Showing posts with label today. Show all posts
Showing posts with label today. Show all posts

Thursday, March 27, 2014

~happy birthday ajmal irfan bin noor azam hanif~

hari ini, 27 mac 2014,
genap la ajmal irfan berusia 6 tahun...

selamat hari jadi sayang mama papa,
moga ajmal menjadi anak yang soleh, mendengar kata,
di panjang kan umur, sentiasa di lapang kan rezeki,
dan berjaya di dunia dan akhirat...



ni gmbr yang x berapa nak baru jugak la...
bulan lepas kot, sementara tunggu lif kat sunway piramid...
dah nak sama tinggi dgn mama dah anak mama yang sorang ni.....
ni muka tgh moody sbb penat..

even ajmal anak sulung,
tapi manja ajmal mengalah kan adik2,
bila bermain, ajmal selalu kena buli dgn aqil,
tp bila tgh belajar, perwatakan ajmal sbg seorang abg sgt terserlah....
masa borak2 dgn mama papa pun...
rasa mcm dah besar sgt anak mama papa ni,
sbb mcm2 perkara yang ajmal boleh fikir,

mama, papa, aqil dan arissa sayang sangat2 kat ajmal,
mama dan papa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ajmal...
insyaallah....



Wednesday, December 11, 2013

~11.12.13~

nice date kan hari ni...
even jatuh pada pertengahan minggu, ada jugak yang melangsungkan pernikahan pada hari ni...
sbb nak tarikh cantik...
pada i, x kisah pun...terpulang pada individu la kan....

erm..dalam folder, banyak gambar2 yang menanti utk di buat cerita..
tp kekangan masa yg terhad,
xpela..hopefully esok dpt buat entry yang best2 sikit...:)
kalau boleh malam ni nak buat entry utk seminggu terus...
hahahaha...boleh ke nih ye...
insyaallah...semoga di permudah kan...

pada kawan2 di luar sana,
x kisah la apa jua yang anda lakukan, semoga anda sentiasa beroleh kejayaan...
amin.....

Tuesday, December 10, 2013

~fuh...fuh...fuh....~

fuh fuh fuh......lap habuk2 yang bersawang kat blog ni...
hahahaha....susah bebenor nak konsisten skrg ni...
ada je keje yang nak menghalang dr menulis blog...

ala ana weh.....
kalau betul2 pandai manage kan masa tu, boleh je buat..
jangan cari alasan la.....
:)

ok, skrg ni fasa tgh menenang kan diri...
masih trauma dgn perkara yang menimpa kami baru2 ni..
(later2 nnti i cerita)

then sibuk nak uruskan hal "itu"
but alhamdulillah...allah permudah kan semua nya...
terima kasih ya allah....

ok, kalau sempat i jenguk rumah u allsssssss....
kalau x, malam nnti erk...
stay tuned.. :)

Tuesday, November 26, 2013

~alhamdulillah.....~

alhamdulillah.....
makin beransur sihat....
dr hari sabtu, demam on off on off...
selsema, batuk.....
tp dalam pada tu pun sempat juga jengah mom's expo kat midvallet sabtu lepas...
x membeli apa2 pun....
even tgk banyak brg murah....
tp bukan sbb keperluan, so, tanam kan sahaja niat nak membeli tu...

alhamdulillah....
makin ramai plak yg order cookies and cheese cake...
ini la yang di katakan rezeki kan..
kenkadang x terduga pun ada org nak order dgn kita...
tp alhamdulillah..dah kalau tu rezeki kita..mmg x ke mana....

alhamdulillah.....
arissa dah beransur pulih...
cuma tinggal batuk je yang x hilang lagi...
kalau nangis, kenkdg suara jd serak sbb batuk kuat sgt....
dah start balik noormal routine dia sebelum ni...
kalau x, masa demam baru ni, terlepek je.....
alhamdulillah.....



Friday, November 22, 2013

~salam hari jumaat....~

salam hari jumaat yang penuh barakah.....

2-3 hari ni badan rs x larat sgt...mungkin penat kot sbb jaga arissa...
ye la...jaga baby yang x sihat kan....
pastu makan pun terabai...minum air masak pun kurang...
semalam terus rs mcm nak demam...
hari ni kena paksa diri jugak utk minum air masak..
kalau i demam, lagi susah..

arissa now dah ok sikit la...
demam dah xde, batuk tu masih lagi la...
selsema pun dah kurang...
kesian bila tgk dia batuk...seksa sangat....
kahak pun makin hari makin berkurang...
ubat mmg bg la...
selain tu try jugak natural remedy...

skrg ni cuaca redup je kan....
bila jemur kain pun ambik masa nak kering....
kat kg, alhamdulillah x banjir lagi...
harap2 tahun ni x banjir la..

alhamdulillah, ramai plak yang meng order choc chip cookies i..
x sangka plak kan..ingat kan bukan musim raya xde org order....
alhamdulillah...rezeki.....

kena cari masa, kekuatan, bila nak start buat cookies ni...
moga semua nya di permudah kan...
insyaallah......

oklah...dah hujan la plak,
nak tarik selimut la balik... :)
selamat berhujung minggu semua...

Friday, November 8, 2013

~jumaat pertama...~



salam jumaat dan selamat pagi...

jumaat pertama di tahun 1435H, moga hari ini lebih baik dari semalam.....



selamat berhujung minggu semua.......



Wednesday, November 6, 2013

~welcome back....~

hi all.....
salam hari rabu...welcome back to normal routine...
actually last sunday lagi kitaorg dah balik kl...
cerita cuti2 kat penang, later2 ye...
hari ni ada banyak kerja sikit utk di settle kan....

hari ni aqil dan ajmal exam...
1st day, ada 3 paper...so, dari hari isnin malam n yesterday,
mmg x ke mana2 pun....
duduk rumah, ajar diaorg....
ceh...anak baru tadika kan tp beriya bagai buat revision..
hahaha...tp kena la kan..even tadika pun, kena la train dari awal...
nak exam, kena study..hah gitu.... :)

hari ni jugak exam spm dan stpm bermula kan..
good luck utk my cousin yg akan menduduki peperiksaan stpm hari ni..
jawab molek2 deh bad....
moga kejayaan menanti anda... :)

hari ni jugak hari penting utk saya...
kenapa?
jeng jeng jeng...
biar lah rahsia dulu...
later2 baru cerita ok.....

so, semoga hari ini membawa 1001 kejayaan kepada kita semua...
insyaallah....

Wednesday, October 30, 2013

~happy birthday to us~

today is our birthday!
happy birthday to me & aqil raziq bin noor azam hanif...

pic taken yesterday, g melawat saudara mara kat penang ni, diaorg borak kat dalam rumah, kita bergmbr di luar rumah...:)

alhamdulillah, dah 4 tahun cinta hati mama, aqil raziq bin noor azam hanif ni,
 even 4 thn tp manja lagi dgn mama....
cinta hati mama yang mama sayang sangat2....
harta mama dan papa dunia dan akhirat....

happy birthday to cinta hati mama dan papa, 
aqil raziq bin noor azam hanif
moga di panjang kan umur, di murah kan rezeki, di permudah kan segala urusan, moga menjadi anak yang soleh, moga berjaya di dunia dan akhirat...

and to me...
eh ok je kan wish utk diri sendiri...:)
alhamdulillah, masih lagi di beri kesempatan utk bernafas sehingga saat ini...
terima kasih ya allah....

amin...

Thursday, October 24, 2013

~update laju-laju...~

hari ni nak kena update laju2 sbb ada banyak hal yang nak kena settle, so, xnak membebel2 hari ni, letak iklan cukup la ye....
sila cuci mata...:)

PRODUK 1:

EPHYRA-i rasa dah ramai org tau apakah itu ephyra kan..skrg ni meletup2 produk ni kat pasaran. so, ni meh nak promote sikit la pasal produk ni... 
even i'm not a user ephyra ni, tp bila bc testimoni2 yang melambak2 kat internet ni kan, dah tau produk ni bagus kan..i bukan xnak pakai, tp ongkos xde lg..maklumlah tgh tanam anggur kan....:)

TENTANG EPHYRA

EPHYRA memperbaharui dan melindungi kulit anda dengan 2 kunci bahan utama

1.Memperbaharui
·         Kolagen
- Menyokong struktur kulit untuk memperbaiki tona kulit, keanjalan, tekstur dan membantu anda kelihatan lebih muda
-Membantu melegakan kesakitan tulang dan sendi, dan menguatkan rambut dan kuku
- Menyuburkan kulit untuk mencegah penuaan, mengekalkan keanjalan kulit, mengurangkan kedutan dan  garis halus dan seterusnya melambatkan proses penuaan.
2. Melindungi
·         Acai Beri
·         Akasia Gam
·         L-Glutathione
·         Astaxanthin
·         Acerolla Ceri
·         Ekstrak Bunga Marigold
·         Serbuk Tomato
·         Superberi

 - Melindungi sel-sel  terhadap proses pengoksidaan yang merosakkan yang menyebabkan pertambahan melanin pada kulit (pigmentasi )

-Mencipta proses putaran antioksida , iaitu satu proses di mana agen antioksida bekerjasama untuk memaksimumkan pembaharuan sel-sel baru yang sihat dan melambatkan proses penuaan.
- melindungi anda terhadap tekanan pengoksidaan yang menjadi punca utama penyakit-penyakit berbahayaseperti penyakit jantung, kanser, arthritis dan lain-lain.

Siapa Yang Memerlukan EPHYRA?
Umur 20 thn dan ke atas
Kulit Kering & kedut
Kulit kusam & kendur
Pigmentasi dan kulit bermasalah ( jerawat)
Proses Pemulihan lambat
Mudah Rasa Penat
Daya Ingatan Merosot
Sakit-sakit badan / sendi
Metabolisma rendah


Khasiat dan keistimewaannya
1.Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
2.Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh
3..Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat
4. Membantu memulihkan masalah kulit eczema
5..Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
6.“Astaxanthin” menghindari daripada barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit
7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban ,Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
8 .Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu   makan
9.Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhi risiko sakit jantung
10.Membantu menyeimbangkan tekanan darah
11.Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
12. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
13.Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakkan termasuk faktor usia
14. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
15. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik dalam perut.

Korang kena paham ok.. semakin usia kita meningkat.. kulit kita akan kurang keanjalan.. akan start dah nak kendur sana sini.. itu yang cepat nampak tua.. kita boleh lah actually nak melambatkan proses penuaan tu.. semua kena rawat dari dalam.. setakat sapu cream kat luar tak lut..

Jom tengok apa yang terkandung dalam EPHYRA sampaikan rasa dia tu sedap bebenooooo.. hahaha... 

Kandungan EPHYRA dan khasiat 
1.Kolagen Ikan Laut Dalam
- kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putihlaut dalam dari PERANCIS
- Mengembalikan keremajaan kulit anda
- Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
- Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.

2. Buah Acai
- Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan  menguatkan sistem kardiovaskular
- Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
- kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9
- Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.

3. Gam Akasia
- Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
- Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
- Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman

4. L-glutathione
- memperbaiki kulit untuk menjadi lebih lembut,halus dan dan lebih muda
- Satu agen yang kaya antioksida yang melindungi kulit terhadap kerosakan sel hasil proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.
- Mengurangkan proses pembentukan pigmen , memberikan kulit anda penampilan yang lebih cerah dan berseri
- Membuang toksin dari dalam badan untuk meningkatkan sistem imunisasi

5. Asthaxanthin
- Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
- Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
- Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan


6. Serbuk tomato
- Mengandungi banyak vitamin A dan C
- Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah
- Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan
- Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.

7. Acerolla ceri
- Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit  dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
- kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
- Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan  masalah mata

8. Marigold bunga ekstrak
- Mengandungi pelbagai  karotenoid antioksida membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
-berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema
- Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif

9. Superberry
-diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
-melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
-sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium.


PRODUK 2:

TUPPERWARE BENTO SET.

alkisah semalam tersalah kira order, so bila pergi ambik barang, terlebih rupa nya....
maka nya, i nak let go dgn harga murah2 la...

ni la bento set tu..dia dua dalam satu set...nak beli satu pun boleh, beli 2 pun boleh...divider tgh2 tu boleh bukak, so, in case korang bawak mihun goreng je..x payah la letak divider kan, tp kalau bw mihun goreng dgn telur mata, telur mata tu boleh la letak sebelah, xyah campur dgn mihun tu....(apa kes ko ni ana, pagi2 dah cite pasal mihun goreng....)



ok, untuk kedua2 produk di atas, kalau berminat, boleh email saya di :
bakawali0797@yahoo.com

cepat2 jgn ketinggalan ye....:)

and sapa2 yang berminat nak beli barang tupperware dgn harga yang menakjubkan, boleh email je  nak brg apa. free delivery utk selected area ya.....



Friday, October 18, 2013

~salam jumaat~

salam jumaat semua, lambat plak bersiaran hari ni...
pening sbnar nya memikir kan masalah ni kan...
erm....smpai dah sakit kepala ni memikir kan...
kenkadang rasa mcm boleh je terima hakikat...
tp bila satu side lagi dtg menghasut, terus rasa down...
down sangat2....

sebab tu kita kena kuat...
iman kena kuat utk melawan nafsu syaitan ni...
kalau x, mcm2 boleh jadi....
erk...tetiba rasa mcm tgh bagi tazkirah jumaat plak..
hahaha....

ok, nak share satu perkara,
baru2 ni ada kawan bagi buku ni....



terus rasa insaf sgt...
ntah kenapa...
mungkin sbb sebelum ni banyak perkara salah kita buat...
x habis baca lagi...baru separuh baca..
tp even separuh baru, tp input yang dapat tu...alhamdulillah...

kunci nya, menjemput rezeki lebih mudah berbanding mencari rezeki....
sama2 la kita amal kan...
insyaallah....

pada kawan yang bg buku ni, terima kasih banyak2..
moga anda di murah kan lagi rezeki....
insyaallah...

Saturday, October 12, 2013

~mood raya ke???~

hi all.....buat apa tu? tgh anyam daun ketupat ke?
ramai ke yang dah balik kg?
erm...kami x balik kg pun raya ni...
mr azam xleh cuti sbb his colleague dah ambik cuti awal...
nak kata sedih tu sedih la jugak sbb kalau raya haji ni, still rasa suasana raya tu kalau kat kg...
ni kali ke 2 beraya kat kl...raya haji la...kalau raya puasa mmg sah sah la balik kg kan...
dulu masa 1st time tu, masa duduk kat apartment kat DP lagi....tahun bila ntah..
rasa ada tulis dlm blog, tp bila godek2 x jumpa plak....

ni kira nya kali ke 2, and 1st time kat rumah sini....
ok je la kot...so far xde plan apa2 pun lagi...
eh ada satu je plan nya, beraya kat rumah PIL la...
since mama dan papa x balik penang, so, kami pegi rumah diaorg je la....

ingat nak masak2 sikit tp xtau la...
dah kalau beraya kat rumah PIL, xyah la masak kot kan...
makan je la kat sana...hahaha....
plan nak masak tu sbb takut ada sapa2 nak dtg rumah la kan....
erm..ada ke org nak dtg rumah kami ni? hahaha....

hari ni plan nya nak buat choc chip cookies sikit...
saja buat kudap2 an utk mr azam dan anak2....
tp x sure la jd ke x nya plan...

oklah..nak g buat breakfast la....
x pk lg nak masak apa pagi ni...
xleh lama2 duk depan laptop ni sbb td lepas subuh,
mr azam terus buat kerja2 rumah,
bini dia plak terus on laptop...
so, sedar2 diri la kan.....

ok, bye..selamat bercuti..
pada yg balik kg, hati2 di jalan raya....
selamat hari raya aidiladha....:)

Wednesday, October 9, 2013

~wordless wednesday-arissa alisha~

semalam arissa demam and flu jugak..
flu tu mungkin berjangkit dr abg aqil...
demam tu mungkin sbb penat...hari sabtu sehari suntuk travel..
ahad plak pegi jln2....
isnin plak teman kan mama ada urusan kat luar....
kurang rehat, demam la....
hari ni dah ok cuma bila tdo asyik terjaga-jaga..pastu meraung2....
kena peluk kuat2, 
moga anak mama cepat sumbuh ye sayang...
rindu nak 'borak' dgn arissa...

Thursday, October 3, 2013

~nervous....~

hari ni ntah kenapa, jari jadi kaku nak menaip...
so, taip seminima mungkin je la...

xtau la kenapa, rasa nervous...
dari semalam lagi...tp nervous2 pun, bila lapar, tetap makan,
bila ngantuk tetap tido...
hahahaha...

mungkin juga nervous sbb memikir kan 2-3 "event" yang akan di lalui pada minggu ni kot..
which is, ada yg i x suka tp terpaksa hadap utk masa depan,
and ada yg mmg i tunggu2 utk perkara tu,
and ada yg xde kaitan pun dgn i tp i terlebih nervous...

hopefully semua nya di permudahkan..insyaallah...



Thursday, September 12, 2013

~terima kasih kawan.......~

hi all....lambat plak bersiaran hari ni..macam2 hal nak kena settle....
kelas pun penuh hari ni..tp xpela..kejap lagi nak balik kan...:)
suka hari khamis...sbb kalau kat pantai timur (kelantan & trg), hari khamis boleh balik awal.....

lately stress sgt rasa..mungkin sbb penat kot...
banyak benda nak kena buat, nak kena settle, pastu fikir itu ini lagi...
stress2 end up menangis...tu je la kan keje ko ana...x habis2....

anyway, terima kasih kawan kerana sudi mendengar luahan hati mak hencik....
hilang sikit stress mak hencik ni....



terima kasih kawan!

Wednesday, September 11, 2013

~pasar....~


ni pasar pagi depan poli ni...jarak nya x sampai 50 langkah pun dari sini, isnin ada pasar tani, selasa pasar malam, rabu pasar pagi...so, dari ahad-khamis, mmg aku dok pandang pasar ni je la...kenkdg pegi la kenkdg malas jugak...nak menapak ke sana, even x smpa 50 langkah pun....

korang suka g pasar? aku suka pegi pasar...cuba pergi pasar chow kit, pasar pudu..fuh..meriah..kat pasar chow kit tu nak nak pegi malam yg diaorg berniaga tepi jalan, time tu kalau korang nak cari sayur2 kampung mmg banyak..since dah x keje ni, dah jarang pegi pasar chow kit...dulu, kalau bln puasa, hampir setiap hari waktu lunch, pegi sana...now, mr azam selalu bw pegi pasar pudu je. pasar pudu, nak kata dekat, x dekat jugak dgn rumah..dulu ms duduk DP, mmg ke pasar pudu je la kalau weekends, x pun pasar pagi kat bandar tun razak..since pindah cheras ni, kalau mr azam ajak pegi pasar, mmg ke pasar pudu la..kalau x, pasar kat rumah ni je la..tp tu pun x best sgt....hah....kat blkg giant prima saujana kajang tu setiap sabtu pun ada pasar tani..agak besar la..best gak pegi situ...ada jugak tgk signboard pasar borong selangor kat area balakong sana...tp x pernah lg pegi...

since minyak naik ni, x perg lagi pasar..nak pergi pun takut...takut tgk harga barang...since minyak naik ni, yg aku tau, gas dah nak rm50sen...ni info dari kawan yg ada kedai runcit...minyak naik 20sen je tp gas naik sampai 50sen. lepas ni kita tgk lagi apa yang naik...

kat pasar, aku suka buat compare harga barang, kualiti barang...contoh nak beli buah..nak beli nya 3 biji limau je tp pusing nya satu pasar mencr yg murah dan limau yg cantik...hahaha...setakat limau kan, apa la sangat nak cantik bagai..end up masuk mulut jugak..tp nak buat mcm mn kan..i is cerewet...hahaha...

eh ok lah..nak sambung marking paper student...banyak bebenau nak kena marking ni..ingat td nak pegi pasar jap since hari ni kan hari rabu, so, ada pasar pagi...tp td lepas kelas terus naik bilik, jadi la kemalasan plak nak turun g pasar...kita dgr je la org dok melelong barang dari sini...huhuhu......

p/s: kak ina, ingat x zaman2 kita pegi pasar chow kit time bulan puasa dulu? kak ina la kan 1st2 ajak saya g situ...terus rs nak pegi je...hahaha....kak shida x pernah pun join kita kan sbb dia pentingkan tido yang berkualiti dia tu...hahaha...

Tuesday, September 3, 2013

~stressssss....~

hi semua....
pekhabar?
sibuk sangat akhir2 ni..nak update blog pun x sempat...
nak jenguk blog kengkawan pun x sempat...

makin nak habis berpantang ni, makin banyak la plak masalah yang timbul...
tp xpela..dugaan semua ni...
terima je la semua ni....
apa2 pun dugaan yang mendatang, kita kena menghadapi semua ni dgn tenang...

malam tadi x boleh nak tido...pagi tadi bangun, sakit kepala, migrain.
haish la....ni pun x hilang2 lagi...
xpe..sabar..sabar...harap2 minggu ni apa yg mengganggu fikiran ni akan settle...
so, hilang la sakit kepala ni...

cepat la semua ni berlalu...
i is x sabar...huhuhu....

Thursday, July 18, 2013

~hari ini....~

hohoho...i'm exhausted sangat la today.....
aku dapat jadual hari tu, kelas aku hari ni 8-10, 10-1....
pasrah je la ni kan kelas 5 jam direct...
last week kelas 10-1 tu x start lagi,
so, x la terasa sangat....

ok fine, abis je kelas kul 10, aku pun pergi la kelas 10-1 tu...
tgk2 xde orang...
keluar balik...pusing sana sini..
keluar masuk kelas....
dah la x simpan no hp student....
ni kelas yang kedua dgn diaorg...
kelas pertama selasa lepas, x sempat nak mintak no hp diaorg....
muka budak2 kelas pun aku x familiar....
ke hulu ke hilir aku dgn bag laptop, handbag,
file sebelah kiri buku sebelah kanan...
mmg penuh smpai student pun tgk semacam kat aku....

last2 aku dah penat sangat, aku duduk kat bangku,
datang la budak2 kelas yg 8-10 tu tnya aku,

student : madam buat apa kat sini?
me : saya ada kelas 10-1, tp cari kelas x jumpa...
student : xpe madam, madam duduk, kitaorg carikan kelas tu utk madam...
me : ok, saya ada kelas bla..bla...bla...dgn budak kelas bla..bla..bla...

x lama kemudian, diaorg dtg balik,

student : madam, kelas madam pukul 11 la.....
me : lor...ye ke.......(muka sgt frust)

bila check kat main jadual yg di tampal kat notis board, mmg pukul 11...
tp jadual yg di bagi pada aku, pukul 10...
alahai....penat je la ke hulu ke hilir cari kelas...
nak x nak kena la panjat tingkat 3, naik ofis sbb masa tu baru 1030...
malas plak nak tunggu lg 1/2 jam kat bawah dgn brg2 yg banyak tu....

now, terasa baby asyik mengeras je.....
kalau aku super duper penat, mmg mcm ni la...
baby akan mengeras je.....
sabar erk baby, tunggu lepas "hari keramat" tu, baby keluar erk.....

dah la pagi tadi penat melayan ajmal dgn aqil yang buat perangai....
ni boleh plak tersalah jadual...
xpe..dugaan..dugaan....
nasib la esok cuti...boleh rehat sikit..
huhuhu....


Wednesday, July 17, 2013

~wordless wednesday-me~

hari ni kepenatan sikit la...
ntah kenapa...
mungkin sbb kurang minum air masak malam tadi kot...
kelas pagi tadi cancel sbb ada monthly meeting....
tp kena ganti balik....

jom layan gmbr tuan blog...
tuan blog buhsan....
ni gmbr pagi tadi masa dalam meeting...
mak buyung dah lama x inter frame... :)


kawan saya  kata perut saya besar...
saya pun rasa gitu...
xpela..x kisah pun, janji mama dan baby sihat alhamdulillah....

ok..kata wordless wednesday kan,
so, stop kat sini...get ready utk tido...
i'm so sleepy la...
:)

Monday, July 8, 2013

~random~

hi all,

lama sungguh x bersiaran, sibuk uruskan hal itu ini....
penat pun x hilang lagi nak kena buat latihan mengajar plak...
tp xpela kan...moga semua nya berjalan dengan lancar insyaallah...

ok, hari ni kita cite random2 je dulu, esok lusa kalau ada kerajinan, baru cite details2...

#random 1
finally dah habis belajar, exam dah berakhir dengan jaya nya hari khamis lepas...
walaupun paper kali ni semua nya tough2...
berdoa dan berdoa je la moga lecturer lembut hati untuk bagi markah kesian...
x dpt A, A+ pun xpe la..janji lepas....

#random 2
khamis lepas dah siap hantar tesis...
hopefully xde apa2 masalah lagi la lepas ni....
rasa mcm terlepas batu besar dari kepala ni...
alhamdulillah....

#random 3
hari ni hari pertama latihan mengajar...
for 2nd time kena buat latihan mengajar...
kali ni selama 3 bulan....
tp x buat kat poli lama....
tukar tempat plak...
tempat yg mana, aku dan anak2 terpaksa pjj dgn mr azam...
tp xpela....nak buat mcm mn....dah di takdirkan mcm ni kan perjalanan ni kan...
moga kami berjaya melalui tempoh 3 bulan ini dengan jaya nya...

#random 4
check up ke 36 minggu berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah pada kandungan....
now dah masuk 36 minggu ++...
menunggu hari je ni...moga di permudah kan semua nya..
insyaallah....

#random 5
pjj dgn mr azam buat kan aku x dpt bersalin kat ukmsc..
ni mmg buat aku down sgt sbnar nya...
sbb nak x nak mmg kena pegi gov hosp. je la..
bukan nak condemn gov hosp...
aku tahu, service kat gov hosp pun mmg dah sangat2 bagus skrg ni...
but of course la x mcm private...
bukan la nak berlagak ke apa....
tp mesti akan ada beza dia jugak nnti...
erm...moga2 di permudah kan semua nya...
insyaallah.....

#random 6
semalam, 07/07/13, wedding anniversary yang ke-6...
alhamdulillah, berjaya mengharungi 6 tahun alam perkahawinan dengan penuh kesabaran...
walaupun ada masa di uji, tp alhamdulillah, semua nya berjalan dengan lancar...
ye la..aku ni kan degil, mr azam penuh kesabaran layan kerenah aku ni...
thanks dear....
mmg xde celebrate kat mana2 pun....
ye la..skrg ni banyak nak guna duit....
nak bersalin lagi nanti...
so, mmg xde la nak celebrate mana2 pun...
ukur baju di badan sendiri la...
xyah la nak berlagak nak celebrate bagai kan....
cuma, berdoa je la moga ikatan perkahwinan yang terbina ni kekal hingga ke akhir hayat...
amin......

erk..apa lagi erk...
dah lupa la plak...
xpe la..nnti2 sambung lagi..
since hari ni baru 1st day, jadual utk mengajar pun x dpt lagi.....
so, ada masa la nak g jenjalan umah kengkawan...
okies....bye bye kengkawan....:)



Tuesday, July 2, 2013

~exam...~

hari ni bermula nya final exam aku utk last sem ni....insyaallah...
ada 4 paper...
ptg ni satu paper...
esok pagi petang...
lusa satu paper...

moga di permudah kan semua nya...
moga dapat jawab dgn tenang...
moga berjaya dalam exam ni...
insyaallah....