Friday, December 3, 2010

~ajmal irfan & aqil raziq~

lama rs nya x letak gmbr diaorg kat sini...rindu plak rs nya..padahal br brp jam tinggal kan diaorg..


ni gmbr latest..2 malam lepas kat midvalley..gmbr gegar sikit..kamera murahan..xde anti gegar punya...


main jongkat jongkit sama2..apa erk nama benda ni...


suka gmbr nih...


eh gmbr atas jongkang jongkit lagi...


baby aqil nak jatuh.....hah3x...


ajmal suap baby aqil mkn roti....


ms kat OU...berebut2 nak naik benda nih...sewa satu je..tp dua2 nak duduk...

perkembangan diaorg setakat ni mcm biasa je..xde la yg advance2 seperti boleh erlari ke langit ke..mcm budak2 lain jugak.

ajmal irfan
pakai pampers pada malam hari yakni waktu tido sahaja. petah berkata2, kita tanya sepatah, 10 patah dia jawab. bercakap kadang2 aku pun xtau apa dia. iya kan je. sbb ada perkataan dia x fasih sgt sebut. aku rs dia ni spesis lidah pendek mcm aku. hah3x..

skrg ni keluar je mn2 mesti dia mintak apa2..kalau dia berperangai baik, dapat la...kalau x, jgn harap aku beli. cth br ni, ms kat midvalley, papa dia g blue cube celcom tuh..sebelah tu kan kedai mynews.com. papa dlm kedai, dia plak asyik keluar masuk mynews.com tu smbil bgtau aku, dia nak beli buku toys story 3 dgn ben10. aku janji dgn dia, lepas papa beli hp, kita beli. tup tup dia buat perangai, terus lepas papa dia beli hp, kami turun escalator utk balik. menangis2 dia nak buku. aku tau mesti org kata, nak beli buku pun berkira dgn anak. bukan aku kedekut tp aku nak ajar sikit dia. x kisah la apa org nak kata. tu jenis aku ajar anak aku.

suka mkn roti dgn jem strawberry. sekali mkn bleh smpai 3 keping roti. suka mkn ikan dan udang berbanding ayam.

manja sekepoi. baby tarik rambut sikit terus nangis. aku tinggi kan suara sikit (padahal bukan nak marah pun) terus nangis..aduhai...camna la nak buat nih....

aqil raziq
gigi dah ada 4 batang. 2 atad 2 bawah. biar pun lambat, x mcm budak baya2 dia tp xpe. aku faham setiap perkembangan manusia berbeza. begitu juga aqil raziq. 1st gigi dia keluar masa genap dia setahun hari tuh. lega aku, akhir nya keluar jugak gigi dia. aku bkn apa..x tahan dgn org sekeliling yg sibuk duk bising2 tnya aku kenapa gigi aqil x keluar2 lagi. hah..pasni aku nak dgr, apa lagi yg org2 sekeliling bising pasal anak aku nih. kalau la aku tau kenapa gigi aqil x keluar lagi, dah lama aku explain kat tepi telinga kiri kanan org sekeliling nih....huh. nak kata aku x cukup kalsium, setiap hari minum susu, x pernah miss. tp mr azam kata, kalsium tu dpt kat aku, x pergi kat baby. hu3x..

aqil raziq ni kuat menjerit. suara nyaring sungguh. kalau makan, dia nak papa dia suap kan. kalau aku suap, dia buat main2. kalau tgk papa dia, bkn main lagi senyum melebar. kalau pagi2 nak g keje, dgn papa dia je dia salam..dgn aku dia kirim salam je..hah3x...tp ada ms dia nak dgn aku je....smpai aku nak mandi pun dia meraung2 nak ikut aku masuk bilik mandi. kalau time mr azam ada, xpe la dia bleh ambik pujuk. kalau x, aku biar je dia meraung...end up mesti dia akan muntah. anak2 aku nih, kalau menangis je mesti muntah..diaorg punya trade mark mmg gitu.

lagi satu aqil raziq ni..dia x suka main dgn budak2 baya dia. dia suka main dgn budak2 besar dr dia. cth, kalau jumpa adini dgn adam. jgn harap dia nak main dgn adam. mesti dia join adini dgn ajmal main sama2. eh silap..dia g jugak kat adam tp utk ambik pacifier adam..hah3x..

ok..nak keluar...bye...

8 comments:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

maik ai dua2 hero nieh lebih kurang dah besonyer

A D I A said...

tanam uri dua beradik ni dekat2 tak... nanti sampai tua rapat.. org kata la.

SyidaGorjes said...

cute je diorang dua tu...
anak sorang,lain peranginya
anak 2 orang, lagi lain perangai diorang.

Lyana said...

wahhh..sihat2 dorang ni eh..ayra pun dah nak join sekaki dah..badan pun dah makin tembun...

~ana~ said...

kak d...heh3x...

~ana~ said...

adia, pas u tulis camtu, terus i rs nak ambik uri aqil bw balik tanam kat trg..hah3x..


btw, uri ajmal tanam kat trg, uri aqil tanam kat kl...hu3x..

~ana~ said...

akak gorjes, tu la..akak camna? xmo tambah utk tgk kelainan?hah3x..

~ana~ said...

lyana, alhamdulillah sihat diaorg ni...nnti ainul dgn ayra mcm ni la..:)