Showing posts with label jalan tun razak. Show all posts
Showing posts with label jalan tun razak. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

~3rd ramadhan~

aku up kan cite 3rd ramadhan dulu...cite 1st n 2nd ramadhan dan cite2 lain, duk diam2 dulu yea...

minggu ni aku rs menguji kesabaran aku sungguh..
mcm2 hal yg berlaku...
tp sabo...sabo.....
tp semalam, kesabaran aku dah menipis....
meroyan aku kat twitter...
hah3x..kawan2 di twitter diam2 udah....
ala..kwn di twitter aku brp kerat je..mmg xmo add ramai2 pun...
sbb aku nak buat situ tempat meluah kan perasaan..
hah3x...jgn lepas ni ada org hack a/c twitter aku dah la yea....
fb aku skrg ni x privasi sgt la...
susah nak berkomunikasi..bnyk sgt spy2...

ok..dah..tutup cite itu...

balik ptg tu plak jammed gile...
jammed lg teruk dr hari pertama dan kedua puasa tuh...
dr ofis ni nak ke bulatan pahang 15 minit....padahal sekangkang kera je...
last2 aku decide nak balik ikut jalan tun razak....
stuck pulak kat traffic light th selborn...
dah la temper tgh tinggi, org plak main potong q, lagi la aku berangin....
siap nak gaduh dgn sorg brader nih...
ye la...ko ingat ko sorg nak cepat..nak berbuka pose...
ko ingat mentang2 ko lelaki bw keta beso dr keta aku, ko boleh cilok aku?



baik ke utara or ke selatan, kedua2 arah jalan tun razak ni mmg jammed gile..hazab..keta x bergerak...


taxi depan tu dgn keta hitam sebelah aku ni nak cilok masuk...


taxi tu mmg berjaya sbb kancil dpn aku ni bg..pastu keta hitam sebelah aku ni nak masuk depan aku...kirim salam beb....ko ingat keta ko besar, ko boleh takut kan aku?


dia duk himpit dan himpit..yg kancil depan aku ni bangang, dia bw slow2 ke kiri, so bg gap keta hitam ni nak masuk. hangin aku. aku himpit2 seb baik x bercalar keta aku dgn keta hitam tu..dan of course la keta aku dpt lalu dulu..keta dia duk blkg keta aku..padan muka..:)

stuck kat traffic th selborn tu plak kat 1/2 jam...aku call mr azam bgtau,

mr azam suggest suruh lalu;

jln tun razak-jln yap kwang seng-jln pinang-jln bukit bintang-smart tunnel-besraya.

tp masa kat jalan pinang tu mencabar kewibawaan sungguh...semua dok pakat cilok2...
bila smpai jln bukit bintang, nak lalu short cut nak g ke smart tunnel tu
boleh plak aku tersalah jalan...nasib baik ada abg polis traffic, boleh la aku mengadu damba tlg bgtau jln...terima kasih abg polis traffic...:)

smart tunnel ke besraya-4 minit sajor...best gile bw keta laju2....
tp aku ni kalau masuk smart tunnel mmg suka bw keta laju2 pun unless kalau jammed...
sbb aku x suka smart tunnel..aku rs mcm terperangkasp kat dlm tu...
kalau masuk dlm tu, sokmo istghifar bnyk2....
kang tetiba dia runtuh ke..apa ke..nauzubillah.....



ni masa baru masuk smart tunnel, so, x bw laju lg la....:)
aku rs aku ni jenis seorg yg x sabar time memandu....
dah mmg jenis mcm ni nak buat mcm mn lg kan..
aku x suka kalau org tetiba nak potong q depan aku....
kalau nak potong q boleh, tp potong blkg2 sikit....
ni dah nak dekat u-turn, or masuk simpang br ko nak potong, mmg aku hangin....
jgn harap aku bg..maaf la yea....

--------------------------

pg td aku ber istghifar sekejap...
aku fikir, mcm mn org2 yg kuat iman, alim, berbudi pekerti tinggi mengawal kemarahan..
kalau apa yg terjd pada aku ptg semalam tu terjadi pd diaorg,
apa agak nya diaorg buat yea.....
sah sah la x meroyan mcm aku ptg semalam kan...
hu3x....korang kalau korang marah, korang buat apa erk...pendam ke lepas kan terus...

Wednesday, June 29, 2011

~free parking dan kena kejar dgn polis~

ok.....
ni cerita mengarut sikit..tp nak tulis jugak sbb nak buat kenangan..:)

hari isnin baru ni, nak ke c******k, jln ampang. biasa aku pergi naik bus je..
sbb kalau naik bus, aku boleh melencong g ampang park ke, klcc ke....

tp isnin baru ni, aku mmg nak kena pergi bank tu dan nak kena jugak pergi ke kg pandan.
so, nak x nak, kena la bw kereta. pasrah je la kan..aku dah bajet parking mesti mahal.
dah nak buat mcm mn..padahal aku pergi bank tu pun kejap je...
masuk parking.rate rm3.50/hour. 15minit pertama percuma.
alhamdulillah senang dpt parking. aku x perlu round bnyk kali nak dpt kan parking.
tp parking jauh sikit dgn lif. xpela...gigih aku kuar kereta, g kat lif,
x smpai 5minit, urusan dah settle. nak kuar parking plak, q panjang.
smpai turn aku, nasib baik la kurang dr 15 minit...
alhamdulillah...x payah byr, kalau x, sia2 je..g kejap je tp byr rm3.50.
eh gile berkira aku ni kan.....:)

dr jalan ampang, nak ke kg pandan aku ingat nak guna jalan dlm...
ikut jln conlay, jln stonor, bukit bintang nnti keluar depan pcmc tu kan....
tup2 masa smpai satu simpang 4 nih,
aku dgr siren polis vip nak lalu.
aku tgh berenti kat traffic light sbb lampu merah.
kereta aku satu2 nya kat jln tu.
aku mmg xleh ketepi sbb aku duk lane kanan.
polis traffic berenti tepi kereta aku.
aku x pasti yg aku x faham arahan dia or dia yg kelam kabut bg arahan kat aku...
se pemahaman aku, kejap2 dia suruh pergi, kejap2 dia suruh aku stop situ...
tp bila dah kereta polis dok kat betul2 blkg kereta aku sambil siren dia bunyi kuat gile,
aku dah cuak, terus aku jalan....masa aku jalan tu, aku nmpak polis traffic td geleng kepala tgk aku mcm nak marah pun ada.
aku dah cuak. aku bg signal berenti tepi jalan kat depan tu sikit.
cuak ko...
vip tu nak g royale chulan tuh..hoh...tension aku...
lepas dah ok sikit, aku bw kereta balik...
oleh kerana cuak x hilang lg, aku silap masuk jalan...
kuar jalan tun razak balik. huh.
nasib baik la aku tau la jln2 area klcc, bukit bintang tu...
xde la berpusing2....hu3x....

aku rasa ni la antara perkara paling kelakar yg pernah aku alami...
cuak+takut=kelakar
berbakul dapat nasihat dr mr azam lepas dia tau cite nih.
suruh bw keta elok2...
eh tp bkn salah i la..tu salah polis tu...hah3x..

Monday, April 11, 2011

~jalan raya, internet broadband, hari minggu~

panjang tajuk kan, so, dpt bayang la panjang mn cerita yg me akan taip nih..separuh dah taip kat rumah, separuh kat ofis.



jalan raya

dah 2 minggu rs nya, setiap hari isnin, jalan sungai besi-jalan tun razak clear.amazing la bg me. ye la, hari2 duk ngadap jalan tu, td masa bertembung dgn kereta yg exit dr MEX highway tu, tgk2 polis buat giliran, bg kereta dr mex jalan, stop kan kereta dr arah jalan sungai besi ni, and sebalik nya la. so, jalan nmpak sedikit clear. rs kalau hari2 polis traffic buat mcm ni kan bagus, kalau setakat nak duduk terpacak tgk kereta lalu, sapa2 pun boleh kan.


internet broadband

dah alang2 cite psl internet, internet kat ofis masih lagi block gmbr2, ntah apa la staff2 it ni duk godek. so, time nak bw, xleh la tgk gmbr2 kat blog kawan2. ok pasal internet broadband plak, nak tnya la, ada sapa2 guna digi broadband x? ok ke x erk? nak tau review pasal digi broadband la.


hari minggu

hari sabtu mr azam keje 8am-8pm. so, ikut kan nak duk rumah je, tp kak ajak g ikea plak. dah hampir sebulan dah kak nak ajak ke ikea, tp sbb dia sibuk la kenkdg me plak sibuk, so, hari sabtu br ni la jadi...keluar seawal 9am sbb konon2 nak balik cepat la..tp sebelum smpai ke ikea tu, singgah sana singgah sini, pukul 1030 jugak la smpai ke ikea. yg best ke ikea ni pagi sbb parking banyak lagi, x payah nak cari2, cuma perlu cari yg dekat dgn entrance je. sampai je, alas perut dulu, mkn sandwich je memandang kan meatball diaorg akan serve pukul 1130. ramai betul me tgk muka2 kehampaan utk mkn meatball termasuk la me...:)


lepas mkn, maka bermula la sessi tawaf kat ikea. jalan punya jalan, list brg itu brg ini, nnti senang nak g ambik kat warehouse kan. actually kak la yg bnyk membeli sbb dia kan br pindah rumah, so, dia dlm mood nak makeover rumah dia la. bila masuk bhgn perkakasan dapur, itu ini di rembat. ajmal dan aqil pun terjebak sama, ambik susu dan mangkuk plastik ikea tu. ajmal siap bg alasan kat mok kak dia, 'mal nak buat mkn cocoacrunch la' ..hah3x..pandai la tu. me x beli apa2 pun, ingat nak beli bekas sudu tu, tp saiz dia panjang plak, drawer kat kitchen cabinet tu pendek la plak. eh ada jugak beli, beli acuan agar2 bentuk fish. cadang nya nak buat agar2 tp smpai ke saat ni, agar2 tu x muncul pun lagi dpn mata..hah3x..punya la penat berjalan2 aqil siap tertido2 lagi. sakit pinggan duk dukung dia. dah la sling dlm kereta mr azam. guna carrier je, nasib baik la carrier tu muat lg dgn dia. heh3x..


smpai je kat bhgn warehouse, me dah penat gile..x larat sungguh. tp nak xnak kena terus kan juga sbb dah nak habis shopping kan. ms nak ambik meja mkn tu, kitaaorg duk cuak sbb berat gile..cmna nak angkat kan. mintak tlg staff ikea. dia suruh ambik je yg diaorg dah letak kat troli tu. owh rupa2 nya yg kita nmpak bnyk2 yg kat troli tu, staff ikea yg dah siap2 letak, cuma kita perlu ambik je la..senang gitu kan. ms part sofa plak, haru jugak sbb kotak sofa tu besar. dah la diaorg x letak kat atas troli, panggil staff ikea, diaorg yg tlg letak kan ats troli. pastu duk fikir, nak pakai ikea delivery ke nak dtg lg sekali, angkut dlm kereta mr azam. fikir fikir, mms kat mr azam, tnya dia, muat ke x kat kereta dia, dia kata muat. so, decide dtg mlm nnti or esk pagi utk angkut dgn kereta.


so, kami pun pulang dulu, dgn beli brg2 kecik je. ajmal dah siap cakap, ' mal nak mkn, mal lapar, hah3x...kesian anakanda saya nih, ye la..ms tu dah pukul 3 dah. masuk kereta bg dia susu, dia tdo la plak. decide nak mkn kat delifrance since me bgtau kat kak, lasagna delifrance sungguh sedap. so, menyinggah la kami ke delifrance midvalley. alhamdulillah parking senang dpt. ajmal mkn 1 mangkuk lasagna, sgt2 terkejut. lapar sungguh anakanda...kesian dia. heh3x...lepas mkn, singgah harvey norman jap terus balik. smpai rumah, terus siap2 sambil tunggu mr azam balik. pukul 9 malam terus gerak ke ikea. smpai2 je, terus ke bhgn warehouse, tgk2 troli yg kami tinggal kan tadi, ada lagi x terusik pun. ha3x. staff ikea tu siap tnya kak, 'adik, dah lama ke letak brg kat situ' hah3x..ye la ms kami smpai tu, kebetula rmai staff ikea kat situ, kami plak, smpai2 terus ke troli tu. lepas byr, terus angkut ke kereta. me dah cuak sbb takut x muat. but alhamdulillah muat. x sangka betul. cuma seat blkg dgn seat tgh tu mmg kena jatuh kan la. balik2 terus ke rumah kak, pasang2 terus, pukul 2 pg br tdo. penat gile. tghri semalam balik rumah, semua terbungkang tdo, kepenatan.


tu la cerita weekend yg penat. tp puas hati la. dah habis satu part. kak pun mesti dah puas sbb niat dia utk beli sofa dgn meja mkn dah lepas.

gambo nan ado sbb x sempat nak upload kat rumah td...:)

Wednesday, March 30, 2011

~smart tunnel~

smart tunnel yang x berapa nak smart... benci..hari ni keluar rumah lewat, letih sungguh la.... tgk2 besraya jammed, kl-seremban highway jammed... dah pening xtau nak ikut jalan mana.. mula la buat imaginasi sendiri, 'kan best kalau kereta ni boleh terbang' erm..bila dah lewat tu, mcm2 la fikir kan.. so, fikir2 nak lalu smart tunnel la... belum pun palang terangkat lepas bayar rm2, i dah tekan minyak dgn harapan boleh speed sampai 80km/hrs.. tp musnah sbb x masuk pun lagi tunnel, kereta dah bersusun... jammed.... kereta bergerak dgn kelajuan yg x sampai 20km/hrs pun.. adoi la...geram sungguh rasanya... rsnya ada la dlm 15minit kot duduk dlm tunnel.. i ni dah cuak, mula fikir mcm2... 'mcm mn kalau tunnel ni tetiba runtuh, mn nak lari' (heh3x...pastu terus la nmpak signage pintu keluar) lega sekejap..pastu fikir lagi 'camna kalau accident, mesti jammed teruk sbb 2 lane je kan' tup tup....mmg ada pun..tp kereta rosak la... dah la rosak kat lane yg i duduk...mmg hazab... patut la tgk lane kiri laju je...rupa2 nya lane kanan kereta rosak... takut nak duduk lane kiri sbb x pasti brp jauh lagi nak keluar tunnel kan.. sbb nnti dia akan berpecah 2, sebelah kiri menghala ke jalan sultan ismail sebelah kanan menghala ke jalan tun razak... kang tetiba duk lane kiri, nak tukar lane kanan susah..lagi leceh.... keluar2 ke jalan tun razak, seb baik clear je....x brp jammed la... erm..jalan kat kl ni kadang x leh nak cakap kan... even lalu smart tunnel, ingat kan clear, tp jammed jugak... kat jln sungai besi-jln tun razak tu, kdg2 ok je...kdg2 mmg x gerak... nih..depan ofis i ni, biasa clear je..tp td, kereta bnyk plak... hu3x....nasib la kan..... erk..hr ni nak update cite psl celebration birthday ajmal.. dah buat enty bagai tp x letak caption. ingat nak letak caption kat ofis, sekali gmb xleh view... erm...so, terjadi la entry ni, dan entry pasal birthday ajmal tu mungkin la esok kot... ok u all..selamat bekerja...:)

Tuesday, December 28, 2010

~minggu ni minggu terakhir~

minggu ni minggu terakhir bg thn ni kan...thn 2010...
kejap je rs, dah habis thn 2010....
begitu la masa..cepat je berlalu....kadang2 kita x sedar pun...

minggu ni jugak minggu terakhir utk lalu jalan2 x jammed...
minggu depan, sekolah dah bukak, bermula la jalan2 utama kat kl ni jam plak...
aku kenkdg pelik, jalan2 utama kat kl ni aku rs xde pun sekolah2..
tp jalan2 utama ni la jam nya....kenapa yea...
minggu ni aku sungguh la tenang bw kereta..keluar rumah pukul 750,
lepas hntr anak2, pukul 810 dah bleh punch in kat ofis...
bkn ke kalau hari2 mcm ni bagus...senang..x payah nak berkejar2..
sebelum2 ni, pun kalau cuti sekolah ni, keluar dlm pukul 730 utk punch pukul 810 tu....
mesti ramai org cuti kan..habis kan cuti tahunan....

aku pun kena habis kan cuti tahunan gak..
ada sehari je lg nih...ada la dlm sehari dlm minggu ni aku nak cuti....
aku malas nak ambik cuti memandang kan mmg xde mende2 hal pun nak buat...
tp polisi syarikat, kena at least ada 5 hari baki cuti utk bw ke hadapan...
maka, nak x nak, kena habis kan jugak balance sehari tu...
dah la tu...bos x bg cuti hr yg dia cuti...dia tu dah la kena habis kan cuti, since awal bln 12 hr tu, hmpir setiap mniggu dia akan cuti, so, bila masa aku nak cuti...aduh la...bos..bos..bikin saya fening2...

erm....azam korang thn baru mcm mn?
azam thn ni dah tertunai ke belum?

aku ni mcm ni la...ada jugak yg tertunai, ada jugak yg tertangguh.....
xpe la..aku mengharap kan yg lebih baik je pd thn depan....

eh eh..br teringat....ada keje nak kena buat la....
nak update MEX, nak filing and compile semua service report utk thn ni, nak buat buku complaint yg br utk 2011, nak check cuti semua staff, eh...mcm bnyk la plak keje...
okla korang, sambung lg..bye...

Wednesday, December 8, 2010

~kinokuniya klcc~

hari ahad tu, mr azam ajak keluar, tp xde tempat nak dituju. masuk2 je jln sungai besi, tgk jammed teruk. rupa2 nya polis tutup jalan menghala ke jalan istana, mahameru. so, semua kereta bersesak ikut jalan sungai besi. mr azam pun terus kan perjalanan, masuk jalan sungai besi, jalan tun razak, then terus masuk klcc.

rs nya dah lama kita org x ke klcc. kalau aku sorang mmg almost every month la. tp kalau bersama mr azam dan anak2 rs nya dah lama. mr azam kata last dtg ms ajmal brp bln ntah. aku mmg x ingat time tu..hu3x..

jalan2 kat klcc..penuh dgn org. rs nya 'org2 luar' kl yg dtg bercuti kot. tp bila naik 1st floor ke atas, dah x ramai org. aku pun pelik..apa la yg ada kat GF tu smpai org penuh. td ms lalu mcm biasa je. 1st2 nak cr kasut utk ajmal since selipar dia skrg ni nmapk simple sungguh la. selipar basahan ben 10. so, ingat nak cr kasut yg jenis sarung je mcm aqil punya kasut. masuk kedai bata, mr azam jumpa satu tu tp aku x setuju sbb mcm kasut masuk ladang..pastu ke Isetan, jumpa kasut ben10 memenuhi spec la..tp xde saiz la plak...hu3x...










last2 mr azam ajak pergi kinokuniya. cr buku. dah lama x beli kan buku utk anak2..haih..mencabar sungguh la ms nak beli buku ni..ajmal kejap nak buku tu kejap nak buku ni..aqil plak ke sana ke mari, nak naik tangga la...haih..penat sungguh. 2 jam kat situ mcm 20 jam. last2 dah penat, aku suruh mr azam pilih buku cepat2. pilih2 nak buku mn...last2 kitaorg jumpa satu buku ni...all in one..colour, 123, abc, erm..apa ntah lagi..tp nmpak menarik la...so, terus je ambik buku tu.






















malas nak buat caption...aci x?

pas tulis entry ni, br teringat, resit x fotostat lg utk proses simpanan. kena simpan utk income tax...hu3x...

Wednesday, August 11, 2010

~jalan raya~

hr pertama puasa jalan raya mcm hr pertama bukak sekolah...
besraya jammed gile2..seb baik masuk jalan tun razak, dah ok sikit...
pelik aku...
dah la aku ngantuk gile....
ngantuk gile babas...seb baik x cium lancer depan aku td....
dah la ms kat atas flyover dr ampang park ke ofis ni td..
ada satu keta iswara dok bg highlight kat aku...
aku tukar lane...dia xde plak ovetake aku...
pehal la manusia mcm ni....
sengal...

balik ni xtau lg mcm mn...
harap2 x jammed la...
ofis aku bln pose, masuk kul 815 mcm biasa...balik 445..
tghri lunch mmg mcm biasa la....
makna nya time lunch aku bleh tdo la...hu3x....

erm..nak masak apa ye ptg ni...
korang ada idea x...
aku dah masak nasi je pg td...
harap2 sempat la nak masak...
pastu harap2 sempat la jugak nak g bazar ramadhan....
hr ni nak g bazar ramadhan mn yea...

bos aku plak..
pg2 dah buat hal...mcm tahu je aku ni kemengantukkan..
suruh aku print report...
tp bg arahan yg salah...
kalau print polisi, mcm mn user nak tahu tu brg diaorg...
dlm polisi kan, sort by equipment....
kalau dah monitor philips.brp user kat yg guna tuh..
so, camna nak print polisi plak....
baik pakai schedular..lg senang...
dah print separuh br ko pk benda tu salah...
adoi la...
ok la..okla...dia on the way ke tmpt aku nih...
dr td duk membebel sbb aku kejap2 buat keje kejap berblogging...
dia nak duk blkg aku nak tgk aku buat..huh...

Wednesday, August 4, 2010

~tayar kereta pancit~

hr ni aku rs nak buat karangan..
tp karangan xde gmbr..bleh?
sbb gmbr ms tukar tayar kereta, aku x ambik....

minggu lepas, balik d kinderdijk tu, ada sorg brader ni(bw motor),
dok hon2 aku pastu tunjuk something kat keta aku...
aku dgn kwn aku ignore je sbb ingat kan riben mainan aqil terkeluar...
aqil kan duk dlm car seat, so aku gantung mainan dia dgn riben bg mainan tu tergantung....
so, we ignore je..smpai ofis pun aku x tgk la riben tu....
smpai la aku balik ptg tu....kat trafic light th selborn tu,
ms tu trafic light merah,
ada kereta sebelah hon aku, aku buka tingkap sebelah,
dia bgtau tayar kereta pancit..
argh sudah..aku sudah cuak....

dah la ms tu kereta aku yg ke-3 dr depan...
luckily ms tu xde kereta blkg aku....
aku terus pasang emergency light, keluar tgk tayar smbil call mr azam
nasib baik dia x keje hr tu...
geram aku kat dia...mcm x biasa dgn jln tun razak,
puas aku bgtau kat mn lokasi aku,
br dia tau....
actually aku duk line paling kanan, kat situ ada "chevron marking" tu....
so, mmg xleh duk situ sbnar nya...
tp aku biasa la...lalu gak situ...
situ utk kereta u-turn sbnar nya...
aku kira nya dah melepasi laluan utk u-turn tuh...
erk..korg faham x aku cite..kalau x faham, sila buat2 faham...
ms duk tgk tayar tu, ada pakcik driver teksi sebelah aku kata,
"dik, bleh lg jln slow"
aku kabo kat mr azam, pakcik tu suruh jln....
tp duk pk, mn aku nak berenti pas ni...
lgpun aku tgk, tayar sudah pecah sikit....takut jugak kan...
dah la balik ikut jln tun razak, jammed teruk sikit....
ikut jln tun razak mn ada tmpt berenti....

last2 aku bgtau mr azam, aku u-turn, balik ofis...
mr azam kata nnti dia akan dtg ofis...
aku dgn berlagak bgtau xyah dtg, aku leh buat sendiri...
(sila bc ayat tu betul2 ye..aku leh buat sendiri)
pigi argh ko ana..berlagak konon nak tukar tayar sendiri konon....

pastu aku pun, dgn selamba, masuk kereta, reverse kereta smbil berdebar2
sbb takut ada kereta dr blkg dtg kan....
kereta2 sebelah tgk je kat aku..lantak la...
pastu terus u-turn, masuk ofis balik
seb baik dekat je dgn ofis...

smpai ofis, masuk parking consultant kat bwh je,
dgn confident kuar kan tayar spare dgn jak
konon2 nak tukar....
bila part nak pasang jak terus aku blur....
hah3x..sila gelak kan diri sendiri....
aku xtau nak letak jak kat mn....
pastu ada budak kontractor indon dtg nak tlg...
tp aku kata x payah, nnti husband aku dtg...
dia beriya2 nak tlg aku....aku x bg gak...

last2 aku duk termenung je tgk tayar....
indon tu dah ke mn2 ntah...
pastu, lalu la sorg budak medical record ni...
dia dah nak balik pastu tgk aku termenung,
dia pun dgn rela hati tlg tukar kan
padahal aku dah kata x payah....
erm..elok2 je dia siap tukar, mr azam pun smpai...
hampeh la sangat....
hr tu smpai umah kul 730..penat gile....

erm..seb baik aku x lalu mahameru..
kalau mahameru, aku mmg bw laju sbb biasa mahameru clear sikit jln dia...
ish...bayang kan aku bw keta laju smbil x sedar tayar kereta pancit...hu3x...

tp kan, korang tahu x, kita bleh call insurans comp kita utk tlg tukar tayar kereta ni...
tp aku rs mesti la diaorg akan deduct ncd kan..
aku rs setakat tayar pancit xyah la call insuran kan....
tp...bos aku, tiap kali tayar pancit, dia akan call insuran...
eee...bos aku tuh....

erm..ok..dah habis karangan, kalau cikgu check,
agak nya dpt full mark x kalau letak tajuk tayar kereta pancit....

Monday, April 26, 2010

~jalan oh jalan~

hr ni tension giler rs time balik keje td...
kul ofis 530, ikut mahameru, smpai umah babysitter 745...
gile kan...xtau apa yg buat jalan jammed teruk mcm tu sekali...
biasa paling lewat pun sejam je...
biasa kalau ikut mahameru nih, kat jalan istana tu la br start jammed nya...
ni br je smpai exit jalan duta tuh, dah start jammed...>
aku dah la ngantuk...
seb baik sebelum kuar ofis, ada beli secwn kopi..
tu je la pengubat ngantuk td....

eh..lupa..ada lg satu...mr azam...dia call gak aku...

nak borak2 xnak bg ngantuk sgt..thanks dear....:)
mcm2 ragam org aku tgk td..
ada dr fast lane, nak tukar lane terus nak g susur keluar ke pusat bandaraya...
padahal ms tu dia dah nak terlepas dah susur keluar tuh...
tp sbb xmo harung jammed, nak try jln lain, sanggup tukar lane 90' lg tuh...
aku ingat nak wat gitu gak tp x berani la...
aku setakat tukar2 lane je la...
kalu lane kanan laju duk lane kanan..
begitulah sebalik nya....hu3x..tension i....

tension la kalau hari2 mcm ni kan...
aku bila kena gini td terus fed up...
rs mcm.."alahai nyesal nya x ikut jln tun razak" td..
aku bkn apa...sejak diaorg buat longkang kat jln sungai besi tu,
aku dah mmg jarang guna jln tun razak...jammed teruk kat jln sungai besi sbb sempit org buat longkang.....tp kalu ikut kan jalan tun razak lg dekat...cuma jammed tu la x tahan nya....
that's why aku guna mahameru skrg ni...>

mahameru jauh sikit but smooth sgt until jalan istana or masuk kl seremban highway...ms tu br nak jammed..ok la kan sbb tu dah nak smpai umah dah....

meter speed tu x smpai 30 pun aku bw..gile x gile...
pas exit cheras, masuk besraya br la bleh speed smpai 80...
ms lalu besraya tu, aku nmpak kl seremban highway clear gile...
nyampah aku..selalu camtu...paling tension dgr kat radio...
"traficc lancar di kl seremban highway selepas susur keluar D*** P*******...."
tension..kenapa sblm umah aku jammed, lepas je umah aku tuh dah clear...
sgt x faham....padahal jln sama je....

ada gAk kawan2 aku yg duk area umah aku ni ramai guna SMART tunnel...
idak la saya nak bayar rm2 semata2 nak clear..bila dah kuar dr SMART tunnel tuh, kena harung jammed gak..tension gak...huh2x...

tension2, aku ambik gmbr..sj je suka2...
tgk la..dari cerah smpai ke lampu jln tu terpasang, aku masih lg di jln raya...
maaf la kalau kereta sapa2 masuk blog aku ni ye...di harap halal kan la ye..dah terambik gmbr nye...nasib la kan...sapa suruh duk dpn aku...hah3x...jahat tul la....

ni cerah lg..ni br je lepas pwtc...



dah nak gelap dah...



dah gelap...hu3x...