Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Friday, November 15, 2013

~jalan2 bukit bendera~

ok, ni kisah nak naik bukit bendera ni x plan pun...
lepas g makan nasi kandar line clear, cousin and kawan dia ajak jalan2,
bila tanya nak ke mana,  masing2 xtau..last2 decide ke bukit bendera je la...
elok gak tu, sbb mmg plan nak pegi since diaorg dah tukar train baru skrg ni kan..
tp plan u berlegar2 dlm minda i sorang je....
so, bila org dah ajak, kita pun on je la...
ajmal dgn aqil happy la sgt, plak tu ada my cousin and kawan dia yg rajin melayan,
lagi la happy.....

kitaorg mmg 5 beranak serabai sungguh ptg tu..
ye la sbb x plan nak g jalan2 kan..ingat just g mkn nasi kandar je..
i plak baru berjinak2 dgn shawl, 1st time pakai shawl ni, mmg comot sungguh2 rasa....
anak2 lagi la...hahaha...
ni kira nya 2nd time naik bukit bendera ni...
1st time dulu, masa aqil kecik lagi...


 ok, ni harga tiket ye...kitaorg dpt pakej yg 2 adults+2 children tu

 sebelum naik train..sempat lg posing....


say cheeseeeee...:)

 apa ko jeling2 ana oi....

 now dah ada sediakan teropong ni utk tgk view penang, kena bayar ni...rm1 kalau x silap...
kemain lagi excited tgk teropong....

 masing2 muka happy je....

 arissa dah lalok2 dah nak tido...kitaorg x duk lama pun kat atas tu, sbb hari dah nak gelap kan....sekadar minum2 kejap, pusing2 area situ, dah...malam tu ada pesta halloween..ajmal dan aqil dah takut2 dah tgk org pakai pelik2, hahaha..x nyempat2 ajak balik.....so, xde la sewa buggy mcm dulu....


 nampak bendera trg, harus la bergamabr dulu kan..... :)

ok, bye.....

so, itu la je kisah cuti2 kat penang,
bila ntah lagi nak balik sana....
insyaallah, panjang umur, murah rezeki nnti boleh balik lagi,
lepas ni, plan nak balik trg plak....
mmg skrg ni xde tmpt lain la kalau nak g bercuti...
either balik trg or balik penang je la...
:)

ok korang, selamat berhujung minggu semua...:)

Tuesday, October 29, 2013

~haluuuu..........~

salam pagi selasa, x sempat nak bersiaran semalam,
biasa la kalau dah blk kg, mmg terhad sikit la nak sentuh laptop kan....
skrg kami ada kat penang, saja balik since dah lama betul x blk kan..
last balik bulan 3 dulu...
lgpun plan nak bw arissa jumpa saudara mara sebelah mr azam plak....

balik penang ni, aktiviti wajib mmg makan2 la kan,
dah makan serabai taman tun sardon. nasi kandar kg melayu pun dah pegi..
and for the 1st time, we try nasi kandar line clear...
komen i, not bad la...
but for repeat not la kot...sbb banyak lagi choice lain like nasi kandar kg melayu
and nasi kandar beratur...kat 2 tmpt tu lagi sedap kot i rasa...

ok, jumpa lagi esok insyaallah....
kalau ada sapa2 nak pesan jeruk, or apa2 produk from penang, let me know la ye...
i'll be here untill next saturday insyaallah....



Thursday, February 14, 2013

~cuti tahun baru cina~

rasa nya x terlewat lg kot nak wish happy chinese new year to readers kat blog ni....
ada la sorg kwn aku yg chinese dok bc blog ni..
hi dear, bnyk dpt collect ang pow? cukup x nak beli ip5?
hahahaha...
cuti panjang kan hari tu, warga kota berpusu2 an keluar dr kl,
ada yg balik kg, ada yg g bercuti2...
mcm kami ni, duk rumah je la...
lgpun masa cuti thaipusam hari tu kan dah blk kg...
banyak lg kerja nak kena buat, tu yg malas nak gerak ke mana2 tu....

so,time chinnese new year ni, as usual,
every year, kami akan dpt gift dr neighbor sebelah kiri...
neighbor ni mmg rapat dgn kitaorg...dah berumur dah...
tiap kali raya, kitaorg akan bg gift utk diaorg then diaorg mesti bg apa2 jugak utk kitaorg...
then sama jugak kalau chinese new year...
biasa nya kitaorg just beli kacang, biskut, coklat je la....and diaorg pun akan bg benda2 mcm tu jugak....

this year, bertambah lagi satu gift, dr neighbor sebelah kanan.
diaorg ni baru pindah last month kat sebelah ni...
1st kitaorg yg bg dulu gift kat diaorg...and xde la mengharap kan diaorg balas kan...
tup2 ahad tu, diaorg dtg bg gift siap dgn angpow utk budak2 ni....
suka la diaorg.....
 so far, even neighbor kiri kanan ni chinese, tp ok lg la...
diaorg pun selalu tegur kita....
yg sebelah kiri ni ada bela anjing tp x kisah sangat sbb diaorg buat tembok simen tinggi...
so, nmpak space berpagar sikit je...
sebelah kanan mmg xde la bela anjing ni...
tp mmg ok la..diaorg baik la...xde la sombong x bertegur sapa....


ni gift dr neighbor sebelah kanan..
angpow mmg ajmal dgn aqil dah lama rembat...

semalam plak, mr azam balik dr ofis, dia siap tunjuk dia pun dapat angpow...
jeles i tau... hahaha...
dia cite, bos tu still on leave tp dtg ofis semata2 nak bg angpow kat staff...
alhamdulillah dpt bos baik mcm tu... dept. baru dia ni nmpak mcm ok la..
xde la dia stress mcm dulu....

di kala cuti tu, mmg kami x ke mana sgt...
duk rumah, balik umah MIL kejap2, g ikea,g midvalley...
aku rs dah dekat sethn kot x g ke midvalley...ikea tu pun lupa ntah bila last pergi...
mmg since x kerja ni, mmg limited sgt nak berjalan kat shopping kompleks...
sbb poket pun senipis kulit bawang kan...
dr mata aku terkebil2 tgk brg itu brg ini, baik xyah pergi...duk rumah je...
hahahaha...
tp baru ni pun g midvalley, x beli apa jugak...
sekadar bw anak2 keluar berjalan, then beli peralatan tulis menulis sikit...
MPH tukar location pun x tau..hahaha...
g ikea plak sekadar beli rak tv yg berharga rm28 tu. nak guna utk buat meja tulis.....
kalau x, xde nya nak ke sana jugak.....

so, gitu je la kisah cuti 4 hari kami...
best jugak mcm ni..just rileks..
minggu ni keje 3 hari je..nikmat...:)

Monday, July 4, 2011

~khamis jumaat sabtu ahad isnin~

tajuk bkn main lagi mcm nak ajar anak hari2 plak.....
huh...
btw, aku rs mcm lama je aku menyepikan diri...
bkn meyepikan diri...tp x sempat..

khamis tu blogspot buat hal erk...aku bw sana sini, satu org pun aku xleh nak komen....eh boleh la..sorg je..blog kak gorjes...mungkin dia gorjes lebih kot sbb tu aku boleh komen kat blog dia..:)...aku nak post entry pun xleh even dah autopublish, aku post entry tu dr email je....huh3x...punya la semangat nak update blog, sanggup tu.

jumaat-aku dah ada kat kg. yeay yeay..balik kg tp dgn anak2 dan kak je. motif, nak jumpa mak ayah la kan selain tu, nak hntr bj raya g tailor. menjelang jumaat tghri, badan aku menjadi suam2 kuku tanda nak demam. hidung xsah cite, dr mlm td lg, asyik sok sek sok sek je.....tp aku gagah kan jugak jumaat ptg tu g rumah tailor, pastu g pasar mlm. ajmal pau tok ngah dua beli belon yg aku x suka tu..(belon yg mcm dia beloi kat jln tar hr tu)...aku tension je..makcik aku ni layan je dia...dia seronok la.....malam tu, nasib baik dua2 x buat perangai sbb demam aku makin teruk dan aku diserang lelah,(mn x lelah, aku mkn jagung madu bakar, lompat tikam, nasi air, mee sup-sbb nak lepas gian..:)..) mak aku dah bising2 nak bw g klinik tp aku xmo. aku takut. ma urut2 sikit, letak minyak sikit. br la boleh tido. tu pun brp kali dah asyik terjg je.btw, time ni ajmal dan aqil pun dah selsema sikit2...batuk pun sikit2..dr hari rabu tu lg. sbb aku tgk x teruk, aku ingat kan ok la...

sabtu-demam aku makin teruk tp nasib baik anak2 makin ok dgn makcik2 diaorg...ramai wooooo makcik2 melayan diaorg...mmg buat2 x nmpak je aku yg tgh berbaring kelesuan tu. ampes la diaorg ni..:)...tp lelah pun dah ok sikit la. ms ni br la aku bukak cite kat ma dan makcik, yg aku mmg doctor kata ada lelah. dah brp kali doctor bagi ubat suruh sedut tp aku campak ke mn2 ntah. terus la aku kena berleter dgn diaorg, diaorg kata, ubat sedut ni, xde kena mengena dgn allergic apa2 pun...sedut je la...ma suruh cari balik, dan simpan kat rumah, in case kena lelah time tgh2 malam, boleh guna. ajmal dan aqil bkn main lagi pergi pekan, jalan2, pau mokcik dia patung ultraman, pergi mandi swimming pool kat air terjun sekayu. excited gile even aku x pergi. diaorg langsung x kisah aku time ni. hu3x....malam batuk2 makin teruk sikit. mungkin dia ada tertelan air masa mandi tu. aqil pun sama. tp harap2 x teruk la sbb esok dah nak balik kl kan.

ahad-demam aku dah ok tp lelah ada lagi. hebat sungguh penangan mknan2 ni yea....:)...dah 3 hari x hilang2 lagi. balik kl naik bus. ms balik hr tu, naik khamis malam, aku x risau sgt sbb diaorg bnyk tdo. mmg okla..ni naik siang aku rs mencabar sungguh. ni plak 1st time naik bus ni. tp x best la. bnyk berenti. lmbt sampai. anak2 dah kebosanan dlm bus. siap muntah2 lagi. haru biru betul aku rs. pakcik driver bus tu mesti marah2 kat kami nnti bila nak bersih bus sbb nmpak muntah diaorg yg aku x semoat bersih kat lantai. hu3x....smpai kl, mr azam ambik, hntr kak balik rumah. elok kitaorg u turn nak balik, ajmal suruh berenti and pergi balik rumah kak sbb kain hikmah dia tertinggal kat situ ms dia pergi minggu lepas. ms nak g ambik tu, tgk kak masih tgh bukak kunci rumah dia. mangga dia rosak, xleh nak bukak. punya la lama kami duk kat situ cuba bukak mangga tu. last2 aku call budak ofis, tnya ada cutter x. pergi ofis ambik cutter, potong mangga tu. penat x hinggat la. mr azam g masuk kerja terus. kesian dia x sempat nak borak panjang dgn kami. aku dgn kak g mkn, pastu kak hntr balik.

begitula cerita aku..penat sungguh aku rs. hari ni aku mc sbb masih x larat ni. eh tulis blog larat je. xpe..tulis blog bkn nya kena lari setempat kan. ko duduk je depan laptop ni. fuh...kalau buat karangan 1000 patah perkataan aku boleh lepas ni kan...:)

Friday, May 20, 2011

~penang~

lepas dinner tu, balik rumah terus. smpai rumah kat pukul 1230am. terus packing baju sbb pukul 5am tu nak bertolak balik penang...fuh..penat xyah nak cite la...mmg x tdo langsung. dlm kereta je la tdo nya...

sbb dah lama x balik penang kan, maka balik la jugak kali ni.ambik cuti isnin tu, terus sambung ke selasa. ok la kan.. xtvt of course la makan2...eh yg utama nya ialah melawat saudara mara. ye la, balik penang pun jarang2 kan, so, bila balik ni, khatam la gi melawat auntie2 dan uncle2 semua. penat gile. tp seronok jugak sbb ada xtvt mkn2..kalau x mkn kat rumah auntie2 dan uncle2, mkn kat luar la. pasembor padang kota, nasi kandar kg melayu, merlin, roti canai jalan argyll, serabai taman tun sardon, seafood, laksa, u named it..semua aku belasah..
org kata penang ni syurga mknan kan. ye atau tidak, aku no komen tp yg pasti tiap kali balik penang mmg xtvt mkn je yg aku tau...

balik kali ni jugak, mr azam ajak pergi tgk rumah kat sungai petani. tu rumah PIL aku. diaorg beli masa awal2 balik malaysia dulu. diaorg ingat nak duk situ tp kesudah nya x duduk pun. sekali sekala je dtg...dah siap fully furnished, dah renovate bagai semua, mmg cantik la jadi nya tp x duduk. last2 PIL cadang nak jual. dah ada buyer pun...insyaallah x lama lagi settle la semua tu. mr azam ajak g tgk sbb lepas ni mmg dah x de dah dtg sini kan. aku rs mr azam sedih sbnarnya sbb dia suka rumah tu...

okla..xmo celoteh panjang2 sbb malas. aku nak masuk tdo..kain menimbun kiri kanan depan belakang aku ni tp malas sungguh nak melipat nya. ada sapa2 yg tgh buat part time lipat kain x?meh lipat kain kat rumah aku ni. selai baju aku byr seposen, boleh?hah3x.....

aku nak buat satu entry pasal tmpt2 mkn yg best kat penang ni. utk rujukan aku di masa akan dtg...dan utk rujukan korang2 jugak. mn tau kot2 nnti tercampak kat penang or plan nak g bercuti kat penang, boleh la tgk kan...:)..tp later2 la..aku dah x larat dah ni. esok (hari ni, jumaat) aku ada course..xtau sempat ke x bw. bye bye korang.....

Monday, May 16, 2011

~random~

hi korang...mesti ramai yg cuti hr ni kan...

eh eh sebelum tu nak wish, selamat hari guru pada seluruh guru2 di malaysia terutama nya guru2 yg pernah mencurah kan ilmu mengajar aku...

eh eh lupa..hari ni birthday my cousin, nur ain...xde plak gmbr dia..happy birthday ain..:)

btw, hari jumaat baru2 ni blogspot xleh masuk kan. boleh baca je, komen pun xboleh, autopublish pun x keluar...haru kejap rs sbb xleh nak bw..:)

yg pakai domain plak aku tgk kejap kejap duk update...best la org ada domain kan..:)

erk...xnak cakap bnyk la sbb nak bw ni..bnyk blog haru di khatam. and aku plak, ada benda nak buat ni..:) jumpa lagi u all..

selamat bercuti semua..:)

bg teaser sikit, aku masa dinner baru2 ni..sorry la gmbr blur sikit.tunggu gmbr dr camera kengkawan.

Wednesday, March 16, 2011

~4 hari 3 malam~

4 hari 3 malam di kampung....best nya...hilang sikit rs rindu kat kg..
rindu nak mkn keropok lekor, nasi dagang, budu dll...
bkn xbleh mkn semua tu kat kl..tp feel tu lain....
feel makan kat kg rs lebih nikmat...:)

tgh nak resize gmbr...sbb kebanyak kan gmbr semua nya pakai dslr..
org br beli dslr kata kan...harus la test kan..:)
serius mmg xtau camna nak resize gmbr2 tu semua..mmg sgt la jakun...

so, hari ni menulis cerita tanpa gmbr je la...

balik kali ni best la sbb abg pun balik..

so, alang2 berkumpul semua kan, sabtu malam tu open table la..

kat pekan je pun...malas nak g jauh2 lgpun hujan je sepanjang hari, maka mood utk berjalan2 adalah sgt kurang...

makan kat 'warisan pahlawan restaurant' ..
mmg murah gile rs nya...
kami ambik 5 ekor ikan(siakap+kerapu), tomyam, kerabu mangga, kailan ikan masin,
pastu apa ntah lagi, total rm290 je...murah kan...ni 16 org mkn....
taste xde la sgt tp sbb murah dan org belanja, harus la senyap2 je..
:)

hari ahad pun duk rumah je, ptg tu abg mie ajak g air terjun sekayu.
ni 1st time pergi selepas kawin...
so, mmg dah lama gile2 la x g sini....
ajmal dan aqil excited main air...
ma kata, kalau g kat dlm taman pertanian sekayu tu, lg best sbb ada slide, kolam utk budak2 mandi manda...haish....camna ni, tmpt sendiri pun bleh xtau..:)
harus kena pergi lg bw ajmal dan aqil nih...

isnin plak, mmg plan nak keluar g mkn nasi dagang kat marang. dah sampai sini, mcm biasa la..2-2 tempat tu kami test, sama ada kedai mak ngah nasi dagang or kedai nasi dagang kepala ikan tongkol rm45 tu...biasa rs mcm nasi dagang mak ngah sedap tp kali ni, rs mcm kedai nasi dagang kepala ikan tongkol rm45 plak sedap...erm..tp apa2 pun puasss.....:)

lepas tu bergerak plak ke kg bukit tok beng kat seberang takir. misi membeli keropok lekor. keropok lekor kat sini sedap dr keropok lekor kat kg losong. canggih gitu skrg ni kedai keropok lekor ni, siap pakai sistem no giliran lg. ambik no, pastu bila di panggil br order nak brp puluh hengget keropok lekor nya...hari ahad, abg dah pergi, dia tunggu 2 jam utk smpai turn dia...so, ms smpai tu, dpt no 1070. no tgh jalan 1027. dah rs mesti mr azam tarik muka...ye la, org laki kan mn suka tunggu lama2 ni..my ayah pun gitu...x suka tunggu lama2...hu3x..ms no giliran 1030-1040, i perasan, yg betul2 pergi kat kaunter tu ada 2 org je kot...bila smpai no 1041-1050 ok lg la..servis agak laju jugak....bila smpai 1051-1060, mr azam perasan yg ada sorg brader ni, dtg dgn wife, anak2 dan parent, terus ke kaunter,(kebetulan ms tu, ada no di sebut) order keropok. yg kakak kat kaunter plak mmg x mintak kertas no tu, so, brader tu senang lenang sungguh, order pastu balik..xyah tunggu lama2....bnyak cikadak kan..senang mcm tu...lepas je turn brader tu, dia annouce no tu, me terus je ke kaunter, order...terus selesai..bengong kan..kalau tau mcm ni, dr no 1030 td, i dah pergi kat kaunter tu...adoi la..nak pakai sistem no sgt...tp x efisyen...i tgk brader yg dtg sebelum i pun x di panggil lg ms i nak balik tu..kesian..nak buat mcm mn...xleh salah kan customer rs nya, salah kan tuan kedai la yg x efisyen....tu x kira lg yg dtg ikut dapur pastu terus order....buat malu org trg je me rs, ye la..bayang kan kalau org dr luar tgk korang buat mcm ni, x efisyen...malu la....terus la teringat kat abg yg duk tunggu 2 jam ms hari ahad tu...kesian kat abg...hah3x....

dah habis beli keropok, g mkn ikan, udang, sotong celup tepung plak...waaaaa......best nya...fresh gile....rs manis2 ikan tu...huish..nikmat....bleh plak ms mkn, aqil muntak kat kedai org tu, i plak duk kalut, x pergi mintak maaf pun kat kakak tu..bila tgk kakak tu duk lap muntah tu br la terhegeh2 g mintak maaf..hah3x..nasib baik kakak tu ok je...ingat kan kena marah dah...ye la..tgk muka dia garang gile....mr azam said, don't judge book by it's cover....baik la bebeh...:)

erm...lepas mentekedarah, terus balik..mmg x pergi pun town kt sbb penat ya amat...hari isnin tu cuaca panas sikit....nak singgah desa murni pun larat dah..so, mmg xde la membeli kain bj kurung dan tudung...:)...xpe la..next time la...

hari selasa, balik kl.....:)..so tu la kisah 4 hari 3 malam di kg....erm...puas hati sbb tgk ma dgn ayah ceria muka dpt main dgn cucu2..ye la..bkn selalu jumpa pun...nak balik pun bkn senang kan, mr azam nak dpt cuti bkn main lg susah....

erk..bila la nak balik lg nih....dah rindu balik kg lagik....:)

Sunday, February 6, 2011

~cuti dah habis~

hari ni last day aku bercuti panjang...haish...kejap je rasanya....x puas la lagi...
x puas berehat kat rumah....xde la berehat sbnar nya sbb mmg sibuk dgn kerja2 rumah...
layan anak, kemas rumah, sapu rumah, mop rumah, basuh kain, lipat kain, iron baju, masak...
mana2 kerja2 yg tertunggak nak buat sebelum ni, ms cuti ni la aku buat semua....
penat sungguh2 rasanya...
aku terfikir, camna la suri rumah yang ada anak ramai2 duk rumah jaga anak sambil buat kerja2 rumah kan....teringat la camna ma besar kan kami adik beradik dulu...hu3x...

mmg best bila duduk rumah dgn anak2 je...setiap masa, anak ada depan mata kita...anak makan masakan kita..

melayan ajmal dan aqil mmg mencabar bg aku..2-2 hero, erm...2-2 berbeza karakter....
mmg jenuh..tp apa2 pun aku ambik semua ni sebagai cabaran..cabaran seorang ibu membesar kan anak nya...

oklah korang...nak menulis lg ni..tp si aqil ni nak susu plak....ok..kepada sapa2 yg br nak balik kl tu, hati2 di jalan raya....aku dgr highway dr semalam dah jammed kan....take care u all....

Wednesday, February 2, 2011

~lepas gian~

sbb cuti panjang ni x balik kg,
maka x berkesempatan la nak mkn nasi dagang, keropok lekor , budu bagai kan...
bagi melepaskan hajat, semalam aku ajak mr azam g mkn nasi dagang...
as usual la kat mn lg kalau bkn glenmarie...
gile jauh kan..nak mkn nasi dagang smpai ke glenmarie...
nak buat camna, sini je nasi dagang yg melepasi piawaian tekak aku....



smpai pun dah agak lewat..kat pukul 10am..
tgk2 nasi dagang xde...agak kecewa la...
pastu nmpak dia tulis, nasi dagang bungkus...
aku tnya la..yg ni nasi dagang yg biasa tu ke?
dia jawab ya..cuma beza nya kali ni diaorg bungkus...
ngam ngam je ada 2 bungkus...



alhamdulillah..lepas hajat mkn nak mkn nasi dagang...
ramai org suka nasi dagang ulek mayang kan..
tp nasi dagang ulek mayang x berapa melepasi tahap piawaian tekak aku la...
kalau terdesak sgt nak mkn..boleh la...

kat kg baru ada gak nasi dagang sedap tp dia guna beras merah...
aku mmg reject dulu la kalau nasi dagang guna beras merah ni..
ntah...x serasi kot nya dgn tekak aku....

ms kami mkn tu ada la tgk ramai gak customer yg masuk cr nasi dagang tu...
fuh..seb baik la smpai awal sikit....
ermm....rest. ni kelemahan dia, dia bukak hari bekerja sahaja..
kalau org cuti public holiday pun dia pun tutup la...
mcm semalam, cuti hari wilayah je kan, org selangor still keje,
tu yg dia bukak jugak tu...even hr sabtu pun diaorg tutup...
hr tu aku pernah tnya owner dia,
dia kata, sbb area glenmarie tu kan bnyk ofis2 je..
so, kalau diaorg bukak jugak sabtu or public holiday,
mesti kurang org dtg..baik tutup je kan...

eh..dah bnyk melalut la
i nak masak plak ni..
ok la..bye bye..happy holiday ya....

Tuesday, January 18, 2011

~1st holiday 2011~

port dickson menjadi destinasi pertama kami utk holiday 2011.

kan ke bln dec hr tu aku duk kecoh2 nak g bercuti kat PD kan..
mr azam kata, xpe la..nnti bila free sikit dia nak ajak g PD.

kebetulan weekend br ni mr azam off..so, kebetulan pulak banglo staff (company mr azam) still available ms 2 minggu lepas. dia try apply, dapat la..alhamdulillah..

so, pergi 3 hari 2 malam..
kalau ikut kan mcm boring kan pergi lama2..padahal xde apa sgt aku rs kat pd tu melainkan mandi manda kat pantai.
tp mr azam kata xpe la..dia nak rehat sikit sbb bln 12 hr tu teruk sgt dia keje...

oleh kerana banglo tu besar, maka mr azam pun ajak la family dia dan sepupu sepapat dia. so, yg dtg PIL, SIL, BIL dan 2 family (sepupu mr azam)...
bila ramai2 best sikit kan..

dulu pernah pergi banglo staff kat melaka, pastu ms g cameroon highland hr tu pun duduk kat apartment staff jugak. so far mmg berpuas hati la dgn benefit company mr azam ni....

gmbr x bnyk sgt ambik sbb aqil asyik xnak dgn org lain..asyik dgn aku je..nak aku dukung je..padahal anaka2 cousin mr azam tu ada la 2-3 org yg bleh main sama2 tp langsung xnak. sombong sikit kot anak no 2 aku ni...heh3x...


ms ni br smpai..PIL x smpai lg ms ni..so, kami berkonvoi 3 buah kereta ni je dulu...


halaman tepi...besar giler...


kawasan blkg banglo


tingkat atas rumah....ada 4 bilik...


bilik tido....


view dr dalam bilik....






ptg tu kitaorg bersiap utk buat bbq malam tu dan jugak buat majlis potong kek sempena birthday anak sepupu mr azam...kitaorg (read; aku, mr azam, sorg cousing mr azam, dan adik mr azam) berlumba2 hidup kan bara api utk buat bbq. aku sorang, diaorg bertiga..sapa yg dpt hidup kan dulu, di kira pemenang..tp x dpt apa2 pun..sj suka2..heh3x..kat atas ni bara yg aku hidup kan..tgk..x sia2 ayah dgn ma ajar aku hidup kan bara api utk bakar ikan.(ayah aku suka mkn ikan panggang, so, kami adik beradik mmg di ajar utk hidup kan bara api utk panggang ikan.


ni yg diaorg bertiga hidup kan..kira nya sama2 menang tp aku rs aku layak digelar juara sbb aku sorang diaorg bertiga..heh3x...


sate, lamb, ayam, sosej


gigih duk membakar..ms ni ajaml dgn dua pupu dia g main pasir kat tepi pantai. aqil lak biasa la..asyik melekat je dgn aku.....


antara mknan yg di hidang kan. kalau ikut kan pinggan mangkuk semua lengkap kat rumah ni..dgn dapur gas, cerek elektrik, peti ais...tp kami prefer bw sendiri periuk, pinggan mangkuk sbb meragui sikit bekas2 org guna. maklum la staff kat company mr azam ramai c**a..takut la diaorg letak mknan yg x sesuai utk kita mkn kat pinggan tu kan..


nasi goreng cina-aku buat. (eh perlu ke bgtau aku buat???..:)..)


tgk anak no 1 aku...terlebih happy mcm dia sambut birthday..pakai topi beriya2..org lain x pun...


tgk...anak no 1 aku tu lg...


hari ahad tu plak, pagi2 aku, mr azam, SIL dan cousin mr azam g pasar. 1st2 ingat nak cr nelayan yg br smpai dr laut. kot2 la bleh beli ikan2 murah sikit..tp x jumpa plak. pastu g pasar, beli ikan, sotong, udang. balik tu, bakar utk santapan tghri...fresh gile..dah la murah...huish....


air asam...main campak je ikut bhn2 yg ada...tp sedap..:)

malam tu ingat kan nak pekena seafood kat kedai..mkn tomyam ke..siakap ke...tp sbb MIL aku bw lauk, so, panaskan lauk yg ada...mr azam bleh plak tgh mlm tu dia dgn adik dia, dan sepupu dia g mkn tomyam...eee...geram aku...tp tu la..camna aku nak pergi..budak 2 org tu dah tdo..


last day, kami berjalan2 di sekitar pantai je...ms gmbr ni di ambil, aqil tdo, so, x bw aqil..jalan2 tepi pantai... tp pagi tu aku ajak mr azam g pasar balik. nak beli hidupan laut utk bw pulang. malam td aku msk siakap sweet sour...fuh...best gile..ikan dia segar sungguh...kak, rugi deme x mari mlm td...


ajmal excited bw bekas mainan konon nak main pasir...padahal mak pak dia nak g bergmbr je...






ketam kecik2....geli aku tgk....


tgh cr ketam....

alhamdulillah percutian kami ni berakhir dgn kepuasan dan kegembiraan....

so, lepas ni next holiday kat mn yea mr azam????...:)

actually entry semalam tu x habis taip. duk update dr hp je..malas nak menaip panjang2..tu yg tulis ala kadar je tu...nnti aku ingat nak sambung balik entry semalam tu....

so, abg hasnul, shukor...pertanyaan anda telah terjawab yea..:)..pasni kerap lg masuk sini erk..:)

Tuesday, January 4, 2011

~zoo negara~

aku dah lupa bila aku pergi nih..tp kalau x silap aku dalam pertengahan bln dec hari tu. nak habis kan cuti tahunan, ambik sehari je sbb nak bw anak2 g jalan2 kat zoo negara. unfortunately, hari yg di rancang tu, aqil plak demam. mr azam nak cancel je tp aku ajak jugak pergi, so, kitaorg pun gigih la jugak pergi..alhamdulillah aqil ok je ms pergi tu....

gmbr x bnyk pun ambik sbb aku penat. penat weh jalan2 kat dlm tu..kitaorg x naik tram tu sbb ingat nya nak bw ajmal dan aqil menerokai zoo tuh...erm..korang layan je la gmbr..mn yg aku rajin buat caption, aku buat..kalau x, korang pandai2 la tgk dan buat caption sendiri...:)







muka aku yg sememeh..mmg malas sungguh nak bersolek bagai skrg ni....













kura2 paling tua..brp ntah umur dia...100 thn lebih kalau x silap..


animal show...

cukup la setakat tu je kan...gmbr bnyk kabur...maaf la menyerabut kan pandangan korang. ambik gmbr pakai kamera hp je sbb mr azam malas nak pegang kamera. cukup la kan jadi bukti yg aku dan mr azam pernah bw anak2 dtg sini. ni salah satu proses pembelajaran diaorg mengenal haiwan. aqil dalam sakit2 pun excited jugak bila tgk binatang2 tu....

yg x tahan nya ajmal..bila nmpak lembu, terus dia cakap...'papa, telefon tok ki cepat, mal nak bgtau dia, mal nampak lembu dia banyak kat sini' hu3x.....mcm la tok ki dia je ada lembu....hu3x.

okla..tu je takat hr ni.. aku xde mood sgt nak berblogging hr ni sbb ada terjadi satu insiden mlm td...alhamdulillah kami semua selamat....oklah u all...bye..

Tuesday, December 14, 2010

~taman klcc~

patut nya weekend br2 ni nak ajak mr azam dan anak2 g short vacation kat pd kan. pastu tetiba plak dia kata, x payah la sbb kakak dia turun dr penang. so, harus la kena berkumpul kat rumah cheras kan...so, cancel la plan nak bw budak2 g mandi swimming pool...

then, mr azam terfikir la nak bw anak2 dtg mandi manda kat taman klcc tu...semangat tunggu hari ahad sbb nak pergi mandi swimming pool kan. gigih la aku dah pk nak buat makanan apa. ye la..dah mandi manda tu mesti lapar kan...

sbb hari sabtu duk rumah cheras, so, x sempat nak g beli nugget. cadang nya nak goreng nugget, sosej and buat sandwich je. balik dr rumah cheras tu dah kat pukul 11 malam, mn ada kedai bukak jual nugget lagi kan. xpe la, buat je la apa yg ada.

bangun2 pagi ahad tu, terus la gigih buat sandwich nya..pastu goreng sosej. aku dah cakap kat mr azam nak g awal..xde la ramai sgt org kan. siap2 semua, dalam pukul 830am, kitaorg pun bertolak la dr rumah. pastu rasa nak mkn bihun goreng, singgah kat warung kat jalan chan sow lin jap. smpai kat taman klcc pukul 950. tgk2 swimming pool bukak pukul 10. haish....tension gue...layan la anak2 main kat playground dulu. seronok la diaorg sbb bnyk tmpt nak main dan masa tu pulak x ramai org lagi. pastu mr azam ajak mkn..bukak la bekalan yg di bawa, mkn la kat situ..best la sbb bnyk bangku2 dan meja di sedia kan, so, xde la kena hampar tikar bagai kan...aku dah siap bw tikar dah..heh3x...







bkn main lg seronok ye main....


ms ni x ramai org pun lg..


fikir apa tu aqil..


ajmal nak 'fire' helicopter...


bekal....


ni aku rs gmbr aqil yg paling cantik dlm bnyk2 gmbr dia....

pukul 10 je..berduyun2 budak2 berlari menuju ke swimming pool. mmg ramai aku tgk parents yg bw anak2 yg menanti je utk menyerbu kolam tu. ingat kan nak call adik aku suruh bw adini dtg, sekali tu ,adik aku x angkat fon plak. hu3x..mandi ramai2 lg best kan.

mr azam yg banyak layan diaorg mandi..bkn main lagi ajmal dan aqil. happy tgk muka diaorg asyik tersenyum kegembiraan. mandi sekejap je..dalam 20-25 minit gitu sbb aqil dah terketar2 kesejukan. ajmal plak nak mandi lg tp bila dia masuk je kolam, aqil pun nak ikut sama. so, mr azam kata, dah la..balik. lgpun nnti lama2 berendam x elok jugak kan. aqil pun dah start berhingus dah. nasib baik x melarat.


mr azam layan anak....


apa la diaorg ni duk borak....


ajmal yang happy...


aqil makin lama makin ke tengah...


aqil yg happy dpt main air...

alhamdulillah..gembira sbb dapat menggembirakan anak2. bkn senang nak bw diaorg keluar main2 mcm ni.

erm..tp nak cite sikit la pasal taman klcc ni. ni bg mereka2 yg x tau la kan. kat notis board tuh, dia ada bgtau, tp gmbr yg aku letak tu mn nmpak tulisan dia kan, so, ni meh aku kabo sikit2..

-xleh bw apa jua permainan utk masuk dalam kawasan swimming pool tu. bola, pelampung or whatever la yg korang selalu buat main ms mandi kat swimming pool tu, mmg xleh bw masuk. so, main air je la sesaje.

-org dewasa mmg xleh pakai pakaian mandi utk mandi dlm swimming pool sbb tu hanya utk budak2. org dewasa boleh masuk dalam swimming poll utk mengawasi anak2 je. even kat playground tu pun, org dewasa xleh nak main buaian tu ke, ap2 yg lain la..kalua korang ingkar, siap la bingit dgr bunyi wisel, guard hala kat korang.

-kat kawasan swimming pool tu xleh makan ye. swimming pool tu dia mcm ke bawah sikit. kena turun dalam 3 anak tangga utk ke kwsn tu. so, kat bawah tu, ada jugak tmpt duduk yg bleh kita duduk sambil tgk anak2 mandi. tp kat situ pun xleh mkn. nasib baik kami dah mkn kat kwsn playground td. hu3x...ni pun tahu bila org yg duduk sebelah kami tu mkn, pastu guard pergi bgtau dia yg xleh mkn kat situ.

-nak ambik gmbr x bleh unless ko ambik gmbr anak2 ko mandi. ada pelancing dr mn ntah, nak ambik gmbr kat kolam la konon2 nya. tup tup guard dah bunyi kan wisel.

bg aku nmpak mcm strict sikit la. tp bila pk +ve, bagus jugak. sekurang2 nya terjaga jugak taman ni. kalau x, ntah2 nmpak mcm kawasan apa je...

ok la kawan2, tu je cite kali ni..bye bye...