Wednesday, April 27, 2011

~pagi yang kalut~

ada bnyk lg cite yg dah aku rangka dalam pale otak utk buat entry selama seminggu. tp bila tetiba dtg cite yg aku rs aku nak tulis, terus la cerita2 lama tu terkubur or akan keluar ntah bila2 la...

pagi td ms start enjin kereta, ada bunyi semcm..kuat gile..dah la mr azam x turun hntr kitaorg, so, aku pun call dia suruh dia turun, tgk apa la yg bunyi tu. cuak la jugak kan. kang tetiba keta meletup ke...nauzubillah..sementara nak tunggu mr azam sampai, bunyi tu pun dah hilang. geram aku...selalu mcm ni. kenapa dia bunyi time aku dgn anak2 je ada. hr tu pernah kena gak mcm ni..situasi sm gak, aku dgn anak2 je. ajmal pun dah cuak, asyik duk tnya bunyi apa tu..smpai kat rumah bbsitter, dia bunyi balik..owh..hangin dowh....ajmal lg la..dia keluar kereta, pandang kereta sambil jerit, 'kereta mama, kenapa bunyi kuat2 ni..jgn la bunyi kuat2 mcm ni'....hu3x...anak ku oh anak ku..mcm la kereta tu faham...

lepas hntr anak2, terus ke perodua. perodua plak bukak lambat. mmg masuk lmbt la aku hr ni. budak perodua check, dia kata water pump aku rosak. cost nak tukar rm250. call mr azam x dpt. aku gamble je g kerja dulu. on d way, mr azam call, aku bgtau apa problem, dia suruh aku tgk temp. temp. keta mmg ok...cuma temp. aku je yg x ok bila dpt tau nak kena byr rm250. huh. mr azam suruh aku isi air kat dlm radiator. smpai ofis, aku mintak tlg budak ofis tgk2 kan. tp xleh isi air lg sbb enjin panas lagi kan..tgk punya tgk...diaorg kata, kipas bearing(betul ke aku eja nih) aku basah kena air. tgk2 bila aku curah air, mmg bunyi pun. huh..bikin cuak ok. nasib baik x tukar terus td, kalau x, x pasal2 rm250 melayang.

bila bgtau mr azam, dia masih x puas hati. takut jugak water pump rosak. dia suruh aku check balik ptg ni. harap2 betul la kwn2 aku. nnti x sia2 la rm250 melayang.

aku perasan, bunyi ni ada bila waktu enjin sejuk je. sbb time start keta pagi2 je dia bunyi. time yg hari anil cuci keta aku. (anil cuci keta aku 3 kali seminggu). kdg2 dia cuci malam, kadang2 dia cuci pagi. so, aku firasat aku mengatakan, agak nya time anil cuci pagi, tu yg ada bunyi tu. tp mr azam kata, anil cuci kat luar, mcm mn smpai boleh kena kat kipas kat dlm...waaa...statement dia ni bikin aku hangin je..mmg la betul tp tlg la..mr azam takut ada bocor tp kecik je..sbb tu dia suruh aku check lg ptg ni...

hu3x...harap2 la xde apa..mmg harap2 xde la nak kena layang kan duit rm250 tu....

bila jd mcm ni aku rs nak naik basikal je la..hah3x...

5 comments:

.::Lynn::. said...

bab keta ni mmg kita awal2 angkat tangan... tak reti

SyidaGorjes said...

idea yg baik!
naik beskal dari umah, hantar anak-anak, bagus untuk jantung anda, kan?

nieda said...

nak maintan keta bukan senang kan...husband saya pantang dengar bunyi sikit je mesti nak hantar workshop walaupun sekejap aje pastu hilang.

Cik Pah said...

hahhaha.pukul berapa nak sampai opis ngan umah kalau naik basikal .aduih.lawak lah ko ni..

tapi kengkadang mechanic nih mmg selalu tipu..benda yg tak rosak dia cakap rosak..

Cik Ina minat Do do Cheng said...

kelakarlah Ana ni ada plak naik basikal.tak lenguh kaki ko mengayuh.kalau akak okeylah dah biasa naik basikal pergi ofis, masa mengandungkan firdaus. sabau je lah pakai kereta kena tahan risiko.