Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Monday, January 21, 2013

~pot luck bersama blogger~

ok, 1st of all, aku nak ucap terima kasih atas ucapan2 tahniah sama ada kat blog atau pun kat fb berkenaan entry ni....really appreciate it.. :)

semalam, kami para blogger suam2 kuku ni telah bersatu hati utk buat pot luck...
ayat bersatu hati tu mmg x bleh blah...hahaha...
lokasi kat rumah otai, kak eda...
ahli jemaah biasa la, kak eda, kak zarin, kak min, adia, kak syida and aku. ada la jugak 2-3 org lg yg di jemput tp tidak dpt menghadir kan diri...
x sempat nak borak lama2 dgn kak min, dia balik cepat...makin berseri2 muka kak min skrg ni.. :)
seronok jumpa diaorg2 ni..borak2..bukan senang nak jumpa diaorg ni...
tp diaorg pun kerap jugak jumpa sesama diaorg, aku je jarang join memandang kan tittle sebagai pelajar tu, buat jadual aku x sama dgn diaorg...

mr azam pun bukan main lg seronok berborak dgn husband2 blogger...
senang la lepas ni kalau nak join lg sbb dia boleh 'masuk' dgn diaorg ni..
oleh kerana pot luck kan, aku pun plan nak bw lasagna.
sekali nak pegi beli daging hancur, xde plak, ayam pun ayam la..
terkurang sedap...terlebih blackpepper kat white sauce tu..huhuhu...

lasagna ku sebelum di bakar...gmbr selepas, lupa plak nak ambik....

bersama akak gojes...

masing2 mmg ibu mithali, suap mknan kat anak2....geram dgn cik piya tu...bila dia cakap, alahai..lemah lembut...:)

us, tuan rumah as usual la, xkan masuk gmbr...ni gemuk gile dah aku skrg ni..perut pun dah makin nmpak...bahana minum ais banyak sangat la ni...

konon ambik gmbr posisi mcm ni, nak nmpk kurus la...bersama kak zarin yg sentiasa awet muda, dia ni la yg bg carrot cake, yg aku beli rainbow cake in jar tu...terror masak ni....

ni mmg mummy2 vouge la....:)

seronok plak sembang semalam.
mcm2 di borak kan...mknan plak mcm2 ada, nasi ayam, rojak, carrot cake, lapis cheese marie, tuna in basket...
mmg xde ambik gmbr mknan pun sbb asyik nak sembang je..
gmbr2 ni pun harap kan dr phone kak eda je...
lapis cheese marie kak zarin sedap sgt wei...
kenapa la yg aku buat hr tu x sedap...
banyak tuntu ilmu pasal masak2, kongsi resepi dgn sifu masak, kak zarin.
borak2 br la tau rupa2 nya lapis cheese marie yg aku buat hr tu, guna resepi susah..
resepi kak zarin ni senang bangat...
harap2 lepas ni, terbukak hari aku nak buat...dah la senang, xyah nak bake...huhuhu..

thanks to organizer, kak eda sbb sudi jd tuan rumah.... :)
lepas ni boleh buat lg erk.... :)

balik tu, kepenatan,
lepas isyak terus tido...apa cite ntah anak2 dgn mr azam mlm td...
nasib bw balik nasi ayam, sebelum maghrib tu, aku dah siap2 bg mkn kat anak2....
mak buyung mmg mcm ni la skrg ni..kalau boleh lepas maghrib tu nak tido je terus...
penat gaya mcm mengandung 9 bulan....huhuhu..

Monday, December 24, 2012

~hai hai hai....~

hai hai hai.. kembali bersiaran selepas bbrp hari memencilkan diri...
hahahaha...hari2 masuk blog sendiri, blog org lain, baca2 tp x reti2 nak update blog sendiri...
assingment masih pending lg ni...
minggu depan dah masuk study week...
tp aku masih lg di mood bercuti2...
mmg x sedar diri lg nih... hohoho.......
 hari ni mesti ramai yg sambung cuti kan....
esok kan public holiday, maka, x salah la memperabihkan cuti yg ada tu...:)

eh apa aku nak cite td erk....
erm....cite pasal weekend la....
hari jumaat tu lepak rumah MIL sbb SIL balik dr penang...
bg peluang ajmal dgn aqil main dgn baby safiyya...
sabtu tu duk sana lagi lg pun mr azam pun keje kan...
malam tu keluar mkn, biasa la..di kala staf2 gov. ni dpt bonus kan, ada la yg bermurah hati nak belanja makan...
alhamdulillah..moga makin di murah kan lagi rezeki kalian..:)
sbb tukang belanja nak mkn western, maka ke Chop n Steak la kami.....
g kat serdang je sbb dekat skit kan....


hari ahad, balik rumah sendiri...nak kemas rumah yang berkepuk/berhabuk tu...
tup2 x sempat nak berkemas,
abg msg, ajak g umah dia..
MIL abg masak laksa johor..
haish....mkn2 ni mana kita boleh tolak kan....
harus la iye kan je...:)

balik ptg tu singgah rumah sis zarin sbb dia nak bg carrot cake...
ya rabbi alamin....sedap sungguh carrot cake dia...
nyum...nyum..nyum..
ajmal x nyempat2 dr dalam kereta dah ngap dah....
alhamdulillah...rezeki di hari ahad kan....
moga makin murah rezeki kalian2 semua...


carrot cake yg super duper sedap....sila contact sis zarin (0123325458) utk order..mmg xkan menyesal la..sis zarin biasa nya akan deliver kek sendiri kat u all, so, xde masalah la kalau korang xleh nak collect kek tu..dia bukan buat carrot kek je tp RVC, rainbow cake . ada apa ntah satu lg yg sis zarin buat...hah.. chocolate whoopie pies..selalu gak tgk org order dgn dia...yg tu aku x rs lg.

akak dgn mak siap tapau lg laksa johor...alhamdulillah....

hari ni duk rumah la...kemas rumah..buat keje2 tertunda semalam...
erm...kain kat washing machine dah panggil utk di jemur tu...
hari ni mendung je kan...
oklah korang...hingga bertemu lg bila aku rajin menulis.....:)..bye bye korang....

Wednesday, December 12, 2012

~dear blog and bloggers~

dear blog and bloggers,

maaf kerana skrg saya tidak dapat meluangkan masa untuk menulis dan menjengah blog2 kengkawan. kekangan masa yang membuatkan saya tidak dapat berbuat demikian. minggu ini saya sibuk menyiapkan proposal projek master saya dan pada isnin depan saya akan membentangkan proposal saya. tajuk yang saya buat ini dikira agak 'tough' pada diri saya memandangkan sumber rujukan yang sangat terhad.

saya telah ketinggalan episod adam dan hawa sebanyak 3 episod, ketinggalan cerita cinta itu milikku sebanyak 8 episod.

sangatlah tidak sabar untuk menghabiskan sessi pembelajaran pada semester ini yang mana bakal berakhir di penghujung december ini. namun, sebelum sessi pembelajaran berakhir, saya masih lagi ada 4 perbentangan (tidak termasuk proposal) untuk di bentangkan. dan semua assingment itu masih lagi di peringkat awal.

owh...saya rasa saya perlu berhenti di sini, jika panjang lagi penulisan saya, makin banyak masa saya akan di habiskan di sini. semoga saya dapat menyiapkan kerja2 saya dengan cepat dan dapat kembali menulis blog dan menjenguk blog kawan2 seperti dahulu.


Friday, November 9, 2012

~jumpa blogger~

hari tu masa masuk hutan kat melaka tu, aku ada la roger sorang blogger ni...
dah banyak kali nak jumpa dia, asyik tertangguh2 je....

ni pun sepatut nya hari jumaat jumpa...bertangguh2..smpai ke hari isnin baru beh jumpa...
tapi sayang, sempat jumpa sekejap je dek kerana xtvt aku masih x habis lg masa tu...
sian plak kat dia...jauh2 masuk ke dalam hutan tu cari aku...
jgn serik lagi erk nak jumpa ana....:)

blogger yang di maksudkan ialah..aty aka tokei apam polkadot...


jumpa jugak akhir nya kita kan....:)

aty bagi apam polkadot dgn FM melaka...bertambah lagi koleksi FM aku...apa2 pun. thanks erk aty...nnti kalau ana dtg melaka, ana roger2 lagi...

apam polkadot aty sangat sedap..lembut je lagi even dia buat dari hari jumaat lagi..sbb ingatkan hari jumaat tu nak jumpa kan...
sapa2 yg duk kat melaka, boleh la order apam polkadot dgn aty...

ok..selamat berhujung minggu semua...:)




Wednesday, May 16, 2012

~nuffnang oh nuffnang~

help help...
aku tahu ada blogger yang pernah mengalami masalah macam ni kan..
ptg semalam, masuk website nuffnang, tetiba tgk akaun nuffnang dah bertukar status.
jadi non exclusive...
huhuhu
patut la rs mcm lembap je income tu bertambah...
sejak bila ntah, aku x perasan pun...

apa nak kena buat erk...
semalam aku tnya zety, email nuffnang.
zety suruh cari je tp aku godek2 x jumpa pun....
nak buat mcm mn erk...

ada sapa2 bleh tlg x?
jasa anda semua amatla di hargai....
terima kasih.....





owh, btw, sebelum mengundur diri,
nak ucap semalat hari guru pada semua guru2, lecturer2 di malaysia,
terutama pada cikgu2 yg pernah mengajar aku, dari tadika smpai la skrg ni....
jasa guru2 semua amat la saya hargai...



Tuesday, April 3, 2012

~majlis sambutan hari jadi ajmal irfan bin noor azam hanif~

alhamdulillah, akhir nya berjaya juga buat majlis sambutan hari jadi untuk anakanda ajmal irfan.

kalau ikutkan, kami xnak buat pun birthday party ni, tp dia asyik la beriya2 nak buat birthday party kat rumah. apa2 je cadangan kitaorg utk tidak buat birthday party ni langsung x di layan.last2 kami menyerah, buat je la simple2 je...maka, guests mmg x ramai la..setakat ahli keluarga, dan kawan2 terdekat birthday boy dan juga parents nya...

dah la mintak buat birthday party kat rumah, pastu mintak kek ultraman(nak patung ultraman di pacak pada kek), pastu, kawan2 dan saudara mara(kids) je boleh dtg, parents x dibenar kan.parents just drop their kids, and parents boleh balik rumah lepas tu.pastu nak menu itu ini.kawan2 dr school dia hanya 2 org sahaja di jemput, cikgu2 not invited...

adoi la..mcm2 permintaan dia...hampir mematah kan semangat kami untuk buat majlis ni. tp xpela..buat je la ikut takat kemampuan kami. maaf ajmal, mama dan papa tidak dapat penuhi semua permintaan kamu.

dengan keadaan skrg ni, sgt sukar utk merancang apabila semua nya tidak berada di depan mata. but alhamdulillah,thanks to mr azam sbb bersusah payah, kemas rumah,mop lantai, cari perhiasan2 semua.

mmg majlis ni simple sangat2 la. baju potong kek pun x sempat beli, guests pun x ramai, dan bila ada guests yg x dpt dtg, lg la x ramai...goodies bag pun xde...ye la...preparations tu aku dan mr azam buat dlm masa seminggu je...so, boleh bayang la mcm mn simple nya majlis kami.....but, alhamdulillah, semua nya berjalan dgn lancar, food pun ngam2 je habis.

thanks to ma yg sanggup dtg dr trg, thanks to akak sbb sudi tlg masak kan spagheti, n thanks to semua tetamu yg sudi hadir kat teratak 'comel' kami.....maaf la kalau terdapat kekurangan di sepanjang majlis kami....

and thanks jugak atas hadiah2 dan cash money utk ajmal. semoga allah murah kan rezeki anda semua....


papa dah keluar kan hadiah utk dia, dan dan tu dia bukak...excited bila bangun tido, tgk rumah dan'berbeza'...



kat luar rumah, kemas2 dan cuci lantai semua biar kids seronok main sambil makan...


menu pun simple2 je la, kek coklat(me),chiffon pandan(tesco), agar2 pandan(MIL), nugget & sosej goreng sendiri,spagheti(akak), bihun singapore(me), tiada dlm gmbr, keropok ma bw dr trg..:)




family members dan tuan rumah..:)


kek. jenuh kami mencari ultraman kecik utk letak kat kek. last minit x jumpa. ishhh..time xnak bersepah2 je..last2 kami jumpa smurfs. beli je la. janji birthday boy suka. alhamdulillah, dia suka. kek-coklat indulgence from SR.


potong kek. serius, masa nyanyi 'allah selamat kan kamu...' rasa mcm nak menitik air mata ni. control je sbb depan org ramai. x sangka dah besar dah anak kami. rs mcm br semalam lahir kan dia.




ni la yg ajmal nak sebenar nya, main2 bersama kawan2....puas hati tgk dia happy sungguh2 hari tu even mama penat sbb aqil buat perangai asyik nak berdukung je since dia x cukup tido.







bila kawan2 dah balik...sorang2 je la....



and thanks to my friends yg sudi dtg, even ada yg sesat, but akhir nya smpai jugak kan...owh..ada yg x sempat nak ambik gmbr..cik puan ct, ko sgt gojes hr tu, tp x sempat nak bergmbr, kak eda pun, cepat sgt nak balik, x sempat bergmbr dan borak2 lagi...


my 'adik comel' ...:)


first time jumpa kawan blogger. adia, sgt2 terharu bila adia sudi dtg ke 'teratak comel' kami even sesat sikit. dah lama teringin nak jumpa adia, tp x pernah berkesempatan. selama ni bertwittttt je dgn dia...alhamdulillah, finally jumpa jugak kami.

maaf pada sapa2 yg x dijemput tu, insyaallah ada rezeki lebih, boleh la buat mkn2 lagi, ajak kawan2 dtg lagi....seronok sbnar nya bila kita buat mkn2, ajak kwn2 dtg, borak2 dgn kawan2....tp tu la..kadang2 kekangan masa tu sedikit terbatas...

Tuesday, February 21, 2012

~comments~

kenapa ye..skrg ni sindrom malas membalas komen2 datang kembali...
virus apa kah yg melanda ini...
maaf kepada reader2 (konon perasan ramai reader la sgt ni) sbb x sempat nak balas komen..
insyaallah kalau kerajinan dtg melanda, komen2 yang akan dtg, akan di balas jua...
rs mcm kesian plak bila reader tinggal komen or tnya apa2 soalan, tp x berbalas...

insyallah..ada masa, ada waktu yg terluang, komen2 anda utk entry2 seterus nya akan berbalas..insyaallah.....

Friday, February 17, 2012

~lunch date~


hari rabu baru ni, plan asal nya nak kuar g post office hntr tupperware kak ermayum order. tup2 dpt call dr akak gorjes, dia ada kat area ofis aku. dia ajak kuar lunch.so, terus la x jd g post office..heh3x....sorry kak ermayum, semalam ana dah pos brg akak...:)

patut nya cik puan adia pun join sekali sbb dia ada kat klcc hr tu. tp tup tup dia dah balik. kempunan lagi aku nak jumpa cik puan adia nih....akak gorjes jemput kat ofis, then kami lunch kat cafe istana budaya. sbb dah xtau nak g mn..:)..segan plak bw akak gorjes mkn kat tmpt biasa2 nih.....heh3x...

tgk la pinggan kami, licin.....yeah...aku mmg kuat mkn...akak gorjes sbb dia ambik sikit sbb tu abis...:)...

p/s; gmbr credit to akak gorjes...

Thursday, February 16, 2012

~makanan~

hari ni layan gmbr sahaja. kurang kan menaip sbb otak aku xleh nak berfikir sgt. ni gmbr2 dah lama dlm draft...layan kan saja....

ni ms mkn kat kedai mkn PO' SEN kat kajang. sbb hr tu x sihat.x larat nak masak. so, mr azam ajak makan kat luar.







ni plak ms mkn kat delifrance...g midvalley, survey2 brg rumah, terus menyinggah kat sini...

ni plak sorg blogger yg baru balik dr sabah, dia bg ikan masin ni...sedap...thanks adia..org despatch kat ofis ni call aku bgtau ada parcel. dia kata, ada parcel mknan kering. aku punya lah pelik, sejak bila la aku beli mknan kering online nih...heh3x.

ok, dah tu je..otak dah kematu. tgh fokus pada sesuatu yg bakal merubah masa depan aku. hopefully semua nya berjalan dgn lancar..aminnnnnn....

Tuesday, January 31, 2012

~glamour ke????~

eh tgk jam jap...147pm, ada masa lg untuk aku menaip ni..aku br balik dr lunch kat IB. situ je la tmpt mkn yg ok sikit..klau nak harap kat cafe tu boleh la kalau rs malaaaasssss sgt nak kuar...choice x bnyk la....kat IB ni mcm2 korang boleh mkn..lauk pauk dia mmg sedap(bg aku la)..kuih muih dia mmg xyah cite la...mmg mantopssss....tgk roti paun pun rs sedap...

alkisah td ms nak ambik lauk tu, sorg pempuan depan aku ni mcm dia pandang2 aku...ms tu aku pun pandang dia jugak sbb muka dia mcm muka cousin kakak ipar aku...tp sbb tgk dia x tegur aku, bukan la tu kan..tup2 time nak bayar tu, dia tegur aku. tnya ada blog ke x pastu tnya, aku ada 2 anak laki kan...owh..tetiba aku rs malu..tp iya kan je la..aku tnya balik, mn dia tau..dia kata dia bc blog aku...dia dulu dr pcm. guna nickname izzati. malu mak nokssss...tetiba rs glamour nya aku...hah3x..org tegur gitu pun dah kembang semangkuk...kena bg pelempang sedas ni bg sedor diri sikit..hah3x...

thanks izzati sbb bc blog ana. lepas ni kalau jumpa ana lg tegur la yea. nak sembang lg td tp ana segaaaaaaannnnnn...hah3x..

serius malu sbb sepanjang blogging ni xpernah lg reader tegur aku. so, malu la sikit kan. kalu yg dah biasa tu lain la...mcm geng2 pcm tu, afne, kak erryn, zety, nana tu mmg dah biasa la kan...tp dgn nana tu pun aku segan gak sbb x pernah jumpa dia. aku ni jenis bangsa penyegan...mmg nak kena lempang sedas ni..aku susah nak mula kan perbualan kalau dgn org yg x biasa. tp kalau dah biasa, aku akan bercakap smpai lupa diri...hah3x....kalau dgn afne tu selalu sgt terserempak kat lif, sbb dia duduk satu apartment dgn aku ms umah lama...pastu klau rindu kat dia, g naik terjah rumah dia...hah3x... kak erryn tu pernah la bbrp kali jumpa sbb fil dia keje sini. zety plak, pernah jumpa sekali masa pcm gathering.dia duk sebelah aku. nana ni sbb kakak dia kawan aku...kecik dunia kan...:)

tu la kan, kenkdg aku rs lebih seronok dgn kawan2 yg jumpa/kenal melalui alam maya ni..mungkin sbb selama ni aku ni x ramai kawan kot. so, bila jumpa kawan alam maya ni, excited terlebih...hah3x...td, aku br dpt parcel dr sorg kwn alam maya. dia br balik dr sabah. terharu la beb....x sangka sangat....even x pernah jumpa dgn dia. dan aku smpai pernah termimpi2 nak jumpa dia...tp masih x kesampaian. tp persahabatan yg terbina tu mak aih...rs mcm pricelesssssssss.......:)..mcm jugak akak gorjes dan sis ermayum...rs mcm mak aih....kenapa la dr dulu aku x jumpa kwn2 yg mcm ni..:)..hah lg sorang, cik sue kita...kenal melalui adia, tup tup risik punya risik, dulu husband dia keje sini...owh kecik nya dunia.....ni lg sorg..ofis dekat je tp nak jumpa asyik x kesampaian je...

aku rs eh best nya kengkawan alam maya ni...rs mcm seronok plak di kelilingi oleh org2 mcm ni..
kan..kan.....

p/s; sorry kawan2, aku x link blog korang..malas+ xmo stalker aku stalk korang plak...

Monday, November 14, 2011

~stalker~

hi stalker...
selamat dtg ke blog aku...
nak aku hampar red carpet ke utk ko....
maaf la..aku br tau ko stalk blog aku....
kalau aku tau dr dulu....dr dulu jugak la aku hampar red carpet tu...
br kelassss kan....
ko kan kelas diva punya org....

stalker,
terima kasih sbb masuk blog aku...
rajin ko kan...kelebet blog aku...
bc entry2 lama....
pastu bercerita sana sini pasal blog aku...
x puas ko follow aku di fb ni ko follow blog aku plak kan....
terima kasih stalker atas fitnah2 dan cerita2 yg kurang enak yg ko buat tu...
ko mmg terbaik la....

terus kan bc blog aku wahai stalker....
baca pastu buat cerita lagi....
ko kan suka buat benda2 gini....
mcm dah hobi ko kan....
:)

moga ko puas atas apa yg ko buat ni stalker....

eh, ko tau x apa maksud stalker tu?

Wednesday, September 28, 2011

~jumpa2 makan2~

ni cerita hari sabtu...
join sis ermayum n the gang mkn2 sambil pot pek kat rumah sis zarin...
pegi dgn anak2 je sbb mr azam keje...


smpai lmbt sikit sbb bg anak2 tdo dulu....
senang sikit..nnti xde la diaorg buat perangai ke apa ke..
smpai2 je terus mkn...anak2 plak bemain2 dgn kawan2 seangkatan...
smpai xmo mkn...



owh sbnar nya kami jugak buat pot luck...
setiap org bw mknan masing2...
aku plak xtau nak bw apa..
segan nak masak lauk pauk or dessert bagai sbb setau aku, sis zarin dan sis ermayum mmg sifu masak2...
senang cite, bw je la kek coklat...
mcm2 mknan ada...
asam pedas, sambal sotong, masak lemak udang nenas, kuah lodeh, kuah kacang, nasi impit, spagheti goreng, apple crumble, banoffe pie, red velvet cake.

time aku buat kek coklat,
aku buat diam2 kat dapur tetiba ajmal dtg...
'owh....mama buat kek coklat ye..x ajak mal tolong pun'
hah3x..mama mmg xnak ajak mal tlg sbb nnti mal sibuk nak mkn...
mmg betul pun...brp kali dia suruh aku potong kek tu nak mkn...
tp aku suruh sabar sbb nak mkn kat rumah kwn mama nnti...hah3x...
smpai2 je..terus suruh aku potong kek coklat sendiri..hah3x...


1st time mkn banoffe pie, wahhh.....sgt menusuk kalbu...sedap gilos....


tgk la rvc..tidak mendapat sambutan menggalak kan sgt penangan banoffe pie yg sgt sedap tu...



aku sbnar nya pelik dgn rvc ni..kenapa erk sambutan dia sungguh menggalakkan...ingat lagi dulu 1st time mkn rvc ni, rs nya biasa je..manis sgt..
2nd time rs pun sama....
dan kali ni 3rd time pun sama jugak....rs mcm xde apa keistimewaan pun pd kek ni yg buat dia di gilai..aku rs mungkin sbb kek ni warna merah dan di makan dgn cream cheese, tu yg membuat kan kek ni nmpak lain drpd yg lain dan di gilai ramai kot..... pada aku, kek ni kalau mkn dgn cream cheese tu ok la...tp kalau mkn sesaje...mmg rs mcm kek biasa je...tu pandangan aku la....


anak2 zaman sekarang....

Monday, September 19, 2011

~wonderful weekends~

hi semua..
salam monday...
camna dgn cuti panjang jumaat-ahad u all?
cuti 3 hari aku mmg penuh dgn agenda,
open house, majlis bertunang...
ok..cite step by step erk...

hari jumaat...
aku drive dgn anak2 dr rumah ke klang....
klang ok..not jln klang lama or klang valley..:)
dgn anak2 without mr azam...
believe or not..pergh.......
semata2 nak memenuhi undangan sis ermayum..
ni 1st time aku drive sejauh ni dgn anak2 sahaja. mr azam suruh tinggal kan je diaorg..
tp xkan la..dah la dia penat2 keje malam. pastu nak suruh jaga anak, aku plak pergi bersuka ria.
alhamdulillah anak2 sgt2 berkelakuan baik dlm kereta....
mr azam xnak pergi sbb dia baru je balik keje kul 930am tu, aku plak kul 11am dah nak gerak.
dahla mlm tu dia kena keje lg..kalau dia pergi, bila ms dia nak rest?
xpe la...aku bw je la anak2, biar je dia rest dgn aman kat rumah..:)

konvoi bersama2 dgn akak gorjes.
patut nya cik puan adia pun join, tp last minit, dia ada hal plak..:)
lebih kurang kul 1245, smpai la kami kat rumah sis ermayum, aku terus mkn..
ada mee kari yg sedap..nasi tomato yg menyelerakan..nasi impit dan kuah kacang yg marveles..
fuh..sendat perut..aku asyik mkn..mkn dan mkn je smpai lupa nak ambik gmbr..
tp sis ermayum ada la ambik gmbr....
kat blog dia ada la gmbr...:)
borak dan borak dan borak smpai la akak gorjes dah nak balik,
tp aku x balik lg....
kul 1530 br reti nak balik, tu pun bila tgk kawan2+family sis ermayum makin ramai dtg...
xkan aku pun x reti2 nak balik kan....
hah3x..
sempat la jumpa dgn 2-3 org lg blogger yg selalu nmpak kat blog sis ermayum tu..
tp segan nak borak2 sbb 1st time jumpa...lgpun diaorg dtg time aku dah nak balik kan...

balik tu, sis ermayum tnya, ingat jln kuar x...
konon la cakap tau ka..lgpun ada bw gps, so mmg confident la sikit...
last2 gps abis battery, terus menggelabah...
nasib baik en husband sis ermayum dtg, n tlg tunjuk jln pulang..
alhamdulillah...selamat smpai rumah...
anak2 plak, masuk kereta, terus tdo....

balik2 tu, tgk mr azam dah kemas rumah....
thanks a lot dear....
pastu aku plak, siap2 utk memasak...
family dr trg br smpai kl...
esok ada xtvt pergi meminang anak dara org plak plus open house lg..
citer bersambung esok....

thanks a lot to sis ermayum sbb sudi melayan ana dgn anak2...
sorry la sbb sepah kan bilik mainan tu...:)
and one more thing, towel ana dan spentot aqil tertinggal kan...
xpela..buat kenangan yea...:)
even ni 2nd time jumpa sis ermayum lepas 1st time jumpa time raya hr tu...
tp terus rasa x kekok langsung...sgt2 best borak dgn dia...friendly sgt...:)
nice meeting u kak...:)

gmbr nnti2 aku upload...nak kena 'cilok' dr fb sis ermayum dulu...:)

Friday, September 9, 2011

~random~

hi koraang..

-mood aku suam2 kuku je hr ni sbb tghri semalam aku tersilap mkn...mkn cencaluk. ptg tu kena sinus yg sgt2 teruk...kepala aku sungguh sakit, perit tekak, hidung berair..smpai sekarang masih x ok..tension mak nokssss......pergi ambik ubat kat farmasi, malang nya diaorg dah xde stok utk clarinase. aku rs tiap kali aku ambik ubat kat sini, mesti mintak clarinase. mmg asyik xde stok je jwpn nya. alasan diaorg, gov kita tgh kontrol ubat ni. doc. advise mkn claritine je tp langsung x jalan...hu3x....

-esok cadang nya nak house cleaning...rs mcm nak panggil maid part time tu dtg rumah tp bila cakap kat mr azam, dia senyap je..xtau la setuju or x...bkn la rs x boleh buat kerja2 rumah tu. tp kalau aku bergabung tenaga dgn part time maid, mesti kerja2 tu cepat siap...:)

tetiba otak aku blur..xtau nak tulis apa...td mcm bnyk benda nak tulis.....

-owh br teringat, semalam ada blogger tnya aku psl komen dia yg aku x approve. aku xtau blogspot problem, or apa yg problem nya sbb mmg aku x dpt komen2 dia ni. n dia kata dah bnyk kali dia tinggal komen tp aku x approve. owh..aku x pernah pun x approve komen2 reader. anon ke x anon ke, +ve ke -ve ke komen2 tu, aku akan approve jugak. and thanks sbb maklum kan pada aku. kalau x, smpai ke sudah aku x tau...nnti aku godek2 blog aku tgk kot2 ada masalah.......yg aku tau skrg ni blog aku 'berat' sikit..tu je..tp xpe..nnti aku cuba 'ringan' kan ia..:)..thanks jugak pd blogger yg kabo blog aku ni 'berat'. kalu x smpai ke sudah ferasannnn blog ni 'ringan'

argh....dah malas nak menulis...mood pada nak membelek 'toy' baru..:)

-

Monday, September 5, 2011

~cerita raya 2011~

hi semua...korang dah start keje ke hari ni?
or masih dlm mood raya ka?

aku masih cuti hr ni..ada hal sikit nak di selesai kan...
camna raya korang?best x?
raya aku thn ni mcm biasa je...
tp ada la jugak terlebih best sikit sbb dpt jumpa kwn2 lama...

raya pertama
mmg x ke mana2 pun...mmg tiap2 thn mcm ni...
sbb nya, hanya melayan tetamu yg dtg ke rumah...
lepas sembahyang raya, berkumpul bermaaf2 an..
thn ni complete..semua adik beradik 5 org ada...
insyaallah thn depan bertambah lagi ahli keluarga...
jeng jeng jeng...:)
thn ni tema aku biru turqoise...
ada sbb pilih color ni
nnti2 la aku cite.....
rumah aku ni biasa nya raya pertama menjadi tumpuan makcik pakcik dan sepupu sepapat berkumpul....
so, dlm pukul 11 pagi ke atas tu mmg bz la melayan tetamu...
as usual, aku, akak, chik dan kak mmg duk kat dapur, sinsing lengan baju..
raya pertama thn ni, akak buat nasi tomato yg yummy2...pastu ada cousin aku 2 org bg nasi beriani dgn nasi minyak....fuh..sendat perut....
lepas zohor as usual, aku akan pergi rumah cousin aku. rumah dia je la biasa aku pergi raya pertama..rumah2 lain tunggu la raya ke 2 dan seterus nya...:)...
bila nak balik tu, sis ermayum call..dia dah ada kat kg aku..
nak dtg beraya rumah aku...
waa.....segan siut..sis ermayum sgt comel...:)
tp sbb menghormati dia, x boleh ambik gmbr dan letak sini....
xpe kak...tu x penting, yg penting kita jumpa...:)...
x percaya rs dpt jumpa akak....:)
ptg raya tu g rumah pakcik aku sbb br dpt tahu dia x sihat....
moga ayah de cepat sembuh....
tu je la diary raya pertama...

our small family...:)


ma dan ayah..ma berkebaya thn ni..ayah xmo baju baru,,,pakai baju melayu thn lepas je...


tgh setting nak bergmbr satu family besar...gmbr satu family besar xde plak dlm kamera nih...


3 of us..nak ambik gmbr berdua je..tp aqil jeles...dia g nyelit kat blkg..tgk la..nmpak tgn dia...:)


makan time....:)


raya kedua
beraya kat rumah zana, kwn masa high school...
then terus ke rumah makcik dan cousin kat manir...
cousin aku buat open house,
ada nasi minyak dan nasi dagang....mkn nasi minyak je sbb ingat nasi dagang x brp sedap...
rupa2 nya mr azam kata nasi dagang lg sedap...waaa.....
pastu g rumah mak long....
sebak rasa sbb ni thn pertama beraya tanpa mak long...
menitis air mata tiap kali teringat kat mak long...
teringat tapai pulut mak long yg sedap....
alhamdulillah cousin aku 2 org try buat dan menjadi....
rs sebiji mcm mak long buat......suka..suka....:)
dah alang2 ada kat manir, calling2 kwn baik ms high school dulu, nak jumpa dia...
dah lama x dgr cite dia, x jumpa dia....
so, pergi la rumah dia kejap...rupa2 nya kwn aku ni dah ada rumah sendiri dah..
alhamdulillah...best je tgk boleh buat rumah besar2 kat atas tanah lot...:)
lepas tu terus ke kt, cr bhn2 utk masak2 sikit besok....
gmbr mmg xde sbb mood nak raya melebihi mood nak bergmbr....:)


raya ketiga
aku jemput kawan2 sekolah rendah 3-4 org dtg rumah..
saja nak gather2....bkn senang nak jumpa kan...
ada la 2-3 org yg aku invite x dtg...
xpela..mungkin diaorg ada hal lain...
aku masak, spagheti, kek coklat, lasagna, puding roti sos kastard,
ma masak nasi minyak, gulai ayam dan acar...
penat tp puas hati...semua mknan licin sbb lepas kwn2 aku balik,
cousin2 dr kuala trg plak dtg beraya kat rumah...
then ptg tu, kwn2 adik aku dtg, pastu ada la saudara sebelah ayah dtg jugak....
pukul 8 malam aku dah selamat beradu.....fenaaattttt......
gmbr mmg x sempat nak ambik...cesss...sgt rugi rs nya.....

raya ke 4,
duk rumah je...
ptg tu ada kwn aku dtg,
mlm tu g open house rumah kwn aku ms high school....
waa...terpegun gile aku tgk rumah dia...
best nya dpt buat rumah atas tanah lot ni...
sgt puas hati...rm300k dah rupa mcm banglo dah...
kalau kat kl, cornet lot pun belum tentu...
hu3x.....
terharu sgt sbb dpt jumpa kwn2 lama..
diaorg dah biasa berhubung satu sama lain..
aku je yg terpinggir....hu3x...
insyaallah nnti kita jumpa lagi erk korang....


wati (owner rumah), cik sen, me and aida....:)..ops..aqil jugak....


cik sen as 'qc' x bertauliah pd mlm tu..:)

faizul, as, jalal n wife...


makan sambil borak...

bergmbr ramai2...gegar la...


gmbr ni ok sikit...:)


raya ke 5
duk rumah je..
cuaca sgt panas..
g beraya rumah kwn aku pastu g jln2 kat kb
ingat nak g kt tp sbb ramai org kata jln jammed
maka, niat telah terkubur....
buat lasagna lg sbb masa raya ke 3 hr tu ada cousin aku x sempat rasa....
ptg tu, g beraya rumah cik puan ct....
kagum aku tgk budak kl sorang tu tiup api dapur kayu sbb nak bakar jagung..
hah3x...ko jgn cakap kat sayful ye ct, nnti dia marah aku....
hah3x...

raya ke 6
SEDIH
balik kl sudah.
jln jammed kat lpt...
lepas r n r temerloh, ada excident.
pastu jammed lg kat tol bentong
seb baik masuk kl jln x jammed...
balik, rehat,
mlm ke klinik sbb ajmal ada ulser kat mulut..
ni gara2 cuaca panas kat kg pastu kurang minum air...
bila check2 lg, tgn, kaki ajmal ada bintik2 merah...
x sure apa...doc suruh pantau takut2 kena HFMD...
hopefully dia x apa2....
aqil plak refuse nak minum susu...
x sure kenapa...nak tgk kot2 ada ulser dlm mulut tp dia x bg...asyik la tutup mulut...
hu3x....nasib baik hr ni mmg cuti, so, boleh la pantau diaorg.....

kesimpulan nya raya thn ni mmg best....
korang?????