pakai lengan panjang pun time diaorg newborn smpai 6 bln je....
ada la tgk kengkawan ajmal pakai baju tdo ben10, ultraman, power rangers..tp tu la..jenis t shirt dan lengan panjang. ada jugak yg lengan pendek kan. tp tu la sbb jenis sarung, aku kureng la...
cakap pasal bj tdo, kita terus cakap pasal waktu tdo jugak la. anak korang tdo pukul brp erk? 2-3 minggu kebelakangan ni, ajmal dan aqil bkn main lagi tahan mata, asyik duk main, pukul 1030 ke atas br tdo. hu3x...mmg lewat sgt la tuh bg aku. sbb sebelum ni, pukul 930 paling lewat pukul 10 dah selamat tdo....hu3x...mcm mn la aku nak buat nih...ajmal tu kdg2 smpai ke pukul 1130 br tdo...hu3x...kalau mr azam ada aku x kisah sgt, time dia xde, hazab aku nak tahan mata layan diaorg...camna erk nak bg diaorg tdo awal sikit. kalau hr minggu, aku x kisah sbb ptg tu aku bw diaorg g playground, bg diaorg letih2 sikit (jahat kan cr aku..hah3x..) pastu mlm tu senang+cepat la diaorg tdo....hu3x...
ok korang, bye...
Tuesday, April 19, 2011
~ajmal dan aqil~
jam ben10 tu pun baru beli jugak. hr tu ada nmpak kat times square. dia pujuk rayu aku gak nak beli. aku mintak kurang rm 18 utk 2 utas jam ben10, org kedai x kasi. kirim salam aku nak beli. esok nya aku ajak mr azam g cr kat pasar malam. nasib baik ada. sebiji dgn yg kat times square. rm17-2 utas. suka bkn main lg. asyik la duk telek jam dia tu. yg si adik nya ikut je la abg dia buat apa. skrg ni aku rs kalau nak beli baju, rs mcm nak beli sama. cuma beza saiz je. dulu mcm x suka sbb nnti baju tu xboleh transfer kat aqil sbb nnti kan nmpak pakai bj yg sama je....tp skrg nmpak mcm comel plak bila diaorg pakai bj sama ni. baju power rangers ni pun aqil ada jugak. so, semalam, aqil pakai jugak la...
ni kot 1st baju diaorg yg ada design yg sama....lepas diaorg pakai bj ni la aku rs mcm comel je pakai bj sama design kan....matik la puji anak sendiri
mainan pun aku rs mcm nak kena ada sorg satu. dulu ms aqil kecik, ajmal boleh consider lg utk share mainan dgn aqil. tp sejak aqil besar ni, mcm2 dia usik abg dia. mcm mlm tadi, ajmal duk baring dgn bear tgk yogi bear, aqil tetiba dtg rampas bear tu pastu nyorok tepi aku. konon nak elak dr ajmal dtg rebut beat tu balik la. tp ajmal dia x g rebut, cuma menangis sambil bgtau yg adik dia rampas bear dia. aku suruh dia pergi bagi balik bear tu kat abg dia, dia buat xtau je...nasib baik ada bear ms mok kak dia konvo dlm bilik tu. aku suruh ajmal g ambik yg tu. br la senyap, sorg satu bear. eh..pelik x anak laki main bear? tp bg aku, aku x kisah..layan ye semua dia nak main apa. kalau bab kereta, nasib baik kereta mainan mmg bnyak kat rumah tu..bersepah2...so, mmg xde istilah rampas merampas la...
Monday, April 18, 2011
~e filing~
sapa2 yg nak dpt kan no pin, make sure ambik sebelum 20.4.2011
kalau permohonan nak ambik no pin selepas tarikh tu xkan di layan...
aku x kena bayar pun..hah3x...gaji ciput je kan...hah3x
tp still la kena declare jugak kan....
alah..lgpun bukan nya susah pun kan...
erm..baru2 ni masa tgh dok buat e filing ni,
ms tu buat yg mr azam punya,
tgk2 dpt sikit je lebihan...
aku terus la kata...'ish...gila aaaaa dpt bnyk ni je..'
hah3x..x puas hati punya pasal..mcm la duit aku kan...
ajmal plak terdgr la aku cakap gila..
terus dia kata' eh kenapa mama cakap gila, x baik la, dosa'
aku terus la cakap, 'ops..sorry mama silap cakap'
pastu asyik la duk ulang, 'mama cakap gila..',
ish...rs mcm, eeee kenapa la aku boleh ckp mcm tu
dah ajar benda x elok kat anak..
nasib baik esok nya, mmg dah x dgr dah dia cakap mcm tu...hu3x..
Sunday, April 17, 2011
~latest promotion mc'd~
ok kawan, yg ni latest promotion oleh mc'd..
kupon ni boleh print..so, apa lg..cepat serbu mc'd..
tp jgn lupa, bc dulu t & c tu yea...
Friday, April 15, 2011
~training~
hari apa ntah baru2 ni, bos letak broucher training atas meja.
aku tanya;
aku; u nak suruh i pergi ke ni?
bos; u kata nak pergi course, ni i dpt broucher ni, u pergi la..isi form semua, nnti submit kat i.
tp rs mcm xnak pergi pun ada. tp bila fikir2 balik, pergi je la. course ni pasal grooming & etiquette. bila tgk topic tu, aku fikir, agak nya bos aku ni tgk aku selekeh sgt skrg ni kot. sbb tu dia suruh aku pergi kursus grooming bagai ni kan...xpe la..pergi je la...x luak pun..bkn nya kena byr pun...lgpun dah lama aku x g course kat luar. nnti mula la time appraisal melopong sbb x dpt markah kat bhgn training.
erm..pastu mula la fikir plak, mcm mn aku nak mengepump. ni salah satu faktor yg buat aku malas nak g course kat luar sbnar nya. sbb nak pump tu xtau waktu bila. pastu nanti nak letak susu kat mn....nak kena fikir tuh.
bila aku cite kat mr azam pasal course ni, dia pun kata, 'ntah2 bos u nmpak u x kemas mcm dulu kot, sbb tu dia suruh u pergi course nih' ..hu3x...ampes je mr azam nih...
tp mmg pun, aku pun rs aku dah makin selekeh. dr bujang, kawin, anak sorang, anak 2 org dah makin kurang berseri aku nih. bkn apa..malas sbnar nya nak bersiap bagai ni. aku rs aku perlu buat transformasi la...
erk..korang yg mengepump, kalau g course, letak susu mcm mn erk? ada aku bc, diaorg bw ice pack tu, letak kat dlm beg avent tu pastu letak ice pack. ada jugak aku bc, dia mintak tlg staff hotel simpan kat fridge diaorg. erm...pastu kan, korang pump time break tu ke..mcm mn? erm.......thank u in advance pd sapa2 yg bg pendapat.
Thursday, April 14, 2011
~makan nasi~
maka, bila dah anak mintak nasi, xkan xnak masak kan..xkan nak ikut tekak mak pak nya je kan...kalau ikut tekak kami, x mkn nasi pun xpe...maka nya la kan, tiap2 hari, aku duk pk, apa la menu nak msk utk hr ni..kdg2 menu utk 1 minggu terus aku fikir...tp mesti la stuck sbb kebuntuan idea, xtau nak masak apa utk diaorg. ajmal ni kalau mkn udang, fish mmg laju la. so, more menu yg aku masak adalah based on fish, udang kenkadang sup..
lepas mkn nasi, akan terdengar la plak dialog, "mama, nak cocoa crunch"....aku mcm....ish..anak aku ni..nak kata x mkn nasi, br lepas mkn, nak kata x kenyang, mkn nasi boleh tahan banyak...tp dah anak tgh ada selera makan ni, layan kan je la....aqil pun sama la....nak jugak cocoa crunch. aku bg je diaorg mkn sendiri. kalau mkn nasi pun sama, tp kdg2 last2 tu, aku suap kan je la sbb nak cepat..aku malas nak tunggu. bila dah bg mkn sendiri, tau2 je la mcm mn kan sepah nya...maka, setiap malam (kalau mkn kat rumah la), lepas mkn, tugas aku sapu lantai dan mop lantai. penat weh tp lama2 dah biasa la. ntah la, bg aku, biar la diaorg mkn sendiri....biar la sepah2 pun...
baju comot xyah nak cite la..aku bg pakai bib, x smpai 5 saat ntah ke mana2 bib tu terbang...
muka2 kekenyangan...
korang kalau dinner masak apa erk?
bila dah hampir setiap hari makan nasi pada malam hari kan, maka badan aku pun dah naik. semalam timbang dah naik 51kg. eh takut plak...camna ni erk....risau plak, ina, jom main tenis...ko cari port...hu3x..
Wednesday, April 13, 2011
~lepas~
korang pernah x, cakap cakap cakap...
pastu lepas bbrp minit, korang terfikir..
eh kenapa aku cakap mcm tu erk...
nyesal nya...
selawat bnyk2x...
lagi teruk kalau benda tu di perbesar2 kan...
mmg menyesal x sudah la....
atas bbrp perkara yg x dapat di elak kan,
aku edit balik entry pagi tadi....
jgn tnya aku sapa yg suruh edit balik entry tuh...
drpd menjadi isu yg lebih besar, baik aku tarik diri cepat2...
malas nak bersoal jawab lebih2...
nnti aku jugak yg terkedu....
lepas ni, aku nak blogging, nak guna perkataan aku..
sbb aku rs perkataan me @ saya x sesuai dgn karakter aku...
kadang2 aku cuba buat yang terbaik..
terbaik di mata org sekeliling aku tp aku tahu,
terbaik mana sekali pun aku buat tp kalau dah org x suka...
xde makna nya kan...
buat la apa pun...setia la mcm mn pun...baik la mcm mn pun... taat la mcm mn pun
tp ko xkan dapat apa2 pun....
ok dah...
~pump at work cubicle~
maka, hasil nya mantap kan...:)..i like.... erm..ada sapa2 x yg pump kat work cubicle jugak?nak tau la gak mcm mn u all dok cover erk?
Tuesday, April 12, 2011
~egg tart-kfc~
Monday, April 11, 2011
~jalan raya, internet broadband, hari minggu~
Friday, April 8, 2011
~review-medela swing~
ok, ni compare terus la yea...compare dgn avent manual, dan ameda double pump. tp ameda double pump tu, me pernah pakai sekali je. sj test pump member. ok, komen
avent manual;
-ok, mmg mantap.
-suction kuat
-once ko press, susu terus keluar cuma perlu stimulate sikit utk dpt let down.
medela swing
-ok jugak..mantap. dia akan pump smpai la breast kosong.
-x penat nak press. -once dah pump, susu x keluar lg. ambik ms sikit sbb dia akan massage dulu b****t kita. once susu dah keluar, dlm lebih kurang 1 minit, terus let down.
ameda
-ok jugak, mcm swing la cuma ni double pump, so, lg ok la kan..cepat pun cepat...
masa awal2 pakai swing dulu stress jugak sbnar nya bila susu x keluar even dah start pump. tension gile ms tu rs mcm nak campak je pump tu. tp ada kawan me sorg ni suruh sabar, bg semangat, lama2 dah ok. erm..fikir2 balik, mungkin pump tu ambik masa utk menyesuaikan diri dgn tuan baru dia ni kot. sbb skrg ni dah ok la..kejap je pump, susu dah keluar. utk medela swing ni, leceh nya bila kita kena alert sikit. sbb tubing dia tu me rs leceh sikit. pantang tersentuh sikit ke, tergerak sikit ke, kenkdg dia tetiba stop pumping. tension weh..bayang kan la kalau dah tgh2 let down, tetiba dia ter off sendiri..hangin je rs.....
Thursday, April 7, 2011
~cloth diapers~
Wednesday, April 6, 2011
~kupon free breakfast mcd-latest promotion~
tp kali ni free sausage mc muffin with egg...
x kisah la apa pun kan janji free harus kena laju2 kan...:)
sah dr 1-13 april je tau, so, moh ler cepat2 ye kawan...
____________________________
update; korang semua, yg kali ni kena pakai kupon original je erk..printed mmg x di terima mcm promosi yg sebelum ni tu. so, korang try la cr kat mn2 kupon original ni. biasa nya diaorg distribute kat stesen2 lrt, x pun kat the star paper pun ada kalau x silap...
Tuesday, April 5, 2011
~nugget first pride~
Monday, April 4, 2011
~welcome to my life~
Saturday, April 2, 2011
~dapat hadiah lagi~
Friday, April 1, 2011
~felda residence hot springs, sungkai, perak~
dah lama dah dia plan nak bw kami ke sini..since 2010 lg...thanks dear..:)
me akan cuba sedaya upaya buat satu entry je sbb malas sgt nak buar 2-3 entry..x kuasa la... perjalanan dr kl, 1 jam setengah je. lalu plus, exit sungkai. lepas exit sungkai tu, ada simpang 3, ambik ke kiri pastu nnti belik ke kiri lagi. jgn risau sbb signboard mmg bnyk, so mmg xde sesat la... hari pertama which is hari ahad 27 march tu, kami just ronda2 kawasan, pergi jalan2 sekitar hot springs, kolam mountain tu, tgk tempat merebus telur. org mmg ramai. sesak gile tmpt tu..mn2 kolam pun semua penuh org mandi. lepas tu pergi jalan2 ke kawasan perkampungan felda, cr mknan sikit. mn tau kot2 nnti tgh mlm buta lapar kan. nmpak plak org jual durian tepi jln, singgah mkn durian. sedap...durian kg...aqil pun mkn sama. birthday boy duk dlm kereta, x mkn pun. dia ni kalau durian, kureng sikit. owh ya..lupa nak cite pasal bilik. bilik kami ambik, standard deluxe room. puas hati la..selesa la utk kami 4 beranak ni. sgt berpuas hati. extra tilam, iron board, iron mmg di provide di setiap bilik. kat sini ada deluxe room dan villa je. villa ada yg 1 @ 2 @ 3 bilik. yg villa tu siap ada jacuzi lg...kalau pergi ramai2 baik ambik villa rs nya..berbaloi. malam tu just dinner kat situ je sbb xtau nak pergi mn. kedai mkn nmpak nya mcm terhad sikit. lgpun dlm kwsn kg kan...nak keluar ke pekan sungkai mmg me x nak la sbb jalan nak masuk ke felda residence ni mmg xde lampu jln, so, nak jln malam2 buta, mintak maaf ye..me penakut org nya....
mountain pool-ramai org time nih...
hari kedua, lepas breakfast, kami terus pergi serbu pool. best gile. tp ajmal xmo mandi plak. sbb dia kata bkn pool, dia ingat mcm swimming pool yg biasa, bila tgk pool ni dia mcm x berminat. actually bkn la x nmpak mcm pool tp sbb dia xde la mcm kita kena terjun ke bawah, dia mcm...erk..mcm mn erk..x reti nak explain..hah3x...
bersiap sedia...
see...best kan..xde org...:)
bkn main lg pakai google bagai..tp main tepi air je....
tgk papa dan aqil kat dlm pool, tp dia tercegat je tepi pool....
tgk la tu..nak cecah gigi air pun payah...
dah puas berendam, kami g rebus telur. terpegun tgk tmpt tu...berasap2 tuh...kalau letak kaki mmg melecur la gamak nya...pastu g berendam kat hot water pool plak...lega badan rs lepas berendam kat hot water.
then balik bilik, berehat2, ptg tu mr azam ajak keluar ronda2 pekan, kami pergi sampai ke bidor, jln2 beli buah sikit..lunch kat bidor. susah plak rs nya nak cr kedai mkn kat bidor. @ kami yg terlepas pandang x tau la kan. last2 mkn kat kedai mkn biasa je. nasib baik ok...pastu ingat kan area bidor, sungkai ni ada la tmpt menarik utk di lawati, tp malang nya mmg xde.. kitaorg pergi la kat wild life kat area sungkai tu, tp malang nya tutup plak sbb hari jumaat sebelum tu, ada seladang mati, so, diaorg kuarantin, ajmal smpai nangis2 nak tgk binatang. agak nya dia boring kot sbb xde tmpt menarik pun utk di lawati. pastu balik ke bilik, rehat2. mr azam suruh me pergi buat spa, massage. tp me xmo..bengong kan..org dah nak belanja dah...dia beriya2 pujuk me suruh pergi tp me xmo jugak. siap dia offer akan jg anak elok2. hah3x..bila me ckp xmo, dia bg peluang smpai esok. sebelum balik. heh3x....kat bilik, me dah bosan. anak2 plak xmo tdo. nasib bw mainan diaorg, so, diaorg layan main mainan diaorg. lepas semayang asar, me ajak mr azam g mandi lagi tp dia letih plak, so, bw la aqil pergi. ajmal xnak pergi. layan mandi kat hot pool, mountain pool. best sbb xde org...malam tu kami dinner kat depan kwsn felda residence tu. ada org local meniaga masakan panas kat situ. ok la..x smpai 1 minit pun naik kereta. tp kami naik kereta jugak sbb me xnak jln malam2 buta...hah3x
last day, lepas breakfast, ambik gmbr sekitar kwsn felda residence tu. cantik kwsn dia...lepas tu br la g mandi manda plak...time ni ajmal br la nak mandi dgn happy2....then dia cakap, 'papa, best la mandi sini' wah bkn main lg..semalam beriya2 xnak mandi, siap ajak balik kl lg tuh..huh3x...kali ni pun kami rebus telur lagi. hah3x..semalam rebus 2 biji je hari ni rebus lg 3 biji. mn boleh mkn bnyk2 kan. mandi manda smpai kul 1130. kul 12 br smpai kat bilik. dah la check out kul 12, call receptionist, bgtau nak check out lewat sikit tp diaorg bg smpai kul 1 je. bergegas2 la kami kemas2 brg. ingat kan boleh la extend smpai kul 3 ke. hu3x...punya la terkejar2 plan nak ambik gmbr kat depan entrance pun lupa..hu3x..bila balik kl, br la perasan, x ambik bnyk sgt pun gmbr ms kat sana...hu3x
rebus telur...
kusyuk menanti telur masak
ada batu reflexsology-ajmal siap berlari2 lg..hu3x..
itu la kisah percutian kami...sapa2 yg berminat nak tau pasal felda residence ni, boleh klik sini..
bnyk lagi nak cite sbnar nya tp xde mood bila tgk gmbr, caption, jd tunggang langgang mcm ni..xtau kat mn silap..dari hr isnin lg semua entry jd mcm ni..sedih sungguh rasa nya...ada sapa2 boleh tlg x?