Wednesday, October 5, 2011

~resepi-marble cheese brownies~

ada 375gm lg cream cheese dlm fridge..
mula la akal dok jenuh mikir, nak buat apa dgn cream cheese tu..
ingat kan nak buat oreo cheese cake.
tp sbb hari tu dah buat, why not cuba resipi baru...
godek2 resipi, pastu tgk kak ina buat brownies ni..
aku pun apa lagi..gatal la tgn nak buat......

godek2 resepi, tgk resepi kat fotopages rinnchan...
senang follow resepi dia sbb dia tunjuk step by step...
senang la kan....

so, moh la kita.....
gigih la aku buat lepas anak2 tdo...
kejap je nak buat nya pun....
dan hasil nya....


sebelum bakar...melimpah sikit sbb loyang 4 segi aku ni kontot....bkn nama ana la klu presentation hancur kan..:)




dah siap...potong sikit utk bg kawan2 ofis rasa....

so, ni aku copy paste je terus resepi ni dr fotopages rinnchan.

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

senang je nak buat ni. x ambik masa yg lama pun...
sedap pun sedap. utk brownies tu, aku kurang kan sikit sukatan gula tu konon xmo manis sgt...
end up, brownies ku sedikit pahit...hu3x..tp cream cheese, aku lebih kan sikit gula sbb aku guna semua 375gm cream cheese yg aku ada....

sedap...sedap..pas ni boleh buat lagi....
korang cuba la buat..senang dan sedap..:)

8 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

betul tu ana, akak punya brownies bawah dia pun tak berapa manis hari tu.lepas ni kena tmabah gula. baguslah ana ni rajin cuba.

shakila mubarak said...

slurppp... sgt menyelerakan nmpaknye.

;P (senyum sambil air liur meleleh)

rATu kEBaYA said...

brownis cheese ni mmg sedap.

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dasat ana nya membaking kali nih ;-)

| SUE | said...

Ana...tk nampak pon resepinya

Mamasya said...

Aslmkum Ana.tk dtg blog dapurmamasya.marble cheese brownies ni mmg yummmy..lama tul tak buat.
re; akakpun sama mcm MIL Ana .bila dok luar negara buat mee bagai..bila balik Msia...beli lagi mudah..

mama_umar_maryam said...

budak2 ni dahla tdo lmbt,mmg pyh nk bakor kek mlm2..tp akan cube buat time weken la pasni,hehhe

mama tisya said...

dh lama nk try gk tp tk try2 lg